Klinik Taqwa

Klinik Taqwa Klinik memberi perkhidmatan perubatan keluarga dan fokus kepada rawatan holistik. Intervensi minima dan yang paling selamat.

KLINIK TAQWA | PERKHIDMATAN

● Konsultasi
● Pemeriksaan Kesihatan (MEDICAL CHECK UP)
● Rawatan Pesakit Luar (Akiut & Kronik)
● Ujian Darah (KLINIK) ; FBC, Dengue, Gula, Cholesterol, Uric Acid (Gout)
● Ujian Darah (MAKMAL)
● Cek Kuning Bayi (Jaundice)
● ECG
● ULTRASOUND ; 2D,3D,4D,5D
● Buka Buku Ibu Mengandung
● Pap Smear
● Pemeriksaan Berkala Kanak-Kanak
● Vaksin Bayi
● Vaksin Pengendalian Makanan (Typhoid), Jemaah Haji & Umrah
● Cuci telinga
● Nebuliser
● Suction
● Tindik Telinga
● Pembedahan kecil
● Jahit Luka
● Cuci luka (Dressing)
● Sunat lelaki dan perempuan

Klinik Taqwa adalah panel untuk beberapa syarikat GLC dan swasta termasuk TNB, TM, PM Care, Petronas, AIA, Healthconnect, Micares, Red alert dan banyak lagi kilang

https://www.facebook.com/share/p/1NGdNRRFYb/?mibextid=wwXIfr
08/02/2026

https://www.facebook.com/share/p/1NGdNRRFYb/?mibextid=wwXIfr

Zoom Webinar- Apa yang peserta akan bawa pulang dari bengkel ini:

✔ Kefahaman jelas bagaimana nak reset badan secara selamat, tanpa paksa
✔ Panduan step-by-step supaya badan bersedia sebelum ke langkah seterusnya
✔ Tahu real foods, superfoods, vitamin & mineral yang menyokong healing
✔ Faham peranan protein & antioksidan dalam proses pembaikan sel
✔ Boleh bezakan bila perlu makanan sahaja dan bila perlu sokongan tambahan
✔ Lebih yakin mendengar signal badan sendiri, bukan ikut trend

Bengkel ini bantu peserta faham tubuh mereka, bukan sekadar ikut kaedah orang lain.

Bila badan bersedia, healing berlaku dengan sendirinya.

🤍 PERNAH RASA PERUT PEDIH, KEMBUNG & LOYA?Mungkin itu tanda GASTRIK.Gastrik (gastritis) ialah keradangan pada lapisan pe...
19/01/2026

🤍 PERNAH RASA PERUT PEDIH, KEMBUNG & LOYA?

Mungkin itu tanda GASTRIK.
Gastrik (gastritis) ialah keradangan pada lapisan perut yang boleh berlaku:

🔹 Secara tiba-tiba (akiut)
🔹 Berpanjangan (kronik)

⚠️ SIMPTOM GASTRIK YANG BIASA • Pedih atau sakit di hulu hati
• Perut kembung & berangin
• Kerap sendawa, rasa loya
• Cepat kenyang walaupun makan sedikit
• Pening atau sakit kepala

❗ PUNCA UTAMA GASTRIK
• Jadual makan tak teratur
• Perut kosong terlalu lama
• Makanan pedas, berasid & berkafein
• Minuman bergas
• Penggunaan ubat tahan sakit berlebihan
• Stress berpanjangan
• Jangkitan bakteria Helicobacter pylori
• Merokok & alkohol

🌿 CARA LEGAKAN GASTRIK (LANGKAH AWAL)
✔️ Makan sikit tapi kerap
✔️ Minum air suam
✔️ Ambil antasid (contoh: Gaviscon)
✔️ Elakkan baring 2–3 jam selepas makan

🥗 MAKANAN MESRA GASTRIK

🍚 Karbohidrat: Nasi putih, oat
🥚 Protein: Telur rebus, ikan, daging tanpa lemak
🍌 Buah: Pisang, epal
🥬 Sayur: Bayam, brokoli
🦠 Probiotik: Yogurt tanpa gula
🍯 Tambahan: Halia, madu kelulut, air kelapa tanpa gula
💚 Perut sihat, hidup lebih berkualiti.

Jika simptom berpanjangan, jangan tahan — jumpa doktor.
📍 Klinik Taqwa sentiasa sedia membantu.

⸻Sayur untuk diratah pagi-pagi 🥬🥒Rasa apa?Rasa sayur lah 😹Semalam masa makan, cakap dekat mama:“Mama kenapa rasa macam d...
14/01/2026



Sayur untuk diratah pagi-pagi 🥬🥒

Rasa apa?
Rasa sayur lah 😹

Semalam masa makan, cakap dekat mama:
“Mama kenapa rasa macam daunnnn je?”
Mama jawab, “Memanglah rasa daun”😂

Jujur saya kongsi —
Saya bukan makan sayur sebab sedap.
Masa kecil dulu, saya memang tak s**a sayur.

Tapi saya latih diri untuk makan sayur.
Bukan kerana rasa,
tapi kerana khasiat yang badan perlukan.



🌿 Kenapa kita PERLU makan sayur?

🥬
• Tinggi serat → bantu penghadaman & cegah sembelit
• Kaya vitamin A & K → baik untuk mata & tulang
• Rendah kalori → sesuai untuk kawal berat badan
• Sumber antioksidan dan vit c - kurangkan radang dna tingkatkan imuniti
• Baik untuk kulit & sistem pencernaan

dan banyakkkk lagi khasiat khasiat yang lain



💚 Kesimpulannya
Makan sayur bukan tentang sedap atau tidak.
Ia tentang menjaga kesihatan jangka panjang.

Kalau bukan kita jaga badan kita hari ini,
siapa lagi?


Dr Hana
Klinik Taqwa

Book appointment dengan Dr Asyhraff di Klinik Taqwa Bangi!
12/01/2026

Book appointment dengan Dr Asyhraff di Klinik Taqwa Bangi!

Kadang-kadang badan kita bukan “rosak”,
cuma terlalu lama memendam penat, sakit dan stres.

Jika anda:
– berdepan penyakit kronik
– sering sakit badan atau lenguh berpanjangan
– mahu faham kesihatan lelaki dengan lebih jelas
– perlukan panduan nutrisi & kesejahteraan emosi

Dr Asyhraff sedia membantu melalui sesi konsultasi yang menyeluruh dan berfokus kepada individu.

📍 Klinik Taqwa, Ostia Bangi
📲 WhatsApp untuk temujanji: +6011-5516 7293
http://kliniktaqwabangi.wasap.my

Kerana setiap badan ada ceritanya sendiri.

Tempe pun kena pilih ke???Tolong baca sampai habis 😊
12/01/2026

Tempe pun kena pilih ke???
Tolong baca sampai habis 😊

12/01/2026

CARA MEMBUAT PEMERIKSAAN TEKANAN DARAH SENDIRI DI RUMAH

1. Persediaan
Rehat sekurang-kurangnya 5 minit sebelum pemeriksaan
Elakkan minuman berkafein, merokok dan senaman 30 minit sebelum ukur
Pastikan pundi kencing dikosongkan
Duduk dengan tenang dan jangan bercakap

2. Posisi Badan Yang Betul
Duduk tegak dengan belakang disokong
Kaki rata di lantai, jangan bersilang
Lengan diletakkan di atas meja pada paras jantung

3. Cara Memakai Manset
Pasang manset 2–3 cm di atas siku
Manset tidak terlalu ketat atau longgar
Tiub manset berada di bahagian tengah lengan

4. Semasa Pemeriksaan
Tekan butang dan bertenang
Jangan bergerak atau bercakap
Ambil dua bacaan dengan jarak 1–2 minit
Catat bacaan yang paling rendah

5. Bacaan Tekanan Darah
Normal: kurang daripada 120/80 mmHg
Tinggi: 140/90 mmHg ke atas
Bila Perlu Jumpa Doktor
Bacaan tinggi berulang kali
Mengalami pening, sakit kepala atau dada berdebar
Pesakit darah tinggi, kencing manis atau wanita hamil

💚 Pemeriksaan tekanan darah secara berkala membantu mencegah komplikasi.

📍 Dapatkan nasihat lanjut di Klinik Taqwa.

📞☎️ 063842200

Selamat hari Isnin semua!Mulakan Isnin dengan Bismillah & senyuman.Mood pagi Isnin selalunya menentukan mood sepanjang m...
11/01/2026

Selamat hari Isnin semua!

Mulakan Isnin dengan Bismillah & senyuman.
Mood pagi Isnin selalunya menentukan mood sepanjang minggu.

Salam sayang dari kami warga Klinik Taqwa
😊🩷

Tahukah anda? 🤔Darah tinggi boleh berlaku tanpa sebarang gejala.Bila tanda muncul, risiko strok & serangan jantung menin...
06/01/2026

Tahukah anda? 🤔
Darah tinggi boleh berlaku tanpa sebarang gejala.
Bila tanda muncul, risiko strok & serangan jantung meningkat.

Antara tanda tanda darah tinggi yang ramai x sedar :

1️⃣ Sakit kepala kerap (terutama waktu pagi)
• Rasa berat di belakang kepala
• Selalu disangka sebab kurang tidur atau stres

2️⃣ Pening atau rasa melayang
• Berlaku tiba-tiba bila bangun atau berjalan
• Ramai anggap sebab letih atau kurang makan

3️⃣ Penglihatan kabur / berkelip
• Nampak kabur, berbayang atau ada titik-titik hitam
• Tanda tekanan darah mula menjejaskan salur darah mata

4️⃣ Mudah penat & nafas pendek
• Buat kerja ringan pun cepat letih
• Jantung bekerja lebih kuat tanpa disedari

5️⃣ Degupan jantung tak menentu / berdebar
• Rasa jantung laju atau berdenyut kuat
• Selalu dianggap anxiety atau panik biasa

⚠️ Bahaya tekanan darah tinggi

Ia dipanggil “silent killer” sebab boleh tak ada simptom langsung, tapi boleh sebabkan:

• Strok
• Serangan jantung
• Kegagalan buah pinggang

✅ Nasihat penting
• Check tekanan darah sekurang-kurangnya 1–2 kali sebulan
• Normal:

01/01/2026

Setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan atas sokongan dan kepercayaan anda sepanjang tahun 2025.
Dengan izin Allah, semoga Klinik Taqwa terus menjadi pilihan dan mendapat sokongan berterusan daripada anda semua pada tahun 2026.
Kami seluruh warga Klinik Taqwa mendoakan agar anda dan keluarga sentiasa berada dalam keadaan sihat, dilindungi dan diberkati dalam setiap langkah kehidupan.
Selamat Menyambut Tahun Baharu 2026.

alhamdulillah.. semoga kuat dan dipermudahkan urusan saudara ..
27/12/2025

alhamdulillah.. semoga kuat dan dipermudahkan urusan saudara ..

Ekok guna ni untuk monitor gula dalam darah. Dr Hana boleh tolong pasangkan.
18/11/2025

Ekok guna ni untuk monitor gula dalam darah. Dr Hana boleh tolong pasangkan.

Kepentingan CGM (Continuous Glucose Monitoring)
Continuous Glucose Monitoring (CGM) adalah teknologi pemantauan glukosa darah secara berterusan (setiap 5–15 minit) tanpa perlu cucuk jari berkali-kali sehari. Ia sangat penting terutama bagi pesakit kencing manis (diabetes) jenis 1 dan jenis 2 yang memerlukan insulin.

Kepentingan utama CGM:

1 Kawalan glukosa yang lebih baik – Mengurangkan risiko HbA1c tinggi, mengelak hypo dan hiperglisemia berbahaya.
2 Mengurangkan cucukan jari – Dari 8–12 kali sehari kepada hampir sifar (ada juga yang masih perlu kalibrasi sekali-sekala).
3 Amaran awal (alert) – Memberi bunyi/getar jika glukosa terlalu rendah atau tinggi, sangat selamatkan nyawa ketika tidur atau memandu.
4 Data trend & pola – Boleh lihat arah tuju glukosa (naik mendadak, turun perlahan dll), bantu pesakit dan doktor buat keputusan dos insulin yang tepat.
5 Kualiti hidup lebih baik – Kurang stress, boleh bersenam, makan dan tidur dengan lebih yakin.
6 Terbukti klinikal – Banyak kajian (contoh: DIAMOND, GOLD, COMISAIR) tunjukkan pengguna CGM kurangkan komplikasi diabetes jangka panjang (mata, buah pinggang, saraf, jantung).

Di Malaysia, CGM kini semakin popular dan banyak hospital & klinik swasta sudah galakkan penggunaannya. KKM juga sedang dalam proses memasukkan beberapa jenama CGM ke dalam senarai APPL (Approved Products Purchasing List) kerajaan.

Tawaran Ottai CGM (setakat November 2025)

Ottai ialah CGM buatan China. Ia adalah CGM yang paling murah di pasaran Malaysia pada masa ini dan mendapat kelulusan MDA (Medical Device Authority) sejak 2023.

Spesifikasi Ottai CGM (model terkini 2025):

• Sensor tahan 14 hari
• Tiada kalibrasi diperlukan (factory-calibrated)
• Ketepatan MARD ~8.8–9.2% (sangat baik untuk kelas harga)
• Julat bacaan 40–400 mg/dL
• App Ottai Care (iOS & Android) + boleh share data secara real-time dengan keluarga/doktor
• Alert hypo/hyper yang boleh customize

Harga tawaran terkini (November 2025):

• 1 sensor (14 hari): RM 199 – RM 220 sahaja (paling murah di Malaysia)
• Pakej 3 sensor (42 hari): biasanya sekitar RM 570 – RM 600 (lebih jimat)

Keistimewaan tawaran Ottai berbanding jenama lain:
• Harga sensor 50–70% lebih murah daripada Dexcom G7, FreeStyle Libre 3 atau Guardian 4
• Sensor buatan Korea Selatan (teknologi sama dengan CareSens)
• Sokongan tempatan sangat baik (warranty & replacement cepat)
• Boleh beli terus online di https://ottai-seas.myshopify.com/

Siapa sesuai guna Ottai?

• Pesakit yang baru nak cuba CGM (kos permulaan rendah)
• Pesakit yang perlu pakai lama (lebih berbaloi)
• Kanak-kanak & warga emas (alert kuat & mudah dibaca)
Kalau anda atau ahli keluarga sedang pertimbangkan CGM dan bajet menjadi isu utama, Ottai adalah pilihan paling realistik dan berkualiti di Malaysia pada masa ini.
Ada apa-apa lagi nak tanya tentang Ottai atau CGM lain (Dexcom, Libre 3, Medtronic dll)? Boleh tanya terus! 😊

Membeli Ottai CGM dari Laman Web.

Produk yang Tersedia (Daripada Dokumen & Maklumat Umum)
• Starter Kit: Termasuk 1 transmitter (boleh cas semula) + 1 sensor 14 hari. Harga asas sekitar RM 499–RM 550 (tergantung promosi).
• Sensor Tambahan: Setiap sensor tahan 14 hari, harga RM 199–RM 220.
• Pakej Bundle: Contoh, 3 sensor (42 hari) sekitar RM 570–RM 600 untuk penjimatan.
• Aksesori lain: Mungkin ada applicator tambahan atau aksesori, tapi fokus utama adalah kit asas.

Semua produk disertai app Ottai Care (muat turun percuma untuk iOS/Android) yang menyokong perkongsian data real-time, alert customizable, dan laporan AI.

Cara Membeli & Gunakan Kod Diskaun.

1 Lawati Laman Web: Pergi ke https://ottai-seas.myshopify.com/. Pilih “Shop Now” untuk melihat katalog penuh.

2 Tambah ke Troli: Pilih produk, masukkan kuantiti, daftarkan diri untuk dapatkan diskaun terbaik dan klik “Add to Cart”.

3 Checkout:

◦ Masukkan alamat penghantaran (Malaysia disokong sepenuhnya).

◦ Pilih kaedah pembayaran: Kad kredit/debit, FPX (bank Malaysia), e-wallet seperti Touch ’n Go atau Boost.
◦ Kod Diskaun: Taip NEWUSERSURIYA di bahagian promo code semasa checkout untuk dapatkan 5% potongan daripada keseluruhan order. Ini adalah tawaran khas untuk pengguna.

4 Penghantaran: Percuma. Sokongan pelanggan melalui chat atau email untuk isu penghantaran.

5 Warranty: sensor diganti jika rosak.

Tips Jimat: Gabungkan kod NEWUSERSURIYA dengan bundle untuk potongan maksimum. Jika beli starter kit + sensor tambahan, anda boleh jimat sehingga RM 50–70 secara keseluruhan.

Jika anda menghadapi sebarang isu semasa membeli (contoh: kod tidak berfungsi atau stok habis), hubungi sokongan Ottai: email support@ottai.com. Jika hadapi masalah juga hubungi saya di 011 20809810. Saya boleh bantu tapi saya bukan staff Ottai ya.

Penemuan Scan masa MengandungHidronefrosis Ringan (Kidney Bengkak Sedikit) pada Trimester KeduaIa adalah perkara biasa d...
18/11/2025

Penemuan Scan masa Mengandung

Hidronefrosis Ringan (Kidney Bengkak Sedikit) pada Trimester Kedua

Ia adalah perkara biasa dan normal berlaku pada hampir 90% ibu mengandung, terutama mulai trimester kedua (selepas 20 minggu).

Punca utama:
• Rahim yang semakin membesar menekan salur kencing (ureter) di bahagian pinggul, terutama sebelah kanan (lebih kerap berlaku di kanan kerana posisi rahim dan usus).
• Hormon kehamilan (progesteron) menyebabkan salur kencing jadi lebih longgar dan lembik → air kencing lambat mengalir → buah pinggang nampak bengkak sedikit di scan.

Profil buah pinggang normal (urea & creatinine OK) Ini tanda yang sangat baik! Bermakna tiada kerosakan buah pinggang dan tekanan masih ringan sahaja.

Jangkitan air kencing ringan (Urine FEME tunjuk mild infection)
• Jangkitan kecil ini boleh buat bengkak jadi sedikit lebih ketara kerana salur kencing bengkak lagi.
• Kehamilan memang mudah dapat jangkitan kencing kerana air kencing “berdengkur” lama dalam pundi & salur kencing.
• Kena rawat segera supaya tidak naik ke buah pinggang (pyelonephritis).

Apa perlu buat seterusnya?

1 Ambil kultur air kencing → dapat antibiotik yang selamat untuk ibu mengandung.
2 Minum air banyak, kencing kerap, jangan tahan.
3 Ulang scan biasanya 4–6 minggu lagi untuk tengok sama ada makin baik atau sama je.
4 Kebanyakan kes akan hilang sendiri selepas bersalin.

Kesimpulan:
�Hidronefrosis ringan semasa hamil adalah perubahan fisiologi biasa dan tidak berbahaya jika dipantau. Jangkitan kecil perlu dirawat cepat-cepat supaya ibu & bayi terus sihat.

Jumpa Dr Hana untuk scan ultrasound yang teliti & penjelasan yang jelas setiap kali. 💙

Klinik Taqwa Masjid Tanah www.wasap.my/60126823620

Address

MT663 Pusat Perdagangan Masjid Tanah, Jalan IKS MT/2
Masjid Tanah
78300

Opening Hours

Monday 09:00 - 21:00
Tuesday 09:00 - 21:00
Wednesday 09:00 - 18:30
Thursday 09:00 - 21:00
Friday 09:00 - 21:00
Saturday 09:00 - 19:00
Sunday 09:00 - 13:00

Telephone

+60126823620

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Taqwa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Taqwa:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category