12/04/2026
“Breaking bad news”
Antara ujian paling berat untuk seorang doktor…
bila perlu menyampaikan berita yang tak mudah didengar.
Sejenak jadi sunyi…
dada terasa berat…
tapi dalam masa yang sama,
fikiran sedang susun satu per satu kata
supaya disampaikan sebaik mungkin…
sambil menahan emosi,
demi menjaga profesionalisme.
Dan dalam moment tu…
kita tahu,
bukan kita saja yang diuji.
Ada mata yang mula berkaca…
ada yang terdiam, cuba kuat…
dan ada seorang ibu…
yang perlahan-lahan menerima,
walau hatinya mungkin sedang runtuh.
Kita hanya mampu duduk di situ…
beri ruang…
dan temankan seketika.
Sebab kadang,
bukan jawapan yang mereka perlukan…
tapi seseorang yang memahami,
walau tanpa banyak kata.
Dan dalam saat itu…
ketahuilah
apa yang berlaku ini…
bukan kerana kamu tidak buat yang terbaik,
dan bukan kerana kamu tidak cukup berusaha.
Ada perkara dalam hidup…
yang berlaku di luar kawalan kita.
Dan setiap kali itu berlaku…
kita sendiri belajar sesuatu
tentang kuat yang sebenar.
Untuk kamu yang sedang melaluinya…
ambil satu nafas… satu langkah…
kamu tidak sendiri. 🤍