Klinik Kesihatan Manong

Klinik Kesihatan Manong Sila gunakan aplikasi MySejahtera untuk menempah temujanji. Layari website tertera untuk muat turun.

08/12/2025

Harini lepas hbis waktu clinic keme amik sedikit masa nk bgi hadiah permainan yang keme main haritu batu seremban dan ceper😝

Tahniah pada semua pemenang, nanti kite main game2 lain pulak

♥️♥️♥️♥️♥️


8/12/2025Majlis Penerimaan Ambulans Baharu Klinik Kesihatan ManongPenerimaan ambulans baharu hari ini telah disempurnaka...
08/12/2025

8/12/2025

Majlis Penerimaan Ambulans Baharu Klinik Kesihatan Manong

Penerimaan ambulans baharu hari ini telah disempurnakan oleh Dr. Julaidah, Pegawai Kesihatan Daerah Kuala Kangsar, dan diserahkan secara simbolik kepada YM Ketua Klinik Manong, Dr. Khairul Bariyah.

Semoga kemudahan ini dapat memperkukuh perkhidmatan kecemasan serta meningkatkan mutu penjagaan kesihatan untuk penduduk Manong dan kawasan sekitarnya.



01/12/2025

Wajah Baru Klinik Kesihatan Manong😍

udoh 90% siap komeee

Cumenya kita tngh dalam fasa check semua dan sebagainya

In Shaa Allah dalam masa terdekat akan beroperasi seperti biasa,apa2 follow dulu keme di media sosial

Kongsikan kenangan anda dengan Klinik Kesihatan Manong di komen😍

01/12/2025

Kadang2 dalam kesibukan bekerja kita kene bersama sama untuk membina ukhwah sesama staff

hebat kome deme dalam batu seremban🌝

29/11/2025Majlis Apresiasi Primer PKD Kuala Kangsar 2025 🎉Alhamdulillah, Majlis Apresiasi Primer PKD Kuala Kangsar berja...
29/11/2025

29/11/2025

Majlis Apresiasi Primer PKD Kuala Kangsar 2025 🎉

Alhamdulillah, Majlis Apresiasi Primer PKD Kuala Kangsar berjalan dengan penuh meriah dan semangat kekeluargaan. Pelbagai aktiviti dijalankan dengan 8 game dipertandingkan, termasuk:

🎯 Boling Padang
🪀 Batu Seremban
✨ Ceper
💧 Masuk Ayor Dalam Botol
⚽ Sepak Raga
🧠 Hafal Gambar
…dan pelbagai aktiviti lain yang menceriakan suasana!

Tahniah & terima kasih kepada pihak penganjur yang bertungkus-lumus menjayakan program ini. Semangat sportmanship memang terbaik!

Tidak dilupakan, Klinik Kesihatan Manong turut menerima anugerah “KK With Good Practice” — satu pengiktirafan atas usaha dan komitmen berterusan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada komuniti. 👏💙

26/11/2026Ceghite hari ni, Klinik Kesihatan Manong terlibat dalam kita memberikan khidmat kesihatan kepada mangsa banjir...
26/11/2025

26/11/2026

Ceghite hari ni, Klinik Kesihatan Manong terlibat dalam kita memberikan khidmat kesihatan kepada mangsa banjir yang berada di PPS

Harini adalah untuk kami lihat secara keseluruhan nya pesakit terutamanya yang ubat hilang, udoh kene hanyut ayor banjir dan juga case2 Upper Respiratory Teact Infection (Demam,batuk,Selsema) dan sebagainya

Ada juga pesakit yang udoh jatuh disebabkan licin, nasib tkde apa2, jadi kome semua kene jaga diri , kesihatan terutamanya waktu banjir ni ya 🥺

Team Perubatan didiwakili oleh

Dr Zaid
PPP Suhaizan
JM Norhayati
PPK Zulaika
PKB En Firdaus
PPF Linda

Semoga musibah yang diterima oleh Mangsa ini segera diangkat oleh Allah



Team Manong harini untuk Pusat Permindahan Sementara SJKC Manong, Semoga dipermudahkan
26/11/2025

Team Manong harini untuk Pusat Permindahan Sementara SJKC Manong, Semoga dipermudahkan



21/11/2025Cerite semalam hari bersama Staf dan ex staff dan keluarga  Klinik Kesihatan Manong  keme buat majlis makan ma...
22/11/2025

21/11/2025

Cerite semalam hari bersama Staf dan ex staff dan keluarga Klinik Kesihatan Manong keme buat majlis makan makan santai

Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan majlis .Banyok aktiviti kome semalam, ade tukar tukar hadiah, ade game tarik kerusi, ada game puzzle kanak2 ,bunga api dan ade karaoke kome

Pastu ade kita tukor tukor hadiah bersama staf🌸

Makanan jangan cakap le, pelbagai juadah dan potluck yang dibawa oleh staf Klinik Kesihatan Manong😍

ade ayam , ade daging ,kambing golek,Laksa, Ikan, Lok Ching, Dim Sum

Tak lupe juga pada PBSD Kuala Kangsar yang sudah meyumbang untuk majlis ini

Bukan apa, asyik kerja je tension komer , jadi kita releasekan stress dengan majlis seperti ini

Semoga dapat mengeratkan silaturrahim sesama kami

P/S : Jangan lupe check gule 😛



💙 SELAMAT HARI PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN 💙Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan semua Pembantu Perawatan Kesi...
01/11/2025

💙 SELAMAT HARI PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN 💙

Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan semua Pembantu Perawatan Kesihatan yang menjadi tulang belakang dalam memastikan perkhidmatan kesihatan berjalan lancar setiap hari.

Dedikasi, ketabahan dan keikhlasan anda amat kami hargai.
Anda bukan sekadar pembantu — anda adalah wira kesihatan sebenar di barisan hadapan! 👩‍⚕️👨‍⚕️

Ikhlas daripada,
Klinik Kesihatan Manong

✨ HARI TERBUKA KLINIK KESIHATAN MANONG 2025 ✨Terima kasih kepada semua komuniti setempat yang hadir dan memeriahkan Prog...
29/10/2025

✨ HARI TERBUKA KLINIK KESIHATAN MANONG 2025 ✨

Terima kasih kepada semua komuniti setempat yang hadir dan memeriahkan Program Hari Terbuka Klinik Kesihatan Manong pada hari ini! 💚

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan antaranya:
🏃‍♀️ Senam Robik bersama komuniti
🩺 Pemeriksaan kesihatan & saringan PEKAB40 secara percuma
💬 Sesi interaktif bersama:
1️⃣ Fisioterapi dari KK Padang Rengas & KK Kuala Kangsar
2️⃣ Klinik Pergigian Manong
3️⃣ Poliklinik Sejahtera – perkongsian mengenai Influenza
4️⃣ Team CPR PKD Kuala Kangsar

🍲 Pertandingan Masakan Sihat yang menceriakan suasana dengan kreativiti peserta dan komuniti.
🎁 Tak lupa juga cabutan bertuah yang mengujakan!

Terima kasih atas kerjasama semua pihak — staf, peserta, dan pengunjung — yang menjayakan program ini.
💪 Semoga usaha ini terus memupuk gaya hidup sihat dan meningkatkan kesedaran kesihatan di kalangan komuniti Manong.






Address

Jalan Perumahan Awam II, Kampung Suak Petai
Manong
33800

Website

https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.mysejahtera&hl=e

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Kesihatan Manong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram