Unit Kesihatan USM Kampus Kejuruteraan

Unit Kesihatan USM Kampus Kejuruteraan Unit Kesihatan USM mula ditubuhkan pada tahun 2001 di Kampus Kejuruteraan Nibong Tebal.

03/11/2025
KURSUS PREHOSPITAL CARA | ๐Ÿ๐Ÿ— ๐‰๐”๐‹๐€๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“Alhamdulillah, Kursus Prehospital Care anjuran Unit Kesihatan Kampus Kejuruteraan...
20/07/2025

KURSUS PREHOSPITAL CARA | ๐Ÿ๐Ÿ— ๐‰๐”๐‹๐€๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“

Alhamdulillah, Kursus Prehospital Care anjuran Unit Kesihatan Kampus Kejuruteraan USM dengan kerjasama Jabatan Kecemasan & Trauma, Hospital Seberang Jaya telah berjaya dilaksanakan pada hari ini, 19 Julai 2025 bertempat di Skill Lab, HSJ.

Seramai 30 orang peserta terdiri daripada pegawai perubatan dan paramedik dari Pusat Sejahtera, Unit Kesihatan, dan PPUSM Bertam telah menyertai kursus ini.

Kursus ini memberi pendedahan penting berkaitan pengurusan kes kecemasan di peringkat pra-hospital termasuk teknik rawatan awal serta pengendalian pesakit sebelum tiba ke hospital.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada barisan penceramah dan fasilitator berpengalaman dari Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Seberang Jaya, serta semua peserta yang komited menjayakan kursus ini.
Terima kasih juga Pusat Transformasi Insan (PTI) USM atas penajaan kursus ini.

Semoga latihan ini dapat meningkatkan kompetensi petugas kesihatan USM dalam memberikan rawatan kecemasan yang pantas dan berkesan di lapangan.




Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1446HAidiladha hadir sebagai simbol agung ketaatan, pengorbanan dan penyerahan dir...
06/06/2025

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1446H

Aidiladha hadir sebagai simbol agung ketaatan, pengorbanan dan penyerahan diri kepada Allah, mengingatkan kita akan kisah luar biasa Nabi Ibrahim A.S., Nabi Ismail A.S. dan Siti Hajar R.A. โ€“ lambang kesabaran, kepatuhan dan keikhlasan dalam menunaikan perintah Ilahi.

Sebagaimana Nabi Ibrahim diuji dengan perintah yang menggentarkan jiwa, Ismail p**a rela menyerah atas dasar iman, dan Siti Hajar berlari tabah antara Safa dan Marwah mencari bekalan buat anaknya - semua itu cerminan taqwa, keyakinan, dan cinta kepada Allah SWT.

Dalam perjuangan kita di Unit Kesihatan, pengorbanan juga dituntut - dalam bentuk masa, tenaga, keilmuan dan kesepaduan โ€“ demi kelangsungan kesejahteraan warga USM yang kita cintai. Maka Aidiladha ini, marilah kita jadikan medan muhasabah; untuk terus ikhlas berkhidmat, menyemai kesatuan, dan meneguhkan niat kerana Allah semata.

Setiap kerja buat kita seharian adalah ibadah,
jika diniatkan dengan taqwa dan ihsan.
Semoga ia menjadi amal jariah dan pemberat mizan di akhirat kelak.

Taqabbalallahu minna wa minkum.
Kullu โ€˜am wa antum bi khayr.
Semoga Allah menerima seluruh amalan dan pengorbanan kita,
dan menyatukan hati-hati kita dalam taqwa dan kasih-Nya.

Selamat Hari Raya Aidiladha 1446H
ุชูŽู‚ูŽุจูŽู‘ู„ูŽ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ู…ูู†ูŽู‘ุง ูˆูŽู…ูู†ู’ูƒูู…ู’

SUNGAI SIPUT, 30 Mei 2025 โ€“ Lebih 300 penduduk Orang Asli di Perkampungan Pos Yum di sini menerima pelbagai manfaat kesi...
06/06/2025

SUNGAI SIPUT, 30 Mei 2025 โ€“ Lebih 300 penduduk Orang Asli di Perkampungan Pos Yum di sini menerima pelbagai manfaat kesihatan, pendidikan dan kebajikan menerusi pelaksanaan Program KPT Prihatin Madani yang berlangsung selama dua hari bermula 24 hingga 25 Mei lalu.

Program anjuran Unit Kesihatan Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) itu mendapat kerjasama strategik daripada Pusat Sejahtera (Unit Pergigian), Pusat Pergigian Kanak-Kanak, Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM โ€“ Pergigian) dan Klinik Pergigian Kuala Kangsar, serta penglibatan aktif para mahasiswa USM.

Baca lanjut :

https://www.eng.usm.my/index.php/en/news/news-list/1177-lebih-300-penduduk-orang-asli-pos-yum-terima-manfaat-program-kpt-prihatin-madani-unit-kesihatan-usm



Penghargaan Ikhlas Buat Dr. Farhi Bin Abidin-Sempena  Penamatan Perkhidmatan atas Pilihan Sendiri di USM.Dengan penuh ra...
05/06/2025

Penghargaan Ikhlas Buat Dr. Farhi Bin Abidin-
Sempena Penamatan Perkhidmatan atas Pilihan Sendiri di USM.

Dengan penuh rasa hormat dan penghargaan, kami seluruh staf Unit Kesihatan Kampus Kejuruteraan USM ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Dr. Farhi Bin Abidin atas segala jasa, kepimpinan, dan dedikasi yang dicurahkan sepanjang 10 tahun perkhidmatan beliau bersama Unit Kesihatan , USM Kampus Kejuruteraan.

Seraut wajah tenang berseri,
Langkah diatur penuh berhati.
Terima kasih atas bakti diberi,
Menjadi cahaya dalam unit ini.

Pelita padam bukan selamanya,
Ada sinar di balik kelam.
Bangkit tuan melakar warna,
Di medan baru penuh ilham.

Patah tumbuh hilang berganti,
Namun yang lama takkan dilupa.
Semoga terus melangkah bererti,
Menuju redha dan rahmat Ilahi.

Sesungguhnya, jasa dan budimu tetap akan kekal dalam ingatan kami.

Terima kasih Dr. Farhi.
Selamat maju jaya di medan baharu.

Ikhlas daripada kami,
Staf Unit Kesihatan
Kampus Kejuruteraan USM.

๐Ÿ“ธ Gotong-Royong Kelestarian Unit Kesihatan | 29 Mei 2025Unit Kesihatan turut serta menyemarakkan Minggu Kelestarian Peri...
29/05/2025

๐Ÿ“ธ Gotong-Royong Kelestarian Unit Kesihatan | 29 Mei 2025

Unit Kesihatan turut serta menyemarakkan Minggu Kelestarian Peringkat Kampus Kejuruteraan dengan mengadakan aktiviti gotong-royong 5S yang melibatkan pengurusan barangan kitar semula dan pembersihan kawasan sekitar Laman Lestari.

Aktiviti bermula jam 3.30 petang melibatkan staf Unit Kesihatan dalam usaha mengumpul ,menyusun dan mengasingkan barangan seperti kotak dan botol plastik untuk tujuan kitar semula.

Pengurusan barangan kitar semula ini diketuai oleh En Abdul Raof yang telah menjayakan inisiatif kitar semula ini secara berkala mengikut jadual yang ditetapkan.

Program ini dilaksanakan serentak bersama PTJ lain di seluruh Kampus Kejuruteraan sebagai tanda komitmen bersama ke arah kampus yang lebih hijau dan lestari.

๐ŸŒฑ Kelestarian bermula dari ruang kita.
๐ŸŒฑ Lestari di tempat kerja, harmoni untuk semua.
๐ŸŒฑ Bekerja dengan Nilai,Memelihara dengan Tanggungjawab.





Program KPT Prihatin Madani Bawa Khidmat Masyarakat ke Perkampungan Orang Asli Pos Yum, PerakPerak, 25 Mei 2025 โ€“ Progra...
29/05/2025

Program KPT Prihatin Madani Bawa Khidmat Masyarakat ke Perkampungan Orang Asli Pos Yum, Perak

Perak, 25 Mei 2025 โ€“ Program KPT Prihatin Madani yang berlangsung selama dua hari pada 24 dan 25 Mei 2025 di Perkampungan Orang Asli Pos Yum, Sungai Siput, Perak telah berjaya menarik penyertaan lebih 300 penduduk kampung melalui pelbagai inisiatif kesihatan, pendidikan dan kebajikan masyarakat.

Program ini merupakan anjuran Unit Kesihatan Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama strategik daripada Pusat Sejahtera (Unit Pergigian), Pusat Pergigian Kanak-Kanak, Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM โ€“ Pergigian), dan Klinik Pergigian Kuala Kangsar, serta sokongan aktif para mahasiswa Kampus Kejuruteraan USM.

Antara aktiviti utama yang telah dijalankan merangkumi:

- Pemeriksaan dan rawatan pergigian percuma,

- Demonstrasi bantuan awal kecemasan (CPR),

- Aktiviti interaktif kesihatan reproduktif, kesedaran pergigian dan akademik untuk kanak-kanak dan remaja, termasuk kemahiran membaca serta pelbagai permainan pendidikan dan sukaneka.

Warga emas turut menerima manfaat melalui lawatan kesihatan dari rumah ke rumah (home visit), manakala booth sumbangan pakaian terpakai turut menerima sambutan menggalakkan daripada komuniti setempat.

Program ini turut diserikan dengan acara sukaneka pada hari kedua, yang berlangsung dalam suasana penuh semangat dan ukhuwah, sekali gus memperkukuh hubungan kekitaan dalam kalangan masyarakat kampung.

Sebagai sebahagian daripada usaha membudayakan kesedaran sivik dalam kalangan remaja, aktiviti gotong royong kutipan sampah turut diadakan sepanjang acara padang sukaneka, menekankan kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar.

Jawatankuasa Kelestarian Kampus Kejuruteraan USM turut memainkan peranan penting dalam menjayakan program ini, terutamanya dalam menguruskan logistik sumbangan barangan. Sumbangan makanan kering diperoleh daripada lima Pusat Tanggungjawab (PTJ), iaitu:

- Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai dan Saliran Bandar (REDAC),

- Pusat Perumahan dan Penginapan Universiti (HAC),

- Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT),

- Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia,

- Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.

Sebanyak 62 kampit beras, 62 botol minyak masak dan pelbagai makanan kering berjaya dikumpulkan sebagai usaha menyokong inisiatif SDG 2: Kelaparan Sifar dan SDG 3: Kesihatan dan Kesejahteraan, sempena Minggu Kelestarian Kampus Kejuruteraan USM.

Dalam ucapan penutup, Dr Azma Hayati, Pegawai Pergigian Unit Kesihatan merangkap Pengarah Program, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Hospital Pakar USM atas peruntukan dana untuk pelaksanaan Mobile Screening Clinic โ€“ Klinik Bergerak KPT Prihatin Madani. Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua rakan kolaborasi, ahli jawatankuasa penggerak, dan seluruh penduduk kampung atas komitmen dan semangat kerjasama yang padu.

Kata-kata menyentuh hati daripada Tok Batin dalam majlis penutup turut menguatkan makna sebenar keprihatinan

โ€œKami tidak berharap kepada wang ringgit, tetapi kami amat mengharapkan perkongsian ilmu daripada pihak tuan. Kerana dengan ilmulah kami boleh mengubah kehidupan kami.โ€

Program ini bukan sahaja memberi impak besar dalam aspek kesihatan dan kesejahteraan, bahkan turut menjadi bukti komitmen USM dan rakan strategiknya dalam menjunjung prinsip keprihatinan, kelestarian dan kesejahteraan komuniti, selaras dengan aspirasi Malaysia Madani serta menyumbang kepada pencapaian SDG 1, 2, 3, 4, 10, 12 dan 17.




Kekal Sihat AidilfitriSyawal adalah bulan kemenangan yang diraikan dengan penuh kesyukuran dan kemeriahan melalui amalan...
28/03/2025

Kekal Sihat Aidilfitri

Syawal adalah bulan kemenangan yang diraikan dengan penuh kesyukuran dan kemeriahan melalui amalan silaturahim dan pelbagai juadah istimewa. Namun begitu, sambutan yang berlebihan tanpa kawalan boleh menyumbang kepada peningkatan risiko penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, dan obesiti โ€“ antara punca utama komplikasi buah pinggang, jantung dan organ penting lain.

Bersempena Hari Buah Pinggang Sedunia 2025 yang telah disambut pada 14 Mac yang lalu, marilah kita bersama-sama meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan buah pinggang.

Tema tahun ini, โ€œAdakah Buah Pinggang Anda OK? - Kesan Awal, Lindungi Kesihatan Buah Pinggangโ€, mengingatkan kita bahawa kesihatan buah pinggang adalah kunci kepada kesejahteraan tubuh secara keseluruhan.

Buah pinggang yang sihat memainkan peranan penting dalam penapisan darah, pengawalan tekanan darah, serta penghasilan hormon yang diperlukan untuk fungsi tubuh yang optimum.
Oleh itu, amat penting bagi kita semua untuk:

โœ… Mengamalkan pemilihan makanan yang sihat
โœ… Mengamalkan gaya hidup aktif walaupun di musim perayaan
โœ… Menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala โ€“ terutama bagi individu berumur 40 tahun ke atas, perokok, dan yang mempunyai sejarah keluarga dengan penyakit kronik.

Sebagai panduan, kami lampirkan info kalori makanan raya dan tip kekal sihat selepas Ramadan untuk membantu anda membuat pilihan yang lebih bijak ketika beraya.

Menghayati didikan Ramadan, Islam sangat menitikberatkan penjagaan kesihatan dan menghindari pembaziran.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Aโ€™raf ayat 31:
โ€œMakan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.โ€

Semoga Syawal kali ini lebih bermakna dengan amalan gaya hidup sihat dan penuh kesederhanaan.

Berhari raya di pagi Syawal,
Kuih dan rendang terhidang elok,
Jagalah makan, sihat kekal,
Tubuh cergas, ibadah pun mantap!
Sekian, Selamat Menyambut Aidilfitri dan teruskan usaha menjaga kesihatan diri dan keluarga.

โ€œSelamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batinโ€
daripada Unit Kesihatan, USM Kampus Kejuruteraan


๐๐ซ๐จ๐ฃ๐ž๐ค ๐Š๐จ๐ง๐ ๐ฌ๐ข ๐‘๐ž๐ณ๐ž๐ค๐ข ๐‘๐š๐ฆ๐š๐๐ก๐š๐ง 1446๐‡ | ๐”๐ง๐ข๐ญ ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐”๐’๐Œ ๐Š๐ž๐ฃ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ญ๐ž๐ซ๐š๐š๐ง Unit Kesihatan telah menyahut seruan kebaikan Rama...
28/03/2025

๐๐ซ๐จ๐ฃ๐ž๐ค ๐Š๐จ๐ง๐ ๐ฌ๐ข ๐‘๐ž๐ณ๐ž๐ค๐ข ๐‘๐š๐ฆ๐š๐๐ก๐š๐ง 1446๐‡ | ๐”๐ง๐ข๐ญ ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐”๐’๐Œ ๐Š๐ž๐ฃ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ญ๐ž๐ซ๐š๐š๐ง

Unit Kesihatan telah menyahut seruan kebaikan Ramadan dengan menghulurkan sumbangan dalam bentuk baucer makanan kepada 20 pelajar asnaf fi sabilillah yang menetap di kampus sepanjang Ramadan.
Projek ini merupakan kesinambungan inisiatif yang dimulakan tahun lalu, bertujuan memupuk nilai kebersamaan dalam kalangan staf Unit Kesihatan untuk membantu pelajar yang memerlukan.

Kali ini, Unit Kesihatan bekerjasama dengan Koperasi KKSSK USM Kampus Kejuruteraan bagi memudahkan pelajar menebus baucer makanan sepanjang bulan mulia ini.

โœจ Harapan kami agar usaha kecil ini dapat meringankan beban pelajar serta menyemarakkan semangat memberi dalam kalangan warga kampus.

๐‘ฒ๐‘ผ๐‘น๐‘บ๐‘ผ๐‘บ ๐‘จ๐‘บ๐‘จ๐‘บ ๐‘ฌ๐‘ฟ๐‘ช๐‘ฌ๐‘ณ ๐‘ซ๐‘จ๐‘ต ๐‘ท๐‘น๐‘ถ๐‘ฎ๐‘น๐‘จ๐‘ด ๐‘ผ๐‘บ๐‘ด๐‘ญ๐‘ฐ๐‘ป - 23 ๐‘ญ๐‘ฌ๐‘ฉ๐‘น๐‘ผ๐‘จ๐‘น๐‘ฐ 2025Pada 23 Februari 2025 yang lepas , staf Unit Kesihatan USM  Kampu...
08/03/2025

๐‘ฒ๐‘ผ๐‘น๐‘บ๐‘ผ๐‘บ ๐‘จ๐‘บ๐‘จ๐‘บ ๐‘ฌ๐‘ฟ๐‘ช๐‘ฌ๐‘ณ ๐‘ซ๐‘จ๐‘ต ๐‘ท๐‘น๐‘ถ๐‘ฎ๐‘น๐‘จ๐‘ด ๐‘ผ๐‘บ๐‘ด๐‘ญ๐‘ฐ๐‘ป - 23 ๐‘ญ๐‘ฌ๐‘ฉ๐‘น๐‘ผ๐‘จ๐‘น๐‘ฐ 2025

Pada 23 Februari 2025 yang lepas , staf Unit Kesihatan USM Kampus Kejuruteraan telah menyertai dua program utama iaitu aktiviti fizikal di bawah program USMFIT diikuti dengan kursus Asas Excel yang disampaikan oleh Dr. Azma Hayati.

Program USMFIT bermula pada jam 7:30 pagi dengan aktiviti berjalan pantas (brisk walk) mengelilingi kawasan dalam kampus USM Kejuruteraan. Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan kesihatan fizikal dan menggalakkan gaya hidup aktif dalam kalangan staf.

Usai sarapan ,Kursus Asas Excel dimulakan pada jam 9:00 pagi di Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT) USM Kampus Kejuruteraan. Dr. Azma Hayati telah berkongsi ilmu memberikan pendedahan tentang penggunaan asas Microsoft Excel yang sangat penting dalam pengurusan data di tempat kerja.

Antara objektif kursus ialah menggarap kemahiran asas staf dalam menggunakan Microsoft Excel bagi menguasai fungsi-fungsi Excel untuk keperluan harian dan kerja profesional.Kursus ini turut dibuka secara atas talian kepada staf Pusat Sejahtera USM Induk dan mendapat penyertaan yang menggalakkan.

Program pada 23 Februari 2025 ini berjaya mencapai tujuannya untuk meningkatkan kesihatan fizikal dan kemahiran digital staf. Aktiviti fizikal melalui program USMFIT dan kursus Asas Excel yang bermanfaat telah memberikan staf UKKJ peluang untuk memperbaiki kesihatan mereka serta meningkatkan kecekapan dalam menggunakan alat pengurusan data yang penting seperti Microsoft Excel.

Kami berharap agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memberi manfaat kepada diri dan jabatan.



15/01/2025
Selamat Hari AIDS Sedunia yang disambut di seluruh dunia.Bersama tangani ketidaksamaan yang mampu menghalang kemajuan da...
16/12/2024

Selamat Hari AIDS Sedunia yang disambut di seluruh dunia.

Bersama tangani ketidaksamaan yang mampu menghalang kemajuan dalam mencapai sasaran untuk mengakhiri epidemik AIDS menjelang akhir 2030.

Amalkan gaya hidup sihat dan jauhi tingkah laku berisiko yang boleh menjejaskan kesihatan diri dan individu yang disayangi.

Address

Nibong Tebal
14300

Opening Hours

Monday 08:00 - 19:00
Tuesday 08:00 - 19:00
Wednesday 08:10 - 19:00
Thursday 08:00 - 19:00
Friday 08:00 - 19:00
Sunday 09:00 - 16:00

Telephone

+6045995201

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Kesihatan USM Kampus Kejuruteraan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Unit Kesihatan USM Kampus Kejuruteraan:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram