22/10/2025
Dalam beberapa tahun selepas kita tiada, semua orang yang pernah kenal kita juga akan pergi satu persatu. Nama kita hilang dari bibir manusia, gambar kita luput dalam telefon yang akhirnya dipadam atau diganti.
Kita lahir, kita mati. Itu saja yang pasti.
Segala yang kita kumpul duit, rumah, kereta, pangkat satu hari nanti semuanya akan jadi milik orang lain.
Kita sibuk mengejar masa, tapi lupa menikmatinya.Kita kejar kemewahan, tapi abaikan hati yang perlahan-lahan penat.
Tapi anehnya, kita masih kejar semua itu.
Bangun pagi, fikir macam mana nak lebih berjaya,nak lebih disukai, nak lebih kaya.
Sampai lupa kita masih boleh berjalan,
masih boleh menelan makanan,
masih boleh bernafas tanpa rasa sakit.
Padahal cukup satu kemalangan kecil,
satu penyakit yang datang tanpa amaran,
seluruh hidup boleh terbalik. Dan semua benda yang dulu kita kejar, tiba-tiba hilang makna.
Mungkin sebab itu kita perlu ingat untuk belajar menghargai hidup.
Kerana akhirnya, yang kekal bukan nama di batu nisan,tapi kebaikan kecil yang sempat kita tinggalkan dalam hati manusia lain.
SUMBER : PHM