Bekam Best Melaka

Bekam Best Melaka Bekam Best Melaka !! Pakar Bekam Dan Urutan terapi / saraf . Untuk tempahan sila hubungi
0123985491 Untuk tempahan sila hubungi
0123985491 / 0126436004

https://maps.app.goo.gl/E9UjWvsJ6Ks5YcHV6Terima kasihpertanyaan Tuan puan/cik...Kami di Bekam Best Melaka sentiasa membe...
04/06/2024

https://maps.app.goo.gl/E9UjWvsJ6Ks5YcHV6
Terima kasih
pertanyaan Tuan puan/cik...

Kami di Bekam Best Melaka sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik; dan suasana yang selesa.

Bekam Best Melaka menawarkan🖒🖒 :

💉💉 PAKEJ BEKAM DARAH

✔12 - 15 cup - RM90
✔Unlimited cup - RM120
✔Migrain-RM50
✔Bekam Seri Wajah/ Bekam Resdung RM50

💆💆 PAKEJ URUTAN

👨 Lelaki Rm 70
👱‍♂ Batin Lelaki Rm100

👩 Perempuan Rm 70
👩urutan perawan Rm50-70 bergantung pada seisi rawatan

🙍 Sengkak Wajah Rm50
👩 Sengkak Rahim Rm50

❤v spa sauna rm50❤


❤ Produk Kesihatan ❤
✔ Produk HPA
✔ Al Haddad
✔ Makanan Sunnah

🌎🌎Lokasi: JB3022-1, Tingkat Bawah,
Jalan Merlimau Jasin, 77300 Merlimau MELAKA

⏰⏰Waktu operasi:
Isnin-Ahad : 9am-6pm
Rabu : Tutup

Untuk temujanji/pertanyaan, sila WhatsApp ke..

📲 Bard 012 3985491
📲 Syda 012 6436004

Find local businesses, view maps and get driving directions in Google Maps.

23/02/2024
10/02/2023

TERAPI BEKAM KEATAS WANITA MENGANDUNG: KONTRAINDIKASI MUTLAK ATAU KONTRAINDIKASI RELATIF?

Secara umumnya terapi bekam samada kering atau basah tidak digalakkan dilakukan keatas wanita mengandung. Terdapat 2 kategori kontraindikasi bekam dalam kondisi ini yang pernah dicadangkan oleh para ilmuan bekam iaitu kontraindikasi mutlak/ "absolute contraindication" dan kontraindikasi bersyarat/ "relative contraindication".

Kontraindikasi mutlak melarang sama-sekali terapi bekam dilakukan kepada wanita mengandung, tidak kira apa jua alasan yang diberikan kerana keselamatan ibu dan bayi dalam kandungan adalah keutamaan yang teratas. Penggunaan sejumlah kop atau berbekam darah terlalu kerap umpamanya dikhuatiri boleh menyebabkan penurunan paras hemoglobin/hb terutamanya pada wanita mengandung yang memiliki paras hb yang rendah (mild anemia) . Golongan ini dikhuatiri lebih mudah mengalami penurunan hb ke paras lebih rendah (moderate anemia) kesan daripada penggunaan sejumlah kop bekam atau menjalani terapi bekam darah dengan terlalu kerap. Jika penurunan paras hb ini tidak terkawal, ia boleh mendatangkan pelbagai komplikasi buruk termasuklah boleh mengancam nyawa ibu terutamanya ketika melahirkan anak kelak di mana kehilangan darah lebih banyak biasanya akan berlaku. Kesan tekanan negatif terapi bekam keatas wanita mengandung terutamanya pada area abdomen juga dikhuatiri boleh merangsang kontraksi uterus seterusnya menyebabkan keguguran (trimester pertama atau sebelum 28 minggu kandungan) atau kelahiran pramatang (28-36 minggu kandungan).

Manakala kontraindikasi relatif atau bersyarat, mencadangkan bahawa bekam masih boleh dilakukan jika terdapat keperluan mendesak di mana selepas penelitian sedalamnya didapati manfaat lebih banyak berbanding mudharat. Sebagai contoh, wanita mengandung yang sering mendapat migrain ingin mengelak daripada kerap mengambil Paracetamol/Panadol kerana bimbang kesan ubat tersebut boleh menjejaskan perkembangan/tahap kesihatan kandungannya lalu memilih terapi bekam sebagai rawatan alternatif (A.Z. Bauer et al 2021- pendedahan berterusan paracetamol kepada wanita mengandung boleh meningkatkan risiko gangguan perkembangan saraf, reproduktif dan urogenital kandungan). Jika keputusan ini terpaksa diambil, pemilihan poin² bekam seharusnya jauh daripada area abdomen, jumlah kop bekam & kekerapan berbekam darah juga harus paling minimal bagi mengelak kesan sampingan yang tidak diingini. Menurut S.A. Jaouni et al 2019, terapi bekam berkesan menurunkan tahap kesakitan dan meningkatkan kualiti hidup dalam satu kajian yang dilakukan keatas 128 orang pesakit migrain.

Kesimp**annya berbekam terutamanya bekam darah ketika mengandung adalah sangat tidak digalakkan kecuali atas sebab² yang tidak dapat dielakkan & seharusnya ia hanya dilakukan oleh mereka yang benar² berpengalaman atau mahir sahaja. Jika ada pilihan lain yang kurang memberi risiko bahaya kepada kesihatan wanita mengandung dan kandungan, adalah lebih baik bekam darah ditangguhkan terlebih dahulu atau menjalani kaedah rawatan lain yang lebih selamat. Dalam situasi ini mungkin lebih baik berjumpa dengan doktor atau pakar perubatan alternatif lain yang diiktiraf atau berkelayakan untuk mengadu atau merawat masalah kesihatan yang dialami oleh wanita mengandung.

MA SABRI

Ref:

1. Paracetamol use during pregnancy—a call for precautionary action
Ann Z Bauer, Shanna H Swan, David Kriebel, Zeyan Liew, Hugh S Taylor, Carl-Gustaf Bornehag, Anderson M Andrade, Jørn Olsen, Rigmor H Jensen, Rod T Mitchell, Niels E Skakkebaek, Bernard Jégou, David M Kristensen
Nature Reviews Endocrinology 17 (12), 757-766, 2021

2. Clinical experts statement: The definition, prescription, and application of cupping therapy
S Andrew Cage, Brandon J Warner, Diana M Gallegos, Brian Coulombe
Clinical Practice in Athletic Training 2 (2), 4-11, 2019

3. Cupping therapy
Shabi Furhad, Abdullah A Bokhari
StatPearls [Internet], 2022

4. Wet cupping reduces pain and improves health-related quality of life among patients with migraine: a prospective observational study
Abdullah Kaki, Rohaiem Sawsan, Mourad Samiha, Soad Al Jaouni, Mohsen Abdul Elalah, Nahla Ibrahim
Oman Medical Journal 34 (2), 105, 2019

PEREMPUAN TIDAK PERLU BERBEKAM BASAH KERANA SETIAP BULAN MEREKA DATANG HAID: MITOS ATAU FAKTA??Senggugut atau haid adala...
26/07/2022

PEREMPUAN TIDAK PERLU BERBEKAM BASAH KERANA SETIAP BULAN MEREKA DATANG HAID: MITOS ATAU FAKTA??

Senggugut atau haid adalah pendarahan f***j yang biasa berlaku sebagai sebahagian daripada kitaran bulanan wanita. Secara umumnya setiap bulan, badan wanita sentiasa bersedia untuk kehamilan. Jika tiada kehamilan berlaku, rahim(uterus) akan melepaskan lapisannya (endometrium) keluar melalui rahim bersama dengan sejumlah darah (35%), tisu endonetrium, lendir serviks dan cecair va**na (65%).

Darah haid tidak keluar bersama dengan bahan- bahan punca penyakit/CPS, bahan-bahan toksik atau bahaya daripada tubuh secara bertapis sepertimana yang mampu dilakukan melalui terapi bekam. Jika adapun bahan² berkenaan, ia mungkin keluar bersama dengan 35% darah tersebut dalam nisbah yang seimbang dengan jumlah total darah tubuh. Period berlebihan (menorrhagia) kadangkala boleh menyebabkan kehilangan banyak darah sekaligus menurunkan paras hemoglobin dalam tubuh. Sebab itulah kadangkala ada segelintir wanita kelihatan pucat selain mengalami gejala sakit abdomen ketika period. Secara umum, wanita lebih kerap mengalami kekurangan paras hemoglobin berbanding lelaki disebabkan oleh kitaran haid setiap bulan. Ditambah p**a lelaki mempunyai hormon endrogen lebih banyak berbanding wanita di mana hormon ini berfungsi merangsang pembebasan hormon erithropoeitin/ EPO yang penting untuk penghasilan sel darah merah oleh tulang sum-sum. Sebab itulah julat normal hemoglobin berbeza di antara lelaki (13.2 -16.6 grams per deciliter) dan perempuan (11.6 - 15 grams per deciliter).

Terapi bekam boleh dilakukan kepada sesiapa saja termasuk wanita selagi ada indikasi, berada dalam keadaan stabil dan tiada kontraindikasi. Darah haid tidak menyingkir keluar bahan² punca penyakit atau bahan² bahaya secara bertapis melainkan hanya sejumlah darah, tisu-tisu dinding rahim, lendir serviks dan cecair va**na sahaja. Dalam banyak kajian, terdapat bukti bahawa golongan wanita mendapat pelbagai manfaat kesihatan termasuk memperbaiki kitaran haid dan mengurangkan tahap kesakitan (dysmennorhea) samada melalui terapi bekam kering mahupun basah/hijama.

MA SABRI.

Ref:

1.Hijama (wet cupping) for female infertility treatment: a pilot study. Hassan Abduljabbar, Anhar Gazzaz, Samiha Mourad, Ayman Oraif
International Journal of Reproduction, Contraception, Obstetrics and Gynecology 5 (11), 3799-3802, 2016

2. Using of Cupping Therapy among Palestinian Women in Reproductive Age using a Cross-Sectional Survey. Eman Alshawish, Haneen Habiballah, Alaa Habiballah, Duha Shellah
Diversity and Equality in Health and Care 18 (2), 2021

04/03/2022

TERAPI BEKAM PENGAWAL TERBAIK SARAF SIMPATETIK & SARAF VAGAL (SYMPHATOVAGAL BALANCER)

Saraf simpatetik berfungsi mempercepatkan rentak jantung, melebarkan saluran pernafasan, mengurangkan pergerakan usus besar, mengecilkan pembuluh darah dsbnya. Manakala saraf vagal(parasimpatetik) mempunyai fungsi yang bertentangan dengan saraf simpatetik di mana ia melambatkan rentak jantung, mengecilkan saluran pernafasan, meningkatkan pergerakan usus besar, melebarkan pembuluh darah dsbnya. Jika fungsi kedua² sistem saraf ini tidak seimbang, ia boleh mendatangkan masalah kepada kesihatan seperti anxiety, kemurungan, masalah jantung seperti degup jantung tidak sekata/arrhythmia, degup jantung laju/takikardia, tekanan darah tinggi, gangguan tidur dsbnya.

kajian pernah dilakukan tentang kesan bekam keatas sistem saraf simpatovagal melalui kawalan pada rentak jantung/HRV (Heart Rate Variability). S. Arslan et al 2014 melakukan kajian keatas 40 orang subjek di mana ujian ECG dilakukan 1 jam sebelum dan 1 jam selepas terapi bekam (5 poin di belakang). Secara purata kadar HRV semua subjek adalah rendah sebelum intervensi/bekam dilakukan. Keputusan: Secara purata semua parameter HRV meningkat dengan ketara, menunjukkan terapi bekam berkesan mengembalikan semula keseimbangan sistem vasovagal. Keseimbangan sistem saraf vasovagal yang dinilai melalui peningkatan HRV berpotensi mencegah atau mengawal kondisi/penyakit berkaitan mental seperti anxiety dan depresi atau masalah jantung tertentu seperti arrhythymia (degup jantung tidak sekata).

MA SABRI

Ref:

1. Wet cupping therapy restores sympathovagal imbalances in cardiac rhythm

Müzeyyen Arslan, Nesibe Yeşilçam, Duygu Aydin, Ramazan Yüksel, Şenol Dane
The Journal of Alternative and Complementary Medicine 20 (4), 318-321, 2014

2. Wet cupping (hijamah) increases sleep quality

Selma Cikar, Gamze Ustundag, Seda Haciabdullahoglu, Sevda Yuksel, Senol Dane
Clinical and Investigative Medicine (Online) 38 (4), E258, 2015

TERAPI BEKAM/HIJAMAH & PENANDA² RADANG/ "INFLAMMATORY MARKERS" Dalam kondisi radang atau inflamasi pada sendi, selain pe...
08/09/2021

TERAPI BEKAM/HIJAMAH & PENANDA² RADANG/ "INFLAMMATORY MARKERS"


Dalam kondisi radang atau inflamasi pada sendi, selain pengurangan tahap keterukan gejala² berkenaan, beberapa penanda radang/"inflammatory marker" seperti ESR(Erythrocyte Sendimentation Rate), RF(rheumatoid factor), CRP(C-Reactive Protein) termasuklah WBC( Sel Darah Putih) merupakan antara petunjuk penting dalam menilai keberkesanan terapi bekam/hijamah. Dalam beberapa kajian yg pernah dilakukan, petunjuk² radang atau "inflammatory marker" ini menunjukkan penurunan yang agak ketara berbanding "baseline" samada selepas sesi pertama mahupun selepas beberapa siri terapi bekam.

Abdullah et al 2021 melakukan kajian kesan² terapi bekam keatas 28 orang pesakit Rheumatoid Arthritis/ penyakit radang & autoimun pada sendi berumur antara 25 hingga 50 tahun. Selain penurunan tahap keterukan gejala seperti kesakitan, pembengkakan & kemerahan pada sendi, beberapa penanda radang seperti RF (p< 0.007), CRP (p< 0.05) & WBCs (0.03) juga menunjukkan penurunan yang agak ketara berbanding penanda aras. Ini boleh menunjukkan bahawa terapi bekam/hijamah berupaya mendatangkan kesan² terapeutik jangka pendek tanpa kesan² sampingan & "adverse effects" yang ketara. Dalam beberapa kajian lain, terapi bekam/hijamah juga menunjukkan kesan² ketara dalam pengurangan keterukan gejala² & "inflammatory markers" di kalangan ahli sukan, pengidap osteoarthritis mahupun orang sihat.

Sudah pasti kajian lebih mendalam, terperinci dan berskala besar diperlukan untuk memahami mekanisme yang sebenar dan menilai tahap keberkesanannya daripada aspek kekerapan, jumlah cup bekam, titik² bekam, tarikh² berkesan, kombinasi ubatan konvensional, kombinasi rawatan alternatif lain dan sebagainya.

MA Sabri

Ref:

1.Effect of Cupping (Al-Hijama) therapy in rheumatoid arthritis patients: A cohort study in Yemen

Khaldoon S Abdullah, Aiman Saleh A Mohammed, Muhammad Naveed, Ekram Al-Eryani, Abdalaziz AA Ahmed, Safa M Al-Atany
Dokkyo Journal of Medical Sciences 48, 02, 2021

2. Immunomodulatory effects of blood letting cupping therapy in patients with rheumatoid arthritis

Sahbaa M Ahmed, Nour H Madbouly, Soheir S Maklad, Eman A Abu-Shady
Egypt J Immunol 12 (2), 39-51, 2005

3. Wet-cupping induces anti-inflammatory action in response to vigorous exercise among martial arts athletes: A pilot study

Narges Ekrami, Mehdi Ahmadian, Maryam Nourshahi, Hamed Shakouri
Complementary Therapies in Medicine 56, 102611, 2021

TERAPI BEKAM/HIJAMAH: PEMBERSIHAN DARAH & PENINGKATAN AKTIVITI SISTEM SARAF AUTONOMIK (ANS).Kalau di ginjal pembersihan ...
17/04/2021

TERAPI BEKAM/HIJAMAH: PEMBERSIHAN DARAH & PENINGKATAN AKTIVITI SISTEM SARAF AUTONOMIK (ANS).

Kalau di ginjal pembersihan darah berlaku di glomerulus unit, manakala pada hijama pembersihan darah/plasma berlaku melalui "capillaries fenestrae" (pori² dinding kapilari) iaitu apabila penyedutan/ tekanan negatif dikenakan pada kulit. Cecair/plasma sebagai "transporter" mengangkut pelbagai bentuk CPS (DCS/DRS) melalui pori² kapilari, berkumpul & sebati dengan cecair² lain di ruang interstitial/tisu. Pengump**an cecair ini menyebabkan kulit membenjol (dome shape) & berwarna merah gelap iaitu kesan drp kapilari² yg pecah, membebaskan sejumlah darah ke dlm tisu. Ketika dilukai(skarifikasi), sejumlah cecair mengandungi CPS terbebas ke permukaan kulit. Penyedutan kali ke2 memaksa lebih banyak cecair CPS & sedikit darah keluar; berkumpul di dlm cup bekam. Pada tahap ini pembersihan darah/plasma drp CPS tertentu telah berlaku. Ia boleh diukur melalui formula excretion value(EV) & purification index (PI).

2. Meningkatkan aktiviti saraf tunjang bermaksud memperbaiki atau meningkatkan keupayaan sistem saraf autonomik (ANS) yg terdiri daripada saraf simpatetik & saraf parasimpatetik untuk berkolaborasi dengan lebih baik & berkesan. Sistem saraf simpatetik berfungsi menyediakan tubuh untuk tindakbalas "fight or flight” iaitu "lawan atau lari" ketika berada dalam situasi berpotensi bahaya (melibatkan pelepasan hormon adrenaline dan noradrenaline). Manakala sistem saraf parasimpatetik berfungsi menghalang tubuh drp "overworking" & mengembalikan tubuh kpd situasi tenang & relaks. Pada tahap ini hormon acetylcholine dilepaskan utk memperlahankan kadar degupan jantung.

Secara peribadi saya kurang bersetuju cup² bekam dilekatkan sepanjang tulang vertabrae/spinal cord dgn alasan kononnya untuk merangsang atau meningkatkan aktiviti ANS (kecuali atas sebab² tertentu dgn kawalan tertentu). Sebenarnya tindakan itu berpotensi mengundang risiko kecederaan atau gangguan terhadap fungsi normal spinal. Tekanan negatif yg kuat (contoh lebih 420mmHg) yg diadakan secara tersusun drp atas ke bawah boleh memaksa diska yang telah mengalami kemerosotan (degenerative) utk mengelonsor (slipped) & menekan saraf tunjang sehingga menimbulkan kesakitan, kebas atau kelemahan pd anggota tubuh berkenaan. Ke2: tidak sesuai poin² atau kulit yg berada benar² d atas tulang vertabrae itu dilukai utk tujuan detoksifikasi. Area itu sangat tipis kulitnya, bermaksud sangat tipis papilla dermisnya (tempat di mana cecair mengandungi CPS berkumpul) dan sdh tentu tidak banyak CPS yg boleh dikumpul. Ke3: Memandangkan terdapat unjuran tulang (spinous process) boleh dirasai dengan hujung jari, menunjukkan ia terlalu dekat dgn kulit, tusukan jarum atau sayatan pisau mungkin lebih menyakitkan dan tidak mustahil boleh mencederakan ligamen² yang memegang tulang² vertabrae.

Utk merangsang ANS sdh memadai poin² bekam berada pada kanan dan kiri tulang vertabrae/spinal (nerve root). Kajian telah membuktikan bhw poin² sunah atau 2 poin di antara 2 tulang skap**a (T2-T6) berkesan meningkatkan Heart Rate Variability yg bersifat cardio protective dan terapi psikologikal. Tidak pernah setakat ini pengkaji² menggunakan poin² tengah tubuh/sepanjang tulang spinal utk kajian kesan² bekam terhadap masalah kesihatan tertentu. Jika poin bekam pada poin C7 (kahil) dijadikan alasan untuk membolehkan poin² lain sepanjang tulang spinal juga boleh diadakan, anda harus ingat bhw ia adalah poin tunggal iaitu satu²nya poin (poin sunah) pada tulang spinal C7. Ia tidak mendatangkan kesan menyeluruh dan kuat keatas spinal sehingga meningkatkan potensi risiko gangguan fungsi spinal berbanding penggunaan sehingga 7 poin/cup bekam di atasnya yg dikhuatiri berupaya menyebabkan tergelonsornya diska² yg telah merosot menekan saraf tunjang sehingga menimbulkan gangguan² kesihatan berkenaan.


MA. SABRI. O

Rujukan:

1. Anatomical sites for practicing wet cupping therapy (Al-Hijamah): in light of modern medicine and prophetic medicine.

Hany Salah Mahmoud, Moustafa Abou-El-Naga, Nassar Ayoub Abdelatif Omar, Hany Ali El-Ghazzawy, Yasser Mohamed Fathy, Manal Mohamed Helmy Nabo, Salah Mohamed El Sayed. Altern Integ Med 2 (8), 1-30, 2013

2. Wet cupping therapy restores sympathovagal imbalances in cardiac rhythm

Müzeyyen Arslan, Nesibe Yeşilçam, Duygu Aydin, Ramazan Yüksel, Şenol Dane
The Journal of Alternative and Complementary Medicine 20 (4), 318-321, 2014

3. The effect of dry cupping treatment applied to Back-shu points on the autonomic nervous system through HRV

Eun-Mi Hwang, Kai-Hsia Wang, Jae-Ik Bae, Dong-Ho Keum. Journal of Korean Medicine Rehabilitation 23 (1), 51-64, 2013

4. The influence of dry cupping of differing intensities on heart rate variability

Jing-Shia Tang, Chi-Wen Lung, Fang-Hsin Lee, Chia-Chang Chuang, Ben-Yi Liau, Chien-Liang Chen. International Conference on Applied Human Factors and Ergonomics, 309-317, 2018

TERAPI BEKAM/HIJAMAH UNTUK MENURUNKAN TEKANAN DARAH SEMENTARA PADA PESAKIT DARAH TINGGI/HIPERTENSI.  Mochammad Erwin Rac...
26/03/2021

TERAPI BEKAM/HIJAMAH UNTUK MENURUNKAN TEKANAN DARAH SEMENTARA PADA PESAKIT DARAH TINGGI/HIPERTENSI.

Mochammad Erwin Rachman, Aksa Nur Rachman.
Jurnal Perubatan Hijau 2 (1), 13-17, 2020

Hipertensi (bacaan 140/90mmHg & keatas ketika rehat secara konsisten) masih menjadi masalah utama dalam bidang kesihatan pada umum. Salah satu terapi untuk membantu mengawal tekanan darah tinggi adalah terapi bekam/hijamah.

Kajian ini dilakukan ntuk mengetahui gambaran sebenar tentang penurunan tekanan darah pada pesakit hipertensi dengan menggunakan teknik terapi bekam/hijamah.

Kajian ini adalah kajian deskriptif yang menggunakan kaedah persampelan dengan 85 pop**asi dan 46 sampel.

KEPUTUSAN: Hasil kajian menunjukkan bahawa purata tekanan darah sistolik sebelum bekam adalah 164.78 mmHg menurun sebanyak 10.87 mmHg menjadikannya 153.91 mmHg setelah berbekam. Manakala tekanan darah diastolik sebelum bekam adalah 99.78 mmHg menurun sebanyak 4.13 mmHg menjadikannya 95.65 mmHg.

Hasil kajian menunjukkan bahawa terapi bekam/hijsmah berupaya menurunkan tekanan darah secara sementara pada penderita hipertensi.

P/S: kajian lebih lanjut diperlukan untuk menentukan bagaimana terapi bekam boleh mengawal tekanan darah dalam tempoh yang lebih lama & konsisten. Saya percaya kombinasi faktor² lain seperti kawalan diet, senaman yang teratur, kawalan stress yang lebih baik, menurunkan berat badan berlebihan, rehat atau tidur yang berkualiti, kombinasi dengan terapi lain seperti phlebotomy dsbnya amat penting dalam memaksimakan kesan² terapeutik terapi bekam dalam penyakit darah tinggi mahupun penyakit² yang lain.

MSO.

Address

Merlimau
77300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60123985491

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bekam Best Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram