Amanah Negara Muar

Amanah Negara Muar Page ini suara rasmi Parti AMANAH Negara kawasan Muar. Sebarang maklum balas boleh terus hubungi pih

13/04/2026

Ziarah Kasih: Menyantuni Keluarga Allahyarham Pak Abu Bakar Long

​Ukhuwah tidak terputus meski jasad telah tiada. Hari ini, wakil AMANAH Kawasan Muar telah meluangkan masa menziarahi keluarga Allahyarham Pak Abu Bakar Long dalam satu sesi Ziarah Kasih.

Terima kasih kepada keluarga Allahyarham atas layanan mesra yang diberikan. Semoga seluruh ahli keluarga sentiasa berada dalam peliharaan Allah SWT dan diberkati rezeki serta kesihatan.

Meraikan Hari Bahagia Keluarga Tok Ayub 🌹​Alhamdulillah, tenang dan meriah suasana di kediaman Tok Ayub tengah hari tadi...
12/04/2026

Meraikan Hari Bahagia Keluarga Tok Ayub 🌹

​Alhamdulillah, tenang dan meriah suasana di kediaman Tok Ayub tengah hari tadi bagi meraikan majlis perkahwinan anakanda beliau.

​Terima kasih Tok Ayub atas jemputan dan layanan yang cukup mesra kepada kami.

​Semoga kedua mempelai sentiasa dalam peliharaan Allah dan bahagia hingga ke anak cucu. Amin YRA.

11/04/2026

Memenuhi jemputan Marhaban & Open House Tok Adam hari ini. Alhamdulillah, ukhuwah terjalin, perut pun kenyang! 🌙✨

Terima kasih Tok Adam sekeluarga atas layanan yang cukup mesra. Memang meriah sungguh suasana di Muar hari ni. Korang dah pergi open house mana hari ni? 🥘☕️

MALAYSIA CIPTA SEJARAH DUNIA: BIODIESEL B100 KINI KENYATAAN! 🇲🇾🌱Satu lagi pencapaian membanggakan buat negara! FELDA dan...
08/04/2026

MALAYSIA CIPTA SEJARAH DUNIA: BIODIESEL B100 KINI KENYATAAN! 🇲🇾🌱

Satu lagi pencapaian membanggakan buat negara! FELDA dan FGV Holdings kini melakar sejarah dengan pengenalan B100 Biodiesel – bahan api yang berasaskan 100% minyak kelapa sawit tulen tanpa campuran fosil.

Kenapa ini penting untuk kita?
✅ Tenaga Lestari: Mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil yang semakin berkurangan.
✅ Mesra Alam: Langkah besar ke arah ekonomi hijau dan mengurangkan jejak karbon.

✅ Sokongan Buat Peneroka: Memperkukuh permintaan minyak sawit tempatan, sekaligus memberi impak positif kepada ekonomi warga FELDA dan pekebun kecil.

Dari Muar ke persada dunia, kita terus menyokong inovasi yang membawa manfaat kepada rakyat dan alam sekitar.

08/04/2026

MENYAMPAIKAN WAKAF KATIL SAKIT & BAKUL RAHMAH

Alhamdulillah, di kesempatan bulan Syawal yang mulia ini, AMANAH Muar sempat menyantuni Mak Cik Saliah yang baru sahaja pulang dari hospital. Beliau kini dalam keadaan uzur dan amat memerlukan katil sakit bagi memudahkan pengurusan harian.

Sumbangan berupa wakaf katil sakit, Bakul Rahmah, dan keperluan lampin pakai buang telah disampaikan oleh delegasi kami yang diketuai oleh Tn Hj Faizul.

Besar harapan kami agar sumbangan yang tidak seberapa ini dapat meringankan bebanan dan memberi keselesaan buat Mak Cik Saliah sekeluarga.

Sama-sama kita doakan agar urusan kesihatan beliau dipermudahkan Allah SWT.
Terima kasih kepada semua penyumbang yang menjayakan wakaf ini.

https://malaysiagazette.com/2026/04/05/amanah-muar-batal-penganjuran-rumah-terbuka-aidilfitri/Amanah Muar batal penganju...
05/04/2026

https://malaysiagazette.com/2026/04/05/amanah-muar-batal-penganjuran-rumah-terbuka-aidilfitri/

Amanah Muar batal penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri

MUAR – Parti Amanah Negara (Amanah) Kawasan Muar membatalkan penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri pada tahun ini walaupun persiapan sudah dibuat.

Ketua Kawasan Amanah Kawasan Muar, Mohd Faizul Mohd Salleh berkata, pembatalan itu dilakukan selepas melihat perkembangan semasa, peperangan dan keadaan ekonomi yang tidak menentu.

“Keputusan ini juga bagi menyahut saranan Kerajaan untuk tidak mengadakan sambutan Aidilfitri. Semua persiapan yang telah dibuat akan disusun semula untuk memberikan keringanan kepada anggota masyarakat yang memerlukan.

“Keputusan ini dibuat sebagai tanda sokongan terhadap seruan kerajaan di samping menzahirkan komitmen kami terhadap nilai kesederhanaan serta keutamaan kepada kebajikan rakyat,” katanya dalam kenyataan.

“Pihak kami merakamkan penghargaan atas dokongan dan sokongan semua pihak,” tambahnya.- MalaysiaGazette

01/04/2026
NYAWA BUKAN PERJUDIAN!SEMAKAN SEMULA UNDANG-UNDANG PEMANDU MABUK SEGERA!Kes kemalangan membabitkan pemandu di bawah peng...
30/03/2026

NYAWA BUKAN PERJUDIAN!

SEMAKAN SEMULA UNDANG-UNDANG PEMANDU MABUK SEGERA!

Kes kemalangan membabitkan pemandu di bawah pengaruh alkohol semakin meningkat saban hari. Cukuplah nyawa yang terkorban menjadi statistik.

Tuntutan Kami:

⚖️ Hukuman Lebih Berat: Semakan semula Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk hukuman mandatori yang lebih tinggi.

🚫 Gantung Lesen Seumur Hidup: Bagi pesalah tegar yang menyebabkan kematian.

🔍 Pemantauan Bersepadu: Memperkasakan operasi sekatan jalan raya dan penguatkuasaan undang-undang tanpa kompromi.

"Lindungi Rakyat, Tegakkan Keadilan"

Disediakan Oleh :

Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Kawasan Muar

Address

No 18, Tingkat 1, Jalan Puncak 3, Pekan Parit Bakar
Muar
84000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Amanah Negara Muar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Amanah Negara Muar:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram