06/09/2025
Seperti yang kita tahu, masalah rabun adalah sesuatu yang biasa dialami ramai orang. Kita juga tahu bahawa memakai cermin mata 👓👓👓 boleh menyelesaikan masalah rabun.
Tetapi ramai yang mengabaikan pendengaran 👂👂👂 dan menganggap ia tidak penting.
“Tak dengar, cakap kuat sikit lah...” / “Tak dengar, tak apa lah...”
Kebanyakan masa, kehilangan pendengaran berlaku secara beransur-ansur. Selalunya, bila mahu mencari bantuan, keadaan sudah pun serius. Lagi lambat pakai alat bantu pendengaran, lagi kurang berkesan hasilnya.
Ramai pesakit beranggapan “lagi lambat pakai alat bantu pendengaran lagi baik” atau “tunggu sampai betul-betul tak dengar baru pakai”. Ini adalah salah ❌❌❌.
Semakin lama masalah pendengaran dibiarkan, semakin kurang rangsangan pada saraf pendengaran. Ini menyebabkan pendengaran merosot dengan lebih cepat. Bila ditangguh terlalu lama, keberkesanan alat bantu pendengaran juga tidak memuaskan.
🦻🦻🦻 Alat Bantu Pendengaran vs Alat Penguat Suara 📢📢📢
Kenapa di internet ada jual ‘alat bantu pendengaran’ yang sangat murah? Hanya ratusan ringgit, malah ada yang puluhan ringgit sahaja???
Jangan salah faham. Itu sebenarnya adalah 📢📢📢 “alat penguat suara” (LOUD SPEAKER), bukannya 🦻🦻🦻 “alat bantu pendengaran” (HEARING AID).
“Alat penguat suara” hanya membesarkan bunyi secara keseluruhan, tanpa mengikut keperluan frekuensi mengikut tahap kehilangan pendengaran.
Alat ini boleh merosakkan baki pendengaran pesakit dengan lebih serius. Jadi, jangan sembarangan beli dan pakai!
Tidak pasti sama ada anda atau ahli keluarga mempunyai masalah pendengaran? 📞📞📞 Hubungi kami untuk membuat temu janji ujian pendengaran.
Selepas ujian, jika ada masalah, anda boleh cuba pakai dahulu. Kami akan beri nasihat profesional. Jika rasa berkesan dan membantu, barulah pertimbangkan untuk membeli.
👂 Syarikat kami mempunyai pengalaman / sejarah lebih 25 tahun, dengan 3 cawangan di Selatan Malaysia 🇲🇾 (Johor Bahru, Batu Pahat, Muar) dan 1 cawangan di Singapura.
📍 Johor Bahru: 07 - 333 5797 / +6012 - 7711 345
📍 Batu Pahat: 07 - 438 4288
📍 Muar: +6010 - 6666 035
📍 Singapore: +65 - 9722 0105