Rawatan Bekam Melaka

Rawatan Bekam Melaka Kami menyediakan khidmat rawatan bekam di sekitar Melaka. Hubungi 01113034367(Rahimi/Kak Ida) untuk k

Assalamualaikum...Mendapatkan khidmat memperbaharui insuran kereta dari salah seorang pelanggan kami en Hairul Anuar Muj...
27/02/2017

Assalamualaikum...
Mendapatkan khidmat memperbaharui insuran kereta dari salah seorang pelanggan kami en Hairul Anuar Mujahid Takaful. Layanan first class...yang berhajat boleh search fb beliau seperti nama yang tertera diatas...

Assalamualaikum...Tanggal 10 muharam 1438 hadir kembali dan alhamdulillah kita masih diberi peluang menjadi hambanya di ...
11/10/2016

Assalamualaikum...

Tanggal 10 muharam 1438 hadir kembali dan alhamdulillah kita masih diberi peluang menjadi hambanya di muka bumi Allah yang penuh dengan nikmat dan dugaan ini,
Kepada yang sihat sama samalah kita merebut peluang dengan kesihatan yang baik ini untuk membuat sebanyak banyak ibadah dan kebajikan, kepada yang sedang diuji dengan kesakitan marilah kita besama sama berdoa agar Allah SWT memberi kesembuhan dan semuga ujian kesakitan ini menambah lagi pahala berkat hasil dari kesabaran kita...

Alhamdulillah rawatan bekam ditempat kami beroperasi dengan baik sekali, ditambah p**a jalan masuk ke permis kami sudah pun di luaskan amat memudahkan kenderaan pengunjung keluar dan masuk. Terima kasih atas sokongan sahabat sahabat semua dan perasan kami lebih teruja bila rawatan bekam ini mula menjadi pilihan setelah terbukti denga izin Allah memberi kesembuhan atau sekurang kurangnya dapat meringankan tanggungan penyakit yang dihadapi.

Kepada yang berhajat ke tempat kami ada cara mudah yang kami cadangkan, anda cuma perlu cari salah satu dari 2 landmark ini iaitu Klinik Kesihatan Umbai atau Pam Minyak Petron Umbai. In shaa Allah kami akan kesana menjemput anda kerana permis kami berhampiran dengan lokasi tersebut. Salam penuh ingatan dari kami...

06/06/2016

Selamat Menjalani Ibadah Puasa Buat Teman Teman...1 Ramadan 1437

Asslamualaikum sahabat2 semua saya Rahimi dan zaujah saya Rosidah mengucapkan selamat berpuasa, berbuka, bersahur dan bertarawih kepada semua pengunjung2 pusat rawatan bekam kami dan seluruh umat islam di mukabumi...Semuga segala ibadah yang kita lakukan ini diterima oleh Allah SWT...

HUKUM BERBEKAM SEMASA PUASA

Ulama berselisih pendapat berkenaan dengan hukum berbekam semasa puasa , adakah membatalkan puasanya atau tidak. Ada dua pendapat berkenaan masalah ini:

PENDAPAT PERTAMA: Berbekam tidak membatalkan puasa.
Ini pendapat mazhab Syafie , Maliki dan Hanafi.

DALIL PENDAPAT INI:-

1. Hadis dari Ibnu Abbas:
أن النبي صلى الله عليه وسلم، احتجم وهو محرم، واحتجم وهو صائم

“Sesungguhnya Nabi saw berbekam semasa memakai ihram dan Nabi saw berbekam semasa puasa.” Hadis sahih Bukhari

2.

رخَّص رسول الله صلى الله عليه وسلم في القُبلة للصائم والحجامة

“ Rasulullah saw membenarkan bercium dan berbekam bagi orang yg berpuasa.”

Riwayat imam Ad-Dar qutni dan beliau berkata “Perwainya semuanya thiqah”

PENDAPAT KEDUA: Berbekam membatalkan puasa.
Ini pendapat mazhab Hambali, Ibnu Taymiah, Ibnul Qayyim, Ibnul Munzir, Auza’ie, Ibnu Khuzaimah dan Addarimi.

DALIL PENDAPAT INI:

1.
حديث شدّاد ورافع بن خديج رضي الله عنهما مرفوعاً : ( أفطر الحاجم والمحجوم ) أحمد وأبو داود والترمذي وحسنه وابن ماجه.

Hadis Nabi saw dari Syaddad dan Rafie’ bin khadij:

“ Tukang bekam dan orang yang dibekam batal puasanya.”

Jawapan dr ULAMA JUMHUR

“ Hadis ini dimansukhkan hukumnya dgn hadis yang menyatakan Nabi saw berbekam semasa puasa. Ini kerana hadis syaddad adalah semasa hari pembukaan kota mekah dan hadis ibnu abbas adalah semasa haji wada’ (perpisahan).

KESIMPULAN

Pendapat yg lebih kuat ialah puasa tidak membatalkan puasa dan hanya makruh sekiranya melemahkan tubuh. Berikut adalah hadis yg menguatkan ini:

أن أنساً -رضي الله عنه- سُئِل: أكنتم تكرهون الحجامة للصائم؟ قال : لا، إلا من أجل الضعف.

“ Sesungguhnya Anas ra ditanya : Adakah kamu (para sahabat) menghukum makruh berbekam bg org yg berpuasa. Anas menjawab “ Tidak kecuali sekiranya tubuhnya lemah untuk berpuasa.”

Hadis sahih Bukhari.



Rahimi - 01113034367 / 01132931649 (Lelaki)
Rosidah - 01123856096 (Wanita)

29/04/2016

Assalamualaikum

Alhamdulillah dan terima kasih kepada sahabat2 yang setia mengunjungi ke pusat rawayan bekam kami dan terus memberi sokongan kepada kami untuk mempertingkatkan lagi usaha menghidupkan kembali usaha kaedah rawatan bercirikan sunnah rasulullah SAW.
Menjawab tentang kesan kesembuhan melalui kaedah rawatan bekam ini in shaa Allah selama lebih kurang 5 tahun mengamalkan rawatan bekam ini alhamdulillah telah terbukti melalui respon pengunjung yang datang mendapatkan khidmat kami, dengan izin Allah SWT ramai yang telah pulih dari masalah/penyakit yang mereka alami. Secara tidak lansgsung telah menambahkan keyakinan kami terhadap usaha rawatan sunnah ini. Namun kami sentiasa akur setiap kesembuhan itu mutlak dengan izin Allah SWT...
Sedikit pengumuman pusat rawatan bekam kami tidak beroperasi bermula dari 30 April 2016 hingga 2 Mei 2016 dan dibuka semula pada 3 Mei 2016. In shaa Allah kami sekeluarga akan bercuti keselatan tanah air, mohon doakan perjalanan kami.
Kepada sahabat2 yang baru mengenali kami sila rujuk maklumat yang ada ini untuk menghubungi kami.

Rawatan Bekam Melaka

Alamat Permis Perniagaan
Km 13 Bangunan Koperasi Warisan Pekan Umbai, Umbai Melaka

Waktu Operasi
Isnin - Ahad
10:00 pagi - 10:00 malam ( kaedah temujanji )

Khidmat rawatan
10 cup - rm 50.00 (melebihi 10 cup ada hadiah cup percuma)

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi :-

Rahimi - 01113034367/01132931649
Rasyidah - 01123856096

* sekiranya gagal menghubungi kami melalui whatsapp sila gunakan sistem sms *

Semuga segala usaha yang kita amalkan ini mendapat redha Allah SWT...

AssalamualaikumSemuga sahabat2 semua sentiasa dibawah lindungan Allah SWT,sihat tubuh badan dan dianugerahkan keberkatan...
05/02/2016

Assalamualaikum

Semuga sahabat2 semua sentiasa dibawah lindungan Allah SWT,sihat tubuh badan dan dianugerahkan keberkatan rezeki hendaknya.
Jutaan terima kasih buat pengunjung2 pusat rawatan bekam kami in shaa Allah kami akan terus memberikan khidmat yang terbaik buat sahabat2 semua...

Disini ada sedikit pengumuman buat sahabat2 semua

Untuk urusan tempahan rawatan bekam sila hubungi no talipon seperti di bawah ini

Untuk lelaki

01113034367 / 01132931649 - Rahimi

Untuk wanita

01123856096 - Rashidah

* kami tidak lagi menggunakan no tel 0123944277 kerana kami telah menamatkan perkhidmatannya*

Segala kesulitan kami mohon jutaan kemaafan.....terima kasih

Dikunjungi sahabat MTAC dan selesai menunaikan hajat berbekam di pusat rawatan kami. Terima kasih tuan Mohd Zin kerana s...
01/12/2015

Dikunjungi sahabat MTAC dan selesai menunaikan hajat berbekam di pusat rawatan kami. Terima kasih tuan Mohd Zin kerana sudi mendapatkan khidmat kami...

Assalamualaikum...Alhamdulillah...meneruskan usaha rawatan bekam sunnah di rumah puan Radiah, Taman Pandan Jaya Melaka.
22/08/2015

Assalamualaikum...
Alhamdulillah...meneruskan usaha rawatan bekam sunnah di rumah puan Radiah, Taman Pandan Jaya Melaka.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1436 H kepada yang mengenali diri kami di Pusat Rawatan Bekam Melaka semuga segala amalan ...
16/07/2015

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1436 H kepada yang mengenali diri kami di Pusat Rawatan Bekam Melaka semuga segala amalan kita diberkati Allah SWT hendaknya...

In shaa Allah  2 produk yang telah menunjukkan maklumbalas yang menyakinkan dari pengguna...Boleh oder terus dari saya :...
28/01/2015

In shaa Allah 2 produk yang telah menunjukkan maklumbalas yang menyakinkan dari pengguna...
Boleh oder terus dari saya :
0123944277 & 01132931649 (Rahimi)

21/01/2015

Jadual Rawatan Bekam 2015

Assalamualaikum

Mudah-mudahan kita dapat menjalani kehidupan lebih sihat dan sentiasa dilindungi Allah S.W.T hendaknya...

Kepada semua sahabat2 dan pengunjung blog, dibawah ini saya ada tempelkan jadual rawatan bekam di teratak bekam saya. Semuga dapat memudahkan urusan rawatan untuk kita semua.

Rawatan Bekam Untuk Wanita.

Isnin - Jumaat : 08:00 malam - 10:00 malam

Sabtu & Ahad : 09:00 pagi - 10:00 malam

Rawatan Bekam Untuk Lelaki.

Isnin - Ahad : 09:00 pagi - 10:00 malam

Rabu - Cuti (Melainkan untuk kes2 yang memerlukan rawatan segera)

Untuk permintaan rawatan bekam di teratak bekam kami dan rawatan ke rumah, sila buat temujanji lebih awal.

Sekian sahaja untuk pertemuan kali ini, semuga kita dipertemukan dimasa akan datang. Wassalam...

Alhamdulillah selesai aktiviti bekam di Kuala Sg Baru. Terima kasih kepada puan Dilla kerana sudi menjemput kami...
04/01/2015

Alhamdulillah selesai aktiviti bekam di Kuala Sg Baru. Terima kasih kepada puan Dilla kerana sudi menjemput kami...

Terima kasih kepada cikgu Roslina dan anak kerana sudi menjemput kami untuk berbekam di
20/12/2014

Terima kasih kepada cikgu Roslina dan anak kerana sudi menjemput kami untuk berbekam di

Address

Umbai
Malacca City
77300

Opening Hours

Monday 10:00 - 22:00
Tuesday 10:00 - 22:00
Wednesday 10:00 - 22:00
Thursday 10:00 - 22:00
Friday 10:00 - 22:00
Saturday 10:00 - 22:00
Sunday 10:00 - 22:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rawatan Bekam Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category