Miri Hospital - Official

Miri Hospital - Official Disclaimer: Miri Hospital shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any info

Miri Hospital is located at Jalan Cahaya, which is about 2.5 km from Miri city center. Miri Hospital has 333 beds and provides a number of specialist services such as Medical, Surgical, Eye, Orthopedic, Obstetrics and Gynaecology, Radiology, Anestiologi, and Children.

PERKIP CAWANGAN MIRI: GOTONG-ROYONG PEMBERSIHAN SURAU MENJELANG BULAN RAMADAN AL-MUBARAK 1447H/2026MProgram gotong-royon...
13/03/2026

PERKIP CAWANGAN MIRI: GOTONG-ROYONG PEMBERSIHAN SURAU MENJELANG BULAN RAMADAN AL-MUBARAK 1447H/2026M

Program gotong-royong pembersihan surau anjuran PERKIP Cawangan Miri telah disempurnakan pada 8 Februari 2026 yang lalu sebagai persediaan menyambut bulan mulia Ramadan. Ini melibatkan surau berikut:

๐Ÿ”ต Surau Al-Jannah, Hospital Miri
๐Ÿ”ต Surau Aras Atas, Blok A Hospital Miri

Semoga kebersihan dan keselesaan surau-surau tersebut memberi manfaat kepada semua jemaah sepanjang bulan Ramadan ini.

Terima kasih kepada semua ahli PERKIP Cawangan Miri yang terlibat. ๐Ÿ˜Š





HEBAHAN: PERASMIAN KEMPEN KESEDARAN KANSER KOLOREKTAL DAN PELANCARAN COLORECTAL CANCER NAVIGATION CLINIC, HOSPITAL MIRI ...
12/03/2026

HEBAHAN: PERASMIAN KEMPEN KESEDARAN KANSER KOLOREKTAL DAN PELANCARAN COLORECTAL CANCER NAVIGATION CLINIC, HOSPITAL MIRI

๐Ÿ“ŒPerasmian Kempen Kesedaran Kanser Kolorektal dan Pelancaran Colorectal Cancer Navigation Clinic, Hospital Miri akan diadakan pada ketetapan berikut:

๐Ÿ”นTarikh: 31 Mac 2026 (Selasa)
๐Ÿ”นMasa: 9.00 pagi
๐Ÿ”นLokasi: Unit Endoskopi, Blok A Hospital Miri

๐Ÿ“ŒPusat Navigasi Kolorektal ini diwujudkan sebagai sistem sokongan yang komprehensif bagi membantu pesakit sepanjang perjalanan rawatan mereka melalui:

๐Ÿ”น Memberikan panduan dan sokongan dari fasa diagnosis sehingga rawatan dan susulan.
๐Ÿ”น Membantu memastikan proses rawatan berjalan dengan lebih lancar, tersusun dan sistematik.
๐Ÿ”น Pesakit akan dibantu oleh pasukan profesional yang berpengalaman dalam setiap peringkat rawatan.

๐Ÿ“ŒKanser kolorektal boleh dicegah dan dirawat dengan lebih berkesan jika dikesan pada peringkat awal.

๐Ÿ“ŒManfaatkan kemudahan baharu ini sebagai langkah proaktif ke arah kesihatan yang lebih baik.

Sayangi Usus Andaโค๏ธ





NOTIS SEBUT HARGA: HOSPITAL MIRI, SARAWAK๐Ÿ“ข Tawaran Sebut Harga โ€“ Sebut Harga Kerjaโ€“Kerja Pembaikan Bumbung Serta Kerjaโ€“K...
11/03/2026

NOTIS SEBUT HARGA: HOSPITAL MIRI, SARAWAK

๐Ÿ“ข Tawaran Sebut Harga โ€“ Sebut Harga Kerjaโ€“Kerja Pembaikan Bumbung Serta Kerjaโ€“Kerja Lain yang Berkaitan di Wad SCN dan Labour Room Wad, Blok A, Hospital Miri, Sarawak.

๐Ÿ“ฃ Pengurusan Hospital Miri mempelawa Kontraktor-Kontraktor berdaftar dan masih sah tempoh pendaftaran di bawah Kategori CIDB - G2-B15 (Pemasangan Bumbung) atau UPKJ - Kelas E Kepala II Sub Kepala 2(A) untuk menyertai sebut harga terbuka bagi Kerjaโ€“Kerja Pembaikan Bumbung Serta Kerjaโ€“Kerja Lain yang Berkaitan di Wad SCN dan Labour Room Wad, Blok A, Hospital Miri, Sarawak.

โฐ Satu taklimat dan lawatan tapak yang WAJIB dihadiri akan diadakan pada ketetapan seperti yang berikut:

๐Ÿ—“๏ธ 13 Mac 2026 (Jumaat)
๐Ÿ•ฐ๏ธ 9.00 - 11.45 Pagi
๐Ÿ“ Bilik Mesyuarat Marudi, Aras 2, Blok B, Hospital Miri

๐Ÿ“ Bawa COP RASMI SYARIKAT, SIJIL PENDAFTARAN SYARIKAT (ASAL DAN SALINAN), KAD PENGENALAN DAN SIJIL PEMATUHAN CUKAI (TCC) untuk sesi pendaftaran.

Dokumen hanya diberikan semasa lawatan tapak sahaja kepada kontraktor yang sah. Wakil TIDAK DIBENARKAN.

โณ Semua dokumen sebut harga yang lengkap perlu dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di Unit Pentadbiran Am, Blok A, Hospital Miri sebelum tarikh tutup pada 27 Mac 2026.

Sekian, terima kasih.




PROGRAM SINGGAH SAHUR DI HOSPITAL MIRI: ICU JPM (MIRI)Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak (Miri) telah mengadakan Program...
09/03/2026

PROGRAM SINGGAH SAHUR DI HOSPITAL MIRI: ICU JPM (MIRI)

Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak (Miri) telah mengadakan Program Singgah Sahur di Hospital Miri pada 7 Mac lalu.

Program ini diadakan di Blok A, Hospital Miri dengan 100 pek makanan untuk diagihkan kepada staf, petugas syarikat konsesi dan pengawal keselamatan.

Ini bertujuan bagi menyantuni serta menghargai frontliner dan kakitangan Hospital Miri yang bertugas pada bulan Ramadan di samping menyampaikan tanda keprihatinan atas komitmen serta pengorbanan dalam memberikan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat.

TERIMA KASIH! ๐Ÿคฒโค๏ธ๐Ÿ™†โ€โ™€๏ธ๐Ÿ™†โ€โ™‚๏ธ




HOSPITAL MIRI CARI WARIS TAN KIA FONGMIRI, Khamis - Hospital Miri kini sedang mencari waris atau ahli keluarga kepada pe...
05/03/2026

HOSPITAL MIRI CARI WARIS TAN KIA FONG

MIRI, Khamis - Hospital Miri kini sedang mencari waris atau ahli keluarga kepada pesakit lelaki yang berusia 68 tahun, bernama Tan Kia Fong.

Merujuk kepada kad pengenalan beliau bernombor 580414-13-###X alamat yang tertera adalah di Lot 2291, Chieng Sons Garden, KM 42 Riam, 98000 Miri.

Pesakit mula mendapatkan rawatan di Hospital Miri sejak 26 Februari 2026. Pesakit juga didapati tidak dapat mengemukakan maklumat diri dan ahli keluarga dengan jelas. Justeru, sehingga kini, tiada ahli keluarga atau waris yang hadir untuk perancangan rawatan atau urusan discaj pesakit.

Sehubungan dengan itu, Hospital Miri menyeru orang ramai yang mengenali pesakit atau mempunyai sebarang maklumat berkaitan waris atau ahli keluarga pesakit agar segera menghubungi Pegawai Kerja Sosial Perubatan, Puan Ketimah binti Ahmad di talian 085-460633 pada waktu pejabat (Isnin hingga Jumaat). -TAMAT-

NOTIS SEBUT HARGA: HOSPITAL MIRI, SARAWAK ๐Ÿ“ขTawaran Sebut Harga โ€“ Sewaan Ruang Tapak Kedai Serbaneka bagi tempoh 3 tahun ...
04/03/2026

NOTIS SEBUT HARGA: HOSPITAL MIRI, SARAWAK

๐Ÿ“ขTawaran Sebut Harga โ€“ Sewaan Ruang Tapak Kedai Serbaneka bagi tempoh 3 tahun di Hospital Miri, Sarawak.

๐Ÿ“ฃPengurusan Hospital Miri mempelawa pengusaha-pengusaha Bumiputera berdaftar dan masih sah tempoh pendaftaran di bawah kod bidang 221506 (Perkhidmatan Penyewaan Ruang Bangunan) / 040102 (Makanan dan Minuman) untuk menyertai sebut harga terbuka bagi perkhidmatan Kedai Serbaneka di Hospital Miri.

โฐSatu taklimat WAJIB dihadiri akan diadakan pada ketetapan berikut:
๐Ÿ”ธ12 Mac 2026 (KHAMIS)
๐Ÿ”ธ2.30 petang
๐Ÿ”ธBilik Kenyalang, Aras 1, Blok A , Hospital Miri

๐Ÿ“Bawa COP RASMI SYARIKAT untuk sesi pendaftaran.
***Dokumen hanya diberikan semasa lawatan tapak sahaja kepada kontraktor yang sah. Wakil tidak dibenarkan.

โณSemua dokumen sebut harga yang lengkap perlu dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di Unit Pentadbiran Am, Blok A, Hospital Miri sebelum tarikh tutup pada 6 April 2026.

๐Ÿ“‡Jangan lepaskan peluang ini untuk menjadi sebahagian daripada komuniti perniagaan fasiliti kesihatan di Hospital Miri.




HOSPITAL MIRI CARI WARIS ONG NGEE ENGMIRI, Isnin - Hospital Miri kini sedang mencari waris atau ahli keluarga kepada pes...
02/03/2026

HOSPITAL MIRI CARI WARIS ONG NGEE ENG

MIRI, Isnin - Hospital Miri kini sedang mencari waris atau ahli keluarga kepada pesakit lelaki yang berusia 73 tahun, bernama Ong Ngee Eng.

Merujuk kepada kad pengenalan beliau bernombor 520603-13-###X alamat yang tertera adalah di Lot 9172 Desa Indah, Jalan Dato Permaisuri 3D Lorong 2, Bandar Baru Permyjaya, Miri.

Pesakit mula mendapatkan rawatan di Hospital Miri sejak 01 Februari 2026. Pesakit juga didapati tidak dapat mengemukakan maklumat diri dan ahli keluarga dengan jelas. Justeru, sehingga kini, tiada ahli keluarga atau waris yang hadir untuk perancangan rawatan atau urusan discaj pesakit.

Sehubungan dengan itu, Hospital Miri menyeru orang ramai yang mengenali pesakit atau mempunyai sebarang maklumat berkaitan waris atau ahli keluarga pesakit agar segera menghubungi Pegawai Kerja Sosial Perubatan, Puan Adriana Mathew Lugun di talian 085-460633 pada waktu pejabat (Isnin hingga Jumaat). -TAMAT-

KELAB SRSC SARAWAK SKILLS & KOLEJ ICATS MIRI  : LAWATAN & SUMBANGAN KE WAD-WADHospital Miri menerima lawatan dan sumbang...
27/02/2026

KELAB SRSC SARAWAK SKILLS & KOLEJ ICATS MIRI : LAWATAN & SUMBANGAN KE WAD-WAD

Hospital Miri menerima lawatan dan sumbangan daripada pihak Kelab SRSC Sarawak Skills dan Kolej ICATS Miri pada hari ini.

Program ini bertujuan untuk mengadakan lawatan sempena sambutan perayaan Hari Raya yang bakal tiba bagi meraikan bersama warga kerja Hospital Miri dan para pesakit di wad. Di samping itu, pihak Kelab SRSC Sarawak Skills dan Kolej ICATS Miri turut menyampaikan sumbangan sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada pihak hospital.

Hospital Miri menzahirkan ucapan penghargaan kepada Kelab SRSC Sarawak Skills dan Kolej ICATS Miri atas sokongan dan kerjasama yang diberikan.

TERIMA KASIH!




๐—”๐—ฝ๐—ฎ๐—ฏ๐—ถ๐—น๐—ฎ ๐—ฐ๐˜‚๐—ฎ๐—ฐ๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐˜€, ๐—ฎ๐—ถ๐—ฟ ๐—ฏ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ท๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜โ€ฆ๐Ÿฅคtetapi stok darah kita tak boleh sekadar โ€œcukup-cukup makan.โ€ ๐ŸฉธH...
27/02/2026

๐—”๐—ฝ๐—ฎ๐—ฏ๐—ถ๐—น๐—ฎ ๐—ฐ๐˜‚๐—ฎ๐—ฐ๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐˜€, ๐—ฎ๐—ถ๐—ฟ ๐—ฏ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ท๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜โ€ฆ๐Ÿฅค
tetapi stok darah kita tak boleh sekadar โ€œcukup-cukup makan.โ€ ๐Ÿฉธ

Hari ini:
๐Ÿ…พ๏ธ & ๐Ÿ…ฑ๏ธ- ๐๐š๐ซ๐š๐ฌ ๐‘๐ž๐ง๐๐š๐ก
๐Ÿ…ฐ๏ธ & ๐Ÿ†Ž- ๐๐š๐ซ๐š๐ฌ ๐’๐ž๐๐ž๐ซ๐ก๐š๐ง๐š
Setiap jenis darah ada peranannya.

Jika kumpulan darah anda O atau B, inilah masanya untuk tampil menderma darah di Tabung Darah Hospital Miri.

๐—”๐—ฝ๐—ฎ๐—ฏ๐—ถ๐—น๐—ฎ ๐—ฐ๐˜‚๐—ฎ๐—ฐ๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐˜€, ๐—ฎ๐—ถ๐—ฟ ๐—ฏ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ท๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜โ€ฆ๐Ÿฅค
tetapi stok darah kita tak boleh sekadar โ€œcukup-cukup makan.โ€ ๐Ÿฉธ

Hari ini:
๐Ÿ…พ๏ธ & ๐Ÿ…ฑ๏ธ- ๐๐š๐ซ๐š๐ฌ ๐‘๐ž๐ง๐๐š๐ก
๐Ÿ…ฐ๏ธ & ๐Ÿ†Ž- ๐๐š๐ซ๐š๐ฌ ๐’๐ž๐๐ž๐ซ๐ก๐š๐ง๐š

Setiap jenis darah ada peranannya.
Apabila stok rendah, pesakit kecemasan, ibu bersalin dan mangsa kemalangan โ€” semuanya bergantung kepada adiwira yang sudi datang untuk menderma darah.

Jika kumpulan darah anda O atau B, inilah masanya untuk tampil ke hadapan. Manakala untuk adiwira A atau AB, jangan tunggu sehingga stok dalam paras yang rendah.

Pada bulan puasa ini, marilah menderma darah
Satu beg darah mampu menyelamatkan tiga nyawa. โค๏ธ





๐Ÿ“Œ Perhatian kepada penderma-penderma darah jenis B dan O, kalian dijemput untuk hadir ke Tabung Darah Hospital Miri atau...
27/02/2026

๐Ÿ“Œ Perhatian kepada penderma-penderma darah jenis B dan O, kalian dijemput untuk hadir ke Tabung Darah Hospital Miri atau di mana-mana kempen derma darah yang dianjurkan๐Ÿ˜Š

๐ŸšจPermintaan darah bagi keperluan pesakit semakin meningkat dari masa ke semasa. Namun bekalan stok darah tidak dapat menampung permintaan tersebut sekiranya tiada pendermaan darah berterusan dari Adiwira- adiwira kita. Berikutan itu diminta semua ADIWIRA untuk tampil hadir menderma darah bagi memastikan stok bekalan darah sentiasa dalam tahap yang baik semasa bulan ramadan dan musim perayaan yang bakal tiba.

๐— ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ฑ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ถ-๐—ฟ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ถ ๐—ธ๐—ฒ ๐—ง๐—ฎ๐—ฏ๐˜‚๐—ป๐—ด ๐——๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—›๐—ผ๐˜€๐—ฝ๐—ถ๐˜๐—ฎ๐—น ๐— ๐—ถ๐—ฟ๐—ถ ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฒ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต. Kepada Adiwira kumpulan darah A dan AB anda turut dialu-alukan untuk turut menderma darah. Kami menantikan kedatangan ANDA semuaโ˜บ๏ธ

๐—ช๐—ฎ๐—ธ๐˜๐˜‚ ๐—ผ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—ง๐—ฎ๐—ฏ๐˜‚๐—ป๐—ด ๐——๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—›๐—ผ๐˜€๐—ฝ๐—ถ๐˜๐—ฎ๐—น ๐— ๐—ถ๐—ฟ๐—ถ
๐Ÿ“ŒIsnin - Khamis
- (8 pagi - 12.15 tengahari)
- ( 2 petang - 4.15 petang)
๐Ÿ“ŒJumaat
- (8 pagi - 11.15 pagi)
- ( 2.15 petang - 4.15 petang
๐Ÿ“ŒSabtu & Ahad
(sila rujuk jadual mobile bergerak kami)
https://www.facebook.com/share/p/1APfQuYp65/

PROGRAM MISI SIHAT BERMULA: FIT & FABULOUSUnit Psikologi Kaunseling Hospital Miri telah menganjurkan Program Misi Sihat ...
27/02/2026

PROGRAM MISI SIHAT BERMULA: FIT & FABULOUS

Unit Psikologi Kaunseling Hospital Miri telah menganjurkan Program Misi Sihat Bermula: Fit & Fabulous pada 25 Februari 2026 bertempat di Bilik Bario, Blok B. Program ini telah dihadiri oleh seramai 60 peserta daripada pelbagai jabatan dan unit.

Fokus utama pengisian program adalah untuk menerapkan amalan gaya hidup sihat secara menyeluruh merangkumi aspek fizikal, mental, dan spiritual, terutamanya sebagai persediaan sepanjang bulan Ramadan.

Pelbagai aktiviti sihat berunsur kerohanian telah dijalankan bagi memupuk nilai kesyukuran, disiplin diri serta semangat kebersamaan dalam kalangan warga kerja Hospital Miri.

Semoga inisiatif ini terus menyokong kesejahteraan mental, fizikal dan emosi petugas kesihatan demi perkhidmatan yang lebih berkualiti dan cemerlang.

Terima kasih kepada semua peserta yang telah menjayakan program ini โœจ




WORK OF MERCY - ST. JOSEPHโ€™S CATHEDRAL  : LAWATAN & SUMBANGAN KE WAD-WADHospital Miri menerima lawatan dan sumbangan dar...
26/02/2026

WORK OF MERCY - ST. JOSEPHโ€™S CATHEDRAL : LAWATAN & SUMBANGAN KE WAD-WAD

Hospital Miri menerima lawatan dan sumbangan daripada pihak Work of Mercy - St. Joseph's Cathedral pada 14 Februari yang lalu.

Program ini bertujuan untuk mengadakan lawatan sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina yang bakal tiba bagi meraikan bersama warga kerja Hospital Miri dan para pesakit di wad. Di samping itu, pihak Work of Mercy - St. Joseph's Cathedral turut menyampaikan sumbangan sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada pihak hospital.

Hospital Miri menzahirkan ucapan penghargaan kepada Work of Mercy - St. Joseph's Cathedral atas sokongan dan kerjasama yang diberikan.

TERIMA KASIH!




Address

Jalan Cahaya
Miri
98000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Miri Hospital - Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Miri Hospital - Official:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category

Our Story

Miri Hospital is located at Jalan Cahaya, which is about 2.5 km from Miri city center. Miri Hospital has 349 beds and provides a number of specialist services such as Medical, Surgical, Eye, Orthopedic, Obstetrics and Gynaecology, Radiology, Anesthesiology, Paediatrics, Emergency and Trauma, Radiology, Pathology, Dental and Psychiatry services. There are more than 1600 staff working in this hospital.