31/01/2026
Ketagih Kopi ke Ketagih Gula?
โ๐๐ช ๐ด๐ข๐บ๐ข ๐ค๐ฐ๐ง๐ง๐ฆ๐ฆ ๐ญ๐ฐ๐ท๐ฆ๐ณ, ๐ฌ๐ฐ๐ฑ๐ช ๐ฌ๐ฆ๐จ๐ฆ๐ฎ๐ข๐ณ๐ข๐ฏ ๐ด๐ข๐บ๐ข ๐ข๐ฅ๐ข๐ญ๐ข๐ฉ ๐๐ฑ๐ข๐ฏ๐ช๐ด๐ฉ ๐๐ข๐ต๐ต๐ฆโ
Ramai yang rasa tak boleh "berfungsi" kalau tak dapat kopi kegemaran setiap pagi. Tapi cuba semak balik, adakah anda mahukan kafeinnya, atau sebenarnya anda sedang ketagih gula yang melampau di dalamnya?
Kenapa Kita Perlu Risau?
Saranan pengambilan gula tambahan adalah tidak melebihi 5 sudu teh sehari. Jika anda minum segelas Spanish Latte pada waktu pagi, anda mungkin sudah menghabiskan kuota gula harian anda dalam masa 15 minit sahaja!
Tips Kopi Lebih Sihat:
1. Minta "Less Sugar": Kurangkan sirap atau susu pekat.
2. Back to Basic: Biasakan lidah dengan Americano atau Latte tanpa sirap tambahan.
Jangan biarkan "habit" kopi harian menjadi punca kencing manis dan obesiti.
Nikmati kopi anda, tapi jadilah pengguna yang bijak.
Public Health Malaysia