Hospital Pekan Rasmi

Hospital Pekan Rasmi Hospital Pekan mula beroperasi pada tahun 1936.

NOTIS TAWARAN SEBUT HARGA KERJA-KERJA PEMBAIKAN KERETAKAN KAKI LIMA (APRON) SERTA KERJA-KERJA YANG BERKAITAN DI BANGUNAN...
28/04/2026

NOTIS TAWARAN SEBUT HARGA KERJA-KERJA PEMBAIKAN KERETAKAN KAKI LIMA (APRON) SERTA KERJA-KERJA YANG BERKAITAN DI BANGUNAN HOSPITAL PEKAN, PAHANG.

Tarikh Taklimat dan Lawatan Tapak : 4 Mei 2026 (Isnin) bermula jam 10.00 pagi.

Keselesaan di Tanah Suci bermula daripada ruang penginapan yang bersih. Buat para jemaah dan petugas haji, pastikan aspe...
28/04/2026

Keselesaan di Tanah Suci bermula daripada ruang penginapan yang bersih. Buat para jemaah dan petugas haji, pastikan aspek kebersihan bilik dan pengurusan makanan sentiasa diutamakan bagi mengelakkan gangguan kesihatan sepanjang di sana.

Ikuti tip penjagaan kebersihan penginapan

🚬 Zon Bebas Asap: Pastikan kawasan penginapan bebas daripada asap rokok dan v**e.
🗑 Pengurusan Sampah: Buang sampah termasuk sisa makanan ke dalam tong sampah yang disediakan secara sistematik.
🍱 Tempoh Simpanan Makanan: Elak simpan makanan bermasak melebihi 4 jam untuk mengelakkan risiko keracunan makanan.
🪟 Tutup Rapat: Jangan biarkan makanan terdedah bagi mengelakkan kehadiran serangga
🍪 Simpanan Bijak: Simpan makanan kering dalam bekas tertutup yang sesuai agar kekal segar dan bersih.

Bilik yang bersih bukan sahaja memberi keselesaan, malah membantu jemaah mengekalkan kesihatan yang optimum untuk beribadah.



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

Pendedahan melampau kepada cuaca panas boleh menyebabkan kesan serius terhadap kesihatan kita.Kenali perbezaan antara Ke...
27/04/2026

Pendedahan melampau kepada cuaca panas boleh menyebabkan kesan serius terhadap kesihatan kita.

Kenali perbezaan antara Kelesuan Haba dan Strok Haba agar anda boleh bertindak dengan pantas.

Segera dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan jika anda atau orang sekeliling menunjukkan tanda-tanda tidak sihat.



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

Tindakan duyufurrahman kekal sihat sebelum menunaikan fardu hajiTahniah kepada bakal jemaah yang terpilih! Sebelum melan...
26/04/2026

Tindakan duyufurrahman kekal sihat sebelum menunaikan fardu haji

Tahniah kepada bakal jemaah yang terpilih! Sebelum melangkah ke Tanah Suci, pastikan anda mengamalkan gaya hidup sihat bagi mengelakkan sebarang gangguan kesihatan di sana nanti.

✅ Dapatkan rawatan sekiranya bergejala
✅ Makan ubat mengikut jadual yang ditetapkan
✅ Kerap minum air kosong untuk mengelakkan dehidrasi
✅ Pakai pelitup muka di tempat tumpuan
✅ Lakukan aktiviti fizikal seperti berjalan pantas
✅ Makan secara sihat dan selamat
✅ Tangani stres dengan bijak
✅ Pemeriksaan kesihatan berkala
✅ Tidak merokok dan v**e

Kesihatan yang baik adalah kunci kepada ibadah yang lebih tenang dan fokus. Semoga mendapat haji yang mabrur.



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

25/04/2026

Wanita Hari Ini - Bagaimana Seseorang boleh Mendapat Kanser?

Antara faktor seseorang boleh mendapat kanser adalah faktor genetik, pemakanan, pencemaran, radioaktif, merokok, obesiti dan pengambilan alkohol kerana kanser adalah multifactorial.

Amalkan budaya hidup sihat mengelakkan daripada risiko kanser.



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

25/04/2026

Wanita Hari Ini - Langkah Penting untuk Pengesanan Awal Kanser

Kanser sering digelar sebagai 'Silent Killer' kerana ia boleh hadir tanpa amaran. Pemeriksaan saringan seperti Mamogram dan Pap Smear adalah kunci untuk mengesan kanser di peringkat awal.



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

25/04/2026

Wanita Hari Ini - Apakah Langkah untuk Mendapatkan Rawatan Kanser yang Khusus?

Bila ada simptom yang meragukan, jangan tunggu! Langkah pertama adalah kesedaran untuk mendapatkan diagnosis awal di hospital. Bertemu dengan pakar untuk rawatan yang tepat dan berkesan.



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

25/04/2026

Wanita Hari Ini - Fasa Penerimaan dan Pengurusan Emosi Selepas Diagnosis Kanser

Diagnosis kanser bukanlah satu hukuman mati. Sokongan moral daripada keluarga dan rakan-rakan adalah ubat paling mujarab untuk kestabilan emosi pesakit.



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

25/04/2026

Wanita Hari Ini - Apakah Simptom Awal yang dialami Pesakit?

"Saya fikir saya sihat, aktif bersukan dan jaga makan..."

Pengalaman Puan Zuraini Kamal membuktikan bahawa kanser boleh menyerang tanpa diduga. Jangan abaikan tanda-tanda kecil seperti pendarahan luar biasa.



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

24/04/2026

Jom cari & musnah tempat pembiakan nyamuk Aedes di kawasan kampus dan kediaman 🦟 10 minit seminggu je tau, tiada Aedes tiada Denggi!

Kredit:
Pelajar PROSIS UPNM
Hepili Network

Saringan Kesihatan Bakal Jemaah HajiMenunaikan fardu haji memerlukan kekuatan fizikal yang optimum. Oleh itu, saringan k...
23/04/2026

Saringan Kesihatan Bakal Jemaah Haji

Menunaikan fardu haji memerlukan kekuatan fizikal yang optimum. Oleh itu, saringan kesihatan awal adalah langkah utama bagi memastikan bakal jemaah dapat beribadah dengan lancar dan sempurna.

Mengapa saringan ini dilakukan?

✅ Mengenal pasti risiko - Mengesan awal sebarang potensi komplikasi kesihatan yang mungkin timbul
✅ Rawatan Terkawal - Mengesan dan merawat penyakit sedia ada supaya tahap kesihatan sentiasa dalam keadaan stabil
✅ Tahap Kesihatan Optimum - Memastikan tubuh badan berada pada tahap terbaik sebelum berangkat ke Tanah Suci.

Saringan bukan sekadar prosedur, ia adalah ikhtiar untuk Duyufurrahman agar kekal sihat sepanjang tempoh ibadah.



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

Virus demam campak mudah berjangkit melalui titisan air liur atau titisan hidung apabila pesakit batuk, bersin atau berc...
22/04/2026

Virus demam campak mudah berjangkit melalui titisan air liur atau titisan hidung apabila pesakit batuk, bersin atau bercakap.

Gejala campak biasanya muncul 7 hingga 14 hari selepas dijangkiti.

Perhatikan apa yang berlaku dalam tempoh inkubasi.



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

Address

Jalan Batu Balik
Pekan
26600

Telephone

+6094223333

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Pekan Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category