Farmasi Baitar - Paloh

Farmasi Baitar - Paloh “Always laugh when you can. It is cheap medicine.” — Lord Byron,

SELAMAT MENYAMBUT HARI THAIPUSAM DARIPADA KAMI FARMASI BAITAR 🤗
25/01/2024

SELAMAT MENYAMBUT HARI THAIPUSAM DARIPADA KAMI FARMASI BAITAR 🤗

Selamat Hari Farmasi Sedunia 2023, Pharmacy strengthening health system🫶🏻
25/09/2023

Selamat Hari Farmasi Sedunia 2023,
Pharmacy strengthening health system🫶🏻

Sakit perut cirit birit boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Namun, jika ia berlaku kepada ahli kelua...
03/09/2023

Sakit perut cirit birit boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Namun, jika ia berlaku kepada ahli keluarga anda, terutamanya anak yang masih kecil, pasti anda akan rasa risau dan mula mencari cara merawat cirit birit berair di rumah. Tidak dinafikan, ada beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan simptom dan mengelakkan cirit birit daripada menjadi lebih teruk. Namun, jika rasa sakit dan cirit-birit yang dialami tidak juga sembuh, pastikan anda berjumpa doktor dengan kadar yang segera. Antara cara untuk mengelakkan cirit birit bertambah teruk ialah:

1. Elakkan mengambil makanan yang bergoreng.
2. Banyakan minum air masak.
3. Dapatkan ubat di farmasi atau klinik.
4. Elakkan makan makanan yang pedas.

Selain itu, terdapat banyak cara untuk memastikkan cirit birit tidak bertambah teruk. Anda juga boleh makan makanan yang dapat memberikan keselesaan terhadap perut seperti sayur-sayuran lembut, biskut, roti dan minum banyak air. Amalkan diet BRAT (https://hellodoktor.com/pemakanan/diet-sihat/pelan-diet-brat/) (pisang, nasi, sos epal dan roti) untuk melegakan cirit-birit.

SUMBER:
https://hellodoktor.com/penyakit-perut-gastrousus/cirit-birit/cara-merawat-cirit-birit-berair/

Sakit mata boleh berpunca dari berbagai-bagai struktur mata, termasuk struktur dalam mata, struktur dalam soket mata, da...
29/08/2023

Sakit mata boleh berpunca dari berbagai-bagai struktur mata, termasuk struktur dalam mata, struktur dalam soket mata, dan juga struktur di keliling soket mata. Hampir kesemua masalah mata yang boleh menimbulkan rasa ketidakselesaan, boleh menyebabkan rasa sakit pada mata sekiranya keadaan tersebut bertambah teruk. Kebanyakan keadaan yang menyebabkan rasa sakit mata ada berkaitan dengan masalah kesihatan/penyakit-penyakit lain.

Rasa sakit mata boleh jadi sakit yang tajam ataupun sengal, sakit rasa di dalam mata ataupun di luar bola mata, sakit yang berpanjangan ataupun berselang seli, rasa sakit yang mencucuk ataupun berdenyut-denyut. Secara umumnya, sekiranya seseorang itu mempunyai rasa sakit mata di sertai dengan mata merah, beliau mestilah pergi membuat pemeriksaan mata.

📝 Tips dan rawatan sakit mata biasanya memerlukan nasihat doktor dan melibat beberapa peringkat seperti berikut:

1. Gunakan ubatan antibiotik atau antiviral
2. Ambil ubat antihistamin jika terdapat rasa gatal
3. Tuaman air suam pada area mata
4. Gunakan cermin mata gelap jika terlalu sensitif pada cahaya
5. Kuarantin atau mengasingkan diri untuk mengelakkan gejala sakit mata menjadi lebih teruk.

Cara merawat sakit mata yang paling berkesan adalah mendapatkan rehat yang secukupnya. Kurangkan waktu berada di luar rumah supaya jangkitan tidak menjadi semakin teruk.

KONJUNKTIVITIS
Beza jenis sakit mata merah

A. Konjunktivitis Bakteria
✅ Discaj pekat (tahi mata bewarna putih / kekuningan)
✅Kelopak mata melekat (bangun tidur)
✅Bermula satu mata dan berjangkit pada mata lain
✅Berlarutan selama 1 minggu

B. Konjunktivitis Virus
✅ Discaj cair (air mata yang banyak)
✅Bermula dengan mata sebelah dan berjangkit ke sebelah
✅Boleh berlarutan selama 2 minggu @ lebih

C. Konjunktivitis Alahan
✅ gatal mata, hidung jika melibatkan resdung
✅discaj yg berlendir mata sentiasa berair
✅kedua-dia belah mata sakit pada masa yg sama
✅ boleh berlanjutan dalam jangk masa panjang

Rujukan
1. http://www.myhealth.gov.my/sakit-mata-tanpa-kemerahan/

2. https://hellodoktor.com/kesihatan-mata/masalah-lain/sakit-mata-boleh-berjangkit

Selepas mengetahui kesan apabila tidak mendapat tidur lena secukupnya kepada kesihatan diri secara keseluruhan, pasti an...
25/08/2023

Selepas mengetahui kesan apabila tidak mendapat tidur lena secukupnya kepada kesihatan diri secara keseluruhan, pasti anda ingin mengetahui petua untuk mengubah keadaan tersebut, betul tak?

Anda disarankan untuk bereksperimen dengan cara mengatasi masalah sukar tidur yang dikongsikan bagi mendapatkan tidur lebih nyenyak pada waktu malam.

Cuba amalkan tips ini . Semoga bermanfaat.

https://siraplimau.com/tips-tidur-lena/

https://hellodoktor.com/tidur/insomnia/5-cara-mengatasi-insomnia/

Ada masanya, anda akan berdepan kesukaran untuk tidur atau tidak mendapat tidur yang berkualiti dan akhirnya, ia akan me...
25/08/2023

Ada masanya, anda akan berdepan kesukaran untuk tidur atau tidak mendapat tidur yang berkualiti dan akhirnya, ia akan menyebabkan anda berasa kelesuan apabila bangun pagi tanpa mengetahui punca insomnia terjadi.
Oleh itu, mari kita fahami apa itu punca-punca terjadinya masalah insomnia?

Insomnia boleh muncul apabila anda mengalami tekanan. Masalah di tempat kerja atau sekolah dan kebimbangan tentang pekerjaan, kesihatan, kewangan, keluarga, rakan, atau hubungan boleh menjejaskan tidur anda.

Dan apabila otak tidak dapat berehat, tidur adalah satu perkara yang mustahil dan menjadi punca insomnia.

Lebih memburukkan keadaan, masalah tidak mendapat tidur yang berkualiti boleh berterusan walaupun selepas masalah anda berlalu.

https://hellodoktor.com/tidur/insomnia/apakah-penyebab-insomnia/

http://www.myhealth.gov.my/en/insomnia-3/

http://www.myhealth.gov.my/gangguan-tidur/

"KALAU BATUK ATAU SELESEMA, TAMPAL JE PATCH NI!" 😚Mudahnya kan? Buka dan tampal je terus. Patchure Tasneem Naturel CF-PA...
08/06/2023

"KALAU BATUK ATAU SELESEMA, TAMPAL JE PATCH NI!" 😚

Mudahnya kan? Buka dan tampal je terus. Patchure Tasneem Naturel CF-PATCH digunakan untuk batuk dan selesema 🫣

Patchure ini boleh digunakan oleh kanak-kanak hingga dewasa. Hanya tampal je di badan pada bahagian yang telah dinyatakan 👶🏻

Bahan-bahan juga tidak berbahaya, semua adalah daripada herba natural 🤗

Anda boleh dapatkan PATCHURE ini di Farmasi Baitar - Paloh 🫡

📌 Jangan lupa dapatkan ubat-ubatan & barangan yang anda perlukan di Farmasi Baitar - Paloh

📌 Jangan lupa follow Facebook, Instagram serta Tiktok Farmasi Baitar - Paloh

Untuk pertanyaan boleh hubungi kami di:
☎️ Talian 07-7813382
☎️ Talian 019-4352970

Jom saksikan Live bertajuk Ubat dan Puasa sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba 🌙Cakna Ubat di Bulan Puasa❤️
22/03/2023

Jom saksikan Live bertajuk Ubat dan Puasa sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba 🌙

Cakna Ubat di Bulan Puasa❤️

Kesan ubat/supplemen terhadap buah pinggang ❓Apakah tanda-tanda dan gejala Nephrotic Syndrome?Nephrotic syndrome adalah ...
03/03/2023

Kesan ubat/supplemen terhadap buah pinggang ❓

Apakah tanda-tanda dan gejala Nephrotic Syndrome?

Nephrotic syndrome adalah masalah kesihatan berkaitan dengan buah pinggang.

Selalunya petanda awal masalah buah pinggang adalah seperti berikut:

💊Bengkak atau sembab anggota badan
💊Kuantiti penghasilan air kencing berkurangan
💊Kencing berbuih dan berbau busuk
💊Tekanan darah tinggi
💊Kesihatan keseluruhan menurun
💊Kencing berdarah (jarang)

Rujukan:
📌https://hellodoktor.com/urologi/penyakit-buah-pinggang/kesan-pengambilan-suplemen/

📌http://www.myhealth.gov.my/nephrotic-syndrome/

👩🏻‍⚕️ KANSER SERVIKS 🎗️Sempena Bulan Kesedaran Kanser Serviks Januari ini, jom kita ketahui beberapa fakta penting tenta...
25/01/2023

👩🏻‍⚕️ KANSER SERVIKS 🎗️

Sempena Bulan Kesedaran Kanser Serviks Januari ini, jom kita ketahui beberapa fakta penting tentang kanser serviks 🤗

APAKAH KANSER SERVIKS? 🧐

Serviks atau pangkal rahim adalah otot yang menghubungkan rahim wanita dengan f***jnya. Laluan ini membentuk saluran kelahiran serta membolehkan laluan darah haid.

Kanser serviks ni lazimnya bermula dengan sel-sel pada permukaan serviks, di mana ia berlaku apabila sel-sel tersebut mula membesar dan berganda dengan tidak terkawal.

Sel-sel ini kemudiannya akan merebak ke tisu serviks. Dari serviks, ia mungkin merebak ke bahagian-bahagian tubuh lain seperti f***j, rahim ataupun usus.

😱 TANDA KANSER SERVIKS 😨

Gejala atau tanda kanser serviks ini hanyalah dirasai oleh pesakit apabila sel kanser tersebut telah merebak ke tisu dan organ lain.
Sebab tulah pentingnya pengesanan awal melalui ujian saringan tau!

✅ Tompokan darah atau sedikit pendarahan antara tempoh kering haid atau selepas haid
✅ Pendarahan haid berpanjangan dan banyak daripada biasa.
✅ Pendarahan selepas putus haid
✅ Sakit semasa hubungan seksual
✅ Penambahan lelehan dari f***j

👩🏻‍⚕️ PEMERIKSAAN SARINGAN KANSER SERVIKS 👩🏻‍⚕️

Terdapat beberapa cara untuk mengesan kanser serviks pada peringkat awal.

2 cara yang paling popular dan amat digalakkan untuk dijalankan secara rutin oleh setiap wanita adalah:

✅ UJIAN PAP SMEAR
✅ UJIAN HPV DNA

Jadi, dah tahu tentang bahaya kanser serviks, janganlah takut-takut nak pergi buat pemeriksaan pap smear ya 🤭🤗

Address

Farmasi Tawaqal, No 13 Jalan Ibrahim
Paloh
86600

Opening Hours

Monday 08:00 - 21:00
Tuesday 08:00 - 21:00
Wednesday 08:00 - 21:00
Thursday 08:00 - 21:00
Friday 08:00 - 21:00
Saturday 08:00 - 21:00
Sunday 08:00 - 21:00

Telephone

+60194352970

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Farmasi Baitar - Paloh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Farmasi Baitar - Paloh:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram