PERKESO Rehabilitation Centre

PERKESO Rehabilitation Centre A Rehabilitation Centre by the Social Security Organization of Malaysia (PERKESO). Also known as Pusat Rehabilitasi PERKESO.
(464)

13/03/2026

Program CSR Gunting Rambut Percuma telah berlangsung di Vokaysional Pusat Rehabilitasi PERKESO dengan kerjasama Hillmen Academy. Inisiatif ini disediakan khas secara percuma kepada Orang Berinsurans (OB), penjaga OB serta staf sebagai usaha menyantuni warga Pusat Rehabilitasi PERKESO.

Terima kasih kepada Hillmen Academy atas sokongan dan kerjasama dalam menjayakan program ini. Semoga inisiatif sebegini dapat terus menyemai semangat kebersamaan dan keprihatinan dalam komuniti kita.

Burung merbah terbang ke paya,Hinggap sebentar di dahan jarak,Ukhuwah Ramadan terjalin lagi,Kini bertemu di negeri Perak...
12/03/2026

Burung merbah terbang ke paya,
Hinggap sebentar di dahan jarak,
Ukhuwah Ramadan terjalin lagi,
Kini bertemu di negeri Perak.

Syukur kerana sekali lagi warga Pusat Rehabilitasi PERKESO yang terdiri daripada tenaga kerja dapat berkumpul di Majlis Berbuka Puasa dan kali ini kami di Ipoh, Perak! 🌙

Hampir kesemua warga kerja yang terdiri daripada pasukan rehabilitasi, klinikal, pengurus kes, pengurusan dan ramai lagi telah berkumpul meluangkan masa untuk berbuka bersama-sama.

Semoga majlis ini dapat terus meningkatkan jalinan keharmonian dalam kalangan warga kerja di samping kekal memastikan pemulihan secara komprehensif klien di Ipoh sentiasa berada pada tahap yang terbaik.

Sehingga berjumpa lagi! ✨

Kegembiraan dirai bersama...Alhamdulillah, pada hari ini sekali lagi dapat kami berkumpul bersama-sama keluarga besar ka...
09/03/2026

Kegembiraan dirai bersama...

Alhamdulillah, pada hari ini sekali lagi dapat kami berkumpul bersama-sama keluarga besar kami yang terdiri daripada klien-klien yang sedang menjalani rawatan rehabilitasi di Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak, Melaka.

Sempena hari ke-19 Ramadan ini, kesemua klien telah diraikan di Majlis Berbuka Puasa Bersama Klien PRP 2026 dan terima kasih juga buat Majlis Agama Islam Negeri Melaka yang telah sudi berkongsi rezeki memberikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri buat klien kami.

Semoga majlis pada hari ini sedikit sebanyak dapat mengeratkan silaturrahim dan mengimarahkan bulan Ramadan dalam kalangan warga Pusat Rehabilitasi PERKESO.

08/03/2026

Selamat Hari Wanita Sedunia 🌷

Di sebalik kelembutan, tersimpan kekuatan.
Di sebalik kesabaran, lahir keberanian.
Wanita bukan sekadar pelengkap, tetapi sinar yang menerangi perjalanan dunia.

Terus melangkah dengan yakin,
terus menginspirasi dengan kehebatan.

Memartabat wanita, memperkukuh negara. 🌸

Terima kasih kepada Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia, YB Dato' Ramli Bin Dato' Mohd Nor di atas k...
05/03/2026

Terima kasih kepada Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia, YB Dato' Ramli Bin Dato' Mohd Nor di atas kesudian mengadakan lawatan dan menyantuni klien kami pada hari ini. Semoga lawatan pada hari ini membuka peluang kepada Ybhg.Dato' dan delegasi yang hadir untuk melihat sendiri bagaimana rawatan rehabilitasi yang komprehensif dijalankan di sini di samping dapat beramah-mesra dengan klien-klien kami yang sedang menjalani rawatan.

04/03/2026

Sekitar Majlis Berbuka Puasa Ramadan Iftar Gathering Pusat Rehabilitasi PERKESO pada tahun ini!

Alhamdulillah, majlis ini telah berlangsung dengan penuh kemeriahan dan harmoni. Program ini berjaya menghimpunkan seluruh warga kerja bersama keluarga tercinta dalam satu majlis yang penuh ukhuwah dan keberkatan.

Selain berbuka puasa bersama, majlis ini turut menjadi ruang untuk mengeratkan silaturahim, memupuk semangat kebersamaan serta menghargai komitmen dan dedikasi semua warga kerja.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman bin Aziz Mohammed, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO.

Semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan terus memperkukuh semangat kita dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik.

25/02/2026

Sederhana tapi tetap meriah! 🧧✨

Sambutan Tahun Baharu Cina kali ini disambut secara sederhana namun tetap meriah bersama-sama warga Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak pada hari ini!

Walaupun dalam menjalani ibadah puasa, klien kami kekal aktif dalam menjayakan pelbagai aktiviti bertemakan masyarakat kaum cina bersama-sama! Semoga aktiviti sebegini dapat diteruskan dan semangat keharmonian dalam dipupuk dalam masyarakat.

Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak buat semua Umat Islam yang bakal memulakan ibadah puasa pada tahun ini. Semog...
18/02/2026

Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak buat semua Umat Islam yang bakal memulakan ibadah puasa pada tahun ini. Semoga kehadiran Ramadan kali ini membuka peluang untuk kita menjadi insan yang lebih baik dan kekal cergas dalam menjalani kehidupan seharian.


Happy Chinese New Year to all who are celebrating! 🧧🏮We wish you a joyful and prosperous New Year. May this festive seas...
16/02/2026

Happy Chinese New Year to all who are celebrating! 🧧🏮

We wish you a joyful and prosperous New Year. May this festive season bring happiness, good fortune, and meaningful moments shared with your family and loved ones.

As you celebrate, don’t forget to take good care of your health and stay safe during the festivities.

Gong Xi Fa Cai! ✨


12/02/2026

Advancing recovery through neuro-robotic physiotherapy at PERKESO Rehabilitation Centre, where technology meets rehabilitation for stronger, faster recovery outcomes.

Discover the best of what we offer at our Kuala Terengganu Branch Centre, dedicated to supporting our clients on their journey to recovery !

Address

Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak, Lot PT7263 [H. S (D) 18923], Bandar Hijau, Hang Tuah Jaya
Malacca City
75450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PERKESO Rehabilitation Centre posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to PERKESO Rehabilitation Centre:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram