05/03/2026
Program Wacana Ilmu: Al-Quran Kalam Teragung, 'Ibrah Dijunjung
Tarikh: 03 Mac 2026
Tempat: Dewan Serbaguna, PUSPEN Papar
Program Wacana Ilmu berkonsepkan kerohanian di bulan Ramadhan telah diadakan di PUSPEN Papar. Sekitar 304 penghuni dan 35 kakitangan turut terlibat dalam program yang diadakan.
Program tersebut telah dirasmikan oleh Dato' Juhari bin Janan, Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat PUSPEN Papar manakala penceramah didatangi khas daripada Pejabat Agama Daerah Putatan iaitu Ustaz Raj Shariff Benjamin Shah Jr merangkap Guru Takmir.
Turut hadir bersama Puan Elmariah Chung, Pengarah AADK Negeri Sabah, Puan Kartina binti Ujin, Pengarah PUSPEN Papar, Tuan Norjali bin Setoh Penolong Pengarah (Rawatan dan Pemulihan) PUSPEN Papar, Prof. Madya Dr. Mohd Nazri bin Mohd Daud, Timbalan Pengerusi ALP dan Encik Abqaree Fawwas bin Abekam, ALP PUSPEN Papar.