26/08/2021
DERITA LONG COVID WALAUPUN SETELAH SEMBUH DARI JANGKITAN
Semakin hari semakin ia dekat dengan kita. Semakin hari, rakan rapat dan keluarga terdekat mula dijangkiti. Ramai yang ‘survive’, tapi ada juga yang tak berjaya diselamatkan.
Walaupun telah pulih daripada 'penderitaan' jangkitan Covid-19, namun masih ada individu yang bergelut p**a dengan sindrom 'Long Covid'.
Gejala yang dialami hampir sama ketika jangkitan seperti seperti kelesuan, kesukaran bernafas, kesukaran tidur nyenyak, batuk berpanjangan dan masalah keresahan.
Keadaan ini boleh berterusan sehingga 6 ke 12 bulan selepas sembuh daripada jangkitan. Ini menyebabkan bekas pesakit tidak dapat menjalani kehidupan secara normal seperti dahulu sehingga ia memberi impak kepada kualiti kehidupan.
Apa yang perlu dibuat?
Bagi mereka yang bergelut dengan masalah ‘Long Covid’ ini, tingkatkan sistem imun diri dengan segera. Amalkan 6S untuk membantu menguatkan sistem imun badan
S-Sleep yang cukup
S-Senaman secara konsisten
S-Stres yang perlu dielakkan
S-Suap makanan yang berkhasiat
S-Suplement antioksidan yang membantu
S-Smoking perlu dielakkan
Kita masih belum menang! Jangan ambil mudah.
Ingat! Penjagaan selepas jangkitan ini perlu berterusan dan tidak tamat selepas sembuh. Teruskan amalan SOP yang ketat serta tingkatkan sistem imun untuk kebaikan diri sendiri dan keluarga tersayang.