Pengedar Shaklee Miri & COD Shaklee di Miri / Brunei

Pengedar Shaklee Miri & COD Shaklee di Miri / Brunei Pengedar Shaklee Miri & Brunei dengan Ready Stock. COD untuk area Miri dan sekitarnya. Dapatkan khidmat konsultasi terbaik mengenai produk Shaklee.

Hubungi 014-686 0480 Pengedar Shaklee Miri/Brunei Agen Shaklee Brunei / Miri. COD Shaklee / COD Vivix Shaklee untuk area Miri, COD Shaklee Brunei

28/06/2023

Kolestrol Jahat sangat bahaya untuk kesihatan. Kolesterol Jahatk(LDL) yang tinggi akan menyebabkan penempelan plak di dalam arteri, yang disebut aterosklerosis. Aterosklerosis boleh menyebabkan penyakit jantung koronari, serangan jantung, dan stroke.

Kolesterol LDL yang tinggi dapat meningkatkan risiko pembentukan plak di dinding arteri. Plak ini akan menyempitkan arteri dan menghalang aliran darah yang normal. Jika plak ini pecah, ia akan menyebabkan penggumpalan darah yang boleh menghalang aliran darah ke jantung atau otak, yang pada akhirnya akan menyebabkan serangan jantung atau stroke.

Berminat nak dapatkan Set Kawal Bacaan Kolestrol?

Klik link wasap ni www.wasap.my/60123461698/NakSetKawalKolestrolFBP

Jom jadikan puasa lebih bererti, lebih smooth & tenang dengan Set Puasa Shaklee.Berminat nak dapatkan set ramadhan atau ...
01/03/2022

Jom jadikan puasa lebih bererti, lebih smooth & tenang dengan Set Puasa Shaklee.

Berminat nak dapatkan set ramadhan atau produk shaklee dengar harga special yang lebih jimat dan berbaloi?

Klik je link ni www.wasap.my/60123461698/SetPuasa

𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐀𝐫𝐚𝐟𝐚𝐡.𝐒𝐮𝐝𝐚𝐡𝐤𝐚𝐡 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐩𝐮𝐧𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐧𝐚𝐫𝐚𝐢 𝐝𝐨𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐚𝐡𝐮 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐝𝐨𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐒𝐖𝐓?Di sini dikongsikan beberapa doa yang...
29/07/2020

𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐀𝐫𝐚𝐟𝐚𝐡.

𝐒𝐮𝐝𝐚𝐡𝐤𝐚𝐡 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐩𝐮𝐧𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐧𝐚𝐫𝐚𝐢 𝐝𝐨𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐚𝐡𝐮 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐝𝐨𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐒𝐖𝐓?

Di sini dikongsikan beberapa doa yang mungkin anda boleh masukkan dalam senarai doa sedia ada. Doakan kebaikan kita semua juga ya.
1. Ya Allah, kurniakan padaku kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus.

2. Ya Allah, masukkan aku dan keluargaku dalam golongan yang beriman, yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

3. Ya Allah, kurniakan padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah SAW.

4. Ya Allah, masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah SAW, keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

5. Ya Allah, selamatkan rakan-rakan bukan Islamku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan-orang yang aku sayangi semata-mata keranaMu.

7 Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

8. Ya Allah, terima amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkan aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

9. Ya Allah, apabila aku mati, biarkan jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi

10. Ya Allah, kurniakan kepadaku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan iman.

11 Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunanMu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari ArashMu.

12. Ya Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Jangan singgahkan keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaanMu, kehebatanMu dan kekuasaanMu.

13. Ya Allah, tingkatkan kecintaanku untukMu dan NabiMu.

14. Ya Allah, ampuni aku dan tingkatkan kurnian rahmat dan rezekiMu.

15. Ya Allah, beri aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanMu.

16. Ya Allah Ya Rabb, sucikan niatku hanya untukMu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk-nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.

17. Wahai Penciptaku dan Tuhanku, jangan Kau biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

18. Ya Allah Ya Tuhanku, jadikan aku dari kalangan orang yang sabar dan patuh kepadaMu dan kepada ibu bapaku.

19. Ya Allah, selamatkan aku dari fitnah Dajjal.

20. Ya Allah, selamatkan aku dari azab kubur dan azab api neraka.

21. Ya Allah, tingkatkan usahaku dalam kerja-kerja sadaqatul jariah.

22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkan bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dariMu Ya Allah.

25. Ya Allah, tingkatkan kesyukuranku semata-mata kepadaMu.

26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.

27. Ya Allah, izinkan aku dan suamiku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu.

28. Ya Allah, lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

29. Ya Allah, ampuni dan berikan rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.

31. Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.

32. Ya Allah, hapuskan Virus Covid19 di seluruh dunia dan sembuhkan mereka yang dijangkiti.

33 . Ya Allah, ampunkan segala dosaku, dosa kedua ibu bapaku dan ampunkan segala dosa seluruh muslimin dan muslimat di seluruh dunia.

Aamin Ya Rabbal' Alamin.

Address

Lot 1103, Jalan Piasau Jaya 2B
Miri
98000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pengedar Shaklee Miri & COD Shaklee di Miri / Brunei posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram