15/11/2025
ANNOUNCEMENT: TEMPORARY RELOCATION 🚧✨
Untuk makluman semua pelanggan FAMIVET,
kami akan beroperasi di tingkat atas mulai 17–22 November 2025 bagi memberi laluan kepada kerja-kerja ubah suai ruang menunggu, lobi dan kaunter pendaftaran di tingkat bawah.
Ubah suai ini dijalankan bagi menyediakan:
✨ Ruang menunggu yang lebih selesa.
✨ Aliran servis yang lebih teratur.
✨ Suasana klinik yang lebih moden.
Sepanjang tempoh ini, anda boleh terus naik tangga ke tingkat atas untuk mendapatkan perkhidmatan. Kakitangan kami akan membantu anda untuk membawa si comel ke tingkat atas. 🩷
Semua jenis perkhidmatan berjalan seperti biasa di tingkat atas, termasuk konsultasi, rawatan, warded, ICU, dan prosedur.
Kami mohon maaf atas segala kesulitan dan amat menghargai sokongan tuan/puan.
Terima kasih kerana terus mempercayai FAMIVET. 💙🐾