Hentian Damai Pekan Nanas - Mentari

Hentian Damai Pekan Nanas - Mentari ๐Ÿ’š MENTARI Pekan Nanas - Pusat kesihatan mental masyarakat yang berperananan menyediakan perkhidmatan kesihatan mental. ๐Ÿ’š

02/03/2026




Antara perkara yang memberi impak besar dalam sesi konsultasi saya setelah mempelajari ialah menggantikan perkataan "KERENTANAN" dengan "kelemahan". Pada mulanya memang kedengaran agak janggal kerana amat jarang mendengar apatah lagi menggunakan perkataan kerentanan.

Namun, dari segi psikologi, impaknya amat besar terutama apabila kita memberi fokus pada mencapai tahap kesihatan yang optimum.

โ€œSaya ni memang lemah orangnyaโ€ฆโ€

Ayat ni saya selalu dengar dalam sesi.

Tapi selalunya, bila kita gali perlahan-lahan, rupanya bukan โ€œlemahโ€.

Kita kena beza dua perkara:

1. Kelemahan

Kelemahan selalunya bermaksud ada kemahiran yang belum dibina.

Contohnya:
โ€ข Susah nak kawal emosi
โ€ข Tak pandai kata โ€œtidakโ€
โ€ข Tak tahu cara urus tekanan

Ini bukan sifat kekal.
Ini cuma ruang yang belum sempat diasah.

Dan ruang itu boleh dibangunkan.

โธป

2. Kerentanan (vulnerability)

Ini p**a berbeza.

Ada orang memang dilahirkan lebih sensitif.
Ada yang membesar dalam suasana penuh trauma.
Ada yang ada sejarah keluarga gangguan emosi.

Itu bukan kelemahan.
Itu latar belakang.

Kerentanan bukan sesuatu yang perlu kita buang.
Ia sesuatu yang perlu kita faham dan jaga.

โธป

Dalam Optimal Health Program, kita tidak melabel seseorang sebagai โ€œlemahโ€ tetapi:

- Apakah faktor kerentanan dia?
- Apakah kemahiran yang belum dibina?
- Apakah kekuatan yang sudah ada?

Bila seseorang kata,
โ€œSaya memang tak kuat macam orang lain.โ€

Selalunya saya akan menjawab perlahan:

โ€œMungkin bukan tak kuat. Mungkin awak cuma tak pernah diberi ruang untuk belajar cara jaga diri.โ€

_______
Beza itu sangat penting.

Kerana bila kita anggap diri kita lemah, kita rasa malu.
Tapi bila kita faham diri kita ada kerentanan, kita belajar untuk lebih berbelas kasihan pada diri sendiri.

Dan dari situ, perubahan lebih mudah berlaku.

โ€”

Kesimp**annya, apabila kita mengatakan diri kita lemah; ianya seolah- olah menutup jalan yang lebih baik.

Kita cuma belum belajar cara untuk menjadi seseorang yang mempunyai lebih kekuatan psikologi, emosi, spiritual dll.

Inilah kelainan dalam membentuk seseorang yang lebih sihat secara holistik.

PUNCA MAJOR DEPRESSIVE DISORDER (MDD)MDD bukanlah bermaksud pesakit itu 'lemah iman', kurang beribadah, atau sengaja men...
28/02/2026

PUNCA MAJOR DEPRESSIVE DISORDER (MDD)
MDD bukanlah bermaksud pesakit itu 'lemah iman', kurang beribadah, atau sengaja mengada-ngada. Ia adalah satu penyakit klinikal yang kompleks. Pakar psikiatri mengklasifikasikan punca MDD melalui Model Biopsikososial (gabungan tiga faktor):

1. Faktor Biologi
Berlaku ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak (neurotransmitter) seperti serotonin, dopamin, dan noradrenalin. Bahan kimia ini bertanggungjawab mengawal mood manusia. Selain itu, faktor genetik juga memainkan peranan. Jika ada sejarah keluarga yang menghidap kemurungan, risiko itu lebih tinggi.

2. Faktor Psikologi
Corak pemikiran pesakit yang cenderung ke arah negatif, atau mereka mempunyai sejarah trauma masa silam yang tidak dirawat (seperti penderaan zaman kanak-kanak, kehilangan orang tersayang secara mengejut, atau dibuli).

3. Faktor Sosial
Tekanan persekitaran hidup yang kronik dan berpanjangan. Ini termasuklah masalah bebanan hutang, persekitaran tempat kerja yang toksik, atau konflik rumah tangga yang berterusan.

CARA MENGURUSKAN SERANGAN PANIK DI RUMAH
Apabila pesakit diserang sesak nafas, kepala pusing, dan muntah, sistem saraf amigdala di dalam otak mereka sedang membunyikan 'penggera kecemasan palsu' seolah-olah ada ancaman maut di depan mata. Ini apa yang waris perlu buat:

1. Kekal Tenang Dan Hadir
Jangan panik bersama pesakit. Elakkan ayat toksik seperti "jangan fikir sangat", "relaks lah", atau "cuba bawa mengucap". Ayat sebegini menafikan kesakitan mereka. Sebaliknya, duduk bersama mereka dan cakap dengan nada rendah, "Saya ada di sini. Awak selamat. Ini cuma serangan panik dan ia akan berlalu pergi."

2. Hentikan Hiperventilasi
Rasa kepala pusing yang teramat sangat itu selalunya berpunca daripada pernafasan laju (hiperventilasi) yang menyebabkan ketidakseimbangan oksigen dan karbon dioksida dalam darah. Ajar pesakit Teknik Pernafasan Kotak. Bimbing mereka secara lisan: Tarik nafas 4 saat, tahan 4 saat, hembus perlahan 4 saat, dan rehat 4 saat. Ulang perlahan-lahan.

3. Teknik Pemusatan Deria (Grounding 5-4-3-2-1)
Alihkan tumpuan otak mereka dari ilusi ketakutan kepada realiti fizikal di sekeliling. Minta pesakit sebutkan 5 benda yang mereka nampak, 4 benda yang mereka boleh sentuh, 3 bunyi di sekeliling, 2 benda yang boleh dihidu, dan 1 benda yang boleh dirasa. Untuk meredakan rasa loya dan muntah, berikan mereka seteguk air sejuk (ais) untuk mengejutkan semula sistem saraf vagus mereka ke dunia nyata.

PERLUKAH DIBAWA KE JABATAN KECEMASAN?
Serangan panik biasanya akan memuncak dalam masa 10 minit dan akan mula reda secara perlahan-lahan selepas anda melakukan teknik 'grounding' di atas. Rawatan di rumah sudah memadai JIKA ini adalah simptom biasa yang memang pesakit selalu alami dan mereka telah didiagnos oleh doktor sebelum ini.

NAMUN, anda wajib membawa pesakit ke Jabatan Kecemasan hospital segera jika berlaku tanda-tanda 'Red Flags' ini:
- Ini adalah kali pertama pesakit mengalami simptom sesak nafas dan pening yang sangat teruk (kita perlu tolak kemungkinan masalah fisiologi sebenar).
- Muntah yang berterusan sehingga pesakit lembik, pucat, dan mengalami dehidrasi kronik.
- Pesakit mengadu sakit dada yang merebak ke lengan kiri, leher, dan rahang (ini mungkin serangan jantung sebenar, bukan sekadar panik).
- Pesakit mula menunjukkan niat, kelakuan, atau menyuarakan rancangan untuk mencederakan diri sendiri.

Sokongan ahli keluarga adalah ubat yang tidak boleh dibeli di farmasi. Teruskan menjadi sistem sokongan yang utuh buat mereka.

TALIAN BANTUAN KRISIS:
๐Ÿ“ž Talian HEAL: 15555 (KKM - NCEMH)
๐Ÿ“ž Talian Kasih: 15999

28/02/2026

Video berkaitan depresi.

PROGRAM SANUBARI ANJURAN MENTARI PEKAN NANAS29/1 โœ…26/2 โœ…12/3 โœ…30/4 โœ…21/5 โœ…
18/02/2026

PROGRAM SANUBARI ANJURAN MENTARI PEKAN NANAS

29/1 โœ…

26/2 โœ…

12/3 โœ…

30/4 โœ…

21/5 โœ…

https://www.tabah.my/irys*IRYS (Illness Recovery & Self Management App)*IRYS merupakan sebuah platform bagi membantu kli...
10/02/2026

https://www.tabah.my/irys

*IRYS (Illness Recovery & Self Management App)*

IRYS merupakan sebuah platform bagi membantu klien menguruskan permasalahan kesihatan mental mereka dengan sendiri. Ia adalah salah satu initiatif Jabatan Psikiatri HCTM dalam membantu klien berkonsepkan โ€˜self-helpโ€™.



Ini selaras dengan konsep pemulihan atau โ€˜recoveryโ€™ dimana klien, dengan input yang minima dari pekerja kesihatan mental dapat menguruskan sendiri permasalahan terutamanya berkaitan dengan emosi atau kesihatan mental.



Justeru, klien dapat memanfaatkan IRYS untuk membantu mereka menguruskan emosi dalam menghadapi saat-saat sukar tanpa sebarang intervensi bersemuka di klinik atau hospital.



Namun harus diingatkan, sekiranya permasalahan adalah serius atau tidak dapat dibantu oleh IRYS, hendaklah mendapatkan bantuan profesional dengan kadar segera.

IRYS merupakan sebuah platform bagi membantu klien menguruskan permasalahan kesihatan mental mereka dengan sendiri.ย Ia adalah salah satu initiatif Jabatan Psikiatri HCTM dalam membantu klien berkonsepkan โ€˜self-helpโ€™.ย 

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—œ๐—› ๐—œ๐—•๐—จ ๐—ง๐—จ๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—Ÿ (๐—ž๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ต๐—ป๐—œ๐—ง๐—ฎ) ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒProgram pemerkasaan khas buat ๐—ถ๐—ฏ๐˜‚ ๐˜๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—น yang dianjurkan oleh Jabatan Pembang...
06/02/2026

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—œ๐—› ๐—œ๐—•๐—จ ๐—ง๐—จ๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—Ÿ (๐—ž๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ต๐—ป๐—œ๐—ง๐—ฎ) ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Program pemerkasaan khas buat ๐—ถ๐—ฏ๐˜‚ ๐˜๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—น yang dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dengan kerjasama agensi dan tenaga pakar yang berpengalaman.

๐ŸŽฏObjektif program ;-

โœ… Memperkasa dan membantu ibu tunggal
โœ… Membantu ibu tunggal dalam tuntutan selepas perceraian
โœ… Membantu ibu tunggal dalam pengurusan kewangan/hutang
โœ… Membantu ibu tunggal untuk membangunkan potensi diri dan psikososial

๐Ÿ“š Antara tiga (3) modul utama dalam program ini:-

๐Ÿ“Œ Modul Kemahiran Perundangan
๐Ÿ“Œ Modul Pengurusan & Literasi Kewangan
๐Ÿ“Œ Modul Pembangunan Psikososial

๐Ÿ“ Temui kami di 13 negeri yang terpilih di seluruh Malaysia.

Jom kami rungkaikan setiap permasalahan dan membimbing anda sehingga berjaya ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ’ช๐Ÿป

Klik link untuk maklumat lanjut:

โžก๏ธ https://bit.ly/kasihibutunggal2026

Untuk mendaftar bagi Program KasihnITa, sila klik di sini
โžก๏ธ https://bit.ly/pendaftarankasihnita2026

๐—ง๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—› ๐—ง๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฃ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐— ๐—ข๐—›๐—ข๐—ก๐—”๐—ก:
๐Ÿฎ๐Ÿฌ ๐—”๐—ฝ๐—ฟ๐—ถ๐—น ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

โœจ๐™ˆ๐™ค๐™๐™ค๐™ฃ ๐™Ž๐™ƒ๐˜ผ๐™๐™€ ๐™™๐™œ๐™ฃ ๐™ ๐™š๐™ฃ๐™–๐™ก๐™–๐™ฃ ๐™ฎ๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™ข๐™š๐™ข๐™š๐™ง๐™ก๐™ช๐™ ๐™–๐™ฃ..
โœจ๐™†๐™ž๐™ฉ๐™– ๐™Ÿ๐™ช๐™ข๐™ฅ๐™– ๐™ฃ๐™–๐™ฃ๐™ฉ๐™ž.. ๐Ÿ˜Š








Konsep T.H.I.N.K. untuk mengurangkan overthinking ๐Ÿคฏ๐Ÿง T.H.I.N.K before you overthink.T - Is it True?H - Is it Helpful? I  ...
30/01/2026

Konsep T.H.I.N.K. untuk mengurangkan overthinking ๐Ÿคฏ๐Ÿง 

T.H.I.N.K before you overthink.

T - Is it True?
H - Is it Helpful?
I - Is it Inspiring?
N - Is it Necessary?
K - Is it Kind?

MENTARI Pekan Nanas akan menganjurkan program SANUBARI dari bulan Januari ke Mei. Individu yang berminat boleh menghubun...
14/01/2026

MENTARI Pekan Nanas akan menganjurkan program SANUBARI dari bulan Januari ke Mei. Individu yang berminat boleh menghubungi kami di talian 07 - 6991926. Tempat adalah terhad.

Program SANUBARI atau dikenali juga sebagai Program Kesihatan Optimum merupakan salah satu modul yang memfokuskan kepada Kesihatan dan bukannya pada sakit atau psikopatologi.

Program ini diperkenalkan di St Vincent Hospital Melbourne dan telah diadaptasikan di Malaysia mengikut kesesuaian setempat.

Terdapat 5 Modul dalam program SANUBARI ini. Dalam salah satu modul, perkara yang akan dibincangkan bersama ialah tentang RAKAN KERJASAMA KESIHATAN OPTIMUM.

Jom ketahui apakah itu Rakan Kerjasama Kesihatan...

Dalam Program Kesihatan Optimum atau SANUBARI, salah satu modul yang ditekankan ialah untuk mengenali Rakan Kerjasama dalam Menjaga Kesihatan Optimum.

_______

Kenapa saya menulis tentang Rakan Kerjasama ini?
Ini kerana semalam, saya telah berjumpa dengan seorang pesakit berusia 30 tahun yang menghidap Obsessive-Compulsive Disorder (OCD) yang agak teruk.

Beliau sentiasa dibelenggu was-was berulang:
* Was-was sama ada beliau telah melakukan sesuatu dengan betul
* Takut jika secara tidak sengaja telah melakukan kesalahan
* Takut jika telah menyakiti orang lain, walaupun tanpa bukti

Malahan, beliau amat takut untuk bercakap kerana mempunyai pemikiran was- was yang terlalu kuat jika percakapan/ perkataan yang digunakan adalah betul.

Untuk mengurangkan keresahan ini, beliau memilih untuk banyak tidur dan mengasingkan diri di rumah. Lama-kelamaan, aktiviti harian semakin berkurang, pergerakan terhad, dan akhirnya membawa kepada obesiti serta kemerosotan kesihatan fizikal.
Apabila ditanya tentang sokongan sekeliling, beliau berkata:
โ€œSaya tak nak susahkan sesiapa. Lebih selamat saya duduk diam.โ€
Di sinilah kepentingan rakan kerjasama menjadi sangat jelas.
Tanpa individu yang membantu beliau mencabar pemikiran was-was, menggalakkan pendedahan berperingkat, atau sekurang-kurangnya menemani beliau keluar rumah, kitaran OCD dan pengasingan diri terus berulang.

---

Siapakah โ€œRakan Kerjasamaโ€ Anda dalam Menjaga Kesihatan Optimum?
โ€ข Ramai antara kita berusaha menjaga kesihatan โ€” makan lebih sihat, cuba bersenam, belajar mengurus stres. Namun satu aspek penting yang sering terlepas pandang ialah siapa yang berjalan bersama kita dalam perjalanan ini.
โ€ข Dalam Optimal Health Program (OHP), terdapat satu latihan reflektif yang sangat bermakna: Mengenal pasti rakan kerjasama - individu atau sumber sokongan yang membantu kita mengekalkan kesihatan mental, fizikal dan psikologi secara menyeluruh.

---

KESIHATAN BUKAN USAHA SOLO
Bukti sains menunjukkan bahawa kesihatan manusia sangat dipengaruhi oleh hubungan sosial yang bermakna. Sokongan emosi dan psikologi yang konsisten terbukti:
i. Mengurangkan simptom keresahan dan kemurungan
ii. Meningkatkan daya tahan emosi (*resilience*)
iii. Memperbaiki kualiti hidup dan fungsi harian
iv. Mengurangkan komplikasi fizikal jangka panjang
Kesihatan optimum bukan hanya tentang rawatan, tetapi juga tentang rangkaian sokongan yang mengiringi rawatan tersebut.

---

SIAPAKAH RAKAN KERJASAMA ITU?
Rakan kerjasama tidak semestinya ramai. Mereka boleh terdiri daripada:
i. Ahli keluarga yang memahami, bukan menghakimi
ii. Sahabat yang boleh menemani aktiviti kecil secara konsisten
iii. Profesional kesihatan mental yang membimbing rawatan
iv. Aktiviti bermakna yang membantu pesakit kekal berfungsi
Dalam OHP, individu ini dipetakan mengikut kedekatan hubungan dan kekerapan sokongan, bukan berdasarkan hierarki.

---

KENAPA PEMETAAN INI PENTING?

Dengan mengenal pasti rakan kerjasama:
i. Pesakit belajar bahawa **mereka tidak perlu melawan penyakit seorang diri**
ii. Sokongan boleh disusun secara realistik dan berperingkat
iii. Risiko pengasingan sosial dan komplikasi fizikal dapat dikurangkan
iv. Rawatan menjadi lebih berkesan dan berperikemanusiaan
Mampu meminta dan menerima bantuan **bukan tanda kelemahan**, tetapi tanda kesedaran dan kematangan psikologi.

---
โ€ข Refleksi untuk kita semua
โ€œSiapakah yang membantu saya kekal berfungsi apabila minda saya penat?โ€
โ€œSiapakah yang patut saya libatkan secara lebih sedar dalam pelan kesihatan hidup saya?โ€
- Kesihatan optimum adalah satu usaha kolektif - lebih stabil, lebih realistik, dan lebih berbelas ihsan apabila kita tidak melaluinya bersendirian.
- Jaga diri, dan hargai mereka yang berjalan bersama anda.

JOM KITA KENAL PASTI SIAPAKAH RAKAN KERJASAMA KESIHATAN OPTIMUM KITA

Roti segar baru keluar dari oven Hentian Damai Pekan Nanas - Mentari ! ๐Ÿ‘ฉ๐Ÿปโ€๐Ÿณ๐ŸฅงLembut! Wangi!  dan pasti buat anda nak lagi...
14/11/2025

Roti segar baru keluar dari oven Hentian Damai Pekan Nanas - Mentari ! ๐Ÿ‘ฉ๐Ÿปโ€๐Ÿณ๐Ÿฅง

Lembut! Wangi! dan pasti buat anda nak lagi๐Ÿ˜

"Sekali cuba pasti repeat" ๐ŸŒญ๐Ÿคค

Nyam! Nyam!! Nyam!!!

Hubungi 076991926 ( waktu pejabat sahaja ) / PM page ini untuk tempahan/ maklumat lanjut.

๐Ÿ—“๏ธ09.10.2025๐Ÿ—ฃ๏ธKursus Pengenalan Bantuan Awal Psikologi Kepada Komuniti Sempena Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 20...
14/10/2025

๐Ÿ—“๏ธ09.10.2025

๐Ÿ—ฃ๏ธKursus Pengenalan Bantuan Awal Psikologi Kepada Komuniti
Sempena Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2025 .

Anjuran Bersama : MENTARI PEKAN NANAS & JAWATANKUASA RUKUN TETANGGA DAERAH PONTIAN.

Tema : Akses kepada perkhidmatan mental dalam bencana dan kecemasan.
Program ini telah dirasmikan oleh wakil Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng ( Ahli Parlimen Tanjung Piai ) , iaitu Yang Berhormat Tan Eng Meng ( ADUN Pekan Nanas ).

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

10.10.2025Team MENTARI Pekan Nanas telah menganjurkan Circle of Hope ( C.O.H ) 2.0 / 2025.Program ini telah dianjurkan 2...
10/10/2025

10.10.2025

Team MENTARI Pekan Nanas telah menganjurkan Circle of Hope ( C.O.H ) 2.0 / 2025.

Program ini telah dianjurkan 2 kali setahun sejak beberapa tahun yang lalu dengan objektif:

1. Menyampaikan maklumat yang sahih dan tepat kepada keluarga dan penjaga pesakit yang menghadapi masalah mental.

2. Meningkatkan pengetahuan keluarga dan penjaga pesakit dalam memberi sokongan kepada pesakit untuk proses rehabilitasi dan penyembuhan yang holistik.

3. Memberikan kemahiran asas dan semasa krisis kepada keluarga dan penjaga untuk membantu pesakit berfungsi seperti sediakala.

Perkongsian telah diberikan oleh Pakar Psikiatri, Pegawai Perubatan, Pegawai Farmasi dan Pegawai Jurupulih Carakerja.

Yang tak berkesempatan nak join tahun ini, jangan risau tahun depan ada lagi 2 sesi.

P/s : Gambar penjaga dan pesakit ditapis atas sebab "privasi dan confidentiality"
( Hak pesakit dan keluarga ).

Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini dengan jayanya.

๐Ÿ’š

1๏ธโƒฃ0๏ธโƒฃ/ 1๏ธโƒฃ0๏ธโƒฃ/ 2๏ธโƒฃ0๏ธโƒฃ2๏ธโƒฃ5๏ธโƒฃ๐Ÿ’š ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐Œ๐ž๐ง๐ญ๐š๐ฅ ๐’๐ž๐๐ฎ๐ง๐ข๐š ๐Ÿ’š๐ŸŸขTema โ€œAkses Kepada Perkhidmatan Kesihatan Mental dalam Kri...
10/10/2025

1๏ธโƒฃ0๏ธโƒฃ/ 1๏ธโƒฃ0๏ธโƒฃ/ 2๏ธโƒฃ0๏ธโƒฃ2๏ธโƒฃ5๏ธโƒฃ

๐Ÿ’š ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐Œ๐ž๐ง๐ญ๐š๐ฅ ๐’๐ž๐๐ฎ๐ง๐ข๐š ๐Ÿ’š

๐ŸŸขTema โ€œAkses Kepada Perkhidmatan Kesihatan Mental dalam Krisis dan Bencanaโ€๐ŸŸข

Address

Pekan Nanas
81500

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Telephone

+6076991926

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hentian Damai Pekan Nanas - Mentari posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Hentian Damai Pekan Nanas - Mentari:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram