Lestari Wellness Massage & Confinement Services Miri

Lestari Wellness Massage & Confinement Services Miri Perkhidmatan urutan ke rumah anda. Whatsapp www.wasap.my/60124409193 untuk membuat temujanji.

10/02/2026

Tengah sedap borak tiba-tiba kawan sebelah jatuh dan menggigil satu badan.

Apa korang buat? Mula la nak cari sudu besi nak sumbat dalam mulut dia kan?

Stop! Tolong jangan buat kerja merepek tu. Min nak bagi tazkirah sikit pasal pertolongan cemas sawan ni.

Benda paling utama: Jangan panik. Kalau korang pun dah menggelupur ketakutan, macam mana nak tolong orang tu? Ikut langkah ni:

1. Alihkan semua benda tajam atau keras kat sekeliling dia. Jangan bagi kepala dia terhantuk bucu meja.

2. Longgarkan apa yang patut. Kolar baju, tali leher, tudung yang ketat tu longgarkan sikit bagi dia ruang nak bernafas.

3. Baringkan dia secara mengiring (Recovery Position). Ini paling penting supaya kalau dia muntah atau air liur banyak, benda tu keluar dan tak masuk balik dalam paru-paru.

4. Jangan sumbat apa-apa dalam mulut! Kain ke, sudu ke, jari korang ke. Tak adanya dia nak tertelan lidah sendiri tu. Kalau sumbat barang, nanti jalan nafas dia tersumbat, lagi cepat dia 'jalan'.

5. Tengok jam. Kalau sawan tu lebih 5 minit tak berhenti, terus call 999.

Lepas dia dah sedar, jangan terus tanya hutang.

Dia tengah keliru tu. Teman dia sampai dia betul-betul sedar semula.

Ilmu ni nampak remeh sampai la korang kena hadap sendiri depan mata. Simpan info ni, mana tahu esok lusa korang jadi hero selamatkan nyawa kawan korang.

06/02/2026

BCG: "Badge" Perlindungan Seawal Usia

Vaksin BCG (Bacillus Calmette-Guérin) biasanya diberikan kepada bayi seawal minggu pertama kelahiran. Di Malaysia, ia adalah rutin wajib kerana negara kita masih berdepan dengan cabaran penyakit Tuberkulosis (Tibi).

Mengapa Bayi Perlu BCG?
1. Cegah Tibi Paling Ganas
Bayi dan kanak-kanak sangat berisiko mendapat komplikasi Tibi yang boleh membawa maut seperti Tibi Otak (TB Meningitis) dan Tibi Miliary (kuman merebak ke seluruh organ badan). BCG sangat berkesan menghalang bentuk Tibi yang dahsyat ini.

2. Sistem pertahanan badan bayi masih "mentah". BCG bertindak sebagai "cikgu" yang mengajar sistem imun cara mengenali dan melawan kuman Tibi sebelum kuman sebenar menyerang.

3. Walaupun BCG tidak menjamin 100% seseorang itu bebas Tibi ketika dewasa, ia memastikan jika terkena sekalipun, jangkitannya tidak menjadi terlalu teruk atau mengancam nyawa di peringkat awal usia.

Perlu Tahu Tentang "Parut" Itu

• Tanda Respon
Parut kecil itu muncul selepas beberapa minggu suntikan. Ia menunjukkan badan bayi sedang memberikan respon imun yang betul.

• Bukan Kecacatan
Jangan rasa ralat dengan parut tersebut. Anggaplah ia sebagai "jejak perlindungan" yang kita bawa seumur hidup.

BCG bukan sekadar prosedur hospital. Ia adalah benteng awal yang menyelamatkan nyawa bayi daripada kuman yang boleh "memakan" paru-paru dan otak mereka dalam diam.

02/02/2026

Perut membesar seperti mengandung 9 bulan tetapi bukan hamil. Itu adalah petanda senyap yang sering diabaikan wanita sehingga terlambat.

Takziah kami ucapkan kepada pemilik akaun media sosial Iyqa atas pemergian ibu tercinta akibat kanser ovari pada Ogos lalu. Kisah perjuangan dan ketabahan arwah ibu beliau wajar dijadikan iktibar buat semua wanita di luar sana.

Bermula dengan perut yang terasa sebu dan membesar, ramai menyangka ia sekadar masalah angin atau busung air atau ascites. Dalam kes ini, arwah ibu merasakan perutnya besar seperti sedang hamil cukup bulan walaupun usia sudah meningkat.

Pemeriksaan lanjut mendapati bacaan penanda tumor atau CA125 mencecah angka 16541 berbanding bacaan normal yang sepatutnya di bawah 35. Imbasan turut menemui ketumbuhan besar sekitar 10cm yang mendesak organ dalaman.

Kanser Ovari dikenali sebagai pembunuh senyap atau silent killer kerana simptom awalnya sangat samar dan sering disalah anggap sebagai masalah penghadaman biasa.

Tanda amaran yang perlu setiap wanita waspada:

1. Perut kembung atau buncit yang berterusan dan tidak surut walaupun sudah membuang angin.
2. Cepat rasa kenyang walaupun makan dalam kuantiti sedikit.
3. Sakit atau rasa tidak selesa di bahagian pelvis dan perut bawah.
4. Perubahan tabiat membuang air kecil seperti terlalu kerap atau desakan yang tiba-tiba.
5. Pendarahan f***j yang tidak normal terutamanya selepas menopaus.

Jangan tunggu sehingga perut membesar dan keras baru hendak bertindak. Jika anda mempunyai simptom seperti di atas yang berlarutan melebihi dua minggu, sila dapatkan pemeriksaan doktor dan imbasan ultrasound dengan segera.

Pengesanan awal adalah kunci rawatan.

Last visit for both mommies who appointed me as their CLs today. Tqvm Mdm Jasmine Tan & Mdm Seow for the opportunity to ...
02/02/2026

Last visit for both mommies who appointed me as their CLs today. Tqvm Mdm Jasmine Tan & Mdm Seow for the opportunity to serve you all.

Wonderful experience to have the chance to visit this established centre, 馨悦产后护理中心 Blissful Postnatal Care Centre . Experienced, well trained staffs, very attentive to every clients' needs. Of course very recommended!! Please make your bookings in advanced to avoid dissapointment ok!!. Selalu penuh!

26/01/2026

Tali pusat bayi nampak hitam, basah dan masih bergayut.
Ibu ayah mula risau, "Bila nak luruh ni? Nak kena tarik ke?"

Tuan-tuan dan Puan-puan (terutamanya New Parents),

Tali pusat (Umbilical Stump) biasanya akan luruh sendiri dalam masa 1 hingga 2 minggu selepas kelahiran.
Dalam tempoh menunggu ia luruh, penjagaan yang betul sangat penting untuk elak jangkitan kuman (Omphalitis) yang boleh bahayakan nyawa bayi.

Ini SOP Penjagaan Pusat Bayi yang betul:

1. Prinsip "Clean & Dry" (Bersih & Kering)
Paling penting, pastikan kawasan pusat sentiasa KERING.
Selepas mandi, lap perlahan-lahan sekeliling pusat dengan putik kapas atau tuala bersih. Pastikan tiada air bertakung di celah-celah.

2. Lipat Lampin (Pampers) Ke Bawah
Jangan pakaikan pampers menutup pusat. Lipat bahagian pinggang pampers tu ke bawah.
Sebabnya? Kita nak elakkan air kencing (najis) terkena pada pusat, dan nak bagi pusat terdedah pada udara supaya cepat kering dan luruh.

3. Jangan Letak Bahan Asing
❌ Jangan letak duit syiling (konon nak bagi pusat tak bonjol).
❌ Jangan sapu minyak gamat, bedak, atau herba sembarangan.
❌ Jangan pakaikan barut terlalu ketat sampai pusat lembap berpeluh.

Kenapa ada bayi pusat 'Tenggelam' (Innie) dan ada yang 'Timbul' (Outie)?

Ramai ingat pusat timbul (Outie) sebab doktor potong tali pusat tak pandai atau tak pendek. SALAH.
Bentuk pusat bayi ditentukan oleh cara kulit bayi itu sendiri bercantum dan sembuh, serta faktor ruang antara otot perut. Ia tiada kaitan dengan teknik potong.
Dua-dua bentuk adalah NORMAL.

TANDA BAHAYA (Terus ke Klinik):
Jika kulit sekeliling pusat menjadi MERAH MENYALA, bengkak, berbau sangat busuk, atau keluar nanah. Ini tanda jangkitan!

Packages lepas bersalin 2026.  Tips2 untuk memilih CL disertakan seperti berikut:Sebelum menempah mana-mana CL untuk and...
25/01/2026

Packages lepas bersalin 2026. Tips2 untuk memilih CL disertakan seperti berikut:

Sebelum menempah mana-mana CL untuk anda bersalin nanti, pastikan:

✅ CL anda berpengalaman
✅ CL anda bertauliah (ada sijil)
✅ CL anda berintegriti
✅ CL anda bukan scammer
✅ CL anda pandai mengurut
✅ CL anda sendiri yg akan servis klien

Jom tempah sekarang!!

Baby New Year 1st Jan 2026. Baby Girl. BW 3.38kg             Book your CL now!! Whatsapp 0124409193 or 0198886181
12/01/2026

Baby New Year 1st Jan 2026. Baby Girl. BW 3.38kg














Book your CL now!! Whatsapp 0124409193 or 0198886181

10/01/2026

Doktor perubatan Dr Nik Ariff memberi amaran bahawa pengambilan durian secara berlebihan boleh menyebabkan sakit saraf dan rasa kebas anggota badan.

Kandungan gula yang tinggi dalam raja buah ini mampu mencetuskan lonjakan gula mendadak serta mengganggu aliran oksigen dalam darah terutama bagi penghidap diabetes.

Pakar nutrisi Dr Hafiz Sulaiman turut menasihati orang ramai agar mengelakkan makan durian pada lewat malam bagi mengelakkan perut berangin atau asid naik ke dada. Sistem penghadaman yang perlahan pada waktu malam akan bekerja lebih keras untuk memproses lemak dan serat tinggi sehingga boleh menjejaskan keselesaan badan.

Peminat durian disarankan mengehadkan pengambilan kepada satu hingga dua ulas sahaja serta melebihkan minum air kosong bagi mengurangkan tekanan metabolisme.

Elakkan juga mengambil durian bersama minuman manis atau alkohol bagi memastikan kesihatan saraf dan sistem badan kekal terjaga sepanjang musim durian.

Sumber: Tiktok , FB Hafiz Sulaiman

          Blissful Confinement Centre Miri. Recommended Confinement Centre. Friendly & experienced staff with affordable...
07/01/2026











Blissful Confinement Centre Miri. Recommended Confinement Centre. Friendly & experienced staff with affordable rate with great service.

11/11/2025
Promo khas bulan November. Bertempat di spa kmk kat Pujut 5C.No walk ins. Strictly by appointments only.
11/11/2025

Promo khas bulan November. Bertempat di spa kmk kat Pujut 5C.

No walk ins. Strictly by appointments only.

Address

Miri
98000

Telephone

+60124409193

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lestari Wellness Massage & Confinement Services Miri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram