25/02/2026
PENYAKIT TIBI: JANGAN AMBIL MUDAH, KENALI GEJALANYA
Salam Sejahtera warga Mersing,
Tahukah anda? Penyakit Tibi (Batuk Kering) masih wujud dan boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Ia bukannya penyakit keturunan atau buatan orang, sebaliknya berpunca daripada kuman Mycobacterium tuberculosis yang tersebar melalui udara.
Jika anda atau orang tersayang mengalami gejala berikut, sila dapatkan pemeriksaan segera di Hospital Mersing atau Klinik Kesihatan berhampiran:
Batuk berpanjangan (melebihi 2 minggu).
Demam berpeluh pada waktu malam.
Hilang selera makan dan berat badan menurun.
Batuk berdarah atau sakit dada.