05/04/2026
APM Pasir Mas
PEMANTAPAN KECERGASAN ASAS ANGGOTA/PEGAWAI PDPA PASIR MAS
TARIKH: 05 April 2026 | Ahad
MASA: 0830H - selesai
TEMPAT: PDPA Pasir Mas
PENGLIBATAN: 09 x Pegawai & 45 Anggota LLP
CATATAN:
Program pemantapan kecergasan asas ini telah diketuai oleh Sjn (PA) Nek Rosmizan bin Nek Man dengan penglibatan aktif pegawai dan anggota PDPA Pasir Mas. Program ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kecergasan fizikal, disiplin serta semangat kerja berpasukan dalam kalangan anggota.
Aktiviti dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku diikuti bacaan Ikrar Rukun Negara dan doa. Seterusnya, aktiviti kecergasan dijalankan melibatkan larian sejauh 2.5 km, tekan tubi serta bangkit tubi.
Selain aktiviti fizikal, turut diadakan slot pengucapan awam yang disampaikan oleh Ltm (PA) Nurul Afiqah binti Zakaria. Program diteruskan dengan ucapan ringkas daripada Pembantu Pertahanan Awam, Lt (PA) Saifulbahri bin Wan Isa dan Pegawai Pertahanan Awam Daerah Pasir Mas, Kapt. (PA) Muhammad Shafie bin Rosslee sebagai penutup sesi.
APM Negeri Kelantan
Jabatan Perdana Menteri