Syafiq Nordin

Syafiq Nordin Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Syafiq Nordin, Doctor, KLINIK AISYAH YUSOF, Nilai.

RESTORATIVE MEDICINE, TUNG ACCUPUNCTURE DOCTOR (MD.RMP)
Corporate Medical Checkup / Training HRDC
Produk Suplemen/Kalislab/Daging
Tadika/Rumah warga emas

Barangan Kalislab di sini :
https://tinyurl.com/y757jjra

[ MEMBERI = FLOW = LIFE ]Memberi bukanlah istilah asing, bukan sekadar satu perbuatan baik yang dicipta manusia. Ia sebe...
20/02/2026

[ MEMBERI = FLOW = LIFE ]

Memberi bukanlah istilah asing, bukan sekadar satu perbuatan baik yang dicipta manusia. Ia sebenarnya sudah tertanam dalam sistem ciptaan sejak awal. Konsep sedekah dalam Islam bukan sekadar ibadah. Ia selari dengan fitrah biologi.

Lihat sahaja alam. Pokok memberi oksigen tanpa memilih siapa yang bernafas. Matahari memberi cahaya tanpa menunggu balasan. Tanah memberi nutrien agar kehidupan lain dapat terus tumbuh. Dalam setiap sistem ciptaan ini, ada satu prinsip yang berulang. Sesuatu dalam rantaian, mesti memberi agar keseluruhan sistem terus hidup. Walhal padang pasir pun turut memberi kepada hutan untuk hutan itu subur.

Tubuh manusia sendiri hidup melalui proses memberi. Sel memberi signal kimia kepada sel lain, organ memberi fungsi tertentu. Sistem imun memberi perlindungan seluruh jasad. Bila proses memberi ini terganggu, barulah penyakit muncul, stagnation of flow.

Bila kita memberi, badan sebenarnya menjadi lebih tenang. Otak melepaskan bahan kimia yang buat kita rasa lega, selamat dan ada makna, sementara hormon stres menurun. Degupan jantung dan pernafasan jadi lebih stabil, emosi lebih terkawal, dan badan mudah masuk ke keadaan rehat serta pemulihan. Sebab itu ramai rasa “lapang” selepas memberi.

Ada kajian epidemiologi tunjuk individu yang aktif memberi masa atau bantuan sosial, risiko mortaliti lebih rendah dan kualiti hidup lebih baik pada usia tua.
(Link di komen)

Sistem sosial manusia pun melibatkan flow yang efisyen. Lihat sistem kewangan. Sekiranya fiat itu berada pada satu kelompok sahaja, berlaku la krisis kewangan yang melibatkan seluruh kehidupan manusia yang lain.

Konsep memberi bukan hanya soal wang. Ia tentang tenaga, masa, ilmu, perhatian, malah termasuk juga nasihat dan doa. Memberi membuka flow, membuka peluang, bukan sahaja kepada penerima, tetapi juga kepada pemberi. Dalam banyak keadaan, yang kita panggil “rezeki” sebenarnya ialah sistem kehidupan yang kembali seimbang apabila proses aliran memberi berlaku.

Kadangkala kita fikir memberi itu satu pengorbanan besar. Hakikatnya, memberi ialah sifat asal kehidupan. Selagi mana jasad tak merasa terbeban untuknya.

Kita tidak menambah sesuatu yang asing. Kita hanya kembali kepada design semula jadi yang telah Allah tetapkan dalam setiap makhluk.

Mungkin persoalannya bukan “mampukah aku memberi?”, tetapi, “dalam bentuk apa sistem hidupku hari ini boleh terus memberi?”

Stay Curious

Dr Syafiq Nordin
Restorative Medicine
1st batch PCRM





=====

Di Klinik Aisyah & Yusof, Nilai, kita bagi sampel tasting minyak secara percuma. Kalau belum cuba, boleh datang dan singgah. Untuk konsultasi kesihatan pun boleh turut hadir.

==========

Dapat sesuatu dari perkongsian ini? Jom Res.Q!
💳 Sumbangan boleh disalurkan ke akaun di bawah:
Restorative Medicine Association / Persatuan Perubatan Restoratif Malaysia (REMA)
Bank: CIMB
Account Number: 8605620939

==========

Servis:
- Rawatan kesihatan melihat sudut pandang Perubatan Restoratif.
- Pemeriksaan kesihatan di Klinik Aisyah Yusof (Nilai).
- Rawatan IV Drip ke rumah sekitar Nilai, Sepang, Enstek.
- Penjagaan warga emas Alexa Villa, Sendayan.
- Kalislab Partner & Fat Fasting Advocate.
- Hantaran suplement kesihatan ke rumah anda.
- Hantaran daging premium Grassfed ke rumah anda.

18/02/2026

Selamat menyambut bulan Ramadan.

Semoga kita dapat menghayati kelebihan bulan ini, meneladani dan terus mengamalkan gaya hidup Ramadan.

Team Alexa
Restorative Medicine


[ Yang Jelas Pun Boleh Dikaburkan... Apatah Lagi Ilmu Kesihatan yang Kompleks... ]Bila kita renung isu sosiopolitik yang...
18/02/2026

[ Yang Jelas Pun Boleh Dikaburkan... Apatah Lagi Ilmu Kesihatan yang Kompleks... ]

Bila kita renung isu sosiopolitik yang berlaku di sekeliling kita. Perkara yang nampak jelas di mata pun boleh berubah makna hanya kerana naratif, sudut pandang, atau cara ia disampaikan. Bila persepsi mendahului kefahaman, yang terang boleh kelihatan kabur.

Sebab itu saya selalu ingatkan diri saya, kalau perkara yang jelas nyata pun boleh disalah tafsir, apatah lagi ilmu kesihatan, yang memerlukan proses training yang lama, kajian yang mendalam, kadang snagat kompleks.

Membuatkan diri sendiri untuk terus menerus belajar dan mendalami bidang ilmu ini.

Ambil contoh perbincangan tentang ivermectin, vitamin C, dan kanser.

Ada yang terlalu cepat mengangkatnya sebagai penawar, ada p**a yang terlalu cepat menolaknya tanpa mahu melihat data yang sedang berkembang. Hakikatnya, dalam dunia sains, sesuatu rawatan bukan ditentukan oleh satu tajuk berita atau satu kajian sahaja. Ia terbina dengan masa yang panjang, jumlah kajian yang banyak, dan proses penilaian tertentu.

=====

Vitamin C contohnya.

Sudah puluhan tahun dikaji dalam masalah kanser, termasuk penggunaan dos tinggi secara intravenous sebagai rawatan sokongan. Ada kajian yang menunjukkan potensi dari sudut fisiologi dan metabolik, namun ia tetap memerlukan konteks klinikal yang betul dan bukan pengganti rawatan utama tanpa penilaian doktor.

=====

Begitu juga ivermectin.

Penyelidikan awal yang diterbitkan, melihat kesan yang positif pada sel kanser di makmal. Tetapi perjalanan dari makmal ke rawatan klinikal adalah panjang. Melibatkan dos, keselamatan jangka panjang, interaksi ubat, dan keberkesanan sebenar pada manusia. Proses ini mengambil masa, bukan hari atau minggu.

=====

Ilmu kesihatan bukan lahir semalaman. Ia terbina dari ribuan jam pemerhatian klinikal, kajian demi kajian, perbahasan ilmiah, dan pengalaman manusia yang berlapis generasi.

Namun hari ini, maklumat bergerak lebih laju daripada proses memahami. Satu gambar atau potongan video atau satu tajuk sensasi boleh membuatkan sesuatu yang kompleks kelihatan terlalu mudah.

Akhirnya ramai yang jadi pening kepala. Bukan kerana ilmu itu keliru, tetapi kerana kita melihatnya tanpa keseluruhan konteks kita sebagai seorang manusia, punyai fisiologi yang saling melengkapi, dinamik mengikut kepada rutin tuan badan, hubungan dengan alam dan hidupan lain.

Mungkin di sinilah kita perlu pause sekejap.

Apakah ilmu kesihatan yang kita ada sekarang ibarat isu sosiopolitik yang tular, boleh ubah2 mengikut peredaran zaman?

Kenapa masalah kencing manis, darah tinggi, obesiti, kian meningkat walaupun dikatakan ilmu kesihatan itu semakin solid seperti yang diwarwarkan oleh pihak tertentu?

Adakah kita benar-benar melihat gambaran penuh sebelum membuat kesimp**an?

Kerana dalam dunia yang penuh naratif, ketenangan untuk memahami adalah satu bentuk kebijaksanaan.

Stay Curious

Dr Syafiq Nordin
Restorative Medicine
1st batch PCRM





==========

Dapat sesuatu dari perkongsian ini? Jom Res.Q!

💳 Sumbangan boleh disalurkan ke akaun di bawah:
Restorative Medicine Association / Persatuan Perubatan Restoratif Malaysia (REMA)
Bank: CIMB
Account Number: 8605620939

==========

Servis:

- Rawatan kesihatan melihat sudut pandang Perubatan Restoratif.
- Pemeriksaan kesihatan di Klinik Aisyah Yusof (Nilai).
- Rawatan IV Drip ke rumah sekitar Nilai, Sepang, Enstek.
- Penjagaan warga emas Alexa Villa, Sendayan.
- Kalislab Partner & Fat Fasting Advocate.
- Hantaran suplement kesihatan ke rumah anda.
- Hantaran daging premium Grassfed ke rumah anda.

HBOT & Kanser.Antara manfaat HBOT untuk pesakit kanser:✅ Tingkatkan bekalan oksigen ke tisu rosak✅ Bantu penyembuhan luk...
18/02/2026

HBOT & Kanser.

Antara manfaat HBOT untuk pesakit kanser:

✅ Tingkatkan bekalan oksigen ke tisu rosak
✅ Bantu penyembuhan luka selepas surgery
✅ Kurangkan kesan sampingan radioterapi
✅ Bantu kes radiation injury (cystitis, proctitis)
✅ Kurangkan bengkak & keradangan
✅ Tingkatkan pembentukan salur darah baru
✅ Sokong pemulihan tisu lembut & tulang
✅ Kurangkan sakit kronik akibat radiasi
✅ Percepat pemulihan selepas prosedur invasif
✅ Boleh bantu sensitiviti tumor terhadap radioterapi

Hyperbaric Oxygen Therapy (HBOT) boleh menjadi rawatan sokongan yang membantu “terrain” badan pulih dengan lebih baik.

Stay Curious

Dr Syafiq Nordin
Restorative Medicine
1st batch PCRM





==========

Dapat sesuatu dari perkongsian ini? Jom Res.Q!

💳 Sumbangan boleh disalurkan ke akaun di bawah:
Restorative Medicine Association / Persatuan Perubatan Restoratif Malaysia (REMA)
Bank: CIMB
Account Number: 8605620939

==========

Servis:

- Rawatan kesihatan melihat sudut pandang Perubatan Restoratif.
- Pemeriksaan kesihatan di Klinik Aisyah Yusof (Nilai).
- Rawatan IV Drip ke rumah sekitar Nilai, Sepang, Enstek.
- Penjagaan warga emas Alexa Villa, Sendayan.
- Kalislab Partner & Fat Fasting Advocate.
- Hantaran suplement kesihatan ke rumah anda.
- Hantaran daging premium Grassfed ke rumah anda.

Sumbangan Ramadan PrihatinPusat Jagaan Warga Emas Alexa Villa(Link untuk hubungi di komen)Ramadan adalah bulan keprihati...
18/02/2026

Sumbangan Ramadan Prihatin
Pusat Jagaan Warga Emas Alexa Villa
(Link untuk hubungi di komen)

Ramadan adalah bulan keprihatinan dan kebersamaan.
Pada usia emas, mereka memerlukan lebih daripada sekadar tempat tinggal —
mereka perlukan penjagaan, keselesaan dan maruah hidup.

Sempena bulan Ramadan ini,
Alexa Villa Senior Care Centre menjemput masyarakat untuk menyumbang barangan keperluan dan aset bagi menyokong kesejahteraan warga emas yang kami jaga setiap hari.

Kami tidak mengumpul sumbangan wang,
sebaliknya menerima barangan yang masih elok dan selamat digunakan —
kerana satu barangan kecil mampu memberi impak besar dalam kehidupan mereka.



🧺 Keperluan harian
🪑 Perabot
🧊 Peralatan elektrik
🩺 Keperluan penjagaan warga emas

Sumbangan anda ramadan ini,
Pelaburan anda di akhirat nanti


Reshare regarding vitamin C in cancer. Adakah boleh dimasukkan ke dalam guideline rawatan?
16/02/2026

Reshare regarding vitamin C in cancer.

Adakah boleh dimasukkan ke dalam guideline rawatan?

Vitamin C study on terminal ca

- relief from bone pain due to metastases and from other mass effects (headache, Horner’s syndrome, laryngeal nerve paresis).

- significant reduction in the rate of re-accumulation of malignant ascites and malignant pleural effusion, reduction in the degree of hematuria, reversal of terminal malignant jaundice, or a decrease in the erythrocyte sedimentation rate

- mean survival time was more than 4 times longer for the ascorbate treated subjects (receiving 10 g intravenously for 10 days and orally thereafter) than for controls not receiving vitamin C; moreover, survival time of 10% of the former group was 20 times greater than in controls

- improved appetite, strength, activity level, and pain control

- hasten immune recovery and thereby prevent infectious complications

=====

Vitamin C is and old, generally available, cheap, effective to multiple indications. How do we incorporate in our management so far?

Get to discuss this with your healers.

Stay Curious

Dr Syafiq Nordin
Restorative Medicine

16/02/2026

Bila ivm diberi peluang dikaji semula, barangkali buka peluang untuk banyak lagi modaliti lain yg boleh digunapakai untuk rawatan.

Ivermectin & KanserBaru-baru ini keluar berita bahawa National Cancer Institute di Amerika sedang mengkaji semula iverme...
15/02/2026

Ivermectin & Kanser

Baru-baru ini keluar berita bahawa National Cancer Institute di Amerika sedang mengkaji semula ivermectin, untuk melihat potensi molekul ini dalam mempengaruhi sel kanser.
(Link bacaan di komen.)

Berita ini kiranya adalah suatu berita yang gembira kerana mereka masih lagi terbuka untuk membuat kajian. Oleh kerana banyak desakan dari banyak pihak untuk sekian lama menyatakan keberkesanan molekul ini di luar dunia makmal dan kajian.

Ivermectin pernah menunjukkan beberapa kesan seperti:Mengganggu signalling AKT-mTORMengaktifkan autophagyMengurangkan resistance terhadap kemoterapi

Kalau kajian ini berjaya membuktikan ada kesan yang positif pada rawatan, barangkali dapat mengurangkan beban kos rawatan oleh kerana ivermectin ialah ubat yang dah sudah lama dalam pasaran dan harga yang berpatutan.

Kita lihat bagaimana kajian ini dibuat dan tunggu hasil reportnya.

Namun.

Dalam Perubatan Restoratif, kita merawat penyakit bukan sekadar dengan ubatan semata-mata.

Tubuh manusia bukan sekadar koleksi sel. Ia adalah ekosistem hidup yang berkait rapat dengan hormon, nutrisi, imuniti, tekanan hidup, metabolisme.

Lifestyle and environment.

Dan mungkin… soalan yang lebih besar bukanlah ubat apa bunuh kanser, tetapi apakah keadaan dalaman tubuh yang membenarkan kanser hidup.

Kajilah dengan lebih menyeluruh.
Kalau tak dapat jawapan yang memuaskan hati, teruskan mencari.
Kerana pilihan di tangan kita.

Stay Curious

Dr Syafiq Nordin
Restorative Medicine
1st batch PCRM





==========

Dapat sesuatu dari perkongsian ini? Jom Res.Q!

💳 Sumbangan boleh disalurkan ke akaun di bawah:
Restorative Medicine Association / Persatuan Perubatan Restoratif Malaysia (REMA)
Bank: CIMB
Account Number: 8605620939

==========

Servis:

- Rawatan kesihatan melihat sudut pandang Perubatan Restoratif.
- Pemeriksaan kesihatan di Klinik Aisyah Yusof (Nilai).
- Rawatan IV Drip ke rumah sekitar Nilai, Sepang, Enstek.
- Penjagaan warga emas Alexa Villa, Sendayan.
- Kalislab Partner & Fat Fasting Advocate.
- Hantaran suplement kesihatan ke rumah anda.
- Hantaran daging premium Grassfed ke rumah anda.

15/02/2026

Ubat ni ibarat nasihat ibu pd anak yg nakal. Selagi ibu hidup, masih ada bimbingan, panduan. Bila dah tiada, panduan pun hilang.

This point is just lovely. Convenient. Boleh buat kerja sambil2Felt good. Dr Syafiq NordinTung Accupunture
14/02/2026

This point is just lovely.

Convenient. Boleh buat kerja sambil2

Felt good.

Dr Syafiq Nordin
Tung Accupunture

14/02/2026

Ada yang singkirkan daging dari diet, konon takut akan penyakit. Tapi bahan artificial masih memenuhi ruangan dapur. Ironi hidup.

14/02/2026

Seluruh badan ada network yg saling berhubung. Bila kelancaran aliran tersekat, keseimbangan hilang. Penyakit datang.

Address

KLINIK AISYAH YUSOF
Nilai

Telephone

+60123222695

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Syafiq Nordin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category