Pergigian Daerah Muar

Pergigian Daerah Muar Memberi perkhidmatan kesihatan pergigian serta promosi kesihatan pergigian

19/03/2026

Tengah sedap mengunyah, tiba-tiba... ZAPP! Terasa ada serpihan daging 'bina khemah' celah gigi. Nak senyum depan tetamu pun kena cover-cover. Nak guna lidah tolak keluar tak jalan. Terseksa jiwa raga!

Kenapa Daging S**a Sangat Terselit Celah Gigi?

Daging ada gentian otot yang panjang dan liat. Tak macam nasi atau kuih raya yang mudah hancur dengan air liur. Serat halus daging ni memang 'pakar' menyelit!

Bila daging terperangkap di tisu gusi (bentuk segi tiga celah gigi), ia bagi tekanan. Kalau dibiarkan, gusi akan bengkak dan berdarah (gingivitis).

JANGAN GUNA PENCUNGKIL GIGI KAYU

Mencungkil secara kasar takkan selesaikan masalah, malah ia akan:

❌ Melukakan gusi & buat gusi menyusut (gum recession).

❌ Membesarkan lagi ruang celah gigi (black triangle). Makin kerap cungkil, makin besar lubang tu nanti

❌ Menolak sisa daging LEBIH DALAM ke poket gusi (jangkitan kuman & mulut berbau).

βœ… CARA PALING SELAMAT

Bawa Benang Flos (Dental Floss). Simpan siap-siap pek kecil dalam poket Baju Melayu/beg tangan. Ini senjata paling selamat nak tarik keluar daging tanpa cedera.

Jangan korek gigi depan hidangan. Pergi tandas, kumur kuat-kuat atau guna flos.

Raya ni, pastikan poket Baju Melayu ada Flos, barulah boleh ratah rendang dengan tenang!

πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ ππ„ππ‚π€ππ€πˆπ€π πŸπŸŽπŸπŸ“ & 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍 π“πˆππƒπ€πŠπ€π πŸπŸŽπŸπŸ” 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 πŠπ„π’πˆπ‡π€π“π€π ππ„π‘π†πˆπ†πˆπ€π 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 (ππŠππƒ) πŒπ”π€π‘Mesyuarat Pencapaian dan P...
05/03/2026

πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ ππ„ππ‚π€ππ€πˆπ€π πŸπŸŽπŸπŸ“ & 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍 π“πˆππƒπ€πŠπ€π πŸπŸŽπŸπŸ” 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 πŠπ„π’πˆπ‡π€π“π€π ππ„π‘π†πˆπ†πˆπ€π 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 (ππŠππƒ) πŒπ”π€π‘

Mesyuarat Pencapaian dan Pelan Tindakan Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah (PKPD) Muar telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan barisan anggota pergigian yang komited.

Tarikh: 4 -5 Mac 2026
Masa: 8.00 am - 4.30 pm
Tempat: Bilik Gerakan Pejabat daerah, Istana Tanjung Muar,
Bilik Mesyuarat Klinik Kesihatan Muar

Mesyuarat ini memberi fokus kepada:
βœ… Pembentangan pencapaian
βœ… Analisis cabaran & jurang prestasi
βœ… Perancangan strategi dan pelan tindakan baharu

Perbincangan yang konstruktif dan berfokuskan solusi menjadi pemangkin untuk memperkukuh penyampaian perkhidmatan kesihatan pergigian kepada masyarakat.

Semoga segala perancangan yang dirangka dapat diterjemahkan kepada tindakan yang berimpak tinggi demi kesejahteraan komuniti Muar.

Salam Ramadhan Al-Mubarak πŸ•ŒπŸŒ™Semoga bulan yang mulia ini membawa keberkatan, ketenangan dan keampunan buat kita semua. 🀲🏻...
19/02/2026

Salam Ramadhan Al-Mubarak πŸ•ŒπŸŒ™
Semoga bulan yang mulia ini membawa keberkatan, ketenangan dan keampunan buat kita semua. 🀲🏻✨

Ikhlas daripada,
Warga Pergigian Daerah Muar

19/02/2026

Program Kesihatan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia (PKP KKM) menyeru seluruh warga KKM untuk melakukan Pemeriksaan Mulut Kendiri (Mouth Self Examination – MSE) sempena Bulan Kesedaran Kanser Mulut (Mouth Cancer Awareness Month – MCAM) pada Februari.

𝟐 πŒπˆππˆπ“ π˜π€ππ† πŒπ€πŒππ” πŒπ„ππ˜π„π‹π€πŒπ€π“πŠπ€π ππ˜π€π–π€! πŸ‘„βœ¨

Jangan tunggu sakit baru nak jumpa doktor.

Kadang-kadang, perubahan kecil di dalam mulut adalah "signal" awal daripada badan kita.

Ambil masa 2 minit sahaja untuk melakukan MSE.

Rujuk poster di bawah untuk mengetahui 6 langkah MSE dan tanda-tanda awal kanser mulut.

Dapatkan pemeriksaan lanjut di klinik pergigian sekiranya ada tanda-tanda yang meragukan.

Cegah awal, nyawa terjaga.

Selamat Tahun Baru Cina kepada semua yang meraikannya🧨Semoga tahun baharu ini membawa kebahagiaan, kesihatan yang baik d...
17/02/2026

Selamat Tahun Baru Cina kepada semua yang meraikannya🧨

Semoga tahun baharu ini membawa kebahagiaan, kesihatan yang baik dan kemakmuran berpanjangan kepada anda dan keluarga tersayang.

Ikhlas daripada,
Warga Pergigian Daerah Muar

05/02/2026

Program Jom Jaga Gigi

Sambutan Bulan Kesedaran Kanser Mulut
Peringkat Negeri Johor Tahun 2026

Mendekati komuniti di Lenga, Muar melalui pendidikan kesihatan mulut, saringan awal kanser mulut dan lawatan rumah.

πŸ“… 3–5 Februari 2026




πŸ‘„ Kanser Mulut: Tanda Kecil, Risiko BesarPernah tak perasan luka kecil dalam mulut yang tak hilang-hilang?Hati-hati ya β€”...
03/02/2026

πŸ‘„ Kanser Mulut: Tanda Kecil, Risiko Besar

Pernah tak perasan luka kecil dalam mulut yang tak hilang-hilang?

Hati-hati ya β€” kadang-kadang tanda kecil boleh bawa risiko yang besar.

πŸŽ™οΈ Podcast Gerobok Senyum Episod 13

Jom kupas topik Kanser Mulut bersama:

πŸ‘©β€βš•οΈ Dr Nuraida Binti Daud
Pakar Pergigian Pra Warta(Kesihatan Awam Pergigian)
Pegawai Pergigian Daerah Muar

🎧 Dibawakan oleh:
πŸŽ™οΈ Dr Muhammad Azim Syahmi
πŸŽ™οΈ Cik Fatin Binti Suhaimi

πŸ—“οΈ 5 Februari 2026 (Rabu)
⏰ 10.00 pagi
πŸ“ Siaran Langsung

πŸ‘‰ Sertai kami secara LIVE di TikTok Pergigian Johor

πŸ“² Atau imbas kod QR pada poster ini

🦷 Jaga Gigi, Jaga Senyuman di Usia Emas!Tahukah anda, gigi sihat membantu warga emas mengunyah dengan baik, bercakap den...
03/02/2026

🦷 Jaga Gigi, Jaga Senyuman di Usia Emas!

Tahukah anda, gigi sihat membantu warga emas mengunyah dengan baik, bercakap dengan jelas dan menikmati hidup tanpa rasa sakit?

Mulakan dari pinggan anda β€” pilih makanan yang mesra gigi seperti:
βœ… Susu & produk tenusu rendah lemak (kaya kalsium)
βœ… Ikan & telur (sumber protein)
βœ… Sayur & buah segar (vitamin untuk gusi sihat)
❌ Kurangkan makanan bergula & minuman berasid

πŸ’‘ Ingat! Gigi sihat, senyuman manis… usia emas lebih berkualiti.
πŸ“£ Mulakan pemakanan sihat hari ini – demi senyuman esok!

Kredit: Dr Kwan Shi Ming (KP Lenga, Muar)
Sumber: Panduan Makanan Warga Emas Di Institusi, KKM




Program Jom Jaga Gigi menyantuni komuniti orang Asli dan masyarakat di sekitar Lenga, Muar. Jumpa anda di sana!
02/02/2026

Program Jom Jaga Gigi menyantuni komuniti orang Asli dan masyarakat di sekitar Lenga, Muar. Jumpa anda di sana!

Selamat Menyambut Hari Thaipusam!
02/02/2026

Selamat Menyambut Hari Thaipusam!

Address

Klinik Pergigian Bandar Maharani, Jalan Hospital
Muar
84000

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:00
Tuesday 07:30 - 17:00
Wednesday 07:30 - 17:00
Thursday 07:30 - 15:30
Sunday 07:30 - 17:00

Telephone

+6069539704

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pergigian Daerah Muar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram