04/12/2019
BEKAM VS CARPAL TUNNEL SYNDROME(CTS)
CTS adalah kondisi medikal yg disebabkan oleh kompresi keatas saraf meridian yg melalui pergelangan tangan pada terowong karpal. Simtom² utama adalah seperti sakit, kebas & semutan (tingling) pada ibujari, jari telunjuk, jari tengah dan separuh jari manis. Antara sebab² adalah seperti patah atau dislokasi pada pergelangan tangan, rheumatoid arthritis, diabetes, mengandung, gangguan tiroid, kegagalan ginjal, faktor pekerjaan, obesiti dsbnya. Rawatan moden biasanya dengan pemberian ubat tahan sakit, ubat antiradang, ubatan steroid, pemakaian "wrist splint" dsbnya. Beberapa kajian menunjukkan bahawa perubatan tradisional & komplementari seperti bekam didapati berupaya mengawal sindrom ini dengan lebih baik berbanding perubatan moden. Andreas et al (2009) melakukan kajian keatas 52 pesakit. Mereka dibahagikan kepada 2 Kumpulan, 26 org setiap Kumpulan. Ujian keterukan simtom CTS dilakukan sebelum dan selepas 7 hari terapi bekam. Kumpulan intervensi hanya menjalani terapi bekam sahaja. Manakala Kumpulan kedua (kawalan) menerima rawatan ubatan sahaja. Keputusan: keterukan gejala CTS (VAS) berkurangan dengan ketara pada Kumpulan bekam dengan bacaan drp 61.5 kepada 24.6 berbanding Kumpulan kawalan penurunan daripada 67.1 kepada 51.7.
Kemungkinan mekanisme² bekam yang terlibat?
1. Gate Pain Theory: Tekanan negatif menghantar lebih banyak non-pain signal melalui serat saraf besar, memaksa "gate pain" pada dorsal hon, korda spinal menghadkan penghantaran signal sakit yg melalui serat saraf kecil kpd otak.
2. Endorphin Theory: Tusukan² jarum bekam memaksa otak melepaskan sejumlah hormon endorphin kepada reseptor² opiod sehingga efek relaksasi terhasil sekaligus mengurangkan sensasi sakit.
3. Taibah Theory: penyingkiran "substance P" iaitu neurotransmitter penajam kesakitan juga membantu mengurangkan skala kesakitan. Penyingkiran mediator² radang seperti CRP terbukti berupaya mengurang keterukan simtom CTS (Curatola et al 1990). Penyingkiran mediator² radang lain dan agen² autoimun dlm kes rheumatoid arthritis juga membantu mengawal CTS. Kawalan paras gula melalui penyingkiran gula berlebihan boleh mengawal CTS yg berpunca drp diabetes.
4. Teori Zon Reflek: rangsangan pada titik² organ tertentu berupaya merangsang kelenjar tiroid utk memproduksi hormon T3 & T4 yg mencukupi utk mengelak atau mengawal sindrom CTS secara tidak langsung.
5. Peningkatan kadar metabolisme yg meningkatkan pembakaran kalori, kesan drp bekam boleh membantu mengurangkan berat badan berlebihan(obesiti) yg juga boleh menjadi salah satu punca CTS. Prof Dr Abdul Aziz Al Safi melalui bukunya yang bertajuk "Blood Cupping Therapy" yang diterbitkan pada 2016 menulis bahawa seorang penyelidik daripada Universiti Western Cape (2008) telah membuat kajian dan mendapati bahawa bekam mampu mengurangkan indeks j***m tubuh(BMI) yang berlebihan (30kg/m2) keatas sejumlah pesakit dalam masa 3 bulan di mana bekam dilakukan secara berkala dalam tempoh itu. Keputusan yang sama juga diperolehi oleh pengkaji daripada China pada tahun 2007 &2009 dan pengkaji Iran pada tahun 2012 di mana BMI mereka yang menjalani bekam turun dengan ketara berbanding mereka yang tidak berbekam.
Utk CTS yg berpunca drp faktor mengandung, gejala² biasanya akan beransur hilang selepas melahirkan anak. CTS yg berpunca drp faktor pekerjaan juga boleh dikawal dengan tidak menggunakan peralatan bergetar(vibrate) buat sementara waktu.
Kredit to Medic Sabri
Ref:
1. Effects of Traditional Cupping Therapy in Patients With Carpal Tunnel Syndrome: A Randomized Controlled Trial: AndreasMichalsen, Gustav J.Dobos: The Journal of Pain, Volume 10, Issue 6, June 2009, Pages 601-608
2. What is carpal tunnel syndrome?
Alfred Franzblau, Robert A Werner
JAMA 282 (2), 186-187, 1999
3. S. El Sayed, H. Mahmoud, M. Nabo
Methods of wet cupping therapy (Al-Hijamah): in light of modern medicine and prophetic medicine, Altern Integ Med, 2 (2013), pp. 1-16