Mader Nona

Mader Nona Mader Nona menyediakan :
• perkhidmatan urutan tradisional utk kaum wanita shj.

(sengkak, tungku, refleksologi)
• pakej urutan lepas pantang
• Perkhidmatan dari rumah ke rumah

19/09/2024

Assalamualaikum.. dah berlapok fb mader.. insyAllah lepas ni kembali bersiaran.. ❤️ masih aktif mengurut sana sini..Alhmdulillah..
Semoga semua sihat2 selalu..

Assalamualaikum ladies and ladies.. Promo Promo!! Haa ada yg lama x servis badan tu.. angin pun dah b*k smpi sakit2 bada...
08/12/2023

Assalamualaikum ladies and ladies..
Promo Promo!!

Haa ada yg lama x servis badan tu.. angin pun dah b*k smpi sakit2 badankan.. dah start nak marah2 , murung2, depress2, kesian kat badan.. mari booking slot dgn mader utk kasi servis badan tu, jgn pikir panjang2 lagi.. badan nak kena ringan bebas angin baru cergas buat kerja, gembira dan ikhlas.. Lagi satu jgn risau ye mader ni tukang urut bertauliah ye, bukan dpt ilmu urut dari mimpi atau dari saka.. takde mandrem2.. aku geram betul sbb kdg2 diorg ni ingat tukang urut ni semua mandrem2.. buat hall betul.. dah taknak ckp b*k
jom booking slot dgn mader..

Btw harga ni valid utk client yg dtg ke lokasi mader shj.. klu nak mader dtg rumah client ada cas transpot dan angkut peralatan rm20 ke atas bergantung lokasi client.

Mader cover area Nilai, Sepang, Salak tinggi, Seremban, KL jugak kdg2 bergantung klu korg panggil sekali urut 2 3 org setempat mader dtg dgn pantas..

www.wasap.my/60173847424/promomadernona

Assalamualaikum. Bismillahirrahmanirrahim..Posting ini utk wanita sahaja.Jgn dibuat main2 dgn penyakit angin. Simptom2 a...
26/11/2023

Assalamualaikum. Bismillahirrahmanirrahim..

Posting ini utk wanita sahaja.

Jgn dibuat main2 dgn penyakit angin. Simptom2 angin ialah, sakit belikat smpi ke pinggang, badan lemah dan lesu, asik nak marah2, murung dan depression, perut rasa kembung, sendawa kerap. Untk wanita yg ada simtom2 ni saya boleh bantu dgn cara urutan keluarkan angin2 jahat dlm badan. Sauna pun salah satu ikhtiar yg mujarab utk keluarkan angin dan toksik dlm badan. Skrg ni saya buat promosi utk urutan satu badan saya akan buatkan sauna herba secara percuma kepada 10 org pertama yg wassap saya. Wassap saya dgn segera utk dptkan slot mggu depan. Saya cover area seremban, nilai, sepang, bangi, kajang, salak tinggi.

www.wasap.my/0173847424/urutansaunabuangangin



WhatsApp Messenger: More than 2 billion people in over 180 countries use WhatsApp to stay in touch with friends and family, anytime and anywhere. WhatsApp is free and offers simple, secure, reliable messaging and calling, available on phones all over the world.

Assalamualaikum.. post ni utk wanita sahaja . Siapa yg ada mslh sakit2 belikat, pinggang, perut rasa kembung, asik2 seda...
17/11/2023

Assalamualaikum.. post ni utk wanita sahaja . Siapa yg ada mslh sakit2 belikat, pinggang, perut rasa kembung, asik2 sedawa je.. mgkin awak ada penyakit angin. Bila badan terlalu b*k angin kdg2 boleh lead to anxiety atau kemurungan yg berpunca dari gerd atau angin medu. Insyaa Allah saya boleh bantu dgn cara urutan buang angin medu. Alhmdulillah ramai dah saya bantu.. Urutan hanya untuk wanita sahaja ye. Klu anda ada mslh di atas boleh hubungi saya..saya cover area Nilai, Sepang, Salak Tinggi, Seremban..

www.wasap.my/60173847424/urutanginmedu




WhatsApp Messenger: More than 2 billion people in over 180 countries use WhatsApp to stay in touch with friends and family, anytime and anywhere. WhatsApp is free and offers simple, secure, reliable messaging and calling, available on phones all over the world.

Maya czer (lepas 6cm jln tak bukakw berejam2 smpi maya dah lemak dlm perut)Maalik normal (alhmdulillah merasa skali kelu...
24/09/2022

Maya czer (lepas 6cm jln tak bukakw berejam2 smpi maya dah lemak dlm perut)
Maalik normal (alhmdulillah merasa skali keluar 4kg)
Faleeq (breech baby, menegak kepala kat atas kaki kat bawah)

"Selepas Czer Nak Berdehem Pun Sakit, Belum Terbersin, Rasa Nak Terbarai Isi Perut"

Nak tanya sikit, ibu yang beranak secara czer ini hina sangat ke macam mana eh?

Sebab ibu yang beranak normal asyik cakap “Nikmat beranak normal tak sama dengan beranak czer. Bla… bla… bla..”

*tak semua yang mulut puaka macam itu.

Ini saya nak jawab sikit. Yang beranak secara czer ini pun beranak juga. Mengandung juga macam korang 9 bulan, anak diusung ke hulu ke hilir dalam perut ini. Cuma tak merasalah teran meneran segala itu. Tapi tak semestinya semua ibu czer tak merasa contraction. Ada yang merasa dua-dua. Dah contraction setengah mati, tapi jalan tak buka-buka lagi atau baby lemas. Air ketuban kurang and so on.

Dah jangan cakap banyak, redha sodok masuk OT, emergency czer. Redha perut 7 lapis kena lapah, kena sulam, jahit-jahit stapler. Kalau tak tahu stapler itu apa, pergi Google.

Selepas lapah-lapah itu, hanya Allah sahaja yang tahu sakit hilang bius itu macam mana. Menggigil badan. Jangan cakap suami saja yang cemas, kawan baik aku sendiri pun cemas. Siap terjerit-jerit panggil nurse minta pain killer sebab tak sanggup tengok kawan dia dah terketar-ketar macam ayam kena sembelih.

Yang selalu kata, “Alah, bersalin czer tak sama sakitnya seperti bersalin normal”, luka terkena pisau di jari pun korang dah mengelupur macam jari itu putus. Inikan p**a kami yang czerian mother ini kena lapah-lapah? Boleh cakap,

“Kami ini bersabung nyawa nak push anak itu keluar. Yang czer relax saja, bius, baring dan tahu-tahu anak dah keluar, senang saja tak payah berpeluh-peluh, nurse tak payah marah-marah, jerit-jerit..”

Allahuakbar, apa punya statement la? Haih!

Untuk makluman, sebelum kami baring syok-syok di atas meja melapah perut itu, kami kena peluk bantal syok-syok wohh untuk serah tulang belakang pada pakar bius. Kalau salah bius, boleh lumpuh satu badan. Jarum yang digunakan p**a, jarum besar.

Eh mana sakit, korang yang ambil darah pun tak sakit, kan? Sebab jarum itu kecil saja. Ini jarum besar cucuk tulang belakang itu, mana ada sakit. Tip**ah kalau cakap sakit. Isk! Isk! Isk!

Kalau boleh, kitorang pun nak jerit-jerit juga. Nak juga merasa jerit sesuka hati dalam hospital. Bukan senang dapat jerit dalam hospital. Itu rare! Ibu bersalin saja yang pihak hospital bagi peluang itu. Hahaha!

Ibu czer ini, selepas dibius, muka dah pucat lesi, menahan kesejukan dalam bilik OT sambil merenung lampu OT itu, siap boleh nampak macam cermin lagi perut kitorang ini dirobek-robek. Kot terjerit, takut tersembur isi perut nanti. Kalau jerit-jerit keluar baby tak apa. Tapi best juga jerit-jerit free ini. Haha!
By the way, “tak ada risikolah bersalin secara czer ini. Bukannya dapat pahala syahid pun kalau meninggal sebab beranak czer,”. Aiyoyo, yeke? Macam bukan sama je ke? Enlighten me up please.

“Selepas pantang bestlah sebab tak payah jaga nak duduk macam mana pun sebab ‘ehem’ itu tak berjahit. Tak risau longgar ke, kembang ke…”

Nak tersembur air milo aku dengar statement tu. Kau tahu tak selepas czer, nak berdehem pun sakit, ya Allah! Itu belum lagi kalau terbersin. Rasa nak terbarai isi perut yang berjahit panjang 10 sentimeter itu. Nak mengiring badan, nak bangun pun azab, ya Allah. Lagi nak duduk terkangkang?

Rahim tetap rahim, tak kira selepas bersalin normal atau czer, mesti kena jaga. Bukan ‘ehem’ itu la, tetapi rahim. Rahim yang czer ini lagi teruk nak dijaga. Silap jaga, silap makan, silap bergerak, mau koyak rabak. Mungkin di luar tak, tetapi dalaman? Tahu kesan koyak dalaman? Internal bleeding. Itu belum lagi salah makan, mau bernanah-nanah busuk!

Apa yang terjadi kalau dah begitu? Ada kes yang kena pergi hospital semula dan doktor buka semula jahitan, bersihkan semula dan jahit semula. 10 sentimeter ye, bukan 2 sentimeter. Menggigil tahan sakit.

Jadi, jangan bezakan bersalin normal dengan czer. Setiap orang Allah dah sediakan jalan cerita dia. Siapa kita untuk menilai kehidupan dia? Cara dia melahirkan khalifah di bumi Allah. Saya teringin sangat-sangat nak bersalin normal. Allah, sakitnya yaraabi. Saya tak kata bersalin normal tak sakit dan senang. Tidak sama sekali. Cuma tahap kesakitannya itu berberza bagi setiap ibu. Ada bahagian masing-masing. Normal pun sakit, czer pun sakit. Bagi saya, kedua-duanya sama sakit.

Saya juga merasa sakit contraction berjam-jam, cuma tak merasan meneran sebab pintu tak buka-buka. Agaknya masa itu tak ada elektrik, itu sebabnya pintu gate automatik saya ini tak bergerak untuk buka. Kena buka secara manuallah. Haha!

Apa pun, cara bersalin itu ada kelebihan dan kekurangan. Kita sama-sama wanita, sama-sama bergelar ibu yang Allah menjadikan kita untuk melahirkan dan mendidik anak-anak kita. Supportlah each other in no matter how cara kita melahirkan amanah Allah itu. Jangan perlekehkan cara ibu lain melahirkan anaknya. Sebaliknya, kongsi pengalaman dan tips penjagaan pre, pro dan post pregnancy tanpa membanding beza.

Bukan nak hentam orang bersalin normal, saya cuma kongsi jawapan kepada persoalan segelintir ibu-ibu yang keluar statement yang tidak baik seperti di atas. Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri. Lain orang, lain gaya sakitnya. Janganlah merendahkan ibu yang bersalin czer ini, sedih tau. Kalau nak kongsi pengalaman bersalin masing-masing, silakan. Tetapi janganlah hentam sesama diri.

Buat suami, jerih perih kami si ibu mengandung melahirkan serta mendidik tanpa ada cuti waima public holiday pun non hado, bahkan sehingga ke hujung nyawa tugas kami sebagai ibu kepada naak-anak, aset ke syurga kita tak pernah berhenti. Jadi, ringankanlah tubuh badan mental fizikal untuk bersama-sama memikul tugas tersebut bersama. Barulah betul bahagia till jannah. InshaAllah.

Kredit: Ila Rahman

Nur Afiqah
IG : pakarhamil_malaysia

😍😍
28/08/2022

😍😍

16/03/2022

10 TANDA RAHIM KEMBANG, RAWAT ATAU BIAR MELARAT?
1) Banyak keputehan
2) msv berair
3) Seluar dalam sentiasa dalam keadaan basah
4) Perut selalu terasa kejang
5) Period tidak normal
6) Perut buncit
7) Sakit ketika berhubungan
8) Tumit kaki sakit
9) Kerap terkucil
10) Keluar air daripada organ intim setiap kali terbatuk/bersin
Mahukan rawatan seawal seminggu?
Jus Bella boleh AMBIL DULU, BAYAR LEPAS GAJI.
klik Wasap dibawah untuk kami bantu.👇
klik sini https://RawatRahimKembang.wassap.my/
klik sini https://RawatRahimKembang.wassap.my/
klik sini https://RawatRahimKembang.wassap.my/

23/02/2022

A. Sumber Makanan yang KURANG SESUAI untuk PESAKIT BUAH PINGGANG (Bahagian 1)

1. Minuman Ringan: Sesetengah minuman ringan patut dielakkan oleh pesakit buah pinggang kerana ia mengandungi fosforus yang tinggi. Kandungan fosforus yang tinggi dalam darah boleh membuatkan tulang jadi lemah dan tingkatkan risiko tulang patah.

2. Susu: Susu kaya fosforus, potassium dan protein. Kajian menunjukkan 1 cawan susu mengandungi lebih 200 mg fosforus dan lebih 300 mg potasium. Meminum terlalu banyak susu boleh tingkatkan risiko reput tulang di kalangan pesakit buah pinggang.

3. Roti Wholemeal, Beras Perang dan Beras Rebus. Kandungan fosforus dan potassium yang tinggi dalam roti wholemeal beras perang dan beras rebus

4. Avocado: Avocado merupakan sumber diet sihat, walaubagaimanapun pesakit buah pinggang perlu elakkannya. Ini kerana kandungan potassium dalam buah avocado (485 mg/100g) adalah lebih tinggi berbanding pisang (385mg/100g)

5. Air Kelapa: Memandangkan kandungan potassium agak tinggi dalam air kelapa muda (lebih 200mg/100ml), pesakit buah pinggang perlu hadkan pengambilan air kelapa tua atau muda

6. Pisang: Pisang adalah sumber kaya potassium dan perlu dihadkan penggambilannya oleh pesakit buah pinggang.

7. Honeydew: Kajian menunjukkan honeydew lebih tinggi (228 mg/100g) kandungan potassium berbanding tembikai (112 mg/100g)

8. Jus Oren: Jus oren tinggi potassium dan perlu dihadkan penggambilannya oleh pesakit buah pinggang.

Ikuti sambungannya dalam bahagian ke 2

Ph.D KMN
Principal Scientist


Rujukan:
1.Jillian Kubala, MS, RD on November 18, 2019The 20 Best Foods for People with Kidney Disease
2.Kaitlyn Berkheiser May 6, 201817 Foods to Avoid If You Have Bad Kidneys
3.Renal Diet Basics. https://my.clevelanclinic.org
4.Int. J. Mol. Sci (2017) doi:10.3390/ijms18091980 (Saintis Mexico)
5.Renal Filure 33(7): 718-725 (2011) (Saintis Turki)
6.Iranian Journal of Kidney Diseases (7)(5). September 2013 (Saintis Turki)

12/02/2022
29/01/2022

Proses kehamilan sehinggalah proses kelahiran memerlukan pengorbanan yang besar dari si ibu

22/01/2022

Apabila menyusu pasti ada masanya puting akan luka atau merekah kan? Ada ni**le cream terbaik yang boleh merawat, jom semak 7 jenama pop**ar.

08/01/2022

Mungkin ramai beranggapan perut seorang wanita hamil akan mendadak kempis setelah beranak. Namun nampaknya, sebilangan besar masyarakat masih kurang cakna

Address

Nilai
71800

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mader Nona posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram