Tabung Darah Hospital Miri

Tabung Darah Hospital Miri Millions of lives can be saved via transfusion of blood every year.

Blood products can help people who are suffering from life-threatening conditions to live longer and to experience higher quality of life. It also has an essential, life-saving role in supporting complex medical or surgical procedures and in the event of man-made and natural disasters.

“Share life, give blood” ~ World Health Organization

Berjuta nyawa dapat diselamatkan melalui transfusi darah ke dalam badan yang memerlukan pada setiap tahun. Produk darah dapat membantu mereka yang menghidapi penyakit kritikal untuk hidup lebih lama dan merasai kualiti hidup yang lebih baik. Ia juga berperanan penting dalam prosedur perubatan atau pembedahan dan situasi kecemasan yang memerlukan darah.

Selamat pagiHari ini kami berada di Stage Area Myy Mall Lutong…Marilah datang menderma darah bagi memastikan stok bekala...
15/03/2026

Selamat pagi

Hari ini kami berada di Stage Area Myy Mall Lutong…Marilah datang menderma darah bagi memastikan stok bekalan darah sentiasa mencukupi semasa musim perayaan yang akan menjelang tiba.





Selamat pagiHari ini kami berada di Stage Area Myy Mall Lutong….Jom datang menderma darah
11/03/2026

Selamat pagi

Hari ini kami berada di Stage Area Myy Mall Lutong….Jom datang menderma darah




Kami menjemput anda untuk turut serta dalam Kempen Derma Darah pada minggu ini.📅 Tarikh: 11/03/2026 (Rabu)📍 Lokasi: Stag...
09/03/2026

Kami menjemput anda untuk turut serta dalam Kempen Derma Darah pada minggu ini.

📅 Tarikh: 11/03/2026 (Rabu)
📍 Lokasi: Stage Area Myy Mall Lutong
⏰ Masa: 09:00 Pagi-12:30 Tengah hari

📅 Tarikh: 14/03/2026 (Sabtu)
📍 Lokasi: Level 2 New Training Room Selesa Pacific Hospital
⏰ Masa: 09:30 Pagi-1:00 Petang

📅 Tarikh: 15/03/2026 (Ahad)
📍 Lokasi: Stage Area Myy Mall Lutong
⏰ Masa: 09:00 Pagi-1:00 Petang

Jom derma darah!

Jangan lupa bawa keluarga, rakan-rakan dan jiran- jiran anda sekali.









Kempen derma darah pada pagi tadi bertempat di Saremas 1 conference room. Terima kasih kepada semua penderma darah yang ...
07/03/2026

Kempen derma darah pada pagi tadi bertempat di Saremas 1 conference room. Terima kasih kepada semua penderma darah yang budiman. Anda bukan sahaja menyumbang darah, tapi menyelamatkan nyawa pesakit yang memerlukan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Saremas Sdn Bhd sebagai penganjur Kempen Derma Darah atas usaha murni yang dijalankan pada hari ini. Semoga lebih banyak program sebegini dapat diteruskan di masa akan datang.









06/03/2026

Kenapa ada slogan, “Derma Darah Selamatkan Tiga Nyawa”

Gambar kat bawah ni adalah gambar darah yang siap diproses, telah discreen, dan juga telah disimpan ditempat simpanan dengan suhu simpanan yang berbeza. Min akan bawa tajuk tentang cara simpanan darah ini minggu depan.

Gambar darah yang saya ambil ni adalah darah yang menunggu porter dari HKL untuk dihantar kat wad untuk diberi kepada pesakit yang memerlukan.

Sebelah kiri adalah platelet, siapa yang akan menerima platelet ni? pesakit yang akan menerima darah ini ialah pesakit,
❤️ demam denggi
❤️ demam denggi berdarah
❤️ leukimia dan kanser
❤️ kes pendarahan teruk

Yang tengah adalah sel darah merah, pesakit yang terima darah ini adalah pesakit
❤️ Talasemia
❤️ Leukimia dan kanser darah
❤️ Pesakit buah pinggang
❤️ Kes anemia (kekurangan darah)
❤️ Kes tumpah darah ibu bersalin
❤️ Pesakit yang kehilangan banyak darah semasa pembedahan

Yang kanan sekali ialah plasma, pesakit yang menerima darah ini adalah pesakit
❤️ Mangsa melecur akibat kebakaran
❤️ Kes pendarahan teruk
❤️ Demam denggi berdarah
❤️ Kes kegagalan hati
❤️ Penghasilan produk fraksinasi

Sebab itu, darah adiwira akan jadi tiga komponen dan diberikan kepada tiga pesakit yang berbeza jenis penyakit.

Sebenarnya banyak lagi jenis penyakit yang akan menerima darah ini, tapi saya mention yang kebiasaannya pesakit kat hospital terima.

Minggu depan kita sambung cara penyimpanan dan jangkahayat darah p**a. Ini lagi menarik, nak tahu kenapa menarik. Tunggu minggu depan kita sambung, terima kasih semua yang tak jemu like, share dan komen. Diharapkan dengan kebaikkan yang anda lakukan ini, lebih ramai antara kita akan sedar tentang kepentingan menderma darah.



Kempen Derma Darah pada hari ini bertempat di stage area Myy Mall Lutong.Marilah datang menderma darah
04/03/2026

Kempen Derma Darah pada hari ini bertempat di stage area Myy Mall Lutong.

Marilah datang menderma darah





Kami menjemput anda untuk turut serta dalam Kempen Derma Darah pada minggu ini.📅 Tarikh: 04/03/2026 (Rabu)📍 Lokasi: Stag...
02/03/2026

Kami menjemput anda untuk turut serta dalam Kempen Derma Darah pada minggu ini.

📅 Tarikh: 04/03/2026 (Rabu)
📍 Lokasi: Stage Area Myy Mall Lutong
⏰ Masa: 09:00 Pagi-12:30 Tengah hari

📅 Tarikh: 07/03/2026 (Sabtu)
📍 Lokasi: Saremas 1 Estate Suai Area
⏰ Masa: 09:30 Pagi-1:00 Petang

📅 Tarikh: 08/03/2026 (Ahad)
📍 Lokasi: Level 3 Boulevard Mall
⏰ Masa: 09:00 Pagi-1:00 Petang

Jom derma darah!

Jangan lupa bawa keluarga, rakan-rakan dan jiran- jiran anda sekali.









Kempen Derma Darah pada hari ini bertempat di Level 3 Boulevard Shopping Mall …Jom datang menderma darah bagi memastikan...
01/03/2026

Kempen Derma Darah pada hari ini bertempat di Level 3 Boulevard Shopping Mall …Jom datang menderma darah bagi memastikan stok bekalan darah sentiasa dalam paras yang selamat.





Selamat pagiHari ini kami berada di Level 3 Boulevard Shopping Mall …Jom datang menderma darah bagi memastikan stok beka...
28/02/2026

Selamat pagi

Hari ini kami berada di Level 3 Boulevard Shopping Mall …Jom datang menderma darah bagi memastikan stok bekalan darah sentiasa dalam paras yang selamat.





𝗔𝗽𝗮𝗯𝗶𝗹𝗮 𝗰𝘂𝗮𝗰𝗮 𝗽𝗮𝗻𝗮𝘀, 𝗮𝗶𝗿 𝗯𝗮𝗹𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗻𝗴 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁…🥤tetapi stok darah kita tak boleh sekadar “cukup-cukup makan.” 🩸H...
27/02/2026

𝗔𝗽𝗮𝗯𝗶𝗹𝗮 𝗰𝘂𝗮𝗰𝗮 𝗽𝗮𝗻𝗮𝘀, 𝗮𝗶𝗿 𝗯𝗮𝗹𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗻𝗴 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁…🥤
tetapi stok darah kita tak boleh sekadar “cukup-cukup makan.” 🩸

Hari ini:
🅾️ & 🅱️- 𝐏𝐚𝐫𝐚𝐬 𝐑𝐞𝐧𝐝𝐚𝐡
🅰️ & 🆎- 𝐏𝐚𝐫𝐚𝐬 𝐒𝐞𝐝𝐞𝐫𝐡𝐚𝐧𝐚

Setiap jenis darah ada peranannya.
Apabila stok rendah, pesakit kecemasan, ibu bersalin dan mangsa kemalangan — semuanya bergantung kepada adiwira yang sudi datang untuk menderma darah.

Jika kump**an darah anda O atau B, inilah masanya untuk tampil ke hadapan. Manakala untuk adiwira A atau AB, jangan tunggu sehingga stok dalam paras yang rendah.

Pada bulan puasa ini, marilah menderma darah
Satu beg darah mampu menyelamatkan tiga nyawa. ❤️





🚨Permintaan darah bagi keperluan pesakit semakin meningkat dari masa ke semasa. Namun bekalan stok darah tidak dapat men...
26/02/2026

🚨Permintaan darah bagi keperluan pesakit semakin meningkat dari masa ke semasa. Namun bekalan stok darah tidak dapat menampung permintaan tersebut sekiranya tiada pendermaan darah berterusan dari Adiwira- adiwira kita. Berikutan itu diminta semua ADIWIRA untuk tampil hadir menderma darah bagi memastikan stok bekalan darah sentiasa dalam tahap yang baik semasa bulan ramadan dan musim perayaan yang bakal tiba.

𝗠𝗮𝗿𝗶𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶-𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶 𝗸𝗲 𝗧𝗮𝗯𝘂𝗻𝗴 𝗗𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗛𝗼𝘀𝗽𝗶𝘁𝗮𝗹 𝗠𝗶𝗿𝗶 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗱𝗲𝗿𝗺𝗮 𝗱𝗮𝗿𝗮𝗵. Kepada Adiwira kump**an darah A dan AB anda turut dialu-alukan untuk turut menderma darah. Kami menantikan kedatangan ANDA semua☺️

𝗪𝗮𝗸𝘁𝘂 𝗼𝗽𝗲𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗧𝗮𝗯𝘂𝗻𝗴 𝗗𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗛𝗼𝘀𝗽𝗶𝘁𝗮𝗹 𝗠𝗶𝗿𝗶
📌Isnin - Khamis
- (8 pagi - 12.15 tengahari)
- ( 2 petang - 4.15 petang)
📌Jumaat
- (8 pagi - 11.15 pagi)
- ( 2.15 petang - 4.15 petang
📌Sabtu & Ahad
(sila rujuk jadual mobile bergerak kami)
https://www.facebook.com/share/p/1APfQuYp65/

25/02/2026

Pagi ni admin nak kongsikan secara ringkas berkenaan dengan Talasemia. Jom baca.

⚫🔴⚫🔴⚫🔴⚫🔴⚫🔴⚫🔴

Talasemia (Thalassemia) merupakan penyakit yang akan menyebabkan kekurangan sel darah merah dalam badan. Sel darah merah yang kurang dalam badan p**a dikenali sebagai Anemia.

Keadaan ini berlaku disebabkan masalah pada genetik yang berfungsi untuk menghasilkan hemoglobin. Disebabkan hemoglobin yang terhasil itu tidak normal, maka menyebabkan fungsi sel darah merah untuk membawa oksigen sedikit terjejas. Malah, ia juga menyebabkan jangka hidup untuk sel darah merah menjadi lebih pendek.

Talasemia adalah penyakit keturunan yang menyebabkan penghasilan hemoglobin mempunyai masalah. Ia kerana berlakunya gangguan pada kadar penghasilan protein globin.

Transfusi darah perlulah dilakukan bila bacaan Hb rendah iaitu kurang daripada 7g/dl. Jika bacaan Hb melebihi daripada 7g/dl tetapi mempunyai masalah seperti tulang dahi yang berbonggol, hati dan organ limpa yang besar, pesakit perlulah diberi transfuis darah juga.

Selalunya pesakit perlu dimasukkan darah sebulan sekali kerana dalam seminggu bacaan Hb akan berkurang 1g/dl.

🔴⚫🔴⚫🔴⚫🔴⚫🔴⚫🔴⚫

Sebab itu admin risau bila kutipan darah sepanjang tempoh puasa ni tak memberangsangkan.

Pesakit Talasemia dan juga pesakit-pesakit lain bergantung kepada bekalan darah yang kami perolehi setiap hari.

Harapan kami, semoga kutipan darah selepas ini kembali mencapai paras yang boleh membantu mereka yang memerlukan.

Hari ini centre kami buka seperti biasa pada pukul 8 pagi hingga 4.30 petang. Boleh lihat jadual kempen derma darah kami untuk minggu ini di pinned post. Semua kump**an darah diperlukan A, B, O dan AB.


#𝐝𝐞𝐫𝐦𝐚𝐝𝐚𝐫𝐚𝐡𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚𝐰𝐚

Address

Hospital Miri
Miri
98000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tabung Darah Hospital Miri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Tabung Darah Hospital Miri:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category