Bubbles O2 HQ

Bubbles O2 HQ Bubbles O2 satu satunya air mineral semulajadi beroksigen di Malaysia. Bubbles O2 Sdn Bhd
201601013208 (1184139-H)
(16)

30/04/2026

NILAH MASANYA UNTUK KORANG MENANG TIKET BOLA PERCUMA πŸ”₯

Bubbles O2 nak bagi ticket PERCUMA kepada 3 yang paling padu! 🎟️

Caranya mudah je:
1️⃣ Pilih video 1 atau 2
2️⃣ Record ulasan versi korang
3️⃣ Post & tag /
4️⃣ Follow kami sebagai bukti penyertaan

Video dah disediakan dalam post ni atau nak download boleh tekan link di komenπŸ‘€

Penyertaan dibuka sehingga 15 Mei πŸ—“οΈ

All the best, semua!

Hari Pekerja ni dah plan ke nak buat apa? πŸ‘€Kalau belum ada apa-apa, jom singgah booth Bubbles O2 di MARA Niaga Fest 2026...
29/04/2026

Hari Pekerja ni dah plan ke nak buat apa? πŸ‘€

Kalau belum ada apa-apa, jom singgah booth Bubbles O2 di MARA Niaga Fest 2026 sempena Karnival 60 Tahun MARA!

Acara ini akan berlangsung dari 1 hingga 5 Mei 2026 di WTC Kuala Lumpur πŸ—“οΈ

Boleh cari kami di booth:
πŸ“A1033, Dewan Tun Razak, Level 3

Bagi yang ingin membuat pembelian, disarankan untuk membawa troli sendiri bagi memudahkan urusan membawa pulang Bubbles O2!

Jom restock Bubbles O2 ramai-ramai!!

Terima kasih kepada MARA atas sokongan yang berterusan.Bubbles O2 amat menghargai peranan Majlis Amanah Rakyat (MARA) da...
29/04/2026

Terima kasih kepada MARA atas sokongan yang berterusan.

Bubbles O2 amat menghargai peranan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam menyokong perkembangan kami sebagai usahawan tempatan.

Daripada kemudahan fasiliti, bimbingan sehingga kepada peluang
untuk terus berkembang, sokongan ini menjadi antara faktor penting
dalam perjalanan kami membina jenama Bubbles O2 hari ini.

Kami percaya, dengan ekosistem yang kukuh seperti ini, lebih ramai usahawan tempatan mampu berkembang dan bersaing dengan lebih jauh

28/04/2026

Hari ini menjadi satu lagi momen bermakna buat Bubbles O2 apabila kami menerima Lawatan Rasmi oleh Pengerusi MARA, YBhg. Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi ke fasiliti kami.

Sepanjang lawatan ini, kami berkongsi perkembangan serta perancangan masa hadapan dalam usaha mengukuhkan jenama tempatan. Pada masa yang sama, beliau turut meluangkan masa beramah mesra bersama para pelajar Maahad Tahfiz Al-Ammar.

Moga-moga pertemuan ini membuka ruang kepada lebih banyak kolaborasi dan membawa BubblesO2 terus maju, memberi manfaat kepada industri dan komuniti.

Satu lawatan yang penuh makna.Bubbles O2 berbesar hati menerima kunjungan YBhg. Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Du...
28/04/2026

Satu lawatan yang penuh makna.

Bubbles O2 berbesar hati menerima kunjungan YBhg. Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, Pengerusi MARA ke fasiliti kami di Pedas dan Rantau.

Sepanjang lawatan, beliau diberi taklimat mengenai operasi, diikuti sesi walkabout ke kilang pemprosesan serta telaga sumber air BubblesO2.

Lebih bermakna, lawatan ini turut disusuli dengan sesi bersama pelajar tahfiz Yayasan Al-Ammar, di mana beliau sempat mengcukil bakat pelajar Maahad Tahfiz Al-Ammar hari ini.

Bagi kami, ini bukan sekadar lawatan, tetapi satu momen yang menghubungkan industri, komuniti dan nilai yang lebih besar.

MAJLIS AMANAH RAKYAT MARA Negeri Sembilan MARA Daerah Rembau DR ASYRAF WAJDI DUSUKI

27/04/2026

Debaran Final Piala Malaysia musim 25/26 semakin terasa ⚽πŸ”₯

Tapi kali ni, rasa dia lain sikit πŸ‘€
Something big is coming 😏
Stay tuned with Bubbles O2.

Malaysian Football League

26/04/2026

Alhamdulillah, program Run With Royalty bersama Polis Diraja Malaysia dan masyarakat berlangsung dengan baik dan penuh energi 🀝

Bubbles O2 pun gembira dapat turut sama memeriahkan program ini β€” sama-sama support gaya hidup aktif dan semangat komuniti.

Moga berjumpa lagi di event akan datang πŸ’§

Lebih daripada sekadar larian.  Acara fun run, Run With Royalty PDRM Selangor 2026, ini berjaya menghimpunkan Institusi ...
26/04/2026

Lebih daripada sekadar larian.

Acara fun run, Run With Royalty PDRM Selangor 2026, ini berjaya menghimpunkan Institusi Diraja Selangor, PDRM dan orang ramai dalam satu suasana yang penuh semangat.

Selain meraikan Hari Polis ke-219, larian ini juga menjadi platform untuk menggalakkan amal gaya hidup sihat dan rapatkan lagi hubungan antara komuniti dan pihak berkuasa.

Sepanjang acara, suasana dipenuhi dengan semangat, disiplin dan sokongan daripada para peserta dari pelbagai latar belakang.

Bubbles O2 sangat berbesar hati dapat turut bersama dalam menjayakan program yang memberi manfaat kepada komuniti ini.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan acara ini dengan jayanya πŸ’ͺ

Run With Royalty PDRM Selangor 2026 Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

Jumpa Bubbles O2 di event seterusnya!

Bila datang MARA Niaga Fest, jangan sekadar jalan πŸ‘€πŸ”₯ Sempena Ulang Tahun MARA ke-60, Bubbles O2 bawakan special price ya...
24/04/2026

Bila datang MARA Niaga Fest, jangan sekadar jalan πŸ‘€πŸ”₯

Sempena Ulang Tahun MARA ke-60, Bubbles O2 bawakan special price yang hanya ada di event ini sahaja.

πŸ“ World Trade Center, Kuala Lumpur (WTC KL)
πŸ—“οΈ 1 – 5 Mei 2026
⏰ 10AM – 10PM

Kalau memang plan nak datang, ini peluang untuk restock terus sekali jalan.

πŸ’§ 800ml x12 β€” RM45
πŸ’§ 425ml x24 β€” RM55

Tak perlu tunggu online.
Tak perlu fikir delivery.
Datang, ambil, settle.

⚠️ Walk-in sahaja (tiada penghantaran ke kenderaan)

Save post ni & set reminder sekarang. Jumpa kami di booth, dan jangan sampai terlepas deal ni!

Kerjasama BubblesO2 x NSFC kini melangkah ke tahap seterusnya.Lebih daripada sekadar penajaan,ini adalah komitmen dalam ...
23/04/2026

Kerjasama BubblesO2 x NSFC kini melangkah ke tahap seterusnya.

Lebih daripada sekadar penajaan,
ini adalah komitmen dalam membangunkan sukan tempatan.

Jom baca artikel penuh di link di bawah πŸ‘‡

22/04/2026

Permulaan kepada satu kerjasama yang lebih kukuh.
Majlis Penyerahan Cek Tajaan Bubbles O2 kepada Negeri Sembilan Football Club (NSFC) telah berlangsung dengan jayanya. ⚽

Sebagai rakan air mineral beroksigen semulajadi rasmi,
Bubbles O2 menyokong pasukan melalui pembangunan pusat latihan PBNS serta penajaan Liga Premier Negeri Sembilan.

Inisiatif ini memperkukuhkan fasiliti latihan dan membuka lebih banyak ruang perkembangan buat NSFC, di samping meningkatkan kehadiran jenama Bubbles O2 dalam usaha menyokong bola sepak Negeri Sembilan. πŸ’§

Kerjasama ini diharapkan menjadi pemangkin kepada perkembangan yang lebih mampan serta kejayaan berterusan pada masa hadapan. πŸ’™


Address

Lot 4494, 4495, 4498, 4499, Kawasan Perindustrian Halal MIEL, Kampung Merbau Sembilan
Pedas
71400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 13:00

Telephone

+60389229858

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bubbles O2 HQ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share