25/11/2025
Ramai ingat puasa hanya tentang tahan lapar. Tapi sebenarnya, waktu kita kosongkan perut, badan kita tengah buat something yang sangat besar.
Dan indahnya, amalan ini bukan sekadar ibadah, tapi satu disiplin hidup yang Nabi ﷺ sendiri ajar.
Rasulullah ﷺ bersabda:
تُعْرَضُ الأَعْمَالُ يَوْمَ الِاثْنَيْنِ وَالخَمِيسِ، فَأُحِبُّ أَنْ يُعْرَضَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ
Maksudnya: “Amalan dibentangkan pada hari Isnin dan Khamis, maka aku lebih s**a amalanku dibentangkan ketika aku sedang berpuasa.”
(HR Tirmizi, Hadis Hasan Gharib)
Dan bila para saintis kaji… subhanAllah, mereka jumpa hikmah yang selari dengan apa yang Nabi ajarkan 1400 tahun lalu.
Penyelidik University of Chicago dapati Intermittent Fasting boleh turunkan 3–8% berat badan dalam 3–24 minggu tanpa diet pelik.
Ini kerana semasa berpuasa:
• insulin turun
• norepinephrine naik
• growth hormone meningkat
Tiga kombinasi yang buat badan lebih senang bakar lemak.
Harvard Medical School p**a jelaskan bahawa puasa mengaktifkan autophagy, iaitu proses “pembersihan sel” yang buang sel rosak sebelum ia jadi punca inflamasi, penuaan dan masalah metabolik.
Review daripada Johns Hopkins University juga tunjuk IF mampu:
• tingkatkan fungsi otak
• kurangkan keradangan
• stabilkan sensitiviti insulin
• turunkan kolesterol & tekanan darah
Inilah rahsia kenapa puasa bukan sekadar ibadah, tapi ‘reset’ untuk sistem tubuh manusia.
Dan bila tubuh tengah aktif membaiki diri, nutrisi tayyib seperti Hydroxytyrosol dalam Olivie Plus 30x bantu:
• stabilkan radikal bebas
• kurangkan stres oksidatif
• lindungi sel jangka panjang
Kalau nak rasa sendiri hikmah puasa seperti yang Nabi ﷺ amalkan, rajin-rajinkanlah puasa sunat Isnin & Khamis. Itu hari diangkatnya amalan kita dan itulah hari yang Nabi pilih untuk berpuasa.
Bila digabungkan p**a dengan nutrisi tayyib seperti Olivie Plus 30x, Hydroxytyrosol bantu kuatkan sel, stabilkan radikal bebas dan sokong proses baik pulih yang berlaku semasa berpuasa.
Mulakan perlahan-lahan. Dua hari seminggu + dua sudu besar nikmat setiap hari, insyaAllah, cukup untuk jaga badan, jantung dan tenaga untuk jangka panjang.