Klinik An-Nur Pekan

Klinik An-Nur Pekan "Your Preferred Family Care"
WAKTU OPERASI:
ISNIN - AHAD
(9 PAGI - 10 MALAM)
1.00 PTG - 2.00 PTG (REHAT)
6.00 PTG - 8 MALAM (REHAT)

Assalamualaikum & Selamat Pagi!🩺✨"SELAMAT HARI PEKERJA" HARINI KLINIK KAMI BUKA DARI 9 PAGI HINGGA 6 PETANGUntuk sebaran...
01/05/2026

Assalamualaikum & Selamat Pagi!🩺✨

"SELAMAT HARI PEKERJA"

HARINI KLINIK KAMI BUKA DARI 9 PAGI HINGGA 6 PETANG

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di 09-422 9319 atau boleh Whatsapp kami di http://www.wasap.my/+60105147917

KENALI TANDA AWAL KERACUNAN CENDAWAN 🍄🍄‍Gejala keracunan cendawan boleh bermula seawal 15 minit sehingga lebih 6 jam sel...
30/04/2026

KENALI TANDA AWAL KERACUNAN CENDAWAN 🍄🍄‍
Gejala keracunan cendawan boleh bermula seawal 15 minit sehingga lebih 6 jam selepas anda memakannya.
Sekiranya anda atau ahli keluarga mengalami gejala berikut selepas makan cendawan, bertindaklah segera!
✅ Sakit perut
✅ Loya
✅ Muntah
✅ Cirit-birit
✅ Pening kepala
✅ Peluh berlebihan
✅ Kekeliruan atau halusinasi
✅ Sawan

30/04/2026

KLINIK BUKA MALAM INI
8.00 PM HINGGA 10.00 PM
LOKASI SEBELAH TMG KETAPANG MUALIM

Assalamualaikum & Selamat Pagi!🩺✨Klinik kami buka seperti biasa hari ini dari 9 pagi hingga 10 malam🥰Lokasi bersebelahan...
30/04/2026

Assalamualaikum & Selamat Pagi!🩺✨
Klinik kami buka seperti biasa hari ini dari 9 pagi hingga 10 malam🥰
Lokasi bersebelahan TMG Ketapang.
Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di 09-422 9319 atau boleh Whatsapp kami di http://www.wasap.my/+6010-5147917

“Tidur 30 minit je pun, apa sangat?”Kadang-kadang, itu yang badan kita perlukan untuk kembali bernafas.Tidur sekejap 30 ...
29/04/2026

“Tidur 30 minit je pun, apa sangat?”
Kadang-kadang, itu yang badan kita perlukan untuk kembali bernafas.
Tidur sekejap 30 minit bukan tanda malas. Ia boleh jadi cara tubuh menekan butang reset selepas separuh hari memaksa diri fokus, melayan kerja, memandu, menjaga anak, bermesyuarat dan menahan mengantuk.
5 manfaat tidur 30 minit:
1. Bantu kurangkan rasa mengantuk
Badan jadi lebih segar, mata lebih ringan dan kepala tidak terlalu berat.
2. Bantu tingkatkan fokus
Selepas rehat sekejap, otak lebih mudah menyambung kerja tanpa rasa terlalu serabut.
3. Bantu stabilkan emosi
Kadang-kadang kita bukan marah sangat. Kita cuma terlalu letih.
4. Bantu ingatan dan pembelajaran
Tidur singkat boleh membantu otak menyusun semula maklumat yang diterima.
5. Bantu badan rasa lebih bertenaga
Bukan tenaga luar biasa, tapi cukup untuk sambung hari dengan lebih tenang.
Cuma ingat, tidur 30 minit ini bukan pengganti tidur malam yang cukup.
Elakkan tidur terlalu lewat petang kerana ia boleh mengganggu tidur malam. Pasang alarm, cari tempat selamat dan rehatlah sekejap bila tubuh benar-benar perlukan.
Kadang-kadang produktif bukan bermaksud terus paksa diri.
Kadang-kadang, produktif bermula dengan tahu bila perlu berhenti sebentar.

Sumber : Public Health Malaysia


“Baru sampai tempat percutian yang cantik, tiba-tiba kepala berdenyut. Badan rasa lemah. Perut mula loya. Malam p**a sus...
28/04/2026

“Baru sampai tempat percutian yang cantik, tiba-tiba kepala berdenyut. Badan rasa lemah. Perut mula loya. Malam p**a susah tidur."
Kalau anda baru naik ke kawasan tempat tinggi (ketinggian sekitar 2,500 meter ke atas), itu mungkin amaran badan anda sedang bergelut dengan 'Acute Mountain Sickness' (AMS).
AMS berlaku apabila badan belum sempat menyesuaikan diri dengan tekanan udara yang rendah dan paras oksigen yang sangat nipis. Otak dan paru-paru anda sedang 'terkejut' dan perlukan masa untuk belajar bernafas dalam persekitaran baru ini
Sebab itu orang yang nampak sihat, muda, dan sado pun boleh tumbang terkena AMS. Ia bukan isu stamina atau mental lemah, ia isu FIZIK.
TANDA AWAL AMS:
🏔️ Sakit kepala dan pening.
🏔️ Loya, muntah
🏔️ Cepat letih dan susah tidur.
TANDA BAHAYA KECEMASAN (RED FLAGS)
Jika pesakit mula tunjuk tanda di bawah, JANGAN 'tunggu dan lihat'. Terus turun ke altitude lebih rendah dan cari bantuan perubatan segera
🚨 Sangat keliru dan merapu.
🚨 Jalan terhuyung-hayang macam orang mabuk.
🚨 Sesak nafas walaupun sedang duduk rehat!
🚨 Batuk teruk dan bibir bertukar kebiruan.
TIPS PENCEGAHAN SEBELUM TRAVEL
✅ Naik secara perlahan-lahan. Jangan gopoh kejar 'itinerary'!
✅ Elakkan aktiviti lasak pada hari pertama dan JANGAN minum alkohol.
✅ Bincang dengan doktor perubatan untuk ubat pencegahan (seperti Acetazolamide) jika perlu, jangan pandai-pandai beli sendiri.
Gunung boleh tunggu. Gambar pemandangan mahal boleh diambil kemudian. Tapi otak dan paru-paru kita tidak boleh dipaksa. Rehat, pantau, dan turun jika makin teruk.
# Public Health Malaysia

Assalamualaikum & Selamat Petang!🩺✨IV DRIP - Rawatan Masuk AirRawatan IV Drip membantu merawat dehidrasi dalam badan, ke...
28/04/2026

Assalamualaikum & Selamat Petang!🩺✨

IV DRIP - Rawatan Masuk Air

Rawatan IV Drip membantu merawat dehidrasi dalam badan, ketidakseimbangan elektrolit dan lain lain lagi. Jika badan rasa lemah dan lesu, dehidrasi muntah atau cirit birit, boleh dapatkan pemeriksaan doktor terlebih dahulu. Kami bantu anda dengan rawatan terbaik🤗

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di 09-422 9319 atau boleh Whatsapp kami di http://www.wasap.my/+6010-5147917

Rumah makin penuh.Tapi hati pun makin sesak.Ramai orang ingat tabiat menyimpan barang terlalu banyak cuma perangai malas...
27/04/2026

Rumah makin penuh.

Tapi hati pun makin sesak.

Ramai orang ingat tabiat menyimpan barang terlalu banyak cuma perangai malas kemas.
Atau sekadar “sayang nak buang”.

Padahal ada keadaan di mana seseorang memang terlalu susah untuk melepaskan barang, walaupun barang itu sudah rosak, tak digunakan, atau langsung tak ada nilai.

Bila ini berlaku sampai rumah jadi sempit, laluan berjalan terganggu, bilik tak lagi berfungsi seperti sepatutnya, dan hidup harian mula terasa berat…
itu bukan lagi sekadar bersepah.

Ia boleh jadi tanda masalah hoarding.

Orang yang bergelut dengan tabiat ini selalunya bukan s**a hidup serabut.

Mereka mungkin rasa cemas bila fikir nak buang barang.
Rasa bersalah.
Rasa “nanti mungkin guna”.
Rasa terlalu sayang.
Atau rasa barang itu ada nilai emosi yang orang lain tak nampak.

Lama-lama, rumah mula dipenuhi barang.
Dapur susah digunakan.
Tempat tidur jadi sempit.
Tandas pun kadang-kadang terjejas.
Tetamu tak berani dijemput masuk.
Tuan rumah p**a makin malu, makin terasing, makin penat.

Dan ya, tabiat hoarding memang boleh menjejaskan kesihatan mental.

Bila rumah terlalu sarat, kepala juga jadi cepat serabut.
Stres bertambah.
Hubungan dengan keluarga boleh renggang.
Ada yang jadi murung.
Ada yang elak orang datang rumah.
Ada yang rasa hidup mereka perlahan-lahan ditelan oleh timbunan barang sendiri.

Ini bukan isu “pengotor” semata-mata.

Ini isu yang perlukan lebih banyak kefahaman, lebih kurang penghinaan.

Kalau anda atau orang yang anda sayang mula ada tanda seperti:
terlalu susah buang barang,
rumah makin s**ar digunakan,
hidup harian makin terganggu,
atau emosi jadi terlalu berat bila orang sentuh isu barang…

jangan tunggu sampai rumah dan jiwa sama-sama sesak.

Minta bantuan.
Mulakan dengan berbincang.
Dapatkan penilaian profesional jika perlu.

Sebab kadang-kadang,
yang penuh itu bukan rumah saja.

Tapi hati yang terlalu lama memegang benda,
kerana tak tahu macam mana nak melepaskan.

Address

14, Lorong Ketapang 2, Kampung Ketapang
Pekan
26600

Opening Hours

Monday 09:00 - 22:00
Tuesday 09:00 - 22:00
Wednesday 09:00 - 22:00
Thursday 09:00 - 22:00
Friday 09:00 - 22:00
Saturday 09:00 - 22:00
Sunday 09:00 - 22:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik An-Nur Pekan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik An-Nur Pekan:

Share