Eye Terang Optometry

Eye Terang Optometry Pusat Optometri & Cermin Mata - Pekan, Pahang. 100% Hak Milik Bumiputera.

๐‘๐š๐›๐ฎ๐ง ๐ง๐š๐ฆ๐ฉ๐š๐ค ๐ซ๐ž๐ง๐๐š๐ก ๐ฌ๐š๐ฃ๐š?๐๐ž๐ซ๐ฅ๐ฎ ๐ฉ๐š๐ค๐š๐ข ๐œ๐ž๐ซ๐ฆ๐ข๐ง ๐ฆ๐š๐ญ๐š ๐ญ๐š๐ค?Bila ke kedai cermin mata, buat saringan rabun menggunakan mesin (A...
12/01/2026

๐‘๐š๐›๐ฎ๐ง ๐ง๐š๐ฆ๐ฉ๐š๐ค ๐ซ๐ž๐ง๐๐š๐ก ๐ฌ๐š๐ฃ๐š?
๐๐ž๐ซ๐ฅ๐ฎ ๐ฉ๐š๐ค๐š๐ข ๐œ๐ž๐ซ๐ฆ๐ข๐ง ๐ฆ๐š๐ญ๐š ๐ญ๐š๐ค?

Bila ke kedai cermin mata, buat saringan rabun menggunakan mesin (Autorefractometer), tapi dapat rendah saja? Perlu buat cermin mata atau tidak?

Jika ada masalah,
โ€ข Dalam kelas/melihat jauh atau dekat ada rabun tak jelas dan tidak selesa.
โ€ข Kerap pening kepala?
โ€ข Ada rasa/orang tegur pergerakan mata yang tak normal?
โ–  Bersiap sedialah untuk buat dan pakai cermin mata.

Jika ada tiada masalah,
Saja-saja nak tahu ada rabun ke tak.
Tidak menganggu hidup seharian.
โ–  Simpanlah duit untuk masa depan.

Keliru lagi? Singgahlah Eye Terang Optometry



Kepada yang zaman mudanya tak pernah pakai cermin mata, masuk (empat puluh tahun) dan ke atas nanti, nak membaca perlu t...
08/01/2026

Kepada yang zaman mudanya tak pernah pakai cermin mata, masuk (empat puluh tahun) dan ke atas nanti, nak membaca perlu tolak jauh sikit.

Lain p**a yang kebanyakkan memang pakai cermin mata dari awal, mereka akan cabut cermin mata bila nak membaca dekat.

Anda dah rasa atau bakal rasa?

Masuk 40-an ni memang rasa macam badan tukar โ€œsettingโ€.

Dulu tidur 5 jam pun boleh jalan. Sekarang, tidur lambat sikit, esok sendi macam ada bunyi dulu baru badan ikut. Mata p**a makin kerap kejap-kejap jauhkan telefon, konon nak โ€œadjustโ€.

Yang ramai tak sedar, ini bukan sebab kita lemah. Ini sebab badan mula minta cara jaga yang lain. Umur 40-an biasanya mula nampak tiga benda paling ketara: metabolisme perlahan, otot menyusut kalau tak aktif, dan pemulihan jadi lambat kalau kita paksa diri macam umur 20.

Musuh paling senyap p**a selalu datang dalam bentuk yang nampak โ€œbiasaโ€ saja. Lemak perut naik perlahan-lahan. Badan makin cepat lenguh. Tidur tak cukup jadi rutin. Lama-lama, benda yang kecil tu mula bagi kesan besar pada tekanan darah, gula, kolesterol, mood, dan tenaga harian.

Sebab tu โ€œmaintenanceโ€ umur 40-an bukan pasal kejar kurus atau nampak muda. Dia pasal kekal boleh buat kerja, boleh layan keluarga, boleh bergerak tanpa sakit, dan boleh hidup dengan tenaga yang stabil.

Pilih yang paling basic tapi paling berkesan: buat latihan kekuatan ikut kemampuan 2 hingga 3 kali seminggu, cukupkan protein setiap hari, dan hormat tidur macam hormat ubat. Badan umur 40-an masih boleh jadi kuat. Cuma sekarang, dia tak boleh lagi kita abaikan.

๐Ÿ…ข๐Ÿ…”๐Ÿ…›๐Ÿ…๐Ÿ…œ๐Ÿ…๐Ÿ…ฃ ๐Ÿ…ฃ๐Ÿ…๐Ÿ…—๐Ÿ…ค๐Ÿ… ๐Ÿ…‘๐Ÿ…๐Ÿ…ก๐Ÿ…ค โž‹โ“ฟโž‹โžSemoga dipermudahkan segala urusan pada tahun ini dan akan datang ๐Ÿคฒ๐Ÿฅฐ
31/12/2025

๐Ÿ…ข๐Ÿ…”๐Ÿ…›๐Ÿ…๐Ÿ…œ๐Ÿ…๐Ÿ…ฃ ๐Ÿ…ฃ๐Ÿ…๐Ÿ…—๐Ÿ…ค๐Ÿ… ๐Ÿ…‘๐Ÿ…๐Ÿ…ก๐Ÿ…ค โž‹โ“ฟโž‹โž
Semoga dipermudahkan segala urusan pada tahun ini dan akan datang ๐Ÿคฒ๐Ÿฅฐ

Betul, mata pun boleh penat.
31/12/2025

Betul, mata pun boleh penat.

Ada orang sakit kepala setiap hari lebih kurang jam yang sama.
Mula-mula macam ketat, kemudian berdenyut. Anda jadi mudah marah bukan sebab orang, tapi sebab kepala dah penuh.

Yang buat kita terlambat sedar ialah sebab sakit ini nampak โ€œbiasaโ€.
Anda telan ubat. Anda tahan. Esok jadi lagi. Lama-lama ubat jadi rutin, punca langsung tak disentuh.

Sakit kepala yang datang petang selalunya tanda badan sedang โ€œberhutangโ€.
Hutang air sebab seharian lupa minum. Hutang makan sebab skip tengah hari. Hutang rehat mata sebab skrin terlalu lama. Hutang otot leher sebab postur kerja yang sama berjam-jam.

Apa anda boleh buat sekarang:
Minum air dulu. Makan sikit yang ada protein dan karbo ringkas. Rehat mata 20-20-20. Regangkan leher dan bahu. Cuba kurangkan kafein selepas tengah hari selama beberapa hari dan tengok perubahan.

Kalau ini selalu kena pada anda, cuba simpan satu nota di telefon. Jam berapa mula sakit. Anda makan apa. Anda minum apa. Anda duduk macam mana. Corak itu biasanya akan muncul.

Jumpa klinik segera jika: sakit kepala paling teruk pernah rasa, ada kebas atau lemah sebelah badan, penglihatan kabur tiba-tiba, demam tinggi dengan leher keras, muntah kuat, atau sakit kepala makin kerap dan makin kuat.

28/12/2025

Bila kita nampak mata bengkak, merah, atau ada benjol sikit, kita terus label, โ€œketumbit.โ€

Padahal mata ni bukan satu cerita je.
Ada masalah yang memang nampak di luar, ada yang nampak sama tapi puncanya lain, dan ada juga yang langsung tak nampak dari depan sebab dia duduk di belakang mata, dekat saraf dan salur darah.

Ini antara masalah mata yang jelas boleh dilihat:

1) Katarak
Kanta mata nampak keruh putih kelabu. Penglihatan makin kabur, mudah silau, susah memandu malam.

2) Konjunktivitis (Mata Merah)
Mata merah, berair, gatal atau bergetah. Boleh berjangkit. Jangan kongsi tuala, jangan gosok mata.

3) Pterigium (Daging Tumbuh)
Isi putih dari sudut mata yang makin menuju ke tengah. Selalunya berkait dengan habuk, angin, panas dan UV.

4) Ketumbit
Benjol kecil bernanah di kelopak mata. Sakit bila tekan. Kerap jadi bila tangan kotor atau selalu pegang mata.

5) Tompok Merah (Salur Darah Pecah)
Tompok merah terang pada putih mata. Selalunya tak sakit dan akan surut sendiri. Tapi kalau kerap berulang atau selepas trauma, elok periksa.

6) Kelopak Mata Jatuh (Ptosis)
Kelopak nampak jatuh, mata jadi tak simetri. Kalau jadi tiba-tiba, jangan lengah sebab boleh ada kaitan saraf.

7) Mata Juling
Mata tidak sehala. Untuk kanak-kanak, pemeriksaan awal penting sebab boleh ganggu perkembangan penglihatan jika dibiarkan.

๐Ÿ˜Ž Kelopak Mata Bengkak
Boleh sebab alahan, jangkitan, resdung atau radang. Kalau bengkak teruk dan sakit kuat, itu bukan โ€œbiasa-biasa.โ€

9) Mata Kuning
Putih mata jadi kuning. Ini selalunya petanda isu hati atau darah, bukan sekadar masalah mata.

๐Ÿšฉ TANDA BAHAYA SAKIT MATA
Kalau ada salah satu di bawah, jangan tunggu. Perlu pemeriksaan segera.

โ€ข Sakit mata kuat, terutama jika datang tiba-tiba
โ€ข Penglihatan kabur atau hilang mendadak
โ€ข Mata merah + sakit teruk (bukan sekadar pedih)
โ€ข Sakit mata bersama loya atau muntah
โ€ข Mata merah selepas hentakan / trauma / bahan kimia
โ€ข Sakit bila lihat cahaya (photophobia)
โ€ข Bayi atau kanak-kanak dengan masalah mata
โ€ข Kelopak mata jatuh secara tiba-tiba atau muka jadi tak simetri
โ€ข Mata kuning

๐๐จ๐ฐ๐ž๐ซ ๐ฆ๐š๐ญ๐š ๐ฆ๐ž๐ฆ๐š๐ง๐  ๐š๐ค๐š๐ง ๐›๐ž๐ซ๐ฎ๐›๐š๐ก, ๐ฌ๐ž๐›๐š๐› ๐ฌ๐ญ๐ซ๐ฎ๐ค๐ญ๐ฎ๐ซ ๐ฆ๐š๐ญ๐š ๐›๐จ๐ฅ๐ž๐ก ๐›๐ž๐ซ๐ฎ๐›๐š๐ก.Tapi jika kadar yang agak mendadak, itu perlu berhati-...
23/12/2025

๐๐จ๐ฐ๐ž๐ซ ๐ฆ๐š๐ญ๐š ๐ฆ๐ž๐ฆ๐š๐ง๐  ๐š๐ค๐š๐ง ๐›๐ž๐ซ๐ฎ๐›๐š๐ก, ๐ฌ๐ž๐›๐š๐› ๐ฌ๐ญ๐ซ๐ฎ๐ค๐ญ๐ฎ๐ซ ๐ฆ๐š๐ญ๐š ๐›๐จ๐ฅ๐ž๐ก ๐›๐ž๐ซ๐ฎ๐›๐š๐ก.

Tapi jika kadar yang agak mendadak, itu perlu berhati-hati.

Jika setakat, berubah dalam 0.50, tu biasa ja. Biasalah kan, berat kita pun berubah dari tahun ke tahun.

Faktor perubahan di usia matang boleh terjadi sebab aktiviti harian kita, keadaan mata yang tak sama setiap orang, salah diberi power dari awal dan banyak lagi.

Jadi, nak buat cermin mata tu, cari pengamal optometri yang berdaftar. Boleh cari dekat pinpost.

Cermin mata macam ubat sebenarnya, salah ubat itu semua tak kena.

Sekian, itu saja.




Makluman Operasi Minggu Ini:โ— Sabtu (20/12) - Isnin (22/12): TUTUP
16/12/2025

Makluman Operasi Minggu Ini:
โ— Sabtu (20/12) - Isnin (22/12): TUTUP

๐‘๐š๐›๐ฎ๐ง ๐ง๐š๐ฆ๐ฉ๐š๐ค ๐ซ๐ž๐ง๐๐š๐ก ๐ฌ๐š๐ฃ๐š?๐๐ž๐ซ๐ฅ๐ฎ ๐ฉ๐š๐ค๐š๐ข ๐œ๐ž๐ซ๐ฆ๐ข๐ง ๐ฆ๐š๐ญ๐š ๐ญ๐š๐ค?Bila ke kedai cermin mata, buat saringan rabun menggunakan mesin (A...
12/12/2025

๐‘๐š๐›๐ฎ๐ง ๐ง๐š๐ฆ๐ฉ๐š๐ค ๐ซ๐ž๐ง๐๐š๐ก ๐ฌ๐š๐ฃ๐š?
๐๐ž๐ซ๐ฅ๐ฎ ๐ฉ๐š๐ค๐š๐ข ๐œ๐ž๐ซ๐ฆ๐ข๐ง ๐ฆ๐š๐ญ๐š ๐ญ๐š๐ค?
Bila ke kedai cermin mata, buat saringan rabun menggunakan mesin (Autorefractometer), tapi dapat rendah saja? Perlu buat cermin mata atau tidak?

๐‰๐ข๐ค๐š ๐š๐๐š ๐ฆ๐š๐ฌ๐š๐ฅ๐š๐ก,
โ— Dalam kelas/melihat jauh atau dekat ada rabun tak jelas dan tidak selesa.
โ—Kerap pening kepala?
โ—Ada rasa/orang tegur pergerakan mata yang tak normal?
--> Bersiap sedialah untuk buat dan pakai cermin mata.

๐‰๐ข๐ค๐š ๐š๐๐š ๐ญ๐ข๐š๐๐š ๐ฆ๐š๐ฌ๐š๐ฅ๐š๐ก,
โ— Saja-saja nak tahu ada rabun ke tak.
โ— Tidak menganggu hidup seharian.
--> Simpanlah duit untuk masa depan.
Keliru lagi? Singgahlah Eye Terang Optometry




Musim hujan, hati-hati ketika memandu. Jangan lupa buka lampu. Tak semua yang memandu, penglihatan mereka 100% mampu.
27/11/2025

Musim hujan, hati-hati ketika memandu. Jangan lupa buka lampu. Tak semua yang memandu, penglihatan mereka 100% mampu.

EYE TERANG tidak beroperasi pada 14 - 17 November 2025. Harap dapat jaga cermin mata anda baik-baik buat sementara waktu...
10/11/2025

EYE TERANG tidak beroperasi pada 14 - 17 November 2025. Harap dapat jaga cermin mata anda baik-baik buat sementara waktu.

Yang berpower tinggi, kena tahu nak pilih bingkai macam mana.Kadang tak sempat nak cakap, kadang tengok2 dah siap pilih....
01/11/2025

Yang berpower tinggi, kena tahu nak pilih bingkai macam mana.

Kadang tak sempat nak cakap, kadang tengok2 dah siap pilih. Jadi kena tahu ini:-

Pilihlah bingkai yang bentuknya kecil dan sesuai dengan lebar muka.

Oversize style sangat tidak digalakkan, tapi kalau nak merasa macam mana rasa, boleh ja. Kalau teringin oversize, kanta digalakkan nipis 1.67 ke atas dan ditempah khas lagi-lagi yang jenis sensitif susah nak adapt. Sebabnya pemilihan kanta stok dengan kanta custom (ditempah khas) akan bagi kesan yang berbeza. Jadi harga pun berbeza.

01/11/2025

Bila Mata Nampak Terbeliak, Jangan Cepat Salah Faham

Jika anda nampak seseorang matanya terbeliak, itu bukan semestinya tanda dia sedang marah.
Keadaan ini dikenali sebagai exophthalmos, iaitu mata yang menonjol keluar daripada soket akibat tisu di belakang mata membengkak.

Kenapa ia berlaku?

Kebanyakan kes exophthalmos disebabkan oleh penyakit tiroid, terutamanya Gravesโ€™ disease, di mana sistem imun badan menyerang tisu di sekitar mata.Tisu tersebut menjadi bengkak dan menolak bola mata ke hadapan.

Selain tiroid, punca lain termasuk:

โ€ข Jangkitan atau keradangan pada soket mata
โ€ข Tumor di belakang mata
โ€ข Trauma atau kecederaan pada bahagian muka

Apa yang perlu dibuat jika ada gejala ini?
Segera berjumpa doktor jika mata anda:
โ€ข Terbonjol atau tidak simetri
โ€ข Sering berair, merah atau sakit
โ€ข Sukar ditutup sepenuhnya
โ€ข Penglihatan jadi kabur atau berganda

Rawatan bergantung pada punca biasanya melibatkan kawalan hormon tiroid, ubat anti-radang, atau pembedahan jika tekanan terlalu tinggi.

Mata bukan sekadar jendela jiwa kadang-kadang ia juga petunjuk bahawa hormon anda sedang meminta tolong.

Address

29, Jalan Seri Dagangan Peramu 1
Pekan
26600

Opening Hours

Monday 09:45 - 18:30
Tuesday 09:45 - 18:30
Wednesday 09:45 - 18:30
Thursday 09:45 - 18:30
Friday 09:45 - 18:30
Saturday 09:45 - 18:30
Sunday 09:45 - 18:30

Telephone

+60105580029

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Eye Terang Optometry posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Eye Terang Optometry:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category