Hospital Jengka Official

Hospital Jengka Official Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Hospital Jengka Official, Hospital, Hospital Jengka , Bandar Jengka Maran, Bandar Tun Razak, Maran.

25/04/2026

πŸ“£πŸ“£πŸ“£πŸ“£πŸ“£πŸ“£πŸ“£πŸ“£

PENUKARAN LOKASI SESI TAKLIMAT DAN LAWAT TAPAK BAGI :

1. KERJA-KERJA PEMASANGAN SISTEM PENDINGIN HAWA (28 APRIL 2026, 10.00 PAGI) - SESI TAKLIMAT DAN LAWAT TAPAK DI WAD LELAKI

2. KERJA-KERJA NAIK TARAF UNIT KECEMASAN (28 APRIL 2026, 11.30 PAGI) - SESI TAKLIMAT & LAWAT TAPAK DI UNIT KECEMASAN

3. KERJA-KERJA NAIK TARAF TANDAS (29 APRIL 2026, 10.00 PAGI) - SESI TAKLIMAT DI BALAI PELAWAT & LAWAT TAPAK DI TANDAS UNIT YANG BERKAITAN

25/04/2026

PEMAKLUMAN KEPADA PESAKIT, PELAWAT, PELANGGAN HOSPITAL DAN PENDUDUK SETEMPAT

Pengurusan Hospital Jengka ingin memaklumkan kepada orang ramai berkenaan pelaksanaan kerja-kerja naik taraf, ubah suai dan pembaikan di beberapa fasiliti hospital seperti berikut:

πŸ“Œ Maklumat Projek

Kerja-kerja melibatkan:
Unit Kecemasan
Klinik Pakar
Unit Radiologi
Wad-wad Hospital Jengka

πŸ“… Tempoh pelaksanaan:
15 Mei 2026 hingga 15 November 2026

⚠️ Kesan Sepanjang Tempoh Kerja

Sepanjang tempoh ini, beberapa perkhidmatan klinikal mungkin:
- Tidak dapat beroperasi sepenuhnya, atau
- Mengalami gangguan sementara

Perkhidmatan dan Penempatan Pesakit

Perkhidmatan dan penempatan pesakit juga akan berubah sementara, seperti :

- Perkhidmatan unit kecemasan akan berpindah ke wad bersalin
- Pesakit wad lelaki akan ditempatkan di wad perempuan
- Pesakit wad perempuan akan ditempatkan di wad kanak-kanak

Sekiranya kapasiti pesakit melebihi had yang ditetapkan, pesakit akan dirujuk ke hospital berhampiran seperti:
- Hospital Jerantut
- Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh (HoSHAS)
bergantung kepada jenis dan keperluan kes

🀝 Kerjasama & Sokongan

Hospital Jengka memohon kerjasama semua pesakit, pelawat, pelanggan hospital dan penduduk setempat sepanjang tempoh kerja-kerja ini dilaksanakan.

πŸ™ Penutup

Pihak hospital memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku. Kerja-kerja ini dilaksanakan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan kepada semua.

Sekian, terima kasih.

MAJLIS BACAAN SURAH YASIN ANJURAN JAWATANKUASA HOSPITAL MESRA IBADAH (HMI) HOSPITAL JENGKAMajlis Bacaan Surah Yasin anju...
24/04/2026

MAJLIS BACAAN SURAH YASIN ANJURAN JAWATANKUASA HOSPITAL MESRA IBADAH (HMI) HOSPITAL JENGKA

Majlis Bacaan Surah Yasin anjuran Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah (HMI) Hospital Jengka telah berlangsung secara fizikal dan atas talian pada 24 April 2026, dengan penyertaan warga kerja Hospital Jengka.

Penasihat Jawatankuasa HMI Hospital Jengka, Dr. Nur Azlina binti Mohammad Hashim, menyatakan bahawa penganjuran majlis seumpama ini merupakan satu inisiatif yang amat bermakna, bukan sahaja dari sudut penghayatan agama, malah turut menyumbang kepada pembangunan warga kerja yang sejahtera dan berdaya saing.

Program pengisian kerohanian ini dianjurkan sebagai usaha berterusan untuk menyemarakkan nilai keimanan, memperkukuh sahsiah serta integriti, di samping mengeratkan ukhuwah dalam kalangan warga kerja Hospital Jengka.

Majlis telah dipimpin oleh Encik Saidinar bin Che Hassan daripada Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Jengka yang mengetuai bacaan Surah Yasin, diikuti dengan bacaan doa.

Melalui penghayatan ayat-ayat suci Al-Quran serta doa yang dipanjatkan bersama, diharapkan seluruh warga kerja sentiasa dikurniakan kekuatan rohani, ketenangan jiwa serta perlindungan dalam melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Semoga amalan murni ini terus menjadi pemangkin kepada penyampaian perkhidmatan yang lebih berdisiplin, beretika dan berteraskan nilai-nilai murni demi kesejahteraan masyarakat serta kemakmuran kawasan Jengka.

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA BAGI KERJA-KERJA PEMASANGAN SISTEM PENDINGIN HAWA DI WAD HOSPITAL DAERAH DAN KERJA-KERJA L...
22/04/2026

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA BAGI KERJA-KERJA PEMASANGAN SISTEM PENDINGIN HAWA DI WAD HOSPITAL DAERAH DAN KERJA-KERJA LAIN BERKAITAN DI HOSPITAL JENGKA

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA BAGI KERJA-KERJA MENAIK TARAF UNIT KECEMASAN & TRAUMA SERTA LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI H...
22/04/2026

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA BAGI KERJA-KERJA MENAIK TARAF UNIT KECEMASAN & TRAUMA SERTA LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI HOSPITAL JENGKA, MARAN PAHANG

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA BAGI KERJA-KERJA MENAIK TARAF TANDAS DAN SISTEM SANITARI SERTA KERJA-KERJA LAIN BERKAITAN ...
21/04/2026

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA BAGI KERJA-KERJA MENAIK TARAF TANDAS DAN SISTEM SANITARI SERTA KERJA-KERJA LAIN BERKAITAN DI HOSPITAL JENGKA, MARAN PAHANG

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA BAGI KERJA-KERJA PEMBAIKAN LONGKANG, MEMBINA GARAJ BAGI KENDERAAN JABATAN SERTA KERJA-KERJ...
20/04/2026

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA BAGI KERJA-KERJA PEMBAIKAN LONGKANG, MEMBINA GARAJ BAGI KENDERAAN JABATAN SERTA KERJA-KERJA LAIN BERKAITAN DI UNIT KECEMASAN, HOSPITAL JENGKA PAHANG

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA BAGI KERJA-KERJA MENAIK TARAF UNIT FARMASI LOGISTIK SERTA LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI HOS...
20/04/2026

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA BAGI KERJA-KERJA MENAIK TARAF UNIT FARMASI LOGISTIK SERTA LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI HOSPITAL JENGKA, MARAN PAHANG

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA BAGI KERJA-KERJA MENAIKTARAF PENDAWAIAN ELEKTRIK DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI HOSPITAL...
20/04/2026

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA BAGI KERJA-KERJA MENAIKTARAF PENDAWAIAN ELEKTRIK DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI HOSPITAL JENGKA

01/04/2026

Cuaca Panas : Apa Anda Perlu Tahu?

Saksikan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia esok pada pukul 8.30 pagi di TV1 bersama

Panel:
Dr Siti Aishah Binti Abas
Pakar Perubatan Kesihatan Awam
Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat

01/04/2026

✴️GELOMBANG HABA adalah satu tempoh suhu tinggi luar biasa yang melebihi suhu maksimum purata harian dengan keadaan cuaca yang agak panas. Di Malaysia, gelombang haba ditakrifkan sebagai suhu maksimum harian melebihi 37°C untuk 3 hari berturut-turut.

Orang awam dinasihatkan untuk mengikuti arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan mengikuti perkembangan keadaan cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia. Ikuti panduan penjagaan kesihatan bagi mengekalkan tahap kesihatan yang baik sepanjang musim gelombang haba.

Selamat hari pemandu kepada semua bergelar pemandu amnya. Khasnya kepada pemandu KKM dan hospital Jengka
01/04/2026

Selamat hari pemandu kepada semua bergelar pemandu amnya. Khasnya kepada pemandu KKM dan hospital Jengka

Address

Hospital Jengka , Bandar Jengka Maran, Bandar Tun Razak
Maran
26400

Telephone

+6094662333

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Jengka Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category