01/12/2025
Tarikh : 01.12.2025 (Isnin)
Masa : 9.00 Pagi
Seperti hari sebelumnya, Pasukan Perubatan KK Meranti yang terdiri daripada 6 anggota telah menjalankan lawatan ke PPS SK Kedai Tanjong bagi melakukan saringan kesihatan kepada mangsa banjir yang masih ditempatkan di PPS tersebut.
Dilaporkan jumlah bilangan semasa mangsa yang masih ada di PPS SK Kedai Tanjong adalah seramai 464 orang dan 22 orang yang hadir ke booth Pasukan Perubatan telah dilakukan pemeriksaan dan menjalani konsultasi oleh Pegawai Perubatan yang bertugas.
Hasil dari pemeriksaan tiada sebarang kes kecemasan atau sebarang tanda penularan kes penyakit berjangkit. Kebanyakkan mangsa yang hadir hanya mengadu sakit-sakit badan iaitu Musculoskeletal Pain (MSK). Mangsa banjir yang lain dalam keadaan sihat.
Pasukan Perubatan juga melakukan lawatan serta pemeriksaan dari khemah ke khemah penempatan mangsa banjir bagi memastikan tiada keciciran dalam memberi rawatan terutama bagi kes yang berisiko tinggi. Bilik khas untuk tujuan isolasi telah disediakan di PPS sekiranya terdapat sebarang kes yang berkeperluan
Klinik Kesihatan Meranti KKM
Pejabat Kesihatan Daerah Pasir Mas