Diari Men-tale

Diari Men-tale Sharing berkaitan kesihatan mental dan relationship. Juga menyediakan khidmat talk therapy.

Adakah ubat antidepressant/kemurungan boleh diberhentikan setelah klien beransur pulih?Jawapannya bergantung.Ubat antide...
20/10/2024

Adakah ubat antidepressant/kemurungan boleh diberhentikan setelah klien beransur pulih?

Jawapannya bergantung.

Ubat antidepressant berfungsi menstabilkan kimia biologi yang terjejas dalam diri seseorang yang mengalami kemurungan.

Kenapa perlunya rawatan ubat adalah disebabkan pada fasa krisis, fikiran seseorang menjadi kacau dan menjejaskan pemikiran rasional hingga menyebabkan seseorang itu tidak dapat melakukan aktiviti seharian serta boleh bertindak mencederakan diri.

Setelah fasa krisis ini beransur pulih dan sistem badan mencapai semula keseimbangan kimia tersebut, ubat ini akan bertindak sebagai maintenance.

Pada fasa inilah segala jenis terapi nonpharmacological(seperti kaunseling, terapi keluarga dan sbgnya) akan diberikan untuk menangani faktor/punca utama kemurungan ini terjadi disebabkan pada fasa ini seseorang sudahpun boleh berfikir dan memahami terapi2 yang dilaluinya.

Apabila semua faktor2 penyumbang kepada kemurungan ini dapat dikawal dengan baik, maka kebiasaannya klien diberi peluang untuk menghentikan rawatan ubat dan akan dipantau untuk satu tempoh.

Dalam proses pemantauan ini juga klien akan diajar tentang tanda2 amaran awal kemurungan akan datang semula.

Apabila klien kekal sihat sepanjang proses pemantauan dan sudah mampu memahami kemurungan ini, maka dengan itulah ubay itu akan dihentikan selamanya.

Jadi ya, tak mustahil untuk seseorang yang ada sejarah kemurungan untuk kekal bebas tanpa ubat, dengan ikhtiar, sokongan serta kesedaran tentang faktor2 yang menyumbang kepada kemurungan ini.

Diari Men-tale

Bacaan 2 minit.*Menangis tanpa sebab: normal?*Banyak di antara kita pernah alami keadaan ini. Ada yang bersifat sementar...
21/09/2024

Bacaan 2 minit.

*Menangis tanpa sebab: normal?*

Banyak di antara kita pernah alami keadaan ini. Ada yang bersifat sementara, ada juga yang berpanjangan.
Persoalannya, adakah menangis tanpa sebab ini sesuatu yang normal?

Seseorang akan menangis apabila fikiran ataupun perasaannya tidak dapat dikawal disebabkan banyak perkara, misalnya terbeban dengan hidup/situasi semasa, terkejut menerima sesuatu berita yang di luar jangkauan, rasa 'helpless' dan sebagainya.

Tetapi ada juga yang menangis tanpa sebab. Walaupun pada saat itu dia baik2 sahaja, tenang2 sahaja sambil mengerjakan sesuatu pekerjaan ataupun tengah beristirehat.

Punca utama menangis tanpa sebab ini adalah ego. Ego apabila seseorang menidakkan atau menyembunyikan sesuatu, memendam sesuatu hal di dalam hatinya hinggakan pada suatu saat, sesuatu ini menjadi terlalu berat untuk dipendam, hinggakan hati dan fikiran terpaksa bertindak dengan cara menangis.

Itulah sebab ada yang mengatakan, menangis ini melegakan, ia menjadi satu terapi emosi.

Kadangkala ada di antara kita menyelesaikan sesuatu masalah dengan cara melupakan,mengelak ataupun menidakkan masalah tersebut(distraction). Apabila masalah ini sudah tidak lagi berada dalam fikiran maka seseorang itu mungkin ingat dia sudah berjaya, dia sudah move on.

Sampai ke satu ketika, tiba2 masalah tersebut timbul semula, secara sedar atau tidak, secara sengaja ataupun tidak.

Fikiran menjadi kucar kacir, perasaan yang mulanya tenang tiba2 menjadi kacau bilau, tidak terkawal hinggakan seseorang itu hanya mampu menangis.

Bahaya untuk membiarkan situasi ini berterusan kerana ia boleh menjejaskan kesihatan mental sekiranya tidak diberi perhatian segera.

Rumusannya, menangis tanpa sebab adalah tidak normal. Setiap perkara yang terjadi dalam hidup kita pasti ada sebabnya.

Perlukan bantuan? Diari Men-tale sedia mendengar.

Semenjak kebelakangan ini, kes-kes yang melibatkan nyawa disebabkan tekanan perasaan semakin banyak. Mungkin ada yang ha...
09/02/2024

Semenjak kebelakangan ini, kes-kes yang melibatkan nyawa disebabkan tekanan perasaan semakin banyak. Mungkin ada yang hairan, mengapa seseorang yang boleh kelihatan begitu ceria pada hari ini, boleh mengambil keputusan untuk menamatkan nyawanya pada keesokan hari.

Ada juga yang membuat posting di sosial media dengan nota-nota ucapan selamat tinggal. Ataupun mengeluh dengan kehidupan. Kita sangkakan perkara itu kecil dan mungkin kadang2 tak masuk akal, lawak. Apabila sesuatu terjadi, kita semua terpinga-pinga, terkejut, sedih, kecewa dengan keputusan dan tindakan mereka berbuat sedemikian.

Salah satu ciri-ciri penting mereka yang mempunyai kecenderungan sebegini adalah disebabkan sikap s**a memendamkan perasaan. Mungkin dahulu mereka rajin berkongsi masalah, tetapi disebabkan isu kepercayaan mereka lebih selesa menyimpan masalah tersebut di dalam hati. Mungkin mereka juga tidak mahu membebankan orang lain dengan permasalahan mereka. Yang paling s**ar sekali adalah jika mereka ini jenis yang s**a berseorangan.

Di TikTok, FB dan sebagainya, kadang2 di sinilah diari mereka tempat mereka meluahkan isi hati. Di sinilah kita sebenarnya dapat agak apa yang mereka lalui, apa perasaan mereka, bagaimana kehidupan mereka daripada ayat2 yang dikongsikan.

Adakalanya mereka berada di satu tahap yang mana mereka akan berasa sangat down hinggakan mereka s**ar mendapatkan bantuan dan benda inilah sebenarnya yang merisaukan.

Apa yang kita boleh buat sebagai kawan/orang terdekat/ followers jika insan ini sedang dalam masalah? Perhatikanlah apa yang diposting oleh mereka. Rajin bertanya, itulah yang paling penting. Bertanya tidak semestinya kita harus memberi bantuan atau penyelesaian terhadap masalah mereka, tidak.

Bertanya khabar ini sebenarnya adalah satu skil yang sangat bermanfaat. Jangan hairan, insan2 yang dalam masalah ini, boleh rasa terharu dan rasa lebih lega apabila ditanya khabar kerana mereka dapat rasa diberi perhatian, rasa dihargai.
Semoga kita semua tabah menghadapi cabaran hidup yang semakin s**ar ini.

Hubungilah Diari Men-tale jika anda inginkan seseorang untuk mendengar luahan hati anda.

04/01/2024

Tips pada hari ini, resah yang berpanjangan berpunca daripada seseorang memikirkan terlalu banyak masalah pada satu masa..

Kita tidak dapat lari daripada merisaukan sesuatu tapi percayalah, kita boleh mengawalnya.

Boleh follow TikTok .mental untuk lebih banyak sharing berkaitan kesihatan mental.

26/10/2023

Ada kalanya kita terlalu kecewa dengan diri sendiri. Selalu memarahi diri sendiri kerana apa yang terjadi hari ini. Kerana tidak dapat melaksanakan tugasan seharian sebaik mungkin, menepati kehendak orang di sekeliling, gagal dalam temu duga, gagal dalam pertandingan dan sebagainya. Itu lumrah hidup, seperti putaran roda.

Hidup ini bersifat bergerak ke hadapan. Sekiranya kita menoleh ke belakang berpanjangan mengenangkan kesilapan yang lalu, susah untuk kita terus maju ke hadapan. Jadikanlah hidup kita sebagai sebuah buku. Setiap hari sehelai demi sehelai lembaran dibuka tetapi helaian terdahulu tetap ada di situ. Kerana setiap helaian ini akhirnya akan bergabung menjadi sebuah buku yang menceritakan kisah hidup kita yang mungkin boleh kita kongsikan kepada generasi akan datang.

Yang ikhlas,
Diary Men-Tale.

Salah satu perbezaan penting antara cemas normal dengan anxiety disorder adalah kalau cemas normal, tindak balas ataupun...
22/09/2023

Salah satu perbezaan penting antara cemas normal dengan anxiety disorder adalah kalau cemas normal, tindak balas ataupun perasaan cemas tersebut hanya akan terjadi apabila berhadapan dengan situasi-situasi tertentu dan akan reda setelah situasi tersebut reda. Sebaliknya dalam anxiety disorder p**a, perasaan ataupun tindakbalas cemas tersebut boleh tiba-tiba wujud walaupun dalam keadaan tenang, tidur dan sebagainya tanpa disedari dan tanpa 'trigger'.
Boleh DM saya untuk maklumat lanjut berkenaan dengan anxiety disorder ini.

TikTok: diari.mental

Check out Dr Soule Devery's video.

17/09/2023

Semoga kita semua tabah menghadapi kehidupan yang mendatang...

17/01/2023

Sharing untuk malam ini. Berkenaan dengan memendam perasaan..

Selamat tahun baru 2023! Mungkin bagi sesetengah kita, tiada bezanya tahun lepas dengan tahun ini.Saya yakin, kebanyakan...
16/01/2023

Selamat tahun baru 2023!

Mungkin bagi sesetengah kita, tiada bezanya tahun lepas dengan tahun ini.

Saya yakin, kebanyakan kita bergelut dengan masalah kewangan sekarang. OPR naik, harga barang naik hinggakan duit gaji hanya untuk bayar hutang semata-mata. Kadangkala rasa motivasi untuk meneruskan perkerjaan hilang sebab kita sendiri tidak dapat menikmati hasil titik peluh kita.

Keadaan ini boleh menganggu kesihatan mental kita juga. Tiada sesiapa yang lari dari masalah kewangan. Rasa tertekan, murung, berputus asa menguasai diri. Tidak kurang juga ada yang sangat terdesak hinggakan mereka meminjam daripada ah long ataupun institusi kewangan yang lain dan hal ini memburukkan lagi status kewangan dan menambahkan beban.

Persoalannya, apakah penyelesaian kepada masalah ini? Jujur, tiada jawapan yang straightforward. Kalau nak cari side income juga ada cabaran kerana kekangan tenaga.
Yang paling penting harus diingati adalah, dalam apa jua masalah kewangan yang dihadapi, pemakanan haruslah menjadi keutamaan. Hiduplah supaya setiap hari masih ada lagi butir nasi untuk dihidang di atas meja, untuk diri sendiri ataupun untuk keluarga.

Jangan pernah malu untuk meminta tolong daripada sahabat handai ataupun ahli keluarga yang lain kerana masalah kewangan harus diselesaikan bersama. Mungkin mereka tidak dapat memberikan banyak, tapi sekurang-kurangnya meringankan beban. Yang pasti ingatlah, tiada masalah yang berkekalan selama-lamanya di dunia ini.

Walaupun kita berkekurangan, ingatlah bahawa Tuhan masih menjaga kesihatan, keselamatan serta kesejahteraan kita. Tiga perkara ini tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Sekiranya minda kita sentiasa cerdas dan kuat walau apa jua cabaran yang akan mendatang, percayalah. Bahawa anda pasti dapat mengharunginya.

Jadikanlah kata-kata semangat ini sebagai pedoman hidup. Jika hari ini anda kalah, esok cuba lagi. Ambil satu langkah kecil setiap hari dan teruslah maju ke hadapan. Jika anda tersungkur hari ini, bangunlah esok kerana anda tidak berseorangan. Keluarga dan sahabat tersayang sentiasa ada untuk membantu anda.

Paling penting, ingatlah Sang Pencipta kerana tiada dugaan yang melebihi batas kemampuan manusia.

Salam 2023.

Diari Men-Tale.

08/11/2022

Bersama-samalah kita saling memberikan motivasi dan sokongan kepada satu sama yang lain yanpa mengira status, bangsa, agama dan negara. Kita semua sama sahaja. Kesihatan mental tanggungjawab bersama.🙂🙂

Address

Miri
98000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Diari Men-tale posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Diari Men-tale:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram