15/01/2021
Sila baca..
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Berdasarkan perkongsian seorang ibu mengenai anaknya yg mengalami mata juling akibat penggunaan gadget di dalam majalah online Pa&Ma seperti link di bawah, saya mengambil kesempatan untuk berkongsi pengalaman saya menguruskan kes yang hampir sama dengan kes yang dilaporkan oleh ibu tersebut.
Kes terkini yang saya uruskan adalah pada akhir Disember 2020 di mana seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun adalah pemain tegar E-sport sejak beliau berusia 12 tahun. Beliau menghabiskan masa selama 4-5jam sehari menghadap smartphone atau laptop untuk bermain E-games. Pada musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan cuti sekolah, beliau bermain games tersebut dengan menggunakan smartphone atau laptop lebih 5 jam sehari.
Pada sekitar akhir November dan awal Disember 2020, ibu beliau perasan mata beliau juling dan mata beliau dilihat menghala ke arah hidung. Pada masa yang sama, beliau juga mengadu penglihatan beliau tidak berapa selesa lagi seperti dahulu. Bagi memastikan keadaan beliau tidak melarat, Ibu beliau mengambil keputusan berjumpa dengan saya bagi mengatasi masalah tersebut pada akhir Disember 2020.
Setelah pemeriksaan dijalankan, mata beliau memang ada juling iaitu mata menghala ke hidung selang seli. Saya mendapati bahawa masalah juling beliau di sebabkan oleh sistem penglihatan yang terjejas (sistem fokus dan alignment) akibat penggunaan gadget yang terlalu lama setiap hari.
Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk memberikan cermin mata khas sebagai terapi bagi memulihkan masalah juling secara berperingkat dan saya jangkakan masalah beliau dapat diselesaikan selama 6 hingga 12 bulan. Dalam tempoh tersebut, beliau perlu hadir temujanji susulan untuk dua bulan sekali bagi memantau keadaan beliau dan efektif rawatan yang telah diberikan.
Nasihat saya kepada diri sendiri, anak-anak dan ibubapa:
- Kawal penggunaan Gadget selama sejam sehari
- Sekiranya perlukan gadget untuk tempoh yang lama, pastikan ada rehat dalam 5 hingga 10 minit selepas penggunaan gadget selama sejam. Ulang semula langkah ini.
Penggunaan gadget tidak dapat dielakkan kerana ia adalah keperluan bagi memudahkan urusan kita terutama sewaktu pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Diharap perkongsian ini dapat membantu terutama pada tempoh PKP ini.
InsyaAllah, saya akan cuba sedaya upaya berkongsi maklumat tentang kesan penggunaan gadget terlalu lama pada mata selain daripada juling.
Dr Mohd Hafidz bin Ithnin,
Pensyarah/Optometrist
Kulliyyah Sains Kesihatan Bersekutu,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,
Kampus Kuantan.
Dalam keadaan sekarang ini aktiviti anak-anak duduk di rumah agak terhad. Apabila anak bosan, gajet atau