08/12/2025
Hi semua,
Korang pernah tak rasa jari tersangkut tiba-tiba bila bangun pagi?
Lepas tu terus rasa tak selesa nak buat kerja seharian?
Ramai sebenarnya yang alami gejala ni, tapi mungkin merasa sebab penat atau jari terseliuh.
Tapi bila gejala ini berulang-ulang, bermakna ada masalah dengan tendon/urat pada jari anda yang kita panggil TRIGGER FINGER.
"Macam mana trigger finger terjadi?"
Saya akan terangkan guna analogi yang mudah:
Konsep Tali dan Terowong:
Di dalam jari kita ada tali (kita panggil tendon). Tugas tali ini adalah untuk tarik jari kita supaya boleh membengkok dan melurus.
Tali ini perlu meluncur dengan lancar melalui terowong kecil (kita panggil pulley atau sarung tendon) di pangkal jari.
Antara faktor yang menyebabkan seseorang itu terkena trigger finger adalah seperti faktor usia, penyakit seperti kencing manis, atau penggunaan tangan yang berulang-ulang, tali (tendon) itu menjadi bengkak dan tebal, macam ada "simpulan kecil" terbentuk.
Bila tali yang bersimpul/bengkak ini cuba lalu terowong kecil tadi, ia tersekat atau terperangkap.
Kesannya:
Jari jadi kaku dan susah nak gerak.
Bila terpaksa juga tolak atau luruskan, simpulan itu terlepas dengan tiba-tiba, maka terhasillah bunyi 'klik' atau 'pop' itu.
"Apa rawatan trigger finger ni?"
Jangan risau, ia boleh dirawat! Pilihan rawatan bergantung kepada betapa teruk keadaan jari:
1. Rehat & Elak:
Cuba rehatkan tangan dan kurangkan aktiviti yang memerlukan genggaman kuat atau berulang-ulang, seperti mengait, menggunting, atau memerah kain.
2. Ubat dan Alat Sokongan:
Ubat tahan sakit/radang (seperti ubat sapu atau pil) boleh membantu kurangkan bengkak dan sakit.
Kadang-kadang, kita sarankan alat sokongan (splint) untuk memegang jari dalam keadaan lurus pada waktu malam.
3. Suntikan: (rawatan popular di klinik kami)
Rawatan paling popular untuk peringkat sederhana ialah suntikan ubat antiradang (steroid) di tempat yang tersangkut. Suntikan ini biasanya dapat melegakan bengkak simpulan itu.
4. Pembedahan Kecil:
Jika rawatan lain tidak berkesan, kita ada pembedahan kecil untuk 'besarkan' sedikit terowong (pulley) itu supaya tali (tendon) boleh meluncur dengan bebas semula. Pembedahan ini cepat dan biasanya sangat berkesan.
Nasihat saya, jika mana-mana jari Pak Cik/Mak Cik sering tersangkut, mai lah datang ke klinik berjumpa dengan doktor untuk buat pemeriksaan lanjut.
Di klinik kami, doktor akan menilai :
โข pergerakan tendon
โข kawasan yang radang
โข pola pergerakan harian
โข serta kekuatan otot sekitar
Lepas tu barulah rawatan disesuaikan ikut keadaan semasa Pak CIk dan Mak Cik