08/02/2026
Produk FDI: Jangan Mudah Percaya Dakwaan Luar Biasa ๐ฑ๐
Artikel ini disediakan oleh Puan Nurul Aimi Mohd Reduzan, pegawai farmasi Bahagian Regulatori Farmasi Negara.
Sejak kebelakangan ini, pelbagai iklan produk minuman kesihatan semakin giat dipromosikan di Internet. Warna pembungkusannya yang menarik serta label yang sarat dengan dakwaan mampu menyingkirkan toksin, menguatkan sistem imuniti dan menurunkan berat badan menjadikannya tumpuan pengguna. Daya tarikan inilah yang mendorong ramai untuk mencuba, khususnya mereka yang mencari jalan singkat untuk meningkatkan tahap kesihatan.
Namun demikian, di sebalik janji manis itu, adakah produk berkenaan tergolong sebagai makanan atau ubat? Di sinilah timbul kekeliruan tentang kategori produk yang dikenali sebagai food-drug interphase (FDI), iaitu produk yang berada antara kategori makanan dengan ubat serta sering menimbulkan salah faham dari segi tujuan, keselamatan dan keberkesanannya..
๐๐๐๐ข๐ง๐ข๐ฌ๐ข ๐๐ซ๐จ๐๐ฎ๐ค ๐
๐๐
Secara umumnya, FDI merujuk produk yang terdiri daripada bahan makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, susu, koko dan bijirin yang digabungkan dengan bahan aktif tertentu seperti vitamin, mineral, herba, enzim, probiotik, prebiotik, kolagen atau bahan lain yang tidak dikategorikan sebagai makanan. Produk ini biasanya diambil secara oral dan dipasarkan dalam pelbagai bentuk seperti serbuk, cecair, separa pepejal (seperti gel atau jeli), tablet kunyah, produk titis (drop) atau granul.
Walau bagaimanapun, FDI bukanlah satu kategori produk yang diiktiraf secara rasmi. Setiap produk dalam kump**an ini perlu melalui proses pengkelasan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) bersama-sama Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (FSQ) bagi menentukan sama ada produk tersebut perlu didaftarkan sebagai ubat atau boleh dipasarkan sebagai makanan.
Sekiranya hasil penilaian mendapati produk berkenaan memenuhi ciri ubat, produk tersebut wajib didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan dikawal selia di bawah Program Perkhidmatan Farmasi berdasarkan Akta Racun 1952 serta Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956. Sebaliknya, jika diklasifikasikan sebagai makanan, kawal selia dilakukan oleh Program Keselamatan dan Kualiti Makanan di bawah Akta Makanan 1983.
๐๐๐๐๐ซ๐๐ง ๐๐๐ฅ๐๐ฆ ๐๐๐ง๐ฃ๐ฎ๐๐ฅ๐๐ง ๐๐๐ง ๐๐๐ง๐ ๐ข๐ค๐ฅ๐๐ง๐๐ง ๐๐ซ๐จ๐๐ฎ๐ค ๐
๐๐
Antara cabaran terbesar dalam pengurusan produk FDI pada masa ini termasuklah penjualan yang dijalankan tanpa melalui proses pengkelasan rasmi bagi menentukan sama ada produk tersebut tergolong dalam kategori makanan atau ubat. Tindakan ini mengelirukan pengguna dan menimbulkan risiko terhadap kesihatan awam. Lebih membimbangkan apabila produk tersebut diiklankan dengan dakwaan luar biasa yang tidak disokong oleh bukti saintifik yang sahih.
Laporan daripada NPRA dan Bahagian Penguatkuasaan Farmasi menunjukkan bahawa sebahagian produk yang mendakwa mempunyai kesan terapeutik luar biasa mengandungi bahan terlarang. Bahan seperti steroid, contohnya, pernah dikesan dalam produk yang dipasarkan sebagai makanan. Penggunaannya tanpa pengawasan perubatan boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius.
Selain risiko bahan terlarang, bahan aktif dalam produk FDI juga berpotensi berinteraksi dengan ubat-ubatan yang sedang diambil oleh pengguna. Kajian yang diterbitkan dalam Malaysian Journal of Pharmacy mendapati bahawa ekstrak tertentu mampu mengubah cara ubat diserap, disebar, dimetabolisme atau disingkirkan daripada tubuh. Keadaan ini boleh menjejaskan keberkesanan rawatan dan meningkatkan risiko komplikasi kesihatan
๐๐๐ง๐๐ฎ๐๐ง ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐๐๐ฆ๐ข๐ฅ๐ข๐ก ๐๐ซ๐จ๐๐ฎ๐ค ๐๐๐ฌ๐ข๐ก๐๐ญ๐๐ง ๐ฒ๐๐ง๐ ๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ญ
Produk makanan yang diiklankan dengan tuntutan mampu merawat penyakit adalah bertentangan dengan Garis Panduan Pengiklanan Makanan keluaran Kementerian Kesihatan Malaysia. Produk makanan tidak dibenarkan membuat tuntutan penyembuhan atau pencegahan penyakit. Oleh itu, pengguna disarankan untuk lebih berwaspada terhadap iklan yang menjanjikan kesan luar biasa seperti โsembuh dalam tiga hariโ atau โkurus tanpa usahaโ.
Dakwaan yang berlebihan dan testimoni luar biasa juga sering menjadi petunjuk awal kepada risiko produk berbahaya. Banyak produk seumpama ini didapati mengandungi bahan terlarang yang boleh mendatangkan kemudaratan.
Sebelum membuat pembelian, pengguna digalakkan untuk menyemak status pendaftaran produk di laman web rasmi NPRA. Jika produk diiklankan dengan tuntutan perubatan, produk tersebut mesti didaftarkan dengan PBKD. Nombor pendaftaran produk berdaftar wajib tertera pada label.
Pengguna juga perlu meneliti label produk sebelum membeli. Produk ubat yang berdaftar dan makanan wajib memaparkan label lengkap yang mengandungi senarai bahan, maklumat pengilang dan pemegang pendaftaran.
Nombor pendaftaran produk ubat berdaftar juga perlu dipamerkan pada pembungkusan produk ubat. Produk yang tidak memaparkan maklumat yang lengkap berkemungkinan mengandungi bahan terlarang dan berisiko menyebabkan kemudaratan.
Sekiranya terdapat sebarang keraguan, pengguna digalakkan untuk mendapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi sebelum mencuba sebarang produk kesihatan, khususnya bagi mereka yang sedang menjalani rawatan penyakit kronik. Tindakan ini dapat mengelakkan interaksi ubat yang tidak diingini dan memastikan keselamatan pengguna terjamin.
Lebih utama, pengguna harus membuat keputusan berdasarkan pertimbangan rasional, bukan dorongan emosi. Keinginan untuk sembuh dengan cepat sering kali menjadi punca seseorang terpedaya dengan dakwaan palsu. Keputusan yang berasaskan maklumat sahih dan panduan profesional ialah langkah terbaik untuk melindungi kesihatan diri serta keluarga.
Kesimp**annya, pengiklanan produk FDI yang mengelirukan telah menyebabkan ramai pengguna mudah terpedaya dengan tuntutan yang tidak sahih. Oleh sebab itu, masyarakat wajar lebih berhati-hati dan memahami perbezaan antara ubat dengan makanan. Semakan status pendaftaran produk dan rujukan kepada sumber rasmi seperti NPRA juga perlu dijadikan amalan sebelum membuat sebarang keputusan pembelian.