Tawakkal Ambulance

Tawakkal Ambulance Kami menyediakan perkhidmatan pengambilan dan penghantaran pesakit ke hospital

18/04/2024

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Aidilfitri gaisss!! Dian tak diam dah 1 minggu berlalu syawal tahun ini!

Lama sangat dah abam tak ke udara di siaran ini. Jadi sementara mood raya masih menyala-nyala ni, mesti ramai je lagi yang masih ke sana sini untuk memenuhi jemputan open house mungkin?

Jadinya abam takda la nak tulis ape sangat musim-musim perayaan ni. Ape yang abam nak kongsikan benda yang biasa abam amalkan untuk keluar berjalan, atau ke tempat kerja atau ke aman saja abam pergi.

1. Keluarkan melangkah dari rumah dengan kaki kanan. Pakai selipar atau kasut bermula dengan kanan. Itu SUNNAH!

2. Biasanya bila dah masuk kereta, baca doa naik kenderaan. Kemudian baca bismillahi tawakkaltu 'alaAllah sampai habis dan baca p**a bismillahillazi la yadhurru sampai habis juga...

3. Sebelum mula perjalanan atau mana-mana tempat abam singgah untuk solat, abam akan berdoa supaya dijauhkan dari sebarang musibah, atau kemalangan, dijauhkan dari perkara yang boleh menyusahkan abam.

4. Terkadang kalau ingat untuk tinggalkan rumah abam berdoa je supaya Allah jaga rumah tu dari sebarang keburukan juga.

Nampak macam panjang tapi benda tak sampai 5 minit pun untuk buat dan baca semua ni.

Jom amalkan benda mudah tapi pada abam sangat bermanfaat. Nak-nak masa musim perayaan ni semestinya kita akan lebih banyak keluar ke sana sini!

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN abam ucapkan kepada semua yang mengenali abamπŸ§¨πŸ§¨πŸŽ‰πŸŽ‰

Semoga para pesakit yang abam rawat juga beroleh kesembuhan. Jaga pemakanan ya semua...dengan musim hujan panas hujan panas ni memang ramai yang batuk dan demam! πŸ’ͺπŸ’ͺ

Selamat hari lahir tuan Dr Ibn Mutalib πŸ₯Έ
22/02/2024

Selamat hari lahir tuan Dr Ibn Mutalib πŸ₯Έ

19/02/2024

Kenal akan keindahan dan sanggup menyatakan keindahan itu kepada orang lain adalah bahagia 😁

16/02/2024

Your Family One Stop Centre.

1. 2D/3D/4D/5D Scan
2. X-ray
3. Chronic Wound Dressing
4. Arthritis Check Up
5. Medical Health Screening
6. Covid-19 & Influenza Swab Test
7. Vaccination & TSB Check Up
8. Medical Check Up

Alhamdulillah sempat kami melawat Pusat Jagaan Warga Emas Ehsan 2. Semoga dipermudahkan urusan semua. 😁
16/02/2024

Alhamdulillah sempat kami melawat Pusat Jagaan Warga Emas Ehsan 2. Semoga dipermudahkan urusan semua. 😁

Alhamdulillah semalam sempat menjamah sate padang kak wani yang enak hingga menjilat jari bersama individu yang tidak as...
10/02/2024

Alhamdulillah semalam sempat menjamah sate padang kak wani yang enak hingga menjilat jari bersama individu yang tidak asing lagi dan sering diperkatakan wajahnya persis Anuar Zain dan vokal p**a seperti Ziana Zain.

Selamat tahun baru cina 🀩
10/02/2024

Selamat tahun baru cina 🀩

Klinik Keluarga Perdana ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh rakyat Malaysia yang menyambutnya

"Wishing you good luck and good fortune in the lunar new year. Warm greetings on the occasion of Chinese New Year to you"
------------------------------------------------------------------------------
ps: klinik buka seperti BIASA pada hari ini (Sabtu, 10/02/24) dan esok (Ahad, 11/02/2024) dari jam 9.00 PAGI - 11.30 MALAM
------------------------------------------------------------------------------
Jika terdapat sebarang pertanyaan, boleh hubungi / Whatsapp kami di talian:

πŸ“ž 06-335 3996
πŸ“²http://www.wasap.my/601158793002/KlinikKeluargaPerdana



Salam jumaat semua 😁
09/02/2024

Salam jumaat semua 😁

Ramai yang mengadu merasa shaking atau menggeletar sejak akhir akhir ini. Tangan yang menggeletar adalah satu pergerakan yang tidak terkawal yang berpunca dari pelbagai faktor.

Punca tangan menggeletar mungkin termasuk faktor gaya hidup (seperti minum terlalu banyak kopi) dan masalah perubatan seperti strok atau penyakit Parkinson. Ia juga boleh berlaku apabila kita penat dan terlalu marah

Jika gejala shaking berterusan, dapatkan pemeriksaan

06/02/2024

β€œKenapa tak boleh bawa anak? Anak saya seorang siapa nak jaga di rumah”

Seorang pesakit yang terlantar sekian lama, di label β€œMRSA”, yang membawa maksud – kuman yang tidak boleh dirawat dengan pelbagai jenis antibiotik.

Satu pesakit yang diletakkan di katil belakang wad merupakan pesakit TB yang rintang dengan ubat anti TB.

Bayangkan dengan persekitaran sebegini, anak anda berlari lari, menyentuh barangan yang tercemar dan masukkan tangan ke mulut.

Sekiranya anda bercadang untuk membawa anak anak kecil ke hospital untuk melawat pesakit, fikirkan semula.

Hospital merupakan tempat rawatan untuk pesakit dengan pelbagai jenis penyakit. Anda tidak tahu apa kuman yang ada di persekitaran hospital.

Sekiranya anda sendiri melawat pesakit ke hospital, pastikan tangan anda di cuci sebelum meninggalkan hospital.

Mandi dan basuh pakaian anda sebaik tiba di rumah.

06/02/2024

"cik, nak tanya..ada buat xray tak dekat klinik?"
"kalau nak chest xray untuk medical check-up boleh tak?"
"boleh tak nak xray kaki? tadi ada jatuh"

antara soalan yang klinik dapat bila patient call berkenaan xray..Klinik Keluarga Perdana ada menyediakan perkhidmatan xray 🩻 nak xray kepala? tangan? abdomen? lutut? boleh, takkan tak boleh
--------------------------------------------------------------------------
ps: boleh call / whatsapp dahulu untuk double confirm jadual juru xray kami
--------------------------------------------------------------------------
Jika terdapat sebarang pertanyaan, boleh hubungi / Whatsapp kami di talian:

πŸ“ž 06-335 3996
πŸ“²http://www.wasap.my/601158793002/KlinikKeluargaPerdana



20/01/2024

Penjual buku berusia 72 tahun, Mohamed Aziz, dari Maghribi, menghabiskan masa 6 hingga 8 jam sehari membaca buku.

Beliau telah membaca lebih 5000 buku dalam bahasa Perancis, Arab dan Inggeris, beliau kekal sebagai penjual buku tertua di Maghribi selepas lebih 43 tahun berada di lokasi yang sama.

Apabila ditanya tentang keselamatan meninggalkan bukunya tanpa pengawasan di luar, di mana ia berpotensi dicuri, dia menjawab, β€œ mereka yang tidak boleh membaca tidak mencuri buku, dan mereka yang boleh, bukan pencuri”.

Lagipun ada Oyen sentiasa menjaga.

Address

Muar
84000

Telephone

+60192852138

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tawakkal Ambulance posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Tawakkal Ambulance:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram