15/11/2022
BAHANA SIHIR AL-AIN
Sihir Al-Ain,Sejak sekian lama dari dahulu lagi perkara ini telah wujud dalam masyarakat kita sehinggalah kini.Di dalam Al Quran dan hadis juga ada menyebut tentang Al Ain dan kesan kemudaratanya.Dalam masyarakat melayu p**a difahami sebagai kena sawan,kena sampuk. pukau,pengasih,keteguran,santau dan lain-lain lagi.
Kita semua sedia maklum,wujud manusia itu dalam keadaan jasmani dan rohani yang sentiasa berhubungkait dalam kehidupan harian.Kerohanian lah yang menghasilkan emosi,perasaan dan fikiran.Jadi setiap manusia mempunyai kerohanian masing-masing yang mana kerohanian ini wujud dalam bentuk tenaga yang bersifat.kerohanian kita inilah yang berkerja dan bergerak untuk cuba menjayakan apa saja keinginan kemahuan yang kita inginkan sama ada baik atau buruk.
Al-AIN atau sihir Ain adalah salah satu sihir yang berlaku menerusi kemahuan,kehendak atau niat seseorang yang negatif pada orang lain tanpa melalui pihak ketiga sebagai contoh (bomoh,dukun atau pengamal- pengamal ilmu) juga tanpa apa-apa upacara dan bahan-bahan tertentu.
Bagaimana Ianya Berlaku?
Setiap manusia yang dilahirkan kedunia ini sudah pun mewarisi kerohanian kedua ibu bapa mereka dan susur galur keturunan yang terdahulu.Dengan kefahaman setiap manusia yang dilahirkan itu disertakan dengan khadam ilmu hasil dari amalan generasi-generasi yang terdahulu(saka keturunan),pernah mengambil ilmu-ilmu pengisian.
sebagai contoh;
ilmu kebal,penunduk,penjaga,pengasih dan sebagainya yang bersifat negatif dan boleh membelenggu kerohanian asal seseorang.
Apabila kerohanian seseorang itu telah dipengaruhi atau dikuasai dengan pelbagai jenis tenaga negatif tadi apabila dibawa dalam kehidupan akan membuatkanya diselaputi dengan unsur hawa nafsu yang semakin hari semakin menebal dan kesanya menaikan dan memarakkan lagi sifat mazmumah dalam diri seseorang yang biasa kita lihat dalam pelaksanaan kehidupan masyarakat kini.
Hasil daripada rohani yang kuat,dipengaruhi unsur tenaga negatif,diselaputi hawa nafsu dan dipenuhi dengan sifat mazmumah maka terhasilah kerohanian yang kuat dan bersifat negatif atau jahat.
“Dan sesungguhnya orang-orang yang kafir itu, hampir-hampir menggelincir dan menjatuhkanmu dengan pandangan mereka,”[QS. Al-Qalam, Ayat 51]
“Al-‘Ain adalah pandangan yang disertai hasad dari tabi’at buruk yang mampu mendatangkan mudharat terhadap yang dipandang.”[Al-Hafiz Hajar Al-‘Asqalani, Fathul Bari, 10/200]
ROHANI yang kuat dan negatif ini, cukup sekadar digerakan oleh detik hati dendam dan benci pada seseorang sudah cukup untuk membuatnya menyerang dan merosakkan kerohanian mangsa.
Secara tidak langsung,Di sini lah terjadinya sihir atau santau Ain secara tidak sengaja yang diluar kesedaran si penyihir juga mangsa,kerohanian mangsa yang terkena Sihir Ain tadi mula rosak dan tidak dapat berfungsi dengan baik,maka timbulah penyakit zahir atau simptom-simptom negatif pada kesihatan mangsa termasuk lah dari sudut emosi,fikiran dan perasaan yang semakin merosot dan tidak setabil dan semakin teruk lagi apabila kehidupan mangsa semakin bermasalah tidak dapat diurus dengan baik seperti sebelumnya.
Kesimp**anya disini Kita semua tidak terlepas dari menjadi mangsa Sihir Al Ain mahupun menjadi sipenyihir.Maka dengan itu renunungkanlah kedalam diri kita adakah hati kita sudah cukup terjaga atau masih dipenuhi dengan hawa nafsu dan mazmumah yang akhirnya membinasakan diri kita sendiri mahupun orang sekeliling kita.
"BERGERAK MENUJU KE ARAH KEHARMONIAN INSAN SEJATI"
Bagi anda yang ingin berikhtiar merawat Sihir Ain mahupun masalah-masalah kesihatan yang lain,Bolehlah mendapatkan khidmat rawatan dan bimbingan perawat dan pengamal kerohanian di Pusat Rawatan Islam Al Muhaymin.
PUSAT RAWATAN AL MUHAYMIN
MOHD NAJIB
(call@wasap)
01127863933