Klinik Dr Izzat

Klinik Dr Izzat Klinik Dr Izzat, Pasir Mas

Alhamdulillah.Saya dan Isteri diberikan rezeki menunaikan Umrah. Rasa lebih bertuah apabila kami akan ke Madinah dahulu,...
15/09/2024

Alhamdulillah.

Saya dan Isteri diberikan rezeki menunaikan Umrah. Rasa lebih bertuah apabila kami akan ke Madinah dahulu, yang kebetulannya jatuh Hari Maulidur Rasulullah SAW.

Semoga kita perolehi Syafaat Baginda di Akhirat nanti.

Klinik beroperasi seperti biasa. Dr Syuhada dan Dr Aisyah yang akan menggantikan saya sepanjang ketiadaan saya di Klinik Dr Izzat. Kecuali hari ini sahaja digantikan dengan Dr Kasyfillah.

Makluman juga ; esok 16/9/2024 Klinik Izzat DITUTUP dan beroperasi kembali seperti biasa pada 17/9/2024.

Jangan segan silu nak datang ke klinik ya 😊

Doakan kami selamat dalam perjalanan, sihat tubuh badan dan memperolehi umrah yg maqbulah 🤲🏻

Kisah Dari Klinik.Hari ini datang seorang wanita. Sangat sugul raut wajahnya. Katanya dia sangat letih dan stress, sambi...
08/09/2024

Kisah Dari Klinik.

Hari ini datang seorang wanita. Sangat sugul raut wajahnya. Katanya dia sangat letih dan stress, sambil mengelapkan air matanya.

Dia luahkan apa yang terbuku di hati.

Pesakit : Mok keno sakit tua. Tak boleh urus diri. Mandi, pakai pampers dan segala benda kak keno buat. Pagi-pagi sebelum kak gi kijo, kak urus mok kak dulu. Masuk kijo lambat, tokdea nak duduk ore maroh doh.

Ambo : Kak keno royak molek ko bos kak tu, supaya dia tak tersalah sangko dan boleh membantu masalah kak ni.

Ambo tak sempat tanya lagi, dia terus meluahkan apa yang dirasa ;

Pesakit : Kak ado 8 beradik semuonya. (Ambo tok ingat berapo ore duk Kelate dan berapo ore duk luar). Semuonyo tokse jago mok. Mujur lah Abe Kak (suami) sangat memahami.

Ambo : Hok adik beradik tu ambo tokse komen, tapi cayolah kak, setiap hok gapo kito rasa susah, Allah akan ata bantuan. Dale kes kak ni, Allah bui suami hok baik dan memahami keadaan.

Ambo tamboh lagi : Jago mok ayo hok terlantar ni meme banyok dugaan. semakin lamo kito jago, semakin besar dugaan dio. Dan syaitan duk tunggu sokmo nok hasut kito supaya pahalo kito boleh maso jago ore tuo ni takdok. Maso ni kito raso letih sangat, maso ni kito raso semuo tok keno dan maso ni lah kito raso kito jah buat kijo. Keno terus semangat dan anggaplah kijo buat jago mok kak tu ladang pahala yg besar.

Pesakit : Maaf lah doktor, kak ni meme suko meluahkan apo hok kak raso.

Ambo : Molek jugok tu, meluahkan lebih baik dari memendam raso. Molek untuk Mental dan Jiwa kak. Cumo luahkan apa yg kita rasa terbeban sahajo tanpa burukkan ore lain. takut jadi ngupak pulok 😅

Takpolah kak, kak make ubat molek, pahtu jago kesihatan, jago makan minum, insyAllah ok lah tu. kak rehat dulu utk refresh kesihatan tubuh dan mental.

Pesakit : Terima kasih doktor.

Hargai dan kasihilah mereka ketikamana mereka masih ada 🥹

Kisah Dari Klinik.Ambo kalu boleh tokse doh tulis pasal Rokok. Takut ado ore tok setuju angin pulok denge ambo 😅Tapi sak...
05/09/2024

Kisah Dari Klinik.

Ambo kalu boleh tokse doh tulis pasal Rokok. Takut ado ore tok setuju angin pulok denge ambo 😅

Tapi sakni ado sore Mokcik, mari denge anok dio. Antaro luahan Mokcik tu anok dio suko hisap rokok. Kade2 sapa 2 kotok sari. Mokcik tu ssebut lagi, hisap rokok tu, duit mitok denge mokcik. Kalu tok bui, dio maroh ko Mokcik. Sayu ambo ngelih ko mokcik tu 😢. Ambo nasihat la sikit2 ko anok mokcik tu.

Jadi ambo kongsi hok sokmo ambo sebut ko pesakit2 ambo. Caro2 lagumano nak bereti rokok :
1- Keno ado niat dan kehendok untuk bereti rokok. Tokse hanyo kato nak bereti rokok, tapi hati masih berbolak balik untuk bereti rokok. Keno kuat semangat dan iltizam.

2- Keno usaho untuk bereti rokok. Mulo-mulo jange duk beli rokok. Yang kedua jange duk dekat dulu saim2 hok kuat hisap rokok. Saim2 ni maso kito hisap rokok mitok seputung pun payoh nak bui, apo maso kito nak bereti rokok ni sebukuh nyo hulur lagi.

3- Kalu tabiat doh kena ado rokok di tange atau bibir mulut. Kita letok jah rokok situ. Tak payoh cocoh api di rokok tu. Tok pun letok pensel gati denge rokok.

4- Poso di bulan Ramadan dan Menunaikan Haji antara ibadah yg sangat membantu utk bereti rokok.

5- Demo boleh masuk Klinik Berhenti Merokok (KBM) hok ado di mano2 Klinik Kesihatan. Gi di kaunter tu gak, royak sayo nak masuk KBM, nanti dio bui tarikh dan tempat khusus ko demo. Specialnyo kerajaan layan ore nak bereti rokok ni.

6- Yang terakhir hok paling penting. Doa. Sentiasa berdoa dan terus berdoa. Mitok ore lain jugok doa ko kito. Dan doa paling mustajab ialah doa seorang ibu.

7- V**e bukan pengganti pado rokok. Koho merbahayo ado lah laginyo bendo tu pado rokok.

Nok bereti sekaligus meme payoh, apatah lagi kalu kito berpuluh tahun doh hisap rokok tu. Buatlah slow-slow. Kurangkan sikit-sikit dulu sapalah kita berjaya. InsyaAllah 🤲

Kisah dari Klinik.Semalam ada seorang Pak Cik datang ke klinik dengan simptom-simptom batuk selsema.Pelbagai reaksI menu...
04/09/2024

Kisah dari Klinik.

Semalam ada seorang Pak Cik datang ke klinik dengan simptom-simptom batuk selsema.

Pelbagai reaksI menunjukkan dia mengalami batuk yang kuat.
Antara kandungan perbualan dengan Pak Cik tersebut ;

Ambo : Pok Cik hisap rokok ko?
Pok Cik : Hisap jugok dokto.

Ambo : Banyak ​mana hi​sap dale ​sehari?
Pok Cik : Kade2 sekotok, kade2 lebih. Sari duo hari tu mulo2 batuk, cocoh sajo rokok letok mulut, tok sedut pun. hari ni jah dok lalu lasung nak hisap rokok.

Ambo : Aloh la. kalu ore lain hok batuk deme, ambo tanyo lalu make ko dok. tapi ko pokcik ni ambo keno tanyo lalu hisap rokok ko dop?

Kedua-dua kami tersengih dengan sendiri😆

Ambo : Ore kito ni tahu belako doh​ pasal bahayo hisap rokok ni. tapi tu la pesen Dio dea beso hisap gak. Cocoh sajo takpo doh walaupun xleh hisap. Boleh doh slow-slow pokcik nak bereti tu dih.
Pok Cik : Ambo pun sero gitu jugok dokto, pahni ingat xse hisap doh.

Ambo dale hati ucap Alhamdulillah. Moga berkekalan kehendak Pak Cik untuk berhenti merokok.

Percayalah, orang paling dekat dengan kita pasti gembira jika kita mampu berhenti merokok.

Jimat duit satu hal, risiko dapat komplikasi dari merokok dapat dikurangkan.

3/6/2024 (Isnin)Sempena Cuti Umum Hari Ulang Tahun Keputeraan YDPA, Klinik Dr Izzat DITUTUP pada hari ini.Selamat bercut...
02/06/2024

3/6/2024 (Isnin)

Sempena Cuti Umum Hari Ulang Tahun Keputeraan YDPA, Klinik Dr Izzat DITUTUP pada hari ini.

Selamat bercuti semua dan jaga kesihatan diri 😊

Klinik dibuka kembali pada esok hari, 4/6/2024 (Selasa).

Ahlan Ya Ramadan.Sempena Bulan Ramadan ini, Klinik Dr Izzat akan beroperasi seperti berikut ;Sabtu - Khamis : 9.30pg - 6...
08/03/2024

Ahlan Ya Ramadan.

Sempena Bulan Ramadan ini, Klinik Dr Izzat akan beroperasi seperti berikut ;
Sabtu - Khamis : 9.30pg - 6ptg
Jumaat : Cuti

Malam akan ditutup sepenuhnya sepanjang Bulan Ramadan kali ini.

Segala kesulitan amat dikesali.

PEMERIKSAAN KESIHATAN LESEN GDL & PSVKlinik Dr Izzat menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan lesen GDL dan PSV sa...
08/11/2023

PEMERIKSAAN KESIHATAN LESEN GDL & PSV

Klinik Dr Izzat menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan lesen GDL dan PSV sama ada untuk Permohonan Baharu atau Pembaharuan Lesen. Pemeriksaan ini boleh dilakukan secara walk-in tanpa perlu membuat temujanji.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian tertera.

MENINGOCOCCAL VACCINEVaksin ini disyorkan diberi kepada pelancong/pelawat yang pergi ke kawasan endemik seperti negara-n...
01/11/2023

MENINGOCOCCAL VACCINE

Vaksin ini disyorkan diberi kepada pelancong/pelawat yang pergi ke kawasan endemik seperti negara-negara Afrika, Amerika Selatan dan Asia Tengah termasuk Arab Saudi bagi mereka yang mengerjakan haji dan umrah. (myhealth.gov.my)

Kunjungi Klinik Dr Izzat untuk mendapatkan suntikan ini dan hubungi talian tertera untuk sebarang pertanyaan.

IV DRIPKlinik Izzat menyediakan perkhidmatan IV DRIP untuk pesakit yang berikut: - Dehidrasi- Cirit birit- Kurang selera...
24/10/2023

IV DRIP

Klinik Izzat menyediakan perkhidmatan IV DRIP untuk pesakit yang berikut:

- Dehidrasi
- Cirit birit
- Kurang selera makan
- Muntah yang kerap
Dan lain-lain

Kunjungi Klinik Dr Izzat untuk dapatkan konsultasi dan pemeriksaan kesihatan.

PERKHIDMATAN BERHENTI MEROKOK Merokok adalah satu gejala yang sukar dibendung dalam kalangan masyarakat pada hari ini. M...
18/10/2023

PERKHIDMATAN BERHENTI MEROKOK

Merokok adalah satu gejala yang sukar dibendung dalam kalangan masyarakat pada hari ini. Merokok bukan sahaja melibatkan golongan lelaki malah golongan wanita juga tidak kurang hebatnya.

Hal ini demikian kerana, kecanggihan teknologi telah menghasilkan rokok elektronik seperti 'pod' dan 'v**e' yang telah menggalakkan lagi masyarakat untuk merokok tidak kira jantina dan umur.

Gejala merokok jugak bukan sahaja meninggalkan kesan buruk terhadap kesihatan malah menyebabkan ketagihan yang melampau. Perokok tidak berasa senang andai tidak merokok dalam satu hari.

Oleh hal yang demikian, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melakukan inisiatif untuk membantu perokok tegar untuk berhenti merokok.

Perkhidmatan ini dilakukan di hospital, klinik kerajaan dan swasta yang terpilih. Individu yang memerlukan perkhidmatan ini boleh menghubungi talian yang tertera.

SALAM MAULIDURRASUL 1445HMakluman Cuti Sempena Maulidurrasul, klinik tidak akan beroperasi pada 28/9/2023 - 30/9/2023.Ke...
27/09/2023

SALAM MAULIDURRASUL 1445H

Makluman Cuti

Sempena Maulidurrasul, klinik tidak akan beroperasi pada 28/9/2023 - 30/9/2023.

Kembali Beroperasi pada 1/10/2023 (Ahad)

PERKHIDMATAN CUCI LUKA Klinik Dr Izzat menyediakan perkhidmatan cuci luka (dressing) untuk pelbagai jenis luka. Kami jug...
12/09/2023

PERKHIDMATAN CUCI LUKA

Klinik Dr Izzat menyediakan perkhidmatan cuci luka (dressing) untuk pelbagai jenis luka. Kami juga menerima pesakit untuk perkhidmatan ini secara berkala.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi 09-7903000

Klinik beroperasi pada setiap hari kecuali JUMAAT.

Waktu: 9pagi-1 Tengahari
2-6 Petang
8-10 Malam

Address

PT 819B Kg Jias
Pasir Mas
17000

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
20:00 - 22:00
Tuesday 09:00 - 18:00
20:00 - 22:00
Wednesday 09:00 - 18:00
20:00 - 22:00
Thursday 09:00 - 18:00
20:00 - 22:00
Saturday 09:00 - 18:00
20:00 - 22:00
Sunday 09:00 - 18:00
20:00 - 22:00

Telephone

+6097903000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Dr Izzat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Dr Izzat:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category