Mentari WAKAF TAPAI

Mentari WAKAF TAPAI Menyediakan perkhidmatan saringan, diagnosis, rawatan & program rehabilitasi kepada pesakit Psikiatri

Mentari Wakaf Tapai turut sama melaksanakan Program  Kesihatan Mental dan Kesejahteraan Emosi anjuran Polis Diraja Malay...
21/10/2025

Mentari Wakaf Tapai turut sama melaksanakan Program Kesihatan Mental dan Kesejahteraan Emosi anjuran Polis Diraja Malaysia Terengganu. Peserta terdiri dari 50 anggota kakitangan Kotinjen Logistik dari seluruh negeri Terengganu.

Boleh ke terapi bantu seseorang dapat kerja semula? 🤔Bayangkan seseorang yang lama tidak bekerja kerana cabaran kesihata...
21/10/2025

Boleh ke terapi bantu seseorang dapat kerja semula? 🤔

Bayangkan seseorang yang lama tidak bekerja kerana cabaran kesihatan mental…
Kini kembali yakin, berdikari dan produktif — semuanya bermula dengan terapi dan sokongan komuniti. 💪

Dari klinik ke tempat kerja — inilah perjalanan pemulihan yang luar biasa.
Bagaimana terapi membantu individu bukan sekadar sembuh, tetapi terus maju dalam kerjaya dan kehidupan? 🌱

Jom tonton 💬
*JOM TANYA PAKAR: PROSPEK – Terapi dalam Pekerjaan*
dan ketahui bagaimana Program Sokongan Pekerjaan Komuniti (PROSPEK) membuka peluang baharu kepada individu dengan isu kesihatan mental untuk membina semula keyakinan, kemahiran dan masa depan dalam dunia pekerjaan. 💼

📅 22.10.2025 (Rabu)
🕒 2.30 petang
📍 Live di Facebook Minda Sihat Terengganu https://www.facebook.com/mindasihaterengganu

✨ Jangan lepaskan peluang untuk bertanya terus kepada pakar — mungkin inilah perspektif baharu yang anda cari!

Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2025 peringkat Hospital Sultanah Nur Zahirah dengan tema " Akses kepada Perkhidma...
16/10/2025

Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2025 peringkat Hospital Sultanah Nur Zahirah dengan tema " Akses kepada Perkhidmatan - Kesihatan Mental Dalam Krisis dan Bencana"

Bertempat di Uitm Cawangan Terengganu Kampus Bukit Besi.

Mentari Wakaf Tapai turut serta di dalam program yang melibatkan kehadiran lebih 300 pelajar, anggota kakitangan UiTM dan anggota kesihatan.
Antara aktiviti yang disediakan termasuklah pameran kesihatan, saringan kesihatan mental, ceramah oleh pakar- pakar psikiatri, sesi brain gym, teknik pengurusan stress dan kuiz kesihatan.

Program hari ini juga melibatkan pelbagai agensi seperti
Mentari Hsnz
MIASA Kuala Terengganu
Pejabat Kesihatan Daerah Dungun
Kumpulan Peer Kaunselor UITM
Unit Cendikiawan Perpustakaan UiTM Cawangan Bukit Besi

Gangguan tidur merupakan salah satu gejala kesihatan mental. Tidur yang berkualiti menjamin kesihatan mental yang lebih ...
19/08/2025

Gangguan tidur merupakan salah satu gejala kesihatan mental. Tidur yang berkualiti menjamin kesihatan mental yang lebih baik.

Pernah tidur lama, tapi bangun rasa macam tak tidur langsung?

Hakikatnya, jumlah jam tidak menjamin kesegaran. Kualiti tidur lebih penting. Ramai yang tidur panjang tetapi tetap bangun dengan mata berat, badan lesu, dan fikiran kusut.

Kadang-kadang puncanya kecil sahaja: kopi atau teh tarik lewat malam, terlalu lama menatap skrin, atau fikiran yang tidak berhenti bekerja sebelum tidur. Ada juga yang tidur bercelaru antara hujung minggu dan hari bekerja, seolah-olah tubuh dipaksa menanggung “jet lag sosial” setiap minggu.

Faktor kesihatan juga memainkan peranan. Anemia, masalah tiroid, kekurangan vitamin D, atau penyakit kronik lain boleh perlahan-lahan mencuri tenaga. Dan apabila siang hari terlalu pasif tanpa pergerakan, malamnya badan tidak cukup bersedia untuk berehat.

Ingatlah, tidur berkualiti ialah hadiah paling mudah tetapi paling berharga untuk diri sendiri. Jaga rutin, kurangkan skrin, aktifkan tubuh, dan dengar isyarat yang badan berikan. Kerana tidur yang lena bukan sekadar rehat, tetapi pelukan paling lembut untuk jiwa yang penat.

19/08/2025

📌 Buli Dalam Kalangan Petugas Kesihatan – Di Sebalik Kot Putih, Ada Luka Yang Tak Nampak

Ramai beranggapan buli hanya berlaku di sekolah, tetapi kajian di hospital latihan di Malaysia membuktikan sebaliknya. Dalam kajian melibatkan 1,074 doktor pelatih, hampir 13% mengaku pernah dibuli dalam tempoh 6 bulan sama ada dimarahi di depan orang, dipaksa buat kerja di luar kompetensi atau diasingkan oleh pasukan.

Bukan itu sahaja, tinjauan bebas pada tahun 2023 mendapati hampir 41% houseman menyatakan mereka mengalami buli di fasiliti kesihatan awam.

Angka ini menunjukkan masalah ini bukan kes terpencil, tetapi budaya yang telah merosakkan sistem latihan Pegawai Perubatan yang telah berakar sekian lama

👉 Kesan buli bukan kecil, ia meningkatkan stres, risiko burnout, niat berhenti kerja, dan boleh menjejaskan kualiti rawatan pesakit.
Malah, ia menutup ruang pembelajaran untuk Doktor Pelatih yang sedang membina asas kerjaya perubatan.

🌱 Cadangan Solusi:

1. Polisi Anti-Buli di Tempat Kerja
Dasar tegas, jelas, dan dilaksanakan secara menyeluruh di fasiliti kesihatan.

2. Saluran Aduan Selamat
Mekanisme laporan tanpa takut balas dendam, dengan siasatan telus serta perlindungan kepada pengadu.

3. Akses Sokongan Kesihatan Mental Tanpa Stigma
Sesi kaunseling, peer support, dan rawatan psikologi yang boleh dicapai mudah oleh doktor pelatih tanpa stigma atau prejudis.

4. Latihan & Penyeliaan Beretika
Latihan khusus kepada penyelia/ketua unit mengenai komunikasi berhemah, maklum balas konstruktif, dan kepimpinan yang menyokong.

❤️ Doktor pelatih adalah tulang belakang masa depan sistem kesihatan. Jika kita gagal melindungi mereka daripada budaya buli, akhirnya pesakit juga akan menanggung akibatnya.

Program Sokongan Pekerjaan (Supported Employment) adalah satu program rehabilitasi menempatkan pesakit bekerja di dalam ...
11/08/2025

Program Sokongan Pekerjaan (Supported Employment) adalah satu program rehabilitasi menempatkan pesakit bekerja di dalam komuniti. Pesakit akan diberi latihan dan pemantau berterusan oleh pegawai penempatan pekerjaan semasa bekerja. Pihak majikan juga akan diberi sokongan berterusan bagi memastikan mereka selesa mengambil pesakit psikiatri bekerja.

Hari ini sesi pemantauan dan lawatan ke site telah diadalah oleh anggota Mentari Hsnz dan Mentari Wakaf Tapai.

Rehatlah sekejap apabila penat  ..... tak kiralah sama ada penat fizikal atau mental, rehat lah ...
25/07/2025

Rehatlah sekejap apabila penat ..... tak kiralah sama ada penat fizikal atau mental, rehat lah ...

Rest comes in many forms - it's not just about sleep.

From physical to emotional rest, discover the 7 types of rest that help you truly recover, not just doze off!



Tips untuk kesihatan mental yang baik ....
25/07/2025

Tips untuk kesihatan mental yang baik ....

Prioritising is not selfish.

Asking for help is not a sign of weakness.

Here are some tips to help you manage your mental health.

21/07/2025

😥 “Saya takut cakap depan orang. Rasa haking, jantung berdebar, tangan berpeluh... saya rasa semua orang pandang saya.”

🤔Keadaan ni mungkin lebih daripada sekadar malu. Ia boleh jadi tanda Social Anxiety Disorder.

📌 Nak tahu lebih lanjut?
Jom ikuti slot JOM TANYA PAKAR minggu ini — kami bawakan pakar untuk berkongsi info dan solusi.

📅 22.07.2025 | 🕒 2.30 petang
📍 FB Live di Minda Sihat Terengganu

🌷hapuskan stigma. Kesedaran bermula dengan pengetahuan.

Address

Pusat Kesihatan Mental Masyarakat Wakaf Tapai, D/A Klinik Kesihatan Wakaf Tapai
Marang
21040

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6096801376

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mentari WAKAF TAPAI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Mentari WAKAF TAPAI:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category