Rawatan Iman Al Amin

Rawatan Iman Al Amin Rawatan Alternatif bagi masalah-masalah seperti berikut;
1. Ikhtiar sakit-sakit misteri
2. Ikhtiar s

21/10/2022

Mari Rawat Semangat Diri Bermula Dengan Membetulkan Cara Tidur dan Bangun kita.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan di dalam As-Sahihain, “Daripada Abu Hurairah RA, ia berkata, Rasulullah SAW bersabda:

“Ketika salah seorang di antara kamu tidur, syaitan akan memasang (mengikatkan) tiga ikatan pada sudut kepalanya. Kemudian dia memukulkan pada setiap anggota badan yang diikat dengan ikatan dan mengatakan, ‘Kamu mempunyai malam yang panjang tidurlah dengan puas.’ Apabila dia bangun, lantas dia berdoa kepada Allah (membaca doa bangun tidur), satu ikatan akan terlepas. Apabila dia berwuduk, satu ikatan lagi akan terlepas. Dan apabila dia melalukan solat sunat dua rakaat, satu ikatan lagi akan terlepas hingga pada pagi harinya, dia menjadi orang yang sangat giat, mempunyai jiwa yang baik (stabil) dan kalau tidak demikian, jiwanya menjadi buruk dan pemalas.”

Imam Nawawi berkata, “Sabda Rasulullah SAW, ‘Pada pagi harinya dia akan menjadi orang yang giat dan berjiwa baik (stabil).”

Maksudnya di sini ialah kerana kegembiraannya terdapat panduan berbentuk amal ibadah, ketaatan dan perolehan pahala yang diberikan Allah Yang Maha Mulia kepadanya. Di samping keberkatan setiap aktiviti, serta lenyapnya ikatan-ikatan yang dihembuskan dan ditiupkan syaitan kepadanya.”

Imam Nawawi berkata, sabda Rasulullah SAW, “Dan kalau tidak demikian, jiwanya akan buruk dan pemalas.” Maksudnya, kerana dia mendapatkan ikatan-ikatan yang dihembuskan syaitan, dan pengaruh godaan tastbith (hembusan) syaitan. Serta penguasaan syaitan terhadapnya, di saat ikatan-ikatan tersebut hilang dari dirinya.

Imam Nawawi melanjutkan, “Lahirnya hadis ini menerangkan bahawa orang yang belum mampu melakukan tiga perkara tersebut itu secara sempurna iaitu berdoa ketika bangun tidur, berwuduk dan melakukan solat (sunat), termasuk golongan orang-orang yang jiwanya buruk dan pemalas.”

Penjelasan ini sangat berkait rapat dengan usaha untuk mrnunaikan qiamullail.

Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata, “Syeikh kami, Abul Fadhl bin Husein, di dalam syarah Imam Tirmizi menyebutkan bahawa rahsia memulakan solat malam dengan dua rakaat solat sunat ialah supaya dapat secepat mungkin melepaskan ikatan-ikatan yang dihembuskan syaitan.”

Tujuan syaitan melakukan semua ini adalah untuk mencegah hamba Allah dari berqiyamullail dan menimbulkan kemalasan, sehingga dia mampu menguasainya sepanjang hari. Perkara ini merupakan konspirasi jahat dan tipu muslihat syaitan terhadap manusia. Akan tetapi, bagaimana anda boleh mematahkan tipu muslihat ini?

Untuk itu, anda harus melakukan beberapa perkara berikut :

Berwuduk sebelum tidur. Hal ini adalah kerana di dalam As-Sahihain disebutkan sebuah hadis, bahawa Rasulullah SAW bersabda kepada Bara’ bin Azib RA: ” Apabila kamu hendak mendatangi tempat tidurmu, berwuduklah sebagaimana kamu berwuduk untuk melakukan solat.”

Melakukan solat witir sebelum tidur kerana terdapat sebuah riwayat daripada Abdullah bin Umar RA, dia berkata: “Tidaklah seseorang benda di pagi hari tanpa melakukan solat witir, melainkan pada kepalanya terdapat ‘jarir’ berukuran tujuh puluh siku.”

Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata, ‘Hadis Ibnu Umar RA ini diriwayatkan Said bin Mansur dengan sanad yang baik. Namun jika anda terbangun sebelum waktu Subuh, lalu melakukan solat witir, hal itu merupakan nikmat yang sangat besar.

Jarir di sini bererti tali yang digunakan untuk mengikat unta.

Gabungkanlah kedua-dua telapak tangan anda dan bacalah surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas padanya. Seterusnya, tiuplah kedua-duanya. Kemudian sentuhlah anggota tubuh anda seluruhnya, sejauh yang dapat anda sentuh dengan kedua-dua tangan dan dimulai dari kepala. Dinyatakan dalam hadis sahih Bukhari riwayat Aisyah RA.

Bacalah dua ayat terakhir surah Al-Baqarah. Dalam As-Sahihain terdapat riwayat Abu Masud Al-Ansari RA, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Dua ayat terakhir dari surah Al-Baqarah, barangsiapa yang membacanya di malam hari, nescaya hal itu mencukupinya.”

Ibnul Qayyim berkata, “Yang benar bahawa kedua-dua ayat ini melindunginya apa saja dari kejahatan yang akan menyakitinya.”

Kami cadangkan agar anda membaca ayat Kursi dengan penuh khusyuk dan pemahaman. Sebabnya, dia dapat memelihara anda daripada godaan syaitan hingga pagi.

Hal ini dinyatakan di dalam sahih Bukhari daripada hadis Abu Hurairah RA, Sunan Tirmizi daripada hadis Abu Ayub Al-Ansari RA, dan Sunan Ibnu Hibab daripada hadis Ubay bin Ka’ab RA.

Bacalah tasbih 33 kali, tahmid 33 kali, dan takbir 33 kali. Hal ini ditetapkan dalam As-Sahihain daripada hadis Ali bin Abu Talib RA.

Letakkanlah tangan kanan anda di bawah p**i kanan, lalu tidur di atas rusuk kanan anda dan ucapkanlah: “Dengan menyebut nama-Mu ya Allah, aku meletakkan dan mengangkat rusukku. Jika Engkau menahan jiwaku (menghidupkanku kembali), rahmatilah aku, dan jika Engkau mengirimnya, peliharalah dia sebagaimana Engkau memelihara hamba-hamba-Mu yang soleh.”

Kemudian ucapkan doa ini: “Dengan menyebut nama Allah, aku meletakkan rusukku. Ya Allah, ampunilah dosaku, hinakanlah syaitanku, lepaskanlah gadaian (tawananku) dan jadikanlah aku sesuatu pada darjat yang tinggi (bersama hamba-Mu yang mulia).”

Berzikir kepada Allah, sehingga tertidur. Dari Jabir bin Abdullah RA dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seseorang menghampiri tempat tidurnya, malaikat dan syaitan berlumba-lumba mendatanginya. Malaikat berkata kepadanya, ‘Tutuplah harimu dengan kebaikan.’ Sementara syaitan juga berkata kepadanya, ‘Tutuplah harimu dengan kejahatan.’ Jika dia berzikir kepada Allah hingga dia tertidur, malaikat akan mengusir syaitan dan dia akan berjaga memeliharanya. Dan jika dia bangun, malaikat dan syaitan berlumba-lumba menghampirinya. Malaikat berkata, ‘Bukalah harimu dengan kebaikan.’ Sementara syaitan juga berkata, ‘Bukalah harimu dengan kejahatan.”

Jika dia berdoa: “Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan jiwaku kembali setelah hati. Dia tidak mematikannya ketika jiwaku tidur segala puji bagi Allah yang memegangi (tidak mematikan) nyawa orang yang sudah ditentukan untuk mati dan mengirimkan nyawa yang lain hingga waktu yang ditentukan. Segala puji bagi Allah yang mmegang langit dan bumi, hingga dia tidak lenyap. Dan kalau keduanya lenyap, tidak ada yang dapat memeganginya kembali. Segala puji bagi Allah yang memegang langit hingga tidak jatuh menimpa bumi dengan izin-Nya.’ Maka malaikat akan mengusir syaitan dan dia akan memeliharanya sepanjang hari.” (HR Hakim dan Az-Zahabi)

11/08/2022

Diriwayatkan dr Abdullah bin Mas’ud r.a:
Aku masuk bertemu dengan Rasul saw ketika baginda sakit tenat, lalu aku memegang baginda dengan tanganku, aku berkata:
Wahai Rasululllah, aku melihatmu sangat sakit.

Nabi saw menjawab:

YA DAKU SAKIT SEBAGAIMANA SAKITNYA DUA LELAKI DARI KALANGAN KAMU.

Aku berkata (Ibnu Mas’ud): Ini kerana untukmu dua kali ganjaran pahala. Baginda s.a.w menjawab: YA.

Baginda kemudian bersabda:

MANA-MANA MUSLIM YANG DIUJI DENGAN KESAKITAN ATAU UJIAN YANG LAIN, MELAINKAN ALLAH AKAN MENGGUGURKAN DOSANYA SEPERTIMANA GUGURNYA DARI POKOK).

HR AL-BUKHARI NO.5659

Assalamualaikum. Kaedah rawatan kami adalah hanya menggunakan kaedah-kaedah seperti berikut:- Solat 2 rakaat (perawat & ...
09/08/2022

Assalamualaikum.
Kaedah rawatan kami adalah hanya menggunakan kaedah-kaedah seperti berikut:
- Solat 2 rakaat (perawat & pesakit akan solat mohon bantuan Allah)
- Bacaan Manzil dan Quran
- Tazkirah iman yakin & bacaan hadis
- Hafalan manzil untuk pesakit (perawat akan membantu pesakit menghafal ayat manzil untuk diamalkan)
Keutamaan diberikan kepada yang menghadapi masalah kemurungan yang melampau atau "enxiety". Dan perlu hadir bersama penjaga.
Namun jika tuan-tuan punyai masalah kerohanian yang lain juga kami terima. InsyaAllah.
Tiada bayaran dikenakan, sumbangan seikhlas hati.
Jika perlukan bantuan kami, perlu buat temujanji terlebih dahulu. Hubungi:
wasap.my/60134737170 (En Mokhtar)
wasap.my/60148260072 (Ustazah Hanisah)
Kami bantu seikhlas hati InsyaAllah.

Assalamualaikum, alhamdulillah syukur pada Allah atas limpah kurnia rezeki iman amal. Kami di "Rawatan Islam Iman Yakin ...
27/08/2019

Assalamualaikum, alhamdulillah syukur pada Allah atas limpah kurnia rezeki iman amal. Kami di "Rawatan Islam Iman Yakin Bertam" mengalu-alukan tuan-tuan yang mulia untuk berikhtiar secara sunnah dan islami, mengikut panduan junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Kaedah rawatan kami adalah hanya menggunakan kaedah-kaedah seperti berikut:
- Solat 2 rakaat (perawat & pesakit akan solat mohon bantuan Allah)
- Bacaan Manzil dan Quran
- Tazkirah iman yakin & bacaan hadis
- Hafalan manzil untuk pesakit (perawat akan membantu pesakit menghafal ayat manzil untuk diamalkan)
Keutamaan diberikan kepada yang menghadapi masalah kemurungan yang melampau atau "enxiety". Dan perlu hadir bersama penjaga.
Namun jika tuan-tuan punyai masalah kerohanian yang lain juga kami terima. InsyaAllah.
Tiada bayaran dikenakan, sumbangan seikhlas hati.
Jika perlukan bantuan kami, perlu buat temujanji terlebih dahulu. Hubungi:
wasap.my/60134737170 (En Mokhtar)
wasap.my/60148260072 (Ustazah Hanisah)
Kami bantu seikhlas hati InsyaAllah.

Address

Muar
84500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rawatan Iman Al Amin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram