Pusat Rawatan DewiSaka

Pusat Rawatan DewiSaka Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pusat Rawatan DewiSaka, Medical and health, Alor Gajah, Malacca City.

CARA ELAK GANGGUAN JIN/SYAITAN1. Jangan sidai baju dalam bilik air . Setan akan masuk ke dalam baju tersebut. Bila kita ...
26/08/2019

CARA ELAK GANGGUAN JIN/SYAITAN

1. Jangan sidai baju dalam bilik air . Setan akan masuk ke dalam baju tersebut. Bila kita pakai, kita yang kena.

2. Jangan biar baju disidai di luar berembun. Biarkan di luar, esok basuh balik baru jemur balik...nanti dia akan ikut masuk dalam rumah. Ambil sebelum maghrib.

3. Jangan biar nasi berteraburan di lantai. Jin akan makan. Seolah-olah kita menjemput mereka (jin/setan) masuk ke dalam rumah, habis makan malam bersihkan.

4. Jangan buka tingkap atau pintu waktu maghrib. Setan/jin akan masuk melalui ruang² yang terbuka.

5. Banyakkan bersedekah untuk hindar penyakit...termasuk penyakit hati, hasad dengki.

6. Berhenti seketika ketika perjalanan dalam waktu maghrib. Waktu maghrib merupakan zon merah, banyak setan berkeliaran. Singgah ke masjid atau kedai kopi.

7. Jangan biarkan anak main di luar rumah ketika waktu maghrib.

8. Jangan bercakap dalam tandas. Tandas rumah jin, umpama kita bersembang dengan dia.

9. Jangan kencing berdiri. Jin / syaitan yang disambar petir yang cacat akan sihat semula bila kena air kencing orang berdiri.

10. Tutup kepala bila buang air besar. Setan akan ambil najis dan lumur di atas kepala bila tidak ditutup.

11. Tutup makanan dan minuman ketika ditinggalkan. Memadai tutup dengan sudu dan baca bismillah..kalau tutup penuh lagi bagus. Setan akan berak & kencing dalam makanan yang terbuka lama.

12. Jangan makan makanan yang terbuka lama..sebab dah jadi makanan jin/setan

13. Jangan tidur kaki menghadap ke kiblat. Tidur mengiring ke kanan, badan dan muka hala ke arah kiblat..sihir mudah masuk kalau tidur kaki menghadap ke kiblat. ia akan masuk melalui kaki.

14. Jangan gantung gambar bernyawa dalam rumah.

15. Jangan pamerkan patung di dalam rumah.

16. Gunakan jam tawaf di rumah. Untuk dapatkan aura tawaf.
Ada 1 kes, gantung jam tawaf dalam rumah 3x jatuh, bila dikaji isterinya ada saka.

17. Amalkan ayat Manzil.

18. Pasangkan cd ayat Ruqyah & bacaan 30 juzuk.

19. Basuh pad wanita sebelum buang dalam tong sampah. Kalau tidak , jin s**a makan darah.

20. Jangan makan/minum dengan tangan kiri.

21. Basuh pinggan makan selepas makan malam.

22. Sediakan semburan air yang telah di ruqyahkan untuk persiapan. Kalau ada apa² boleh digunakan.

23. Solat berjemaah dalam rumah bersama keluarga sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

24. Masuk rumah bagi salam, A'uzubillah, Bismillah hissami'il 'alim dan masuk menggunakan kaki kanan.

25. Jangan tidur di antara Asar dan Maghrib. Zon oren atau zon kecerdikan. Kalau tidur akan jadi lembap.

26. Peluk isteri suami setiap kali bangun pagi.

27. Peluk dan cium anak bila hendak keluar.

28. Bacakan Al-fatihah dan tiupkan di ubun-ubun anak² masa tidur dan niatkan .

29. Genggam beras. Selawat 3x, alfatihah 1x, kacau ikut tawaf masa setiap kali nak masak nasi. Niat . Untuk kebahagiaan.

30. Jangan makan organ dalaman binatang. Contoh hati.

31. Letak ais pada p**i sekali sekala . Zon himunisasi.

32. Mandi ais sekali skala . Mandi sebelah malam. Untuk keluarkan haba panas dalam badan dan kebaikan organ dalaman.

33. Mandi garam pagi dan petang.

34. Pakai wangian sebelum tidur, jin tak s**a wangi²an.

35. Digalakkan berhubungan dengan suami/isteri 3x seminggu.

36. Dilarang berhubungan dengan isteri/suami dalam tandas.

37. Amalan zikir asma ul husna.

38. Makan kurma 1 hari 1 biji

39. Makan garam bukit setiap pagi. Garam untuk neutralkan asid dalam badan.

40. Baca doa untuk lembutkan hati suami/isteri..tiup kat ubun dan telinga dia.

41. Baca 3 kali Surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebelum tidur, 3 kali ayat qursi.

42. Baca bismillah 5, 3x sebelum makan. Bismillahillazi...terlindung dari santau.

43. Selawat nabi 3x pada nabi sulaiman ketika nak ambil​ daun pada waktu malam.

44. Pasang lampu ketika tinggalkan rumah, jangan biar gelap.

45. Segalanya serah pada Allah taala.. Tawakal pada Dia...berdoa setiap pagi waktu subuh.

Pusat Rawatan DewiSaka

Assalammualaikum wbt
14/07/2019

Assalammualaikum wbt

Semoga bermanfaat bersama
03/02/2019

Semoga bermanfaat bersama

AMALAN KETIKA BERWUDUKKetika Ambil Wuduk niatkanlah dalam hati1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampu...
21/01/2019

AMALAN KETIKA BERWUDUK

Ketika Ambil Wuduk niatkanlah dalam hati

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu
dengan,

"Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak,
Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah
kamu dengan,

"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan
kanan ku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu
dengan,

"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di
tangan kiri ku ini".

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu
dengan,

"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di
padang Masyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu
dengan,

"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu
dengan.

"Ya Allah, Jangan gelincirkan kakiku ketika aku melintasi titian
Siratul Mustaqim nanti".

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu
dengan,

"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat serta ampunlah dosa2 aku".

Mari kita amalkan bersama...semoga bermanfaat

Jom Viral Like Dan Share
PAGE Pusat Rawatan DewiSaka

20/01/2019

~ Kisah Gadis 20 Tahun Menyesal Berkahwin Dengan Ustaz ~

Seorang gadis umur 20 tahun hendak bernikah tapi dia tak nak couple-couple nih, tambahan dia mahukan seorang suami yang 'ultra warak'. so dia pun buat hebahan yang dia sudi menerima sesiapa je yang ingin menikahinya dengan syarat²:

1) lelaki tu kena puasa sepanjang tahun

2) lelaki itu kena khatam al Quran setiap hari

3) lelaki itu kena beribadah sepanjang malam setiap hari.

Tak ada seorang pun laki sanggup nak terima ketiga³ syarat tu kecuali seorang jejaka yang sederhana perwatakan dan penampilannya.

Maka bernikah si gadis itu dengan lelaki tersebut.

Sepanjang tempoh perkahwinan mereka, perempuan tu perhatikan suami dia tu.

"Eh, tak puasa pulak laki aku hari macamane nak puasa setahun?"

"Err aku tak nampak pun dia baca Quran hari ni."

"Tak nampak pun laki aku bangun malam pagi ni. Dia tak solat malam ke?"

Selepas sebulan akhirnya permpuan tu tak tahan dah. Dia anggap suami tu menipu dia. Dia pun memohon cerai kat mahkamah sambil menyatakan alasan 'Ditipu Oleh Suaminya'

"Masa nak nikah dulu dia setuju syarat² yang saya letak. Dah kawin langsung tidak tunaikan. Penipu!" Rungut si isteri pada Hakim Mahkamah

Hakim pun tanya kepada jejaka tu, "kamu ingat apa syarat² nikah yang isteri kamu letakkan?"

"Ingat, yang arif. Puasa sepanjang tahun, solat malam non stop setiap hari, khatam Quran setiap hari..", jawab jejaka muda dengan nada lembut.

Hakim Mahkamah bertanya lagi. "Habis tu kamu tak buat ?"

Si suami tu selamba jawab, "Buat!"

Hakim menjerkah, "Isteri kamu kata kamu tak buat. Macam mana ni?"

Si Suami itu tak mau mengalah. "Sungguh saya buat yang arif. Takkan saya nak tulis report card nak bagi tahu saya buat apa hari ni? Nanti riak pulak !!!"

Hakim tidak puas hati, "Baik. Hari ni kamu puasa tak?"

"Tak" jawab Si Suami lalu Hakim terus potong ayat, "Hah! Kamu tidak puasa hari ni, habis macam mana kamu kata kamu puasa sepanjang tahun?"

Pemuda itu selamba menjawab,
"Nabi Muhammad {s.a.w} Rasulullah telah bersabda sekiranya seorang itu menunaikan puasa Ramadhan sebulan dan kemudiannya menyambung dengan puasa sunat syawal 6 hari, maka ganjaran seolah sama juga dia telah berpuasa sepanjang tahun. Saya puasa Ramadhan dan puasa 6 setiap tahun, jadi saya berpuasa sepanjang tahun."

Hakim Mahkamah tu tersentak. "Habis tu macam mana kamu khatam Al Quran setiap hari Saya nak baca 3 muka surat sehari pun susah nak cari masa."

Si Suami itu terus menjawab, "Saya baca Surah Al Ikhlas 3 kali setiap kali saya sebelum tidur.
Rasulullah Nabi Muhammad {s.a.w} bersabda sesiapa yg membaca surah Al Ikhlas 3 kali maka seolah² sama juga dia telah membaca keseluruhan Al Quran." sambil buat senyuman lebar kepada Hakim Mahkamah.

Hakim itu makin tergamam kemudian menyoal, "Solat malam pulak, bagaimana kamu buat?"

Si Suami itu sekali lagi senyum, "Saya solat Isyak dan solat Subuh berjemaah. Nabi Muhammad {s.a.w} Rasulullah bersabda, Sesiapa yang berjemaah pada waktu Isyak dan Subuh maka seolah² dia telah beribadah sepanjang malam", dia terus menyambung, "Islam itu indah dan mudah hanya untuk penganut yang menggunakan akal ikhlas mencari redha Allah!..
Tetapi kita selalu mengukur kewarakan dan kealiman seseorang itu berdasarkan banyaknya amalan seseorang itu yang dizahirkan sedangkan Allah mementingkan kualiti berbanding kuantiti.

Kita cuma diberikan Allah 24 jam sehari semalam, maka pandai²lah kita bahagikan masa selaku manusia yang menghidupkan dunia serta mencari akhirat. Bukankah mencapai kejayaan di dunia juga merupakan ibadah, dan apa gunanya jika melakukan ibadah tanpa istiqamah, semua itu hanya sia²!" Si Suami yang dituduh menipu oleh isterinya itu meluahkan buah fikiran berhujah berdasarkan fakta Islam yang sahih.

Hakim terangguk² lalu memerintahkan si isteri bangun lalu bersuara, "Awak sebenarnya beruntung sangat. Awak telah dinikahi oleh seorang lelaki yang bukan sahaja amat warak tetapi amat berilmu. Dengan ini saya isytiharkan kes ini dibatalkan dan tertuduh dilepaskan kerana didapati tidak bersalah kepada semua tuduhan. Perbicaraan selesai!"

Si suami tersenyum puas. Sekian Al Kisah Rekreasi moga boleh dijadikan tauladan.

*3 amalan itu bukan hanya dikhususkan kepada lelaki, perempuan juga boleh mendapatkan ganjaran besar hanya perlu ikhlas beramal hanya kerana Allah!

Peringatan bersama semoga Allah ta'ala memberikan jalan dan kekuatan untuk kita beribadat yang barakat dan berkualiti kepada Allah Rabbal'alamiin wa la haulawala quwwata ilabillah.

EMPAT PERKARA SEBELUM TIDUR WALAU SESIBUK MANAPUN DENGAN TUGAS HARIAN
Rasulullah berpesan kepada siti Aisyah ra.
“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu :
1. Sebelum khatam al Quran.
2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat.
3. Sebelum para muslimin meredhai engkau.
4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah".
Bertanya Siti Aisyah :
“Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?“

Rasulullah tersenyum dan bersabda :-

1. “Jika engkau akan tidur,bacalah surah al Ikhlas tiga kali
Seakan² engkau telah mengkhatamkan Al Quran
” Bismillaahirrahmaa nirrahiim,
‘Qul huallaahu ahad’ Allaah hussamad’
lam yalid walam yuulad’
walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x ) “

2. "Bacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku" maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa saiyyidina Muhammad wa’alaa aalii saiyyidina Muhammad ( 3x ) “

3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meredhai engkau
“ Astaghfirullaah hal 'adziim al lazhii laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih ( 3x )

4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan² engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah
“ Bismillaahirrahmaa nirrahiim
Subhanallaah Walhamdulillaah Walaa ilaaha illallaah hu wallah hu akbar "
( 3x )

Sampaikanlah kepada orang lain, maka ini akan menjadi sedekah jariah pada setiap orang yang anda kirimkan pesan ini, dan apabila kemudian dia mengamalkannya, maka kamu juga akan ikut mendapat ganjaran pahalanya In Shaa Allah. ..

👑 Kisah tauladan
📚 Amalan kecil dengan ganjaran yang besar mari kita amalkan.

🍃

27/12/2018

KENAPA MAK DULU BOLEH JAGA 10 ANAK, MAK SEKARANG ANAK BARU DUA DAH KECOH? 😢😢

Tu kena faham dulu sebelum keluarkan statement yang bukan-bukan. Saya paling anti kalau kenyataan ini.

'Eleh, makcik dulu anak ramai boleh je jaga, ko baru tiga dah macam tak cukup tangan?'

Hmmmm..dalam sedar tak sedar, zaman dulu dan zaman sekarang sangat berbeza.

Zaman saya kecil-kecil dulu. Sekitar umur 5 - 6 tahun camtu, saya sangat bebas ke sana sini. Naik basikal, masuk kebun getah cari buah getah nak main congkak. Kadang round satu kampung dengan jiran-jiran dan adik-beradik.

Keluar selepas asar, sebelum Maghrib balik. Keluar main dengan anak jiran lelaki, main kejar-kejar.Seronok! Balik rumah dengan penat. Selepas makan dah tertidur sendirinya.

Mak? Buat kerja rumah di rumah. Ayah? Pergi dan balik kerja dengan senang hati. Kenapa mak boleh jaga sepuluh anak?

Sebab anak-anak tak buat sepah dalam rumah. Anak-anak tak bergaduh dalam rumah. Anak keluar main dengan jiran kampung sebelah? Mak tak pernah risau. Mak tak pernah susah-susah dan resah.Sebab dia tau, penat main, anak-nak confirm balik makan.

Anak perempuan dia main kejar-kejar dengan anak lelaki jiran? Mak tak pernah risau. Sebab anak perempuan dan anak jiran memang main kejar-kejar semata-mata.

Dulu kedai runcit banyak dekat kawasan rumah. Pasar basah pun dekat. Mak bagi RM20 pastu bagi list barang, anak perempuan dia kayuh basikal pergi pasar, tunjuk list, orang kedai bagi barang. Harga pun harga betul, kadang siap bagi free lada kering la, bawang merah lebihla.

Mak senang ada pembantu. Tak payah mak susah-susah nak pergi pasar. Zaman sekolah pun best. Pagi ayah hantar, balik pandai balik sendiri naik bas henti-henti. Kadang ada duit lebih, ambil prebet sapu. Kadang siap tertidur dalam kereta,tapi pakcik perebet kejut je, adik..sampai rumah dahni!

Hidup tenang. Senang. Sedar-sedar 10 orang anak mak dah besar.

Tapi itu zaman mak dulu. Zaman mak sekarang dah lain.

Anak nak keluar main sendiri depan rumah risau sangat. Kereta banyak, motor banyak. Anak pulak baru belajar kayuh basikal, kadang jatuh kadang terlajak. Mak sibuk nak masak lagi, maka terpaksa suruh anak main dalam rumah. Nak biar main kat luar, risau!

Maka, bila dalam rumah, mak stress. Anak sepahkan mainan, main elok-elok 5 minit pastu berebut dengan adik. Belum campur lagi bab anak kata dah bosan dengan mainan.

Mak nak anak bergaul dengan anak jiran. Tapi mak sekarang risau. Anak mak perempuan, anak jiran lelaki. Budak dulu-dulu naif. Tapi budak sekarang advance. Budak dulu-dulu kalau main kawin-kawin, setakat sanding duduk sebelah-sebelah je. Budak sekarang main kawin-kawin kadang memang 'kawin' terus. Tak ada akad nikah je. Akhirnya, mak tak dapat masuk dapur, mak nak pantau kat luar anak-anak ni bergaul macam mana.

Mak nak suruh anak pergi kedai zaman sekarang mak risau. Sahkan nak pergi kedai, anak main depan rumah pun bahaya. Orang jahat merata-rata. Sekali lagi, mak terpaksa suruh anak main dalam rumah. Sekali sekala bawa ke taman, tapi itula, jeling mata tak pernah lepas. Risau.Risau. Risau. Makanya, mak jugaklah usung anak-anak pergi kedai, walaupun sekadar nak beli bawang merah 5 ulas.

Mak nak anak balik sekolah sendiri?Lagilah risau. Naik bas ada risiko, naik teksi ada risiko, kayuh basikal sendiri ada risiko. Mak risau. Maka, demi anak, mak jugaklah gagahkan diri ambil dan hantar anak sekolah. Loceng belum bunyi mak dah tercegat depan pagar sekolah, takut anak balik ikut orang ntah sape-sape.

Dengan rutin macam tu, bila mak nak ada masa di rumah? Anak kena pantau 24 jam depan mata. Paling mudah, anak-anak semua dalam rumah!

Mak dulu takde mainan dalam rumah, sebab anak main luar rumah. Rumah mak dulu bersih, clear,sebab mak tak payah fikir bab anak sepahkan.Mak tak risau anak kat luar. Mak tak risau anak hilang.

Mak sekarang?
Anak dalam rumah pun orang intai lagi!

10 ANAK ZAMAN MAK DULU, DAH TAK SAMA DENGAN TIGA ANAK ZAMAN SEKARANG.


Apa yang anda lihat? Batu terapung kan!Sekarang cuba anda  terbalikkan, nampak apa?  Begitulah pandangan orang kepada se...
13/12/2018

Apa yang anda lihat? Batu terapung kan!

Sekarang cuba anda terbalikkan, nampak apa?

Begitulah pandangan orang kepada seseorang.

Jangan cepat buat andaian atau tafsiran yang belum jelas dan nyata.

Jangan Lupa LIKE SHARE DAN VIRAL PAGE
Pusat Rawatan DewiSaka

Aku tahu, ramai dak-dak pompuan kat sini yang pemalas nak lipat kain. Selalu la aku baca pos dia orang pasal nak upah or...
13/12/2018

Aku tahu, ramai dak-dak pompuan kat sini yang pemalas nak lipat kain. Selalu la aku baca pos dia orang pasal nak upah orang la, laki bagi upah baru dia orang nak lipat kain la, nak beli mesin yang boleh lipat kain tak payah korang buat la...

Orang tua-tua zaman dulu cakap, kain jangan dibiarkan bertimbun. Katil tempat tidur jangan dibiarkan berselerak dan tak dikemaskan. Korang tahu tak, jin yakmat s**a duduk kat dalam kain-kain yang korang malas nak lipat tu. Haaa... korang dah sediakan tempat tidur dia, tu pasal la korang asyik dengar bunyi guli dan orang main tarik perabot.

Ni cerita masa arwah atuk aku hidup lagi. Bapak aku cerita tadi, aku kongsikan dengan korang. Ada sorang pak cik ni datang cari atuk aku. Cucu dia hilang. Dah tiga hari katanya. Jadi, atuk aku pon pergilah nak tengok apa yang boleh ditolong.

Macam biasalah, atuk aku bawak Quran dia. Dah selalu ada kat tangan dia kan. Atuk aku sampai je ke rumah tu, dia terus mintak izin nak masuk ke dalam bilik. Bilik ni bukan bilik tidur tapi ada katil. Bilik ni dia orang guna untuk letak baju-baju yang dah diangkat dari ampaian. Malas lipat, timbunkan kat situ.

Atuk aku berdiri kat tepi katil tu. Dia baca doa lepas tu dia seluk tangan dia ke dalam timbunan kain kat atas katil tu. Actually, tak banyak pon timbunan kain tu sebab dia orang dah melipat sejak budak tu hilang. Nak melayan risau agaknya, lipat kain. Kiranya busut kain tu tak tinggi mana. Tak banyak mana.

Atuk aku seluk tangan dia ke dalam kain tu. Entah apa yang dia cari tapi masa dia menggagau tu, tangan dia kena tarik dengan kuat. Tersembam muka atuk aku kat kain-kain yang bertimbun tu sampai dia dah macam nak masuk ke dalam kain tu. Atuk aku melawan. Dia baca ayat-ayat suci. Keluar bunyi meracau. Benda tu melawan. Katil tu bergegar kuat. Tapi kain yang bertimbun tu tak jatuh pulak. Macam dah kena gam.

Macam-macam bunyilah keluar. Entah apa yang atuk aku baca, tiba-tiba keluar api kat timbunan baju tu. Pastu berasap. Bau dia, hangit!

Atuk aku baca Yasin Mubin sebab maksud 'Mubin' tu sendiri ialah tunjuk. Nyata. Serlahkan. Dalam surah yasin tu ada tujuh mubin. Sampai kat setiap mubin, atuk aku berdoa.

Pelan-pelan dia tarik tangan dia. Tak lama lepas tu, nampak tangan budak kecik tu. Lepas tu badan dia pulak sampai habis atuk aku tarik dia keluar dari timbunan kain yang tak tinggi tu. Budak tu dah longlai. Satu badan dia lebam. Darah dia kena hisap derrr...

"Hari-hari kami lipat kain..." kata nenek budak tu. Muka tak percaya habis.

"Jangan biar kain bertimbun. Jin s**a duduk kat dalam kain bertimbun. Katil kena kemas selalu. Bila nak baring kat atas katil, pukul-pukul dulu serata tilam tu dengan kain sambil baca ayat Kursi. Jin s**a tidur kat atas katil kita. Tak halau, dia tidur dengan kita la..." kata atuk aku.

Tak seram sangat la... tapi pengajaran la pada yang malas nak lipat kain... ha ha ha ha

12/12/2018

GANGGUAN :
Sering TERJUMPA Duit Syiling 1sen Atau 5sen Di Mana Sahaja Laluan Dilalui

        Jom Viral, Like Dan Share PAGEPusat Rawatan DewiSaka
10/12/2018







Jom Viral, Like Dan Share PAGE
Pusat Rawatan DewiSaka

Address

Alor Gajah
Malacca City
78000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Rawatan DewiSaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram