Klinik Kesihatan PASIR PUTEH

Klinik Kesihatan PASIR PUTEH Medical information

BERBEZA, BUKAN BERKURANGAN.Dunia ini luas, tapi cara kita melihatnya tidak semuanya sama. Bagi insan istimewa dengan Aut...
02/04/2026

BERBEZA, BUKAN BERKURANGAN.

Dunia ini luas, tapi cara kita melihatnya tidak semuanya sama. Bagi insan istimewa dengan Autisme, mereka mungkin tidak melihat dunia dengan cara kita, tetapi mereka melihat perkara yang kita sering terlepas pandang.

Autisme bukan satu penyakit untuk disembuhkan, tetapi satu spektrum warna yang unik untuk difahami.

Hari ini, kita bukan sekadar memberi kesedaran (Awareness), kita memberi Penerimaan (Acceptance). Kerana di sebalik setiap diagnosis, ada seorang anak, seorang kawan, dan seorang manusia yang punya potensi luar biasa.

Mari kita bina dunia yang lebih inklusif. Di mana setiap "rentak" yang berbeza, tetap dialunkan dengan harmoni.

Selamat Hari Kesedaran Autisme Sedunia. πŸ§©πŸ’™

KEPUTUSAN SPM DAH KELUAR! πŸ“„βœ¨Tahniah buat semua adik-adik khususnya di pasir puteh yang terima result harini. Walau apa p...
31/03/2026

KEPUTUSAN SPM DAH KELUAR! πŸ“„βœ¨

Tahniah buat semua adik-adik khususnya di pasir puteh yang terima result harini. Walau apa pun huruf yang keluar kat slip tuβ€”sama ada A, B, atau Cβ€”tarik nafas dalam-dalam dan sebut "Alhamdulillah".

Ingat satu benda ni, SPM bukan segalanya. Result ni cuma kunci untuk buka pintu pertama dalam perjalanan hidup yang sangat panjang. Ada orang kuncinya emas, ada yang perak, ada yang kena usaha lebih sikit nak buka pintu tu. Tapi percayalah, rezeki Allah itu sangat luas dan tak pernah salah alamat.

Kalau result gempak, syukur. Kalau tak seperti yang diharapkan, menangislah sekejap, tapi lepas tu bangun balik. Menangis itu normal. Terima seadanya kerana ini bukan pengakhiran, tapi satu permulaan baru.

Perjalanan kehidupan baru je nak mula! πŸš€β€οΈ

29/03/2026

INFO IBU SELEPAS BERSALIN: APA MISI/NURSE AKAN CHECK KAT RUMAH? πŸ‘©β€βš•οΈβœ¨

Ibu-ibu jangan pelik tau kalau Misi/Nurse "pacak" kat depan rumah pada:
πŸ—“οΈ Hari ke 1, 2, 3, 5, 10 & 15.

Apa yang Misi/Nurse periksa?

PEMULIHAN IBU: Check tekanan darah, luka jahitan, dan penyusuan.

KESIHATAN BAYI: Timbang berat, check kuning (jaundice), dan penjagaan pusat.

EMOSI: Pastikan ibu ceria dan tak stres πŸ˜€.

Ingat! Kalau ada kencing manis atau darah tinggi, Misi/Nurse mungkin datang lebih kerap. Lepas ni, jumpa kat Klinik Kesihatan p**a ya!

Matriye dari min yang masih beraya sakan πŸ˜†

20/03/2026

Ramadan akan berlalu, semoga ramadan kali ini kita semua mendapat ampunan dan keredhaan Allah swt.

Di kesempatan ini min ingin ucapkan selamat hari raya kepada semua masyarakat Pasir Puteh.

Send a message to learn more

13/03/2026

Iftar kkpp 2026

Iftar bersama warga kkpp 2026. Iftar bukan sekadar kongsi juadah, tapi kongsi ukhuwah. Berbuka bersama, hilangkan jurang antara jawatan, yang ada cuma rasa syukur dapat tamatkan puasa dalam satu keluarga besar. Rezeki yang sedikit kalau dikongsi ramai-ramai, terasa berkahnya.

Rezeki dikongsi, ukhuwah diberkati.

Min ucapkan terima kasih kepada semua yang membantu menjayakan serta yang telah datang meraikannya. Alhamdulillah. πŸ˜‡

Selamat Menyambut Hari Pembantu Perubatan kepada semua Pembantu Perubatan terutama di daerah Pasir Puteh. sambutan pada ...
10/03/2026

Selamat Menyambut Hari Pembantu Perubatan kepada semua Pembantu Perubatan terutama di daerah Pasir Puteh.

sambutan pada tahun ini menekankan kepentingan memperkukuh perkhidmatan kesihatan yang lebih moden, cekap dan berkualiti demi manfaat rakyat.

Semoga Pembantu Perubatan terus memainkan peranan penting sebagai antara tonggak utama dalam sistem kesihatan negara melalui dedikasi, kepakaran dan komitmen yang tinggi dalam penjagaan pesakit.

Terima kasih πŸ˜‡

Obesiti merupakan penyakit tidak berjangkit (NCD) yang boleh meningkatkan risiko pelbagai penyakit lain seperti hiperten...
04/03/2026

Obesiti merupakan penyakit tidak berjangkit (NCD) yang boleh meningkatkan risiko pelbagai penyakit lain seperti hipertensi, diabetes dan kegagalan jantung.

Bersempena Hari Obesiti Sedunia, marilah kita bersama-sama memperkukuh azam untuk mengamalkan gaya hidup sihat bagi mencegah obesiti dengan pemakanan seimbang, aktiviti fizikal berkala, menghindari alkohol, berhenti merokok serta pengurusan tekanan yang berkesan.

Disclaimer: gambar merupakan janaan AI, tiada kaitan yang hidup ataupun sudah meninggal.

19/02/2026

Selamat menunaikan ibadah puasa ramadan 1447H

12/02/2026

min share persembahan nasyid staff kkpp... rupenye ramai staff sini ada bakat terpendam. Sambil tu boleh la start hafal.. dah tak lame..

Memandangkan bulan Januari ni panjang, min berkesempatan untuk termenung sambil pikir nak renovate klinik ni... kalau de...
05/01/2026

Memandangkan bulan Januari ni panjang, min berkesempatan untuk termenung sambil pikir nak renovate klinik ni... kalau design gini ok tak.... Yang ni boleh walk-in, nak book ikut MySj pun boleh...

Pakat mari la semua. Lepas mari alik sini, boleh singgah pasar minggu selalu.... -min-😁
09/12/2025

Pakat mari la semua. Lepas mari alik sini, boleh singgah pasar minggu selalu.... -min-😁

Cuba try test minda,Ketua Jururawat (wanita) akan di panggil Sister semasa dalam perkhidmatan. Apakah p**a panggilan unt...
03/12/2025

Cuba try test minda,
Ketua Jururawat (wanita) akan di panggil Sister semasa dalam perkhidmatan. Apakah p**a panggilan untuk Ketua Jururawat (lelaki)...? Adakah B.....? Siapa tahu sila komen.... -min- 😁

Address

Pasir Puteh
Pasir Puteh
16800

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+60138099083

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Kesihatan PASIR PUTEH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Kesihatan PASIR PUTEH:

Share