Pusat Maklumat Pemakanan Papar

Pusat Maklumat Pemakanan Papar Pusat yang berfungsi menyebarkan maklumat pemakanan yang tepat dan terkini kepada masyarakat

💉Program Safety, Awareness, First Aid, Empowerment (S.A.F.E) dan sambutan Minggu Imunisasi Sedunia Peringkat Daerah Papa...
28/04/2026

💉Program Safety, Awareness, First Aid, Empowerment (S.A.F.E) dan sambutan Minggu Imunisasi Sedunia Peringkat Daerah Papar 🦠

Pada 25 April 2026, Unit Pemakanan telah dijemput untuk membantu menjayakan program ini di Rumah Kanak-Kanak Kota Kinabalu, Beringgis, Papar ✅

Antara aktiviti yang dibantu oleh Unit Pemakanan adalah:
⛺️ Pameran pemakanan
🎨 Pertandingan mewarna
🔍 Pertandingan cari silang kata

Terima kasih atas jemputan dan peluang yang diberikan kepada unit kami untuk bersama-sama menyumbang dalam menjayakan program ini. 🤝🏻✨

Pejabat Kesihatan Daerah Papar



Program Menu Sihat Perpaduan 2026 Peringkat Negeri Sabah 🍽️✨Pegawai Sains Pemakanan telah diundang untuk menjayakan Prog...
20/04/2026

Program Menu Sihat Perpaduan 2026 Peringkat Negeri Sabah 🍽️✨

Pegawai Sains Pemakanan telah diundang untuk menjayakan Program Menu Sihat anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi National Zon Bandaraya yang telah berlangsung dengan jayanya pada 18 April 2026 di Perkarangan Tabika Perpaduan Taman Pantai Lok Kawi, Papar. Program ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Berhormat (YB) Shah Alfie bin Yahya, ADUN N.24 Tanjung Keramat.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan bagi memupuk kesedaran tentang amalan pemakanan sihat dalam kalangan komuniti, antaranya:
🥗 Ceramah dan kuiz pemakanan sihat kanak-kanak
🍱 Pertandingan Bento Menu Sihat
👩‍🍳 Pertandingan Papa Chef Mama Deco

Program ini menggalakkan amalan pemakanan dan gaya hidup sihat, dengan meningkatkan pengetahuan dan kesedaran dalam kalangan ibu bapa dan masyarakat tentang kepentingan pengamalan menu sihat dipupuk sejak usia kanak-kanak lagi . Program ini juga menyokong inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia dalam usaha mengatasi masalah beban berganda malpemakanan dalam kalangan kanak-kanak.

Diharapkan inisiatif seperti ini terus memberi manfaat dan menjadi inspirasi ke arah masyarakat yang lebih sihat dan sejahtera. 💚

Pejabat Kesihatan Daerah Papar




💼 Kursus Penyusuan Susu Ibu 20 jam 🤱Kursus Penyusuan Susu Ibu 20 jam telah berjaya dilaksanakan pada 8 hingga 10 April 2...
15/04/2026

💼 Kursus Penyusuan Susu Ibu 20 jam 🤱

Kursus Penyusuan Susu Ibu 20 jam telah berjaya dilaksanakan pada 8 hingga 10 April 2026 bertempat di Pejabat Kesihatan Daerah Papar ✅

Kursus latihan berstruktur ini membekalkan peserta dengan kemahiran dan pengetahuan untuk menbantu ibu-ibu dalam perjalanan penyususan mereka.
Kursus ini melibatkan penyertaan profesional kesihatan yang terdiri daripada Pegawai Perubatan, Jururawat dan Penolong Pegawai Perubatan (PPP).

Diharapkan segala ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam memperkukuhkan sokongan terhadap penyusuan susu ibu di Daerah Papar.

Terima kasih kepada semua peserta dan pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus ini ✨

Kesihatan Daerah Papar




🥗Inisiatif Sekolahku Sihat, Stail Kita💪🏻Program Inisiatif Sekolahku Sihat, Stail Kita telah dilaksanakan di SJKC Cheng M...
10/03/2026

🥗Inisiatif Sekolahku Sihat, Stail Kita💪🏻

Program Inisiatif Sekolahku Sihat, Stail Kita telah dilaksanakan di SJKC Cheng Ming, Kimanis pada 9 Mac 2026 dengan pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat kepada warga sekolah.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah ceramah pemakanan sihat, pameran pemakanan sihat, serta permainan interaktif yang memberi peluang kepada murid untuk mempelajari amalan pemakanan sihat dengan cara yang lebih menyeronokkan dan mudah difahami.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, sikap dan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga sekolah. Diharapkan usaha ini dapat memupuk kesedaran tentang kepentingan pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat sejak usia muda.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga usaha seperti ini dapat diteruskan demi melahirkan generasi yang lebih sihat dan cerdas. 💪🥗🏫

Pejabat Kesihatan Daerah Papar


🗂️ Latihan Pengukuhan Reten Program Pemakanan 🥗 Latihan pengukuhan ini telah berjaya diadakan pada 26 Februari 2026 meli...
27/02/2026

🗂️ Latihan Pengukuhan Reten Program Pemakanan 🥗

Latihan pengukuhan ini telah berjaya diadakan pada 26 Februari 2026 melibatkan kakitangan kejururawatan Pejabat Kesihatan Daerah Papar.

✅ Program ini bertujuan untuk memperkukuh pengetahuan dan kemahiran anggota kejururawatan dalam pengendalian kes-kes berkaitan masalah pemakanan, di samping meningkatkan kefahaman mengenai sistem pelaporan dan penyediaan reten pemakanan secara bulanan.

Semoga melalui latihan ini, mutu perkhidmatan kesihatan khususnya dalam aspek pemantauan dan menambahbaik rekod dan reten-reten pemakanan dapat dipertingkatkan demi kesejahteraan komuniti setempat. 💪🏻

Terima kasih kepada semua peserta atas komitmen dan kerjasama yang diberikan. 💚

Pejabat Kesihatan Daerah Papar

18/02/2026

Musim perayaan merupakan satu peluang untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga dan rakan-rakan.
Dalam pada itu, amalan pemakanan sihat jangan dilupakan.
Rujuk infografik ini untuk tip makan sihat yang mudah untuk diamalkan semasa Tahun Baru Cina.

Selamat Tahun Baru Cina 🧧🧧🍊 🍊 🎉🎉

18/02/2026

🍊 Limau Mandarin, simbol tuah & kesihatan 🍊

Selain jadi buah wajib pada musim perayaan, limau mandarin juga sumber vitamin C yang baik untuk bantu tingkatkan daya tahan badan 💪🏻
Rasanya manis segar, rendah lemak dan sesuai dijadikan snek sihat ketika berkunjung ke rumah saudara-mara.

Ingat, nikmati secara sederhana - 1 sajian bersamaan 1 biji buah 🍊, dan saranan pengambilan harian ialah 2 sajian buah-buahan setiap hari.

Raikan perayaan, kekalkan amalan pemakanan sihat ✨






🥗Ceramah Kenali Makanan Sihat🏫Pada 15 Januari 2026 (Khamis), program ceramah bertajuk ‘Kenali Makanan Sihat’ telah diada...
16/01/2026

🥗Ceramah Kenali Makanan Sihat🏫

Pada 15 Januari 2026 (Khamis), program ceramah bertajuk ‘Kenali Makanan Sihat’ telah diadakan di SMK Agama Kimanis, Papar.
Seramai 300 pelajar Tingkatan 2 hingga 4
telah menyertai program ini. ✨

Antara topik menarik yang disampaikan adalah:
✅ Piramid Makanan Malaysia 2020
✅ Konsep Suku Suku Separuh
✅ Pilihan makanan yang bijak
Kuiz dan hadiah untuk pelajar juga disediakan

Terima kasih kepada guru dan semua pelajar atas kerjasama dan sambutan yang baik sepanjang program berlangsung. ✨

Diharapkan agar ilmu yang dikongsikan dapat menjadi motivasi dan peringatan kepada pelajar untuk makan secara sihat. 🌽🥦🥗🍗🥖

Pejabat Kesihatan Daerah Papar

🥗Pemakanan sihat untuk murid sekolah rendah🥗Pada 14 Januari 2026 (Rabu) Ceramah Pemakanan Sihat telah diadakan di SJK(C)...
16/01/2026

🥗Pemakanan sihat untuk murid sekolah rendah🥗

Pada 14 Januari 2026 (Rabu) Ceramah Pemakanan Sihat telah diadakan di SJK(C) B**g Hwa, Papar.

Seramai 84 orang murid Tahun 1 hingga Tahun 6 telah menyertai program ini dengan penuh minat.

Terima kasih atas kerjasama yang ditunjukkan oleh semua guru dan murid sepanjang program ini berlangsung 👍🏻✨

Semoga ilmu yang dikongsi dapat membantu murid untuk lebih memahami dan dapat mempraktikkan segala panduan yang diberikan dalam kehidupan mereka kelak 💪🍎🌮🥜🥘🥗.

Pejabat Kesihatan Daerah Papar

**gHwa **gawan

✨ Aktiviti Kesihatan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Papar dan Pusat PDK B**gawan✨Aktiviti kesihatan telah diada...
17/12/2025

✨ Aktiviti Kesihatan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Papar dan Pusat PDK B**gawan✨

Aktiviti kesihatan telah diadakan di Pusat PDK Papar (20 November 2025) dan Pusat PDK B**gawan (16 Disember 2025) oleh anggota kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Papar. Aktiviti ini melibatkan para guru, pelatih, dan penjaga.

Aktiviti yang dijalankan termasuklah:
1. Senamrobik dan latihan minda🎼: Menggalakkan kecergasan dan kecerdasan para pelatih.
2. Ceramah Pinggan Sihat Malaysia 🍽️: Pendedahan terhadap jenis kumpulan makanan.
3. Demonstrasi Memasak👩🏻‍🍳: Memberi galakkan kepada penjaga untuk mempelbagaikan cara penyediaan snek sihat.
4. Aktiviti Mewarna 🎨: Menggalakkan kreativiti dan terapi minda.

Ribuan terima kasih diucapkan atas kerjasama padu dari semua pihak sepanjang aktiviti berlangsung. Diharapkan agar usaha ini dapat berterusan demi kesejahteraan komuniti kita 🤍.

**gawan **gawan

✨ Aktiviti Pemantauan Program Hidangan Berkhasiat di Sekolah (HiTS) ✨Pemantauan HiTS telah dijalankan di SJKC Cheng Ming...
17/10/2025

✨ Aktiviti Pemantauan Program Hidangan Berkhasiat di Sekolah (HiTS) ✨

Pemantauan HiTS telah dijalankan di SJKC Cheng Ming, Papar pada 9 Oktober 2025. Program ini bertujuan memastikan penyediaan makanan di sekolah memenuhi garis panduan pemakanan sihat untuk pelajar. 🍎🥦

Diharapkan pihak sekolah sentiasa mematuhi ketetapan dan amalan terbaik yang digariskan agar inisiatif HiTS ini dapat terus memberi impak positif terhadap kesihatan, tumpuan dan kesejahteraan pelajar. 💪👧🧒

🍎 Program Ceramah Latihan Katering Sihat (LKS) 🍽️Program Latihan Katering Sihat (LKS) telah diadakan di Maktab Rendah Sa...
17/10/2025

🍎 Program Ceramah Latihan Katering Sihat (LKS) 🍽️

Program Latihan Katering Sihat (LKS) telah diadakan di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kota Kinabalu, melibatkan para pengendali makanan di dewan selera dan kafeteria MRSM. 👩‍🍳👨‍🍳

Ceramah yang dijalankan memberi perkongsian tentang panduan makan secara sihat serta cara penyediaan hidangan sihat, bagi memastikan makanan yang disediakan bukan sahaja enak tetapi juga menyokong gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar. 🥦🍛

Semoga ilmu yang diperoleh dapat diterapkan dalam penyediaan makanan harian, ke arah melahirkan generasi pelajar yang sihat dan cergas! 💪📚

Address

Papar
89600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Maklumat Pemakanan Papar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pusat Maklumat Pemakanan Papar:

Share

Category