29/12/2025
Tarikh : 11 Disember 2025
Nama Program : Program Prihatin Pusat Jagaan Sinar Insan bersama Noor Arfa
Penglibatan : Noor Arfa (Group Value Sumbangan) dan Penghuni Pusat Jagaan Sinar Insan
Tempat : Halaman Pusat Jagaan Sinar Insan (PJSI)
Alhamdulillah, Pusat Jagaan Sinar Insan telah menerima kunjungan daripada pihak Noor Arfa melalui Program Prihatin Pusat Jagaan Sinar Insan. Program ini walaupun ringkas, namun sangat bermakna dan berlangsung dalam suasana mesra dengan penglibatan aktif para penghuni.
Sepanjang program, pelbagai aktiviti kreatif dan permainan telah dijalankan seperti aktiviti tie & dye tisu dan clay art. Aktiviti-aktiviti ini bertujuan merangsang kemahiran motor halus, meningkatkan daya fokus, kreativiti serta keupayaan kognitif penghuni. Di samping itu, ia turut membantu penghuni berinteraksi, bekerjasama dan mengekspresikan emosi secara lebih positif.
Aktiviti berkump**an yang dijalankan juga berjaya menggalakkan interaksi sosial, meningkatkan keyakinan diri serta semangat kerjasama dalam suasana yang santai dan selamat. Jelas kelihatan keceriaan terpancar di wajah para penghuni sepanjang program berlangsung.
Pihak Pusat Jagaan Sinar Insan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Noor Arfa atas kesudian meluangkan masa, tenaga dan keprihatinan bersama kami. Semoga hubungan baik ini dapat diteruskan dan memberi manfaat berpanjangan kepada semua pihak.