02/07/2019
*11 PERKARA IBU HAMIL PERLU TAHU TENTANG SUSU IBU*
🍨Ketika hamil, payudara ibu akan disediakan untuk menghasilkan susu.
-Alveoli (kantung susu) mula bekerja dan bersedia untuk hasilkan susu.
-Aerola (tampuk hitam) menjadi lebih gelap dari sebelumnya
🍨Tanam mindset kenapa nak susukan bayi.
Banyakkan membaca tentang susu ibu ketika hamil. Jika keliru, cari orang yang tahu mengenainya.
🍨 Susu ibu perlu dirangsang untuk dikeluarkan. Rangsangan terbaik adalah bayi.
🍨 Mulakan penyusuan seawal sejam kelahiran. 99% penyusuan susu ibu akan lebih mudah jika penyusuan dilakukan seawal sejam kelahiran
🍨Hari 1 hingga hari 5 susu yang keluar adalah kolustrum. Kolustrum pekat dan sedikit.
Tapi inilah susu yang penuh dengan antibodi.
Susukan sahaja bayi tanpa risau.
🍨Perut baby sebesar buah cherry pada hari pertama. Keperluan susu 5-7ml untuk sekali feeding. Tak perlu sukat. Susukan saja bayi anda
🍨Jaundis mungkin berlaku. Ubat jaundis hanya susu ibu semata. Buah anggur, susu kambing, air zam zam semuanya ibu yang minuk. Bukan bayi
🍨Bayi menangis bukan semata mata sebab mahu susu sahaja. Banyak faktor menyebabkan baby menangis. Cari info tentang ritma tangisan baby.
🍨 Belajar teknik marmet (perah susu guna tangan). Boleh gunakan bila perlu.
🍨 Bengkak susu bukan petanda baik. Bengkak susu merupakan faktor menyebabkan susu berkurang. Sentiasa kosongkan payudara jika mahu susu anda banyak
🍨Susu Ibu mudah dihadam. Bayi susu ibu akan menyusu selang 1 jam. Usah bandingkan bayi susu formula. Bayi susu formula perlukan masa 2-3 jam untuk paksa organ dalaman hadam susu yang diberi
Belajar sesuatu?
Penyusuan itu mudah bila tahu cara dan ilmu yang betul.
Kaunselor Laktasi
Zatiha Nani Ishak