KLINIK KESIHATAN MASAI

KLINIK KESIHATAN MASAI Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from KLINIK KESIHATAN MASAI, Family doctor, Jalan Pekeliling, Masai.

21/03/2026
Raya tetap meriah, tapi kesihatan jangan cuti sekali! Kuih boleh makan, tapi jangan sampai gula naik lebih laju dari dui...
20/03/2026

Raya tetap meriah, tapi kesihatan jangan cuti sekali!

Kuih boleh makan, tapi jangan sampai gula naik lebih laju dari duit raya. 🥧
Garam pun sama — cukup rasa, bukan cukup balas dendam.

Ketupat lemang sudah tersusun,🍚
Perut kosong terus tersenyum lebar,
Gula garam jangan dihimpun,
Nanti seluar raya jadi mencabar.

Pagi Syawal ayam berkokok,🐥
Semua segak, semua bergaya,
Jauhi v**e dan asap rokok,
Paru-paru pun nak beraya juga.

Rumah terbuka penuh jemuan,🏡
Rendang, satay semua menggoda,
Kawal emosi, jaga perhubungan,
Jangan gaduh sebab kuih raya.

Sempena ketibaan Syawal, kami dari Klinik Kesihatan Masai ingin memohon maaf atas segala salah dan silap — yang sengaja mahupun yang “terover” tanpa sedar. 🤝

Semoga raya kali ini penuh gelak tawa, kurang stres, dan paling penting… tak perlu jumpa kami lepas raya sebab terlebih makan 😄

Kekal sihat di Aidilfitri.
Ikhlas daripada,
Klinik Kesihatan Masai

19/03/2026

MAKLUMAN KEPADA PELANGGAN YANG DIHORMATI

Dimaklumkan bahawa klinik akan bercuti bermula 20 Mac 2026 (Jumaat) hingga 24 Mac 2026 (Selasa) sempena Hari Raya Aidilfitri.

Perkhidmatan AOB & DOTS akan diteruskan sepanjang tempoh tersebut:

• 20/3/2026 – 24/3/2026
• 8.00 pagi – 1.00 tengah hari

Bagi kes ringan, pelanggan boleh mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Tampoi pada waktu berikut:

• 20/3/2026 (Jumaat) – 9.00 pagi – 1.00 tengah hari

• 21/3/2026 (Sabtu) – 9.00 pagi – 1.00 tengah hari

• 22/3/2026 (Ahad) – 9.00 pagi – 1.00 tengah hari

• 23/3/2026 (Isnin) – 9.00 pagi – 1.00 tengah hari

• 24/3/2026 (Selasa) – 9.00 pagi – 1.00 tengah hari

Bagi kes kecemasan, sila hubungi 999 atau terus ke:

• Unit Kecemasan Hospital Sultan Ismail (HSIJB)

• Unit Kecemasan Hospital Pasir Gudang (HPGJB)

• Unit Kecemasan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB)

Segala kerjasama dan perhatian anda amat dihargai.

Terima kasih.

*Nak bakar kalori tak semestinya susah!*💪Dalam 1 jam je, pelbagai aktiviti boleh bantu tingkatkan kesihatan anda:*Antara...
18/03/2026

*Nak bakar kalori tak semestinya susah!*💪
Dalam 1 jam je, pelbagai aktiviti boleh bantu tingkatkan kesihatan anda:

*Antara aktiviti bakar kalori dalam masa 1 jam:*
🏃‍♀️ Jogging: 400–900 kalori
🏋️ Angkat berat: 180–500 kalori
🚴 Berbasikal: 300–1000 kalori
🚶‍♂️ Berjalan laju: 240–500 kalori
🤸 Lompat tali: 600–1000 kalori
💃 Aerobik: 400–800 kalori
🥾 Mendaki: 300–600 kalori
🧹 Mengemas rumah: 150–200 kalori

*Setiap langkah kecil membawa perubahan besar!*

Jom mula hari ini demi kesihatan yang lebih baik.

KIT UBAT GERAK RAYAJangan tunggu dah atas highway baru teringat ubat tertinggal.Balik kampung memang seronok, tapi perja...
15/03/2026

KIT UBAT GERAK RAYA

Jangan tunggu dah atas highway baru teringat ubat tertinggal.

Balik kampung memang seronok, tapi perjalanan jauh, jem panjang, cuaca panas, makan tak tentu masa, dan tidur tak menentu boleh buat badan mula meragam di tengah jalan.

Sebab itu sebelum enjin hidup, pastikan sekurang-kurangnya 8 benda ini ada dalam KIT UBAT GERAK RAYA anda:

1. Ubat rutin sendiri
2. Ubat demam dan sakit
3. Ubat alahan
4. Ubat mabuk perjalanan
5. Oral rehydration salts
6. Ubat cirit-birit
7. Ubat gastrik
8. Ubat selsema atau lozenges

Nampak kecil, tapi benda-benda inilah yang selalu dicari masa susah.

Semak tarikh luput, simpan dalam pouch khas, dan jangan campur aduk sampai masa perlu pun tak jumpa.

Balik kampung biar tenang.
Jangan biar panik bermula dari tempat duduk belakang.

KK Masai telah mengadakan Program Hari Kanser Sedunia bersama:1.Panel Penasihat Klinik Kesihatan Masai2.Kospen KRT Sierr...
07/02/2026

KK Masai telah mengadakan Program Hari Kanser Sedunia bersama:
1.Panel Penasihat Klinik Kesihatan Masai
2.Kospen KRT Sierra Perdana
3.LPPKN
4.Tunku Laksamana Johor Cancer Foundation

di Mydin Taman Rinting dan telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Tarikh: 7/2/26
Masa: 8pagi - 1tengahari
Tempat: Mydin Taman Rinting
Seramai 120 orang

Antara Aktiviti2 yang diadakan:
1. Ceramah Kesihatan ‘' oleh Dr Ko Eng Hea

2. Saringan Kesihatan NHSI :Seramai 72 orang telah disaring

3. Saringan Sarcopenia oleh Jurupulih Perubatan Fisioterapi- seramai 50 orang berjaya disaring

4.Perkongsian Pengalaman oleh Kanser “Survivor”

5.LPPKN : Saringan HPV & Mammogram

6.Tunku Laksamana Johor Cancer Foundation

Program ini mendapat penyertaan yang menggalakkan daripada pengunjung ke Mydin Taman Rinting.

Secara keseluruhan, objektif program telah dicapai dengan baik melalui kerjasama padu semua pihak yang terlibat.

Semoga inisiatif sebegini dapat diteruskan secara berperingkat demi kesejahteraan komuniti setempat.









📢 உலக புற்றுநோய் தின நிகழ்வுKlinik Kesihatan Masai, KOSPEN Sierra Perdana & Panel Penash*t மற்றும் PKD Johor Bahru இணைந்...
21/01/2026

📢 உலக புற்றுநோய் தின நிகழ்வு

Klinik Kesihatan Masai, KOSPEN Sierra Perdana & Panel Penash*t மற்றும் PKD Johor Bahru இணைந்து நடத்தும் உலக புற்றுநோய் தின நிகழ்விற்கு சமூக மக்களை அன்புடன் அழைக்கிறோம்.

🗓 தேதி: 7 பிப்ரவரி 2026 (சனிக்கிழமை)
⏰ நேரம்: காலை 10.00 – மாலை 3.00
📍 இடம்: MYDIN Taman Rinting Masai

இந்த நிகழ்வு விழிப்புணர்வு, நம்பகமான சுகாதார தகவல்கள் மற்றும் சமூக ஒத்துழைப்பை ஒரே இடத்தில் வழங்குகிறது.

➡️ பங்கேற்கவும். ஆதரிக்கவும். மாற்றத்தை உருவாக்கவும்.

📣 世界癌症日活动 诚邀社区大众出席由 Klinik Kesihatan Masai 、KOSPEN Sierra Perdana 顾问委员会 及 新山卫生局 联合主办的 世界癌症日纪念活动。🗓 日期: 2026年2月7日(星期六)⏰ 时间...
21/01/2026

📣 世界癌症日活动
诚邀社区大众出席由 Klinik Kesihatan Masai 、KOSPEN Sierra Perdana 顾问委员会 及 新山卫生局 联合主办的 世界癌症日纪念活动。

🗓 日期: 2026年2月7日(星期六)
⏰ 时间: 上午10点 – 下午3点
📍 地点: MYDIN Taman Rinting Masai

现场将设有健康宣导与社区活动,推动癌症防治意识,促进积极行动。

👉 欢迎携家人朋友一同参与,共同支持健康社会。

期待你的到来❤️

📢 World Cancer Day !Join us for World Cancer Day, hosted by Klinik Kesihatan Masai, KOSPEN Sierra Perdana & Panel Penasi...
21/01/2026

📢 World Cancer Day !

Join us for World Cancer Day, hosted by Klinik Kesihatan Masai, KOSPEN Sierra Perdana & Panel Penasihat in collaboration with PKD Johor Bahru.

🗓 Date: 7 February 2026 (Saturday)
⏰ Time: 10:00 AM – 3:00 PM
📍 Venue: MYDIN Taman Rinting Masai

This event brings awareness, credible health insights, and strong community participation under one roof.

➡️ Show up. Stand united. Drive awareness.

📣 Jom Sertai Sambutan Hari Kanser Sedunia!Kami menjemput seluruh komuniti untuk hadir ke Sambutan Hari Kanser Sedunia an...
21/01/2026

📣 Jom Sertai Sambutan Hari Kanser Sedunia!

Kami menjemput seluruh komuniti untuk hadir ke Sambutan Hari Kanser Sedunia anjuran Klinik Kesihatan Masai, Panel Penasihat & KOSPEN Sierra Perdana bersama PKD Johor Bahru.

🗓 Tarikh: 7 Februari 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 10.00 pagi – 3.00 petang
📍 Tempat: MYDIN Taman Rinting Masai

Pelbagai aktiviti kesedaran, perkongsian kesihatan dan inisiatif komuniti menanti anda. Kehadiran anda membawa impak sebenar.

👉 Datang beramai-ramai. Sokong kesedaran. Bertindak bersama.

14/12/2025

Syukur Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) atas kejayaan cemerlang menjuarai Piala FA 2025 selepas menewaskan Sabah FC dengan mata 5-0 di pentas final.

Menjunjung titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, Kerajaan Negeri Johor dengan ini mengisytiharkan hari Isnin, 15 Disember sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi Negeri Johor sempena kejayaan gemilang pasukan JDT menjuarai Piala FA 2025.

Walau bagaimanapun, peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dijadualkan pada hari tersebut akan diteruskan seperti biasa, bagi memastikan persiapan calon-calon SPM serta kelancaran tugas semua petugas peperiksaan tidak terjejas.

Menjunjung setinggi-tinggi kasih Duli Yang Amat Mulia Tunku atas kepimpinan, iltizam dan usaha berterusan dalam memartabatkan bola sepak Johor sehingga JDT terus melakar kejayaan di peringkat domestik dan antarabangsa.

Kejayaan ini sekali lagi membuktikan keunggulan dan konsistensi JDT sebagai kuasa bola sepak tanah air, hasil komitmen tinggi barisan pemain, pasukan kejurulatihan serta pengurusan yang sentiasa beriltizam mengekalkan standard kecemerlangan pasukan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada seluruh Bangsa Johor yang sentiasa setia menyokong pasukan JDT. Semoga kejayaan ini menjadi dorongan berterusan kepada seluruh warga pasukan JDT untuk terus mengekalkan prestasi cemerlang serta membawa nama Johor ke pentas dunia. Insya-Allah.

AYUH JOHOR! AYUH JOHOR!
LUASKAN KUASAMU JOHOR!

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor

09/11/2025

kini menyambut ulang tahun yang ke-10! 🀊
Sejak tahun 2021, NPRA telah bekerjasama dengan pelbagai pihak yang terlibat dalam memastikan keselamatan pesakit di Malaysia menerusi – kempen yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan pelaporan kesan sampingan.

Dari pencegahan kesan sampingan hingga polifarmasi, kanak-kanak dan kehamilan, peranan pesakit dan anggota kesihatan, setiap tema kempen telah menekankan isu penting berkaitan keselamatan ubat dan vaksin.

Tanpa sokongan berterusan daripada rakan kerjasama dan komuniti global yang begitu komited, kempen ini tidak akan mencapai tahap seperti hari ini.

TERIMA KASIH kerana membantu menjadikan satu kempen yang berjaya 🙌

Apakah momen kegemaran anda sepanjang tahun-tahun ini? Kongsikan di ruangan komen 💬





Address

Jalan Pekeliling
Masai
81750

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6072511333

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KLINIK KESIHATAN MASAI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category