Klinik Kesihatan Bukit Pasir

Klinik Kesihatan Bukit Pasir Towards a better community health. We are ready to serve

18/12/2025

Satu kemalangan di hadapan Klinik Kesihatan Bukit Pasir, Muar pada tarikh 18/12/2025 pada pukul 12.54am melibatkan sebuah kereta Proton Waja Kelabu No plat JKP 2617 yang terbabas dan melanggar:
1. Tiang elektrik TNB (bekalan elektrik klinik terputus)
2. Paip bekalan air Ranhil SAJ (bekalan air klinik terputus)
3. Tembok Klinik
4. Papan tanda Klinik

Kemalangan ini telah menyebabkan operasi klinik terganggu. Kini telah hampir 24 jam namun tiada pihak yang tampil untuk bertanggungjawab. Laporan polis telah dibuat. Diharap pemilik kenderaan terlibat segera menghubungi pihak klinik untuk berbincang. 06 985 6196 (waktu pejabat) atau boleh messenger di fb. Terima kasih atas kerjasama.

Video dan gambar adalah ihsan pemilik rumah berdekatan klinik.

Alhamdulillah JDT menang. Sebenarnya min kat stadium lagi ni. Mau pukul 2am baru sampai muo. Memang liat sikit kalau ken...
14/12/2025

Alhamdulillah JDT menang. Sebenarnya min kat stadium lagi ni. Mau pukul 2am baru sampai muo. Memang liat sikit kalau kena buka klinik esok. 😌

🎤Di umumkan 15/12/2025 (ISNIN) Klinik Kesihatan Bukit Pasir berehat dari operasi dan akan dibuka seperti biasa pada 16/12/2025 (SELASA). Namun rawatan kes kecemasan tetap diteruskan seperti biasa.

❤️💙

Syukur. Penularan penyakit HIV dapat dibendung. Dapatkan saringan HIV ‘tanpa nama’ di klinik kesihatan berhampiran anda.
29/11/2025

Syukur. Penularan penyakit HIV dapat dibendung.
Dapatkan saringan HIV ‘tanpa nama’ di klinik kesihatan berhampiran anda.

Kementerian Kesihatan (KKM) sedia mempertimbang pengambilan jururawat dari luar negara jika terdapat permintaan khususny...
13/11/2025

Kementerian Kesihatan (KKM) sedia mempertimbang pengambilan jururawat dari luar negara jika terdapat permintaan khususnya bagi mengisi kekurangan ketara di hospital awam.

Hmm.. Nak Jepun ke Thailand ye. 🤔

Tungganglah dengan selamat. Ingat orang tersayang. Hidup bukan satu perlumbaan.
06/11/2025

Tungganglah dengan selamat. Ingat orang tersayang. Hidup bukan satu perlumbaan.

19/10/2025
Alhamdulillah. Pasukan selawat dari Klinik Kesihatan Bukit Pasir berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan selaw...
26/09/2025

Alhamdulillah. Pasukan selawat dari Klinik Kesihatan Bukit Pasir berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan selawat sempena sambutan Maulidul Rasul Pejabat Kesihatan Daerah Muar.

Terima kasih kepada kakitangan yang sanggup korbankan masa berlatih di luar waktu kerja.

Tahniah.

Bengkak air atau Edema adalah satu perkara yang serius dan tidak boleh dipandang ringan. Badan anda sentiasa memberikan ...
14/09/2025

Bengkak air atau Edema adalah satu perkara yang serius dan tidak boleh dipandang ringan. Badan anda sentiasa memberikan petanda dalam pelbagai cara. Rujuk doktor untuk kepastian.

Credit Public Health Malaysia

Dia mula perasan sesuatu yang pelik. Setiap kali menekan kakinya yang bengkak, lekuk itu kekal lama, seolah-olah kulit tidak mahu kembali seperti biasa. Pada awalnya dia fikir mungkin kerana terlalu lama berdiri di dapur atau berjalan seharian, tetapi lama-kelamaan hati kecilnya berbisik ada sesuatu yang tidak betul sedang berlaku dalam tubuhnya.

Ramai yang anggap bengkak air hanya tanda jantung lemah, sedangkan tubuh manusia jauh lebih kompleks. Bengkak seperti ini boleh muncul bila buah pinggang tidak lagi berfungsi dengan baik untuk menapis cecair berlebihan. Ia juga boleh berlaku apabila badan kekurangan protein sehingga cecair mudah meresap keluar ke tisu. Kadangkala ubat-ubatan yang kita ambil setiap hari tanpa kita sangka boleh menjadi punca tersembunyi yang perlahan-lahan menukar keselesaan kepada kegelisahan.

Bagi sesetengah wanita, kehamilan membuka ruang kepada bengkak air yang tidak dijangka, malah jika tekanan darah tinggi mula menyertai, keadaan ini boleh menjadi petanda bahaya. Masalah tiroid juga mampu mengganggu keseimbangan garam dan air dalam badan hingga tercetus bengkak yang kita tidak pernah bayangkan. Lebih menakutkan, kanser yang menekan salur vena atau limfa boleh memerangkap cecair sehingga menyebabkan kaki menjadi semakin berat untuk melangkah.

Apa yang kelihatan hanya seperti bengkak kecil sebenarnya boleh menjadi suara tubuh yang paling lantang, meminta kita berhenti dan memberi perhatian. Jangan biarkan isyarat ini berlalu tanpa peduli, kerana setiap lekuk yang tertinggal adalah tanda tubuh sedang berjuang memberi amaran sebelum terlambat.

Apa yang anda perlu tahu tentang kebaikan memakan taugeh. Khasiat Taugeh1. Sumber vitamin dan mineral • Kaya dengan vita...
10/09/2025

Apa yang anda perlu tahu tentang kebaikan memakan taugeh.

Khasiat Taugeh
1. Sumber vitamin dan mineral
• Kaya dengan vitamin C, vitamin K, folat, dan beberapa jenis vitamin B.
• Mengandungi zat besi, magnesium, fosforus, kalsium, serta kalium.

2. Baik untuk pencernaan
• Serat dalam taugeh membantu melancarkan sistem penghadaman dan mencegah sembelit.

3. Meningkatkan sistem imun
• Kandungan vitamin C membantu menguatkan daya tahan badan.

4. Membantu kesihatan jantung
• Serat dan antioksidan membantu menurunkan kolesterol jahat (LDL).
• Kalium p**a menyokong tekanan darah yang sihat.

5. Bagus untuk kulit & rambut
• Antioksidan dan vitamin dalam taugeh membantu melawan radikal bebas, menjadikan kulit lebih sihat.

6. Menyokong kesihatan tulang
• Vitamin K, kalsium dan magnesium membantu mengekalkan kekuatan tulang.

7. Kaya dengan protein tumbuhan
• Membantu pembinaan dan pembaikan sel tubuh, sesuai untuk diet sihat.

8. Bantu kesuburan lelaki & wanita (petua tradisional)
• Dipercayai membantu meningkatkan kualiti sperma & ovulasi, walaupun kesan ini masih perlukan lebih kajian.

Terp**ang kepada anda untuk memakannya atau tidak mengambilnya. Anda boleh asingkan sendiri tanpa bantuan pasangan kerana aktiviti tersebut tidak menggunakan tenaga yang banyak.

Admin KKBP

Selamat pagi. Mulakan hari anda dengan senyuman manis. Bukan dengan minuman manis. Anda mampu mengubahnya.
03/09/2025

Selamat pagi. Mulakan hari anda dengan senyuman manis. Bukan dengan minuman manis. Anda mampu mengubahnya.

02/09/2025

“Jelingan saya mahal tau” - Asyraf 😏

Address

Jalan Muar-Labis
Muar
84300

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Telephone

+6069856196

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Kesihatan Bukit Pasir posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram