Farmasi Barokah Sri Aman

Farmasi Barokah Sri Aman Kami menjual ubat2an, alat² perubatan dan kesihatan.

Kami juga menyediakan perkhidmatan kaunseling serta pemeriksaan seperti darah tinggi, kolesterol dan diabetis

‼️ BELIAN ATAS BELIAN ‼️Bulan baru promosi baru! ! 😍🤩 Jom dapatkan promosi BELIAN ATAS BELIAN di MANA MANA CAWANGAN FARM...
01/12/2025

‼️ BELIAN ATAS BELIAN ‼️

Bulan baru promosi baru! ! 😍🤩 Jom dapatkan promosi BELIAN ATAS BELIAN di MANA MANA CAWANGAN FARMASI BAROKAH untuk bulan Disember ini 🤩

Dengan pembelian serendah RM 20, anda boleh mendapatkan satu item terpilih dengan harga diskaun sehingga 50%. Pembelian RM 40 layak untuk dua item dan seterusnya.

Jom dapatkan sekarang di cawangan Farmasi Barokah yang berdekatan dengan anda!

✅Farmasi Barokah Sri Aman
✅Farmasi Barokah Tok Bali
✅FAR Barokah Selising

Untuk sebarang pertanyaan boleh whatsapp kami dengan tekan link dibawah 👇🏻
http://www.wasap.my/60107885510/pwpDisember
Pakat singgoh deh 😇




Influenza ialah jangkitan virus pada saluran pernafasan yang boleh menyebabkan demam, selesema dan batuk, serta menjejas...
30/11/2025

Influenza ialah jangkitan virus pada saluran pernafasan yang boleh menyebabkan demam, selesema dan batuk, serta menjejaskan golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga emas dan wanita mengandung.
�😷 Jika bergejala, amalkan langkah pencegahan berikut:

1️⃣ Berehat di rumah
2️⃣ Tutup hidung dan mulut ketika batuk/bersin
3️⃣ Elak berkongsi peralatan peribadi
4️⃣ Dapatkan rawatan doktor jika gejala berterusan

🇲🇾 Bersama kita perkukuh langkah pencegahan bagi memastikan rakyat kekal sihat dan sejahtera.



Sumber : KKM

‼️ BELIAN ATAS BELIAN ‼️Jom dapatkan promosi BELIAN ATAS BELIAN di MANA MANA CAWANGAN FARMASI BAROKAH untuk bulan Novemb...
30/11/2025

‼️ BELIAN ATAS BELIAN ‼️

Jom dapatkan promosi BELIAN ATAS BELIAN di MANA MANA CAWANGAN FARMASI BAROKAH untuk bulan November ini 🤩

Dengan pembelian serendah RM 20, anda boleh mendapatkan satu item terpilih dengan harga diskaun sehingga 50%. Pembelian RM 40 layak untuk dua item dan seterusnya.

Jom dapatkan sekarang di cawangan Farmasi Barokah yang berdekatan dengan anda!

✅Farmasi Barokah Sri Aman
✅Farmasi Barokah Tok Bali
✅FAR Barokah Selising

Untuk sebarang pertanyaan boleh whatsapp kami dengan tekan link dibawah 👇🏻
http://www.wasap.my/60107885510/pwpnovember
Pakat singgoh deh 😇




30/11/2025

Assalamualaikum dan selamat pagi. Farmasi Barokah Sri Aman beroperasi bermula 9.30pagi sehingga 10.30malam. Jemput singgah yer 🥰😍

28/11/2025

BREATHE FREE PRO 10'S

👉🏻 Merujuk kepada jalur hidung (nasal strips) yang direka untuk membantu memudahkan pernafasan dengan membuka saluran hidung secara fizikal.

👉🏻Ia tidak mengandungi ubat-ubatan (non-medicated) dan bertindak dengan mengangkat dan melebarkan saluran pernafasan hidung.

Ready Stock, Boleh Dapatkan Di Farmasi Barokah Cawangan Selising, Tok Bali Dan Sri Aman Selagi Stok Masih Ada🥰

Maklumat Lanjut Boleh Hubungi👇🏻
https://www.wasap.my/601120729510/naktanya

28/11/2025
27/11/2025

Ramai malu nak cerita, tapi realitinya ramai orang ada masalah ruam merah, gatal dan pedih di celah peha dan punggung. Pergi farmasi, sapu krim antikulat biasa, lega sekejap, lepas tu datang balik, makin lebar, makin susah hilang. Di UK sekarang, doktor laporkan peningkatan hampir 500% kes jangkitan kulat baru yang dipanggil Trichophyton indotineae, media sana panggil “super fungus” sebab ia tahan terhadap ubat kulat biasa dan susah dirawat. 

Trichophyton indotineae mula dikesan di India sekitar 2014, kemudian merebak ke banyak negara. Kulat ini s**a kawasan lembap dan tertutup seperti celah peha, punggung dan paha. Ruamnya merah, gatal, kadang-kadang berair, berkerak di tepi dan boleh merebak ke perut, belakang dan bahagian badan yang lain. Masalahnya, banyak kes tak respon langsung kepada krim terbinafine yang biasa orang beli di farmasi, jadi pesakit ulang-ulang sakit berbulan-bulan. 

Ia merebak dengan mudah melalui sentuhan kulit ke kulit (contoh tidur rapat, hubungan seksual), tuala, cadar, seluar dalam, pakaian s**an yang dikongsi atau dibasuh tak bersih. Di UK, pakar laporkan ia mula berjangkit dalam satu rumah, seorang kena, lepas tu ahli keluarga lain ikut terkena. Dan ini bukan isu Eropah semata-mata: laporan saintifik terbaru menunjukkan kes pertama “super fungus” ini juga sudah dikesan di Malaysia, disahkan melalui kultur dan ujian makmal khas. 

Kabar baiknya, jangkitan ini jarang mengancam nyawa, tapi ia sangat mengganggu hidup: tak selesa nak solat, nak berjalan, nak kerja, dan boleh menjejaskan hubungan suami isteri. Rawatan selalunya perlukan ubat makan antikulat yang lebih kuat seperti itraconazole, yang ada risiko kesan sampingan dan interaksi ubat lain, bukan ubat yang patut diambil main-main tanpa pemantauan doktor. 

Apa yang kita boleh buat?
Jika ada ruam di celah peha / punggung yang tak baik-baik selepas guna krim biasa, jangan tambah-tambah krim sendiri (campur steroid, krim viral, “ubat orang bagi”). Jumpa doktor untuk pemeriksaan, dan kalau perlu, doktor akan rujuk ke pakar kulit serta buat ujian makmal. Di rumah, jangan kongsi tuala, seluar, kain pelikat, basuh cadar dan pakaian dalam dengan air panas (jika sesuai), keringkan betul-betul, dan jaga kulit sentiasa kering.

“Super fungus” ini bukan untuk ditakuti, tapi kita kena ambil tahu. Gatal di celah peha mungkin nampak remeh, tapi bila kulat mula kebal ubat, ia jadi cermin kepada satu isu lebih besar: penggunaan ubat yang tidak terkawal dan masalah rintangan antimikrob. Jaga kebersihan, jangan malu berubat, dan berhenti percaya krim campur tanpa label yang janji “putih dalam 3 hari”, kulit kita bukan tempat eksperimen.

Alhamdulillah...Terima kasih kepada pelanggan kami kerana memilih & mempercayai Farmasi Barokah Sri Aman untuk mendapatk...
27/11/2025

Alhamdulillah...

Terima kasih kepada pelanggan kami kerana memilih & mempercayai Farmasi Barokah Sri Aman untuk mendapatkan standard wheelchair dengan harga promosi RM250.00 🤩 (np RM320)

Untuk makluman, Farmasi Barokah sekarang tengah mengadakan promosi alatan rehab seperti wheelchair, commode chair, walking frame, quad cane dan underarm cane.

*sah sementara stok masih ada*

Untuk sebarang pertanyaan boleh whatsapp kami dengan tekan link dibawah 👇🏻

http://www.wasap.my/60107885510/promosirehab

Atau boleh call nombor dibawah 👇🏻

📞 097861106

Pakat singgoh deh 😇

Farmasi Barokah bukok tiap tiap hari deh 😇









27/11/2025

Gegata ni kadang datang tanpa amaran.
Tiba-tiba naik merah satu badan, rasa panas, gatal sampai tak boleh tidur. Ramai ingat sebab cuaca, padahal punca sebenar selalunya datang daripada benda yang kita tak perasan.

Antara pencetus paling biasa:
makanan harian, stres, gigit serangga, atau bahan tambahan dalam makanan.
Kadang makan sikit pun terus naik.
Kadang baru sentuh pun dah jadi.

Kabar baiknya, gegata selalunya hilang sendiri.
Tapi kalau makin merebak, naik muka, atau tak lega-lelagu, sila jumpa doktor.

Dan INGAT, kalau ada sesak nafas, bengkak bibir, bengkak muka atau rasa nak pitam, itu bukan gegata biasa. Itu kecemasan. Terus ke hospital, jangan tunggu.

Assalamualaikum semua🥰. Farmasi barokah di sri aman kami beroperasi seperti biasa, dibuka pada pukul 9.30pagi -10.30 mal...
27/11/2025

Assalamualaikum semua🥰. Farmasi barokah di sri aman kami beroperasi seperti biasa, dibuka pada pukul 9.30pagi -10.30 malam, farmasi kami menyediakan ubat-ubatan dan supplement kesihatan, jemput datang beramai ii okey 🌹

👉 Jom dapatKan di Farmasi Barokah Sri Aman sementara stok masih ada.
👉 Buka setiap hari pukul 9.30pagi-10.30malam.
👉 Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami 🤗

http://www.wasap.my/60107885510
http://www.wasap.my/60107885510
http://www.wasap.my/60107885510

27/11/2025

MARBURG: "ADIK BERADIK" EBOLA MUNCUL DI ETHIOPIA

Bayangkan satu virus yang seakan-akan Ebola, tetapi kurang dikenali. Ia ganas, pantas, dan boleh membunuh sehingga 88% mangsa yang dijangkiti. Kini, virus ini sedang merebak di Ethiopia.

SITUASI SEMASA (26 NOVEMBER)
Laporan terkini mengesahkan situasi yang membimbangkan:
• 11 Kes Dikesan
• 6 Kematian (Lebih separuh pesakit meninggal dunia)
• 300+ Kontak Rapat sedang dipantau ketat.

Walaupun WHO menyatakan risiko global masih rendah, kita perlu faham bagaimana musuh halimunan ini menyerang.

Ia bermula daripada haiwan. Perumah semula jadi virus ini ialah Kelawar Buah Mesir (Rousettus aegyptiacus). Kelawar ini tidak sakit, tetapi ia membawa virus tersebut. Manusia biasanya mendapat jangkitan pertama apabila memasuki gua atau lombong yang didiami koloni kelawar ini dan terdedah kepada najis atau aerosol haiwan tersebut.

DARI MANUSIA KE MANUSIA: INI YANG BAHAYA
Selepas individu pertama dijangkiti, virus ini tidak lagi perlukan kelawar untuk merebak. Ia berjangkit sesama manusia melalui sentuhan, BUKAN melalui udara (airborne) seperti COVID-19.

Cara jangkitan berlaku:
1. Cecair Badan: Sentuhan terus dengan darah, muntah, najis, air kencing, atau peluh pesakit.
2. Objek Tercemar: Menyentuh cadar, pakaian, atau peralatan yang terkena cecair pesakit.
3. Pengurusan Jenazah: Upacara memandikan jenazah pesakit Marburg tanpa perlindungan adalah punca utama wabak meletus besar di komuniti Afrika.
4. Seksual: Virus boleh bertahan lama dalam air mani pesakit lelaki yang telah sembuh.

GEJALA: GANAS & PANTAS
Simptom muncul mendadak. Demam panas, sakit kepala teruk, dan sakit otot. Kemudian disusuli muntah dan cirit-birit.

Dalam kes berat, pesakit akan mengalami pendarahan dari hidung, gusi, atau muntah darah sebelum meninggal dunia akibat kegagalan organ.
Segalanaya berlaku pantas, maut boleh menjemput seawal hari ke-8.

Buat masa ini, tiada kes di Malaysia dan tiada sekatan perjalanan. Namun, ambil iktibar:
• Jika anda atau kenalan baru pulang dari Afrika Timur dan mengalami demam mengejut, segera ke hospital.
• Jujur dengan doktor tentang sejarah perjalanan anda.

Kita jauh dari Ethiopia, tetapi penyakit berjangkit tidak mengenal sempadan negara.

Address

Pasir Puteh
16800

Opening Hours

Monday 09:00 - 23:00
Tuesday 09:00 - 23:00
Wednesday 09:00 - 23:00
Thursday 09:00 - 23:00
Friday 09:00 - 23:00
Saturday 09:00 - 23:00
Sunday 09:00 - 23:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Farmasi Barokah Sri Aman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Farmasi Barokah Sri Aman:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram